Followers

Thursday, January 30, 2014

Terlalu banyak perbezaan pendapat akan menyusahkan pemimpin

Setelah berhari-hari pelbagai reaksi terhadap isu PRK Kajang dapat dibaca di media maya, maka hari ini ada jugak sahabat yang bertanya pandangan aku mengenai isu PRK Kajang semasa borak-borak di kedai kopi.

Jawab aku mudah:

Aku tak mahu pening-pening kepala memikir dan mengulas isu PRK Kajang sehingga memberi pandangan yang begitu begini dan macam-macam. 

Bagi aku, para pemimpin parti aku terutama TG Presiden seorang yang hebat dan mampu untuk membuat keputusan buat parti. Apa sahaja keputusan yang pemimpin atasan parti buat secara rasmi nanti, aku sebagai ahli bawahan akan akur dan bekerja untuk parti.

Pemimpin aku kata 'serang', aku akan serang! Pemimpin kata, 'tunggu dan lihat' maka aku pun akan akur. Untuk mengulas dan menganalisa serta mengkritik soal patut tak patut PRK Kajang, untuk aku, tak perlu, kerana para pemimpin parti aku yang di atas sana amat faham dengan apa yang berlaku, yang ahli-ahli bawahan macam aku tak tahu. Sudah pasti mereka akan membuat keputusan yang betul untuk parti demi perjuangan luhur Parti Islam SeMalaysia  (PAS) dalam Pakatan Rakyat.

 

No comments: