Followers

Tuesday, January 14, 2014

Kangkung betullah! Woi kangkung!

Dalam banyak Barang Naik, akhirnya kangkung murah yang ditawarkan. Hakikat sebenarnya kangkung tak perlulah dikempenkan sebagai sudah turun harga kerana di kampung-kampung dan desa-desa, memang kangkung kebanyakan rakyat tak perlu membeli kalau mahukannya, berselirat dalam parit, paya malah di belakang-belakang bilik air rumah-rumah kampung!

Menguar-uarkan harga kangkung konon dah turun harga ('guling harga') macam 'memperlekehkan' rakyat yang sedang tertekan oleh Barang Naik sekarang ini (walaupun mungkin ada niat nak berkecindan), agar kalau orang ramai rasakan harga barang semua naik, jangan bimbang, pakat-pakatlah makan kangkung...kan kangkung banyak! Begitulah seolah-olahnya...agaknya!

Kita tak kisah makan kangkung tapi harapnya semua pihak bermula dari nun di atas sana yang begitu berjaya mempopularkan kangkung sehari dua ini bersama dengan anak bini masing-masing, kurangkan makan yang lain dan mulai hari ini perbanyakkan makan kangkung....malah kalau boleh makan kangkung sahaja untuk menunjukkan kepimpinan melalui teladan! Kan bagus begitu?

Kadang-kadang dirasakan manusia ni, terutama yang memimpin di atas tu, tak payahlah bercakap banyak-banyak membela diri yang tak perlu....pong sana...pong sini...lebih baik, lebih elok diam, kalau pun tak hingin merasai denyut nadi, susah senang kehidupan rakyat di bawah sini!

Kalau sekadar bercakap tentang kangkung turun harga, orang cerdik tidak kata awak telah merasai denyut nadi kehidupan rakyat, kecuali orang bodoh. 

Please...tolonglah, kami benar-benar tertekan oleh Barang Naik sekarang!

Dari harakahdaily:



Barang Naik: Apa lagi yang Najib nak naïf

13 Jan 2014

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman,Terengganu semalam ketika pemberian mangsa banjir adalah sangat mengejutkan kepada pelbagai.

“Ataukah juga ia tidak lagi mengejutkan kepada pihak yang lainnya,” tanya Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, cubaan Najib untuk meyakinkan rakyat bahawa kenaikan harga barang atau ‘barang naik’ bukan disebabkan oleh kerajaan adalah melucukan.

Beliau berkata, sama ada Najib sengaja memberi jawapan politik dan cubaannya berdalih atau benar-benar beliau tidak tahu apa punca kenaikan kos mutakhir ini.

“Rakyat lebih suka membaca Najib sengaja berpolitik dan berdalih kerana almaklumlah apa lagi yang dia takut kerana kedudukan dia dan Umno BN di Putrajaya sudah ‘selamat’ walaupun dia wajar diingatkan bahawa Umno BN hanya mendapat 47% dari undi popular.

“Untuk mudahkan Najib faham saya sebutkan begini. Kalau Maybank Investment Bank (IB) pada Oktober lalu mengumumkan inflasi paling tinggi dalam tempoh 20 bulan kerana kenaikan 20 sen RON95 dan diesel pada September 2013 lalu, maka apakah laporan yang bakal dibuat oleh kesemua pihak analysts dan Investment Banks di negara?

“Ramalan IB-IB ini adalah inflasi tahun ini adalah 3% dan 2015 lebh parah lagi 3.5% hingga 4%,” jelasnya.

Justeru, beliau menggesa agar Najib cuba memikirkan lebih serius sedikit iaitu impak kali ini adalah akibat dinaikkan serentak dan kesan 'rantaiannya' kepada barangan dan servis adalah sangat berat kepada rakyat.

Baginya, adalah lucu dan aib bagi seorang PM untuk menafikan hakikat itu.

“Najib tarik 34 sen subsidi gula menjadi harga gula hari ini melonjak dari RM2.50 sekilogram ke RM2.84 sekilogram sebaik sahaja selepas pembentangan,” katanya lagi.

Di samping itu, ujarnya bermula Januari lalu tarif elektrik pula dinaikkan 15% di Semenanjung dan 17% di Sabah dan Labuan.

Kemudian, katanya pengumuman tentang kadar tol untuk 13 lebuh raya dibuat dan kos pengangkutan awam (LRT, Monorail, KTM, ERL dan ETS) serta bas sekolah mahu dinaikkan 40%.

“Najib menyebutkan tak semua kenaikan disebabkan oleh kerajaan BN. Dakwanya ada disebabkan cuaca buruk tangkapan ikan kurang dan hasil tanaman tak menjadi.

“Apakah Najib dapat meyakinkan dirinya sendiri tentang dakwaannya itu?” tanya Dr Dzulkefly lagi.

Sehubungan itu, sebelum rakyat hilang kesabarannya Najib patut tahu kesusahan yang ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah semakin parah dan gesaan supaya merubah cara hidup seperti naik motor ke pejabat dan suami-isteri yang buat 2 atau 3 kerja membawa implikasi sosial yang berat seperti hal ehwal anak-anak terbiar menambah pelbagai gejala sosial dan juga kemalangan meningkat.

Bagi beliau, adalah tidak patut sama sekali Najib merendah atau perbodoh rakyat sebegini.

Katanya, rakyat juga tahu Najib tak mahu ambil tindakan merungkai atau memberhentikan monopoli yang merupakan antara sebab mengapa gula, beras, simen dan besi-keluli dan sebagainya.

Menurutnya, Najib takut bertindak memberhentikan konsesi-konsesi utiliti sperti air, IPP, lebuhraya, pelabuhan dan menamatkan keuntungan kroni yang lumayan tetapi sangat mudah untuk mengenakn apa-apa pun kepada rakyat.

Katanya, ini semua sebab mengapa kos ditentukan mereka.

“Daripada menangani ketirisan dan kebocoran, hentikan runding langsung dan mewujudkan tadbir-urus yang baik, Najib lebih suka mengenakan GST bagi menambah pendapatan Negara. Inflasi tentunya akan menjadi lebih parah lagi.

“Apa lagi yang Najib nak nafi?” ujarnya lagi.

No comments: