Followers

Monday, February 17, 2014

Mana mufti 'bughah' dan Noh Gadut? Ni seekor lagi ni bila nak difatwakan?




Kassim Ahmad hina Islam, Umno tengok saja...

17 Feb 2014

MUHAMMAD FAIZAL

KUALA LUMPUR: PAS mengkritik tindakan Kassim Ahmad yang dilihat telah menghina Islam berhubung kenyataannya yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, menyatakan rambut wanita bukan aurat serta wujud kasta paderi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya kerajaan memandang serius kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Kassim yang juga dikenali sebagai pelopor golongan anti hadis Malaysia.

Sehingga kini ujarnya tidak pernah ada sebarang tindakan tegas oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap Kassim, walaupun sebelum ini ajaran 'anti-hadis' itu telah difatwakan haram.

"Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.

"Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Kenyataan Kassim pada "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" di Putrajaya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diselewengkan oleh sistem 'kasta paderi' yang dipanggil ulama.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau tidak terkejut jika tidak ada sebarang kenyataan tegas dari pimpinan Umno kerana Kassim merupakan antara individu yang sering menjadi rujukan kepada parti itu.

"Kalau Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tegas saya tidak hairan kerana beliau menjadi rujukan kepada Umno," jelasnya.

Mahfuz turut mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa akan tampil menyatakan bantahan sepertimana yang dilakukan terhadap beberapa itu agama sebelum ini.

1 comment:

Anonymous said...

Berani ka NGO tajaan UMNO tu nak bersuara nanti mis syuru tau