Followers

Wednesday, December 25, 2013

PAS berkemungkinan kalah teruk dalam PRU 14 nanti!

Kenaikan kos hidup rakyat yang sedang berlaku dengan ekstremnya sekarang dan kesan awal pelaksanaan GST serta hasrat menaikan kadar bayaran tol, pelbagai tarif dan bil-bil isi rumah, yang telah mulai dirasai rakyat terbanyak dikatakan akan menyebabkan kerajaan Umno/Bn akan kalah teruk dalam PRU14 nanti! 

Ramai yang mendakwa begitu adalah poli-tikus dalam kalangan Umno/Bn sendiri yang konon untuk mengingatkan parti Umno/Bn kepimpinan Najib Razak agar lebih perihatin kepada nasib rakyat! 

Namun apa yang berlaku hingga ke saat ini kepimpinan kerajaan Barisan Nasional terutama kebanyakan kepimpinan Umno yang menjadi ahli kabinet terus membutakan mata serta memekakkan telinga, buat-buat bodoh (keras hati!) kepada segala rungutan dan resah gelisah rakyat. 

Mereka ini seolah-olah menghadapi segala kecaman dan amaran rakyat terhadap segala kenaikan harga barangan, tol dan tarif eletrik serta pelaksanaan GST dengan bersahaja, sambil ada di antara mereka yang masih mampu melawat keluar negara dan masih mampu bercuti di pusat membeli-belah termahal dunia dengan  bersikap, "aiman tak kisah!".

Yang terus sakit hati dan menerima padah dalam setiap detik kehidupan membela keluarga adalah rakyat jelata yang semakin gelisah ini. 

Konon sensitif akan nasib rakyat atau mungkin mahu mereda kemarahan rakyat maka adalah di antara para pemimpin Umno dan balaci mereka yang 'pura-pura' menjerit, kalau kerajaan naikkan bayaran tol dan tidak kawal kenaikan kos hidup, kerajaan Umno/Bn akan kalah teruk dalam PRU 14 nanti! Pu'ik arr!!

Najib dan kabinetnya tidak akan sensitif pun dengan segala jeritan dan segala keluh kesah rakyat kerana mereka tahu dalam PRU 14 nanti kerajaan Umno/Bn akan tetap menang besar. Maknanya Pakatan Rakyat akan terus di-kalahteruk-an! Ini adalah keyakinan mereka sebab itu mereka kini masih bersikap "aiman tak kisah" terhadap jeritan rakyat!

Apa sebab Najib Rosmah dan kabinet cap ayamnya yakin akan terus menang dan Pakatan Rakyat akan kalah teruk dalam PRU 14 nanti?:

1. Selagi sebahagian besar rakyat luar bandar dan Felda terus boleh 'dipandirkan' bermakna saham kemenangan mereka dalam PRU 14 amat amat terjamin. Percayalah, hingga ke hari ini dan saat ini, tahap kepandiran rakyat luar bandar dan Felda masih tinggi dan tidak membimbangkan Umno/Bn langsung! Apatah lagi parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang banyak bertanding lawan Umno di kawasan-kawasan tersebut masih belum buat apa-apa pun untuk mencerdikkan politik rakyat luar bandar dan Felda secara bersungguh-sungguh dan sistematik kerana agaknya PAS masih sedang "bercuti" panjang? Atau masih terkelu kebingungan dengan konon persaingan apa yang dikatakan Profesional Vs Ulamak? Atau masih tunggu dan lihat dengan kes 'Syiah' Mat Sabu barulah nak bergerak?

2. Najib dan kabinet Umnonya tetap yakin menang kerana perancangan mereka senyap-senyap di SPR terus berjalan ke arah persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya. Yakinlah, Umno mana yang tak akan 'pulas leher' musuhnya dalam PRU 14 nanti? Selagi boleh pulas, Umno akan pulas dan PAS yang terawal akan terus menjadi mangsa untuk 'dipulas leher' melalui proses persempadanan semula jika digazetkan nanti! So apa nak bimbang (?), 'pasti' Umno akan menang besar lagi!

3. Daftar pemilih yang bercorak 'haramjadah' juga akan terus menjadi senjata sulit Umno/Bn dalam PRU 14 nanti sehingga mereka tidak bimbang langsung akan jeritan rakyat kini terhadap tekanan kos hidup. Tengoklah, bimbangkah mereka (?) dalam rakyat menjerit meraung jangan laksanakan GST, jangan naik tarif eletrik, turunkan harga minyak, jangan kurang subsidi gula, hapuskan tol, dan macam-macam rayuan rakyat, Najib siap 'gertak' lagi yang memberi maksud, kalau tak nak 'kos hidup meningkat', rakyat terpaksa akan dikena cukai? Mereka nampaknya tidak bimbang langsung kerana apa? Kerana mereka ada daftar pemilih yang boleh dimanipulasi untuk terus berkuasa! 

Oleh demikian, kenyataan tokoh-tokoh Umno dan macai mereka yang kononnya jika pemimpin negara tidak sensitif kepada rungutan rakyat maka Umno/Bn akan kalah teruk dalam PRU 14 adalah kenyatan sekadar untuk membuai parti-parti Pakatan Rakyat! Sesungguhnya mengikut logik akal, selagi sistem PRU yang korup kini beroperasi, Umno/Bn tak akan kalah kerana ada 3 perkara berikut:

1. Rakyat yang terus pandir kerana sanggup dipandirkan oleh Umno/Bn.
2. Persempadanan semula yang bakal dilaksanakan dalam PRU 14?
3. Daftar pemilih yang yang rapuh untuk boleh terus dimanipulasikan mereka.

Hasilnya Pakatan Rakyat terutama parti PAS, berkemungkinan besar akan terus kalah malah kalah teruk dalam PRU 14 nanti!


Monday, December 23, 2013

Kenaikan kos hidup rakyat: Siapa kata Umno tak salah? Cheh!

1. Najib Razak - Perdana Menteri, Menteri Kewangan - Presiden Umno.

2. Anak Yasin - TPM, Menteri Pendidikan - Timbalan Presiden Umno.

3. Ahmad Maslan - Kementerian Kewangan - Ketua Penerangan Umno.

4. Isa Samad - Pengerusi Felda - Bapaklah Umnonya.


5. Kebanyakan anggota kabinet - Tunggul kayu - Ahli Umno ada yang Ketua Bahagian Umno lagi.

6. Katanya parti utama dalam kerajaan Barisan Nasional - Umno ! Ke MIC? Hah MCA?

7. Yang beria-ria berkempen dalam PRU 13 suruh pangkah BN bagi mengekalkan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan kos hidup rakyat hari ini - pemimpin Umno pebagai peringkat.

8. Yang mengundi BN/Umno dalam PRU 13 - ramainya pakcik/makcik kampung dan Felda yang warna kulit mereka pun warna Umno!

9. Lapan tawaran Pakatan Rakyat ditolak oleh Umno dan pengundi yang 'diperbodohkan' oleh Umno kerana konon dasar pengurusan Umno kini terbaik, Umno tak salah lagi?

Umno tak salah lagi ke? 

Alasan kerana ekonomi dunia tidak menentu maka kos hidup rakyat terpaksa ditingkatkan adalah fakta soheh akan betapa salah dan silapnya Umno melayani rakyat!

Kalau tak nak Umno dipersalahkan, semua yang disebut kat atas tu letak jawatan!

Sudahlah Isa...! Kos hidup rakyat meningkat bukan salah Umno konon! Menyampah aku atau dia ni bodoh jugak macam Ahmad Maslan kot?

berita dipetik:

Kos sara hidup meningkat bukan salah Umno, kata Isa samad

Dec 23, 2013  HARAKAHDAILY 
 
KUALA LUMPUR: Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
  
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.
  
Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.
  
"Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun...kos hidup (tidak boleh turun)...jadi jangan terlalu emosional.
  
"Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.
  
Terdahulu Isa merasmikan majlis graduasi sesi 2/2013 Kolej Yayasan Felda di Menara Felda di sini, hari ini.
  
Katanya, rakyat perlu bersikap rasional bukannya emosional memandangkan kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menjaga kestabilan ekonomi negara untuk kebaikan generasi akan datang.

Ditanya mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang memberi amaran akan menggantikan Umno jika Umno gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini, Isa berkata Perkasa tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana nasib pertubuhan itu sendiri selama ini dibela Umno.

Media baru-baru ini melaporkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali semasa Persidangan Agung Perkasa ke-4 mendakwa Umno menunjukkan banyak kelemahan dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
  
Isa menganggap kenyataan tersebut berbaur emosi serta tidak rasional kerana tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalas Umno selama ini bukan suatu tugas mudah.
  
"Ini suatu pandangan yang terlalu emosi kerana nak ambil alih Umno itu bukan satu benda yang mudah. Saya percaya mungkin dia (Ibrahim) dalam keadaan yang terlalu emosi," katanya.
  
Menyentuh cadangan Perkasa yang mahu menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Umno, Isa berkata ia perlu mengambil kira semua aspek kerana keadaan ekonomi bukan kuasa Umno dan menteri kabinet.
  
Katanya, mana-mana pihak harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman. – Bernama



Seorang menteri tersilap dapat pointer 3.8 ?

Dia kata dia dapat pointer 3.8...dia kate! Tapi macam tak caya je! Sebab a'ah bodohnya memang tak tertahan-tahan....malah melanton-lanton!

Di sedut dari blog Addin:



Kebodohan Ahmad Maslan di belasah pemimpin Pakatan Rakyat

 
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu “kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya” kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.

“Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan,” kata Pua di Kuala Lumpur.

Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.

Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.

“Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit,” katanya.

Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200.

“Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan,” katanya.

Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya.

“Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Kenyataan Ahmad Maslan hanya justifikasi akademik semata-mata, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST.

Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang.

“Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti.

“Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.

“Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu.

Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal.

“Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya.

Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST.

“Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak.

GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.

Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015.

Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam.

“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan,” katanya.

Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. ~tmi

Sunday, December 22, 2013

Katak nak ganti ulau tendung! Kah!

Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil hujan, ulau nak makan aku!

(basa...katak tak sedar diri!)

Ulau oh ulau mengapa nak makan katak?

Macam mana tak makan katak, KAAATAK MAKANAN AKU!

Rencana dari Malaysiakini:


Ibrahim: PERKASA boleh ganti Umno demi bela Melayu
 
Ahmad Fadli KC

22 Dis 2013.

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu kerana bimbang masyarakat tersebut kehilangan pengaruh politik.

Presiden NGO tersebut, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA kini juga hanya memberi sokongan bersyarat kepada BN dan tidak akan menjadi “barua” atau “perkakas” kepada Umno.

"Memang Umno menjaga kepentingan agama dan Melayu tetapi kalau Umno sudah lemah dan tidak bertaring, ayuh, PERKASA boleh jadi galang ganti untuk pertahankan kepentingan bangsa dan agama.

"Jangan retorik masa perhimpunan agung, jangan retorik masa pilihan raya, rakyat sudah cerdik, rakyat sudah tahu," kata Ibrahim yang menambah, struktur PERKASA kini lebih teguh dengan 500,000 anggota.

Menurut Ibrahim, walaupun PERKASA menyokong BN pada pilihan raya lalu, ia bukan satu jaminan komitmen yang sama akan dizahirkan PERKASA pada pilihan raya akan datang.

"Kita bagi sokongan pada Umno, bukan kita jadi perkakas atau alat kepada Umno jauh sekali jadi barua mana-mana pemimpin.

"Kali ini kita tengok, kalau parti bagus, tapi calon tak bagus, kita bakul sampahkan sahaja

"Sokongan kita kali ini bersyarat, kita tak mahu apologetik lagi," kata Ibrahim.