Followers

Saturday, January 18, 2014

Murid-murid, mari kita belajar apakah maksud 'janji kangkung'?

Pada pemerhatian aku, letaklah SPR di bawah apa dan siapa pun, selagi sistem yang digubal itu masih sistem dari kepala otak Umno/BN yang ada ini, ianya tetap tidak mengubah apa-apa! Kalau ianya berlaku (SPR diletak dibawah parlimen) rakyat tidak usahlah mengharapkan banyak sangat kecuali perubahan kosmetik yang cuba mengabui mata dan berbentuk janji dicapati semata-mata.

Perubahan hanya memberi kesan yang mendalam jika hanya Umno/Bn mempunyai para pemimpin yang memahami Islam yang syumul, mengamalkan integriti yang sebenar-benar dan setulusnya, mengamal keadilan yang tulin dan tidak takut kalah dalam mana-mana pilihanraya dalam sistem demokrasi bersih.

Setakat hari ini apakah Umno/Bn mempunyai pemimpin yang begitu atau sanggup bersikap begitu? Datuk Saifuddin pun di'tendang'nya!

Oleh yang demikian marilah kita terus belajar memahami apakah maksud peribahasa yang baru menjelma dalam khazanah bahasa kita iaitu 'janji kangkung'! 

Maka itu aku amat bersetuju, letak SPR di bawah Parlimen hanya sebuah 'janji kangkung' yang membawa maksud janji kosong atau sekadar menabur janji! 

Rencana dari Harakahdaily:



Letak SPR di bawah Parlimen hanya ‘janji kangkung’ Najib

Jan 18, 2014

ABDUL AZIZ MUSTAFA

KUALA LUMPUR: Rakyat akan terkejut jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika menyatakan rasa tidak yakin kerajaan Umno akan menyambut baik seruan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah supaya SPR dipimpin oleh seseorang yang tidak dilihat mewakili BN.

"Apalah sangat saranan Saifuddin di sisi kerajaan Umno sedangkan janji Perdana Menteri untuk letak SPR di bawah jawatankuasa khas parlimen pun semakin kelihatan akan jadi janji kangkung.

"Macam-macam Najib janjikan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

"Tol tidak akan dinaikkan, letrik tidak akan dinaikkan, minyak tidak akan dinaikkan dan pelbagai janji lain lagi.

"Semuanya Najib mungkir! Janji Najib adalah janji kangkung! Sebab itulah satu dunia akan terkejut kalau Najib setuju SPR diletakkan di bawah Parlimen," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jun lalu, Najib berkata, untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Mengulas lanjut saranan Saifuddin untuk memperbaiki SPR itu, Mahfuz berkata, sejak bertahun-tahun dulu lagi PAS mendesak supaya SPR diletakkan di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

"Hanya bila di bawah pengawasan Parlimen barulah professionalisme SPR dapat berdiri teguh," kata Mahfuz.

Beliau menggesa rakyat melipatgandakan tuntutan agar kesemua pengarah SPR sekarang meletak jawatan atau diberhentikan.

Mahfuz bagaimanapun mengingatkan, tuntutan tersebut pasti akan diperangi habis-habisan oleh Umno kerana pentadbiran Najib lebih memerlukan SPR yang memihak kepada Umno berbanding pentadbiran kesemua perdana menteri sebelum ini.

"Dahulu orang kata Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah perdana menteri paling lemah.

"Apa yang berlaku kini menujukkan Najiblah perdana menteri paling lemah dan dia lebih memerlukan SPR berbanding kesemua perdana menteri sebelum beliau," katanya.

Menurut Mahfuz, pentadbiran Najib sudah tidak memahami isi hati, hasrat dan permaslahan rakyat.

"Jangan mimpi segala program transformasi politik, ekonomi dan sosial Najib akan memberi impak positif kepada rakyat dan negara.

"Program-program tersebut hanyalah wayang untuk menutup pemborosan, perbuatan mengkayakan kroni dan membelasah harta negara," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

BILA KENA SEMBAHYANG HAJAT DOA RAKYAT MAKA AKAN JADI KANGKONG LAH MEREKA INI.OTAK KNGKUNG-TADBIR NEGARA KANGKUNG CURI DANA NEGARA KANGKUNG BODOH KNGKUNG BINI KANGKUNG SEMUANYA KANKUNG.KALAU DAH BANYAK SANGAT KANKUNG MANA LARAT NAK MAKAN,HARGA PUN LAKU BUANG SAJA KANGKUNG KANGKUNG NI.