Followers

Friday, February 21, 2014

Akhirnya PERKIM 'ternoda'!

Nama baik PERKIM memang boleh dikatakan telah 'ternoda' kerana orang tua itu. Memang dia perlu letak jawatan sebagai YDP di PERKIM!! 

Sepatutnya dalam keadaan "rumah kata pergi, kubur kata mari", orang tua itu bukan lagi hadir ke ceramah mengarut kassim si anti-hadis, tetapi sebaliknya pergilah ke surau-surau masjid yang berdekatan untuk membawa sedikit bekalan mati nanti. Tak payah nak dianalisa atau nak dikaji pemikiran si kassim yang mengarut dan terpesong itu...buang masa sahaja! Baik pergi belajar maksud al-Quran dan hadith nabi SAW wahai sang orang!

Payah betul orang tua ini hendak dinasihati..haiy!!



Pertahan Kassim: Mahathir perlu letak jawatan YDP Perkim

21 Feb.2014.

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 umat Islam hari ini berhimpun di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat bagi membantah kebiadaban pelopor antihadis Kassim Ahmad.

Rata-rata mereka membawa plakad antaranya bertulis "Ambil tindakan segera", "Kassim Ahmad taubat", "Pertahan Islam" serta "Kassim Ahmad pesong akidah umat Islam".

Mereka mendesak pihak berkuasa segera megambil tindakan terhadap Kassim yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan akidah Islam.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad lalu dilaporkan  mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian' itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad ketika berucap menyelar tindakan Dr Mahathir yang menyokong pandangan Kassim Ahmad dan menyifatkannya sebagai memalukan negara apatah lagi beliau ialah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

"Dia yang rasmi seminar tersebut, maka jelas kepada kita bahawa Mahathir merestui pemikiran Kassim Ahmad.

"Kita desak supaya Dr Mahathir meletakkan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Perkim," kata beliau.

Gambaran salah

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan membisu pihak berkuasa terhadap Kassim Ahmad dan pada masa sama dipertahan pula oleh Mahathir, telah memberi gambaran salah kepada dunia.

"Seolah-olah kita memberi gambaran bahawa Malaysia, sebuah negara umat Islam, perdana menterinya Islam, menteri-menteri besar beragama Islam, bersekongkol dan membenarkan ajaran sesat ini diamalkan," kata beliau.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendesak Yayasan Kepimpinan Perdana selaku penganjur seminar pemikiran Kassim Ahmad, untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Beliau juga menyeru semua umat Islam menggunakan semua medium yang ada termasuk laman sosial untuk menyatakan bantahan terhadap pemikiran sesat tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Azhar Yahaya berkata, amat malang apabila fatwa sesat terhadap Kassim Ahmad yang telah diwartakan sejak 30 tahun lalu hanya dipandang sebelah mata oleh penguatkuasa agama.

"30 tahun sudah difatwakan sesat, tetapi Kassim Ahmad terus dibiarkan menyebarkan fahaman beliau.

"Tentu ada tangan-tangan di belakang dia sehingga dia kebal dari tindakan undang-undang," kata beliau.

Turut berucap pada himpunan itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

1 comment:

CEO_Siber said...


Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

LIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..