Followers

Saturday, January 04, 2014

Dalam Malaysia semua ada...

Membela kebenaran Mat Indra - Komunis!

Mengkagumi pemerintah Iran lawan Amerika dan Barat - Syiah!

Berhimpun desak turun harga barang dan perkhidmatan diambang 2014 - Pengguling kerajaan!

Berhimpun sehingga terbatal konsert yang boleh merangsang maksiat diambang 2014 - Bughah!

Yang terkini ada seorang yang senang-senang fatwakan orang bughah - Mufti 'seleweng'!

Yang paling terkini - rakyat tengah susah ada orang sibuk round dunia dengan kapalterbang baru? - kalau betul cerita ini, memang sah, HARAMJADAH!


Friday, January 03, 2014

Ingatkan rakyat biasa sahaja boleh menyeleweng, rupanya....



Mufti pun boleh menyeleweng lagi songsang. Sesat barat lagi! 

Apa dah  jadi dunia 1Malaysia hari ini? Semenjak ada ajaran dan anutan ideologi 1Malaysia, ianya semakin memeningkan dan semakin kelihatan gila! Orang menentang kenaikan harga barangan, dikatakan nak guling kerajaan Umno/Bn! 

Orang berhimpun aman, tanpa maksiat, kerana terus protes kenaikan harga barangan di malam ambang 2014, halal pulak darahnya! Eh...gila, gila babi sungguh! Yang aku kata gila babi kerana yang menghalalkan darah rakyat yang berhimpun aman itu seorang mufti!! 

Aku sangat bimbang kalau-kalau mufti ini akan berfatwa pulak nanti (minta sisih) "mana-mana rakyat yang mengundi pembangkang kepada kerajaan Umno/Bn yang ada hari ini adalah pengkhianat dan bughah pulak!" Maka akan haru negara ini!

Jelas 'kesongsangan' mufti ini sangat merbahaya kepada keselamatan negara. Kalau pun kamu mufti, bercakap biarlah patut padan dan munasabah dan janganlah anggap orang yang mendengar kamu bercakap tu bodoh belaka!

Petikan dari harakahdaily:

Fatwa Harussani songsang, menyesatkan – Dewan Ulamak

Jan 02, 2014

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.

Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.

Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.

"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.

Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.

"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.

Monday, December 30, 2013

Maka berkatalah satu-satunya yang masih kekal cerdik yang ada di sana!


Saifuddin: Guling kerajaan tindakan demokrasi


30 Dis.2013.


Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan guling rakyat: Autokrasi,” katanya dalam tulisan di Twitter.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan akhbar The Star hari ini turut meminta penganjur membatalkan rancangan tersebut kerana pihak berkuasa "tidak akan berkompromi" dalam mengambil tindakan.


Sunday, December 29, 2013