Followers

Saturday, December 21, 2013

Wanita bagaikan harta tanah, ada yang sensitif ke?



Wanita Melayu terutama yang berada di luar bandar adalah antara golongan wanita yang tidak sensitive dan tidak akan sensitive dengan apapun yang dibandingkan oleh pemimpin Umno terhadap mereka.



Bandinglah dengan apapun, mereka tetap bangga asalkan yang membuat perbandingan itu ialah para pemimpin Umno pujaan mereka. Nak banding dengan lembu ke, nak banding dengan tunggul kayu ke, apatah lagi kalau Ku Nan bandingkan mereka dengan harta tanah yang boleh diletak harga untuk dijual beli. Mereka tak terasa pun...bangga mungkin!



Itulah sebenarnya mentaliti wanita Bn terutama Umno! Jadi apa yang makcik Yu Chok Tow cakap tu konon semua wanita menentang Ku Nan...alahai ya ke? Wanita Umno tak tentang pun?



Sebenarnya golongan wanita dari parti Umno adalah golongan wanita Malaysia yang amat daif dan jumud pemikiran politik mereka. Walau apa dan bagaimana pun maruah mereka diletak oleh Umno mereka tidak akan faham akan hakikat maruah dan harga diri kerena politik yang diajar oleh Umno kepada mereka adalah politik patuh dan taat mengkhinzir buta! 

Dunia mereka dunia Umno, warna mereka warna Umno, rezeki mereka, kata mereka rezeki dari Umno dan baru-baru wanita Umno kata (ketika banjir di Kuantan) mujur ada pemimpin BN (Umnolah tu) para penduduk Kuantan boleh hidup senang (?) dan begitulah sebenarnya mereka. 

Kasihan mereka ini kerana pemikiran mereka telah diprogramkan asal Umno betul dan sempurna. 

Jadi kalau wanita MCA kata semua wanita menentang Ku Nan itu sebenarnya tidak tepat, yang tentang mungkin hanya sebahagian wanita MCA dan wanita dari Pakatan Rakyat jika perbandingan itu benar-benar menghina wanita.

Wanita Umno tentang? Lambat lagi....! Dalam kempen dari rumah ke rumah dalam PRU 13 yang lalu apabila diminta udah-udahlah undi Umno kerana Umno banyak buat tak betul, undi PAS-lah pulak, berdentum sambil menggigil-gigil dikatup pintu rumah, tak mahu dengar! Menjawab pula dari dalam rumah, "Sudahlah...kalau aku undi PAS, sah DAP akan memang!"

Begitulah yang para pemimpin Umno ajar wanita Melayu terutama yang berada di luar bandar dan Felda, PAS yang lawan Umno, DAP akan menang! Eh..padah!

Kita nak kata apa lagi pada mereka ini? Dan para pemimpin Umno sebenarnya boleh kata apa pun pada mereka...iya!!! Harta tanah ke, lamboghini ke, datsun tonggek ke, kerusi set ke....katalah!

Rencana dari Malaysiakini:



MCA: Semua wanita menentang Ku Nan



Koh Jun Lin



6:37Pm Dis 20 2013.



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diminta memohon maaf kerana kenyataannya yang membandingkan wanita dengan harta tanah, kata bekas ketua Wanita MCA Yu Chok Tow.

Ditemui dalam perhimpunan agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari in, Yu berkata, kenyataan Tengku Adnan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita.

"Pandangan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita. Nilai wanita terletak pada hatinya, adab sopan dan kebolehan, bukan pada solekannya.

"Kami mahu beliau betulkan kenyataannya. Kami percaya semua wanita menentangnya.

"Kami, wanita, bukan produk atau harta tanah. Perbandingan itu tidak kena," kata Yu kepada pemberita.

Tengku Adnan, atas kapasiti sebagai menteri Wilayah Persekutuan, membandingkan wanita dengan harta tanah dalam menjustifikasikan kenaikan kadar cukai taksiran untuk harta tanah di Kuala Lumpur.



Friday, December 20, 2013

Hah...ni baru berbaloi undi dacing!

Siakap senohong, gelamo ikan keliso. Cakap bohong, dah ansur-ansur nak jual negaro.
Apo nak dikato...dah tenat gayo nyo!

Rencana dari Harakahdaily:



Sidang parlimen tergempar bincang kepincangan Najib

20 Dec 2013.

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan angka-angka untuk meyakinkan orang ramai dan institusi kewangan bahawa beliau serius untuk mengekang tahap keberhutangan negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sasaran yang diletakkan ialah untuk menurunkan defisit ke paras 4% dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Untuk menurunkan defisit, PKR telah berkali-kali menegaskan bahawa bahawa reformasi ekonomi yang menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya akan mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.

Malah, kata bliau dengan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan, PKR yakin sasaran defisit yang lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.

Katanya lagi, keengganan Najib memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari jalan yang menekan rakyat.

Tambahnya, kenaikan harga barang, pengurangan subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca dari kegilaan Najib mahu mencapai sasaran defisit tetapi tidak mahu membanteras rasuah.

“Lebih memeranjatkan, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan,” ujarnya.

Rafizi turut memetik laporan terkini dari Bank Dunia iaitu “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut: “… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…”

Ini, jelasnya adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.

“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata, ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

Beliau memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Najib yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.

“Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” ujarnya lagi.


Tuesday, December 17, 2013

Bila dilantik je jadi menteri Umno, orang Pandai jadi Pandir!

Apa dah jadi dengan kepala otak menteri-menteri Malaysia ni? Daripada pandai, dah jadi Pandir! Daripada waras dah jadi biul agaknya?

1. Naik harga ayam, yang tak setuju, jangan makan ayam!
2. Naik harga telor, yang tak setuju, jangan makan telor!
3. Naik harga gula, yang tak setuju, jangan ambil gula! Minum air tawar hebey cukup...
4. Naik harga petrol, yang tak setuju, jangan naik kereta sendiri, naik pengangkutan awam yang ke-efisien-an-nya macam haramjadah! 
5. Yang tidak setuju dengan SPR tipu PRU, keluar dari Malaysia! Amboi!!?
6. Tak setuju bayar PTPTN, jangan belajar di Malaysia!
7. Naik bayaran tol, yang tak setuju, jangan lalu jalan yang ada tol! Apa, jalan bapaaak dia gamaknya?

Apakah nanti ?; 

Naik tambang pengangkutan awam, kalau tak setuju, jangan ke mana-mana, duduk je kat rumah atau kalau nak keluar jugak jalan kaki - eksesais?

Naik tarif eletrik, rakyat yang tidak bersetuju, jangan guna eletrik, guna lilin?

Naik bil air, rakyat yang setuju tak payah mandi...atau gali perigi je?

Agaknya kalau naik cukai pintu, rakyat yang tak setuju, rumah jangan buat pintu, sila keluar-masuk rumah ikut tingkap! 

Ini semua haprak punya alasan dari menteri-menteri kabinet Najib Razak yang bertaraf haprak jugak! Cheh...menghina rakyat! 

Kata bodoh kang marah padahal memang bodoh pun! Cari alasan lain woi!

Dari harakahdaily:



Datuk Wahid jangan jadi macam menteri lain

17 Dec 2013.

AHMAD AFIF ZULKIPLI

Anak muda khususnya mahasiswa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam berkaitan isu kenaikan tol lebuh raya. Berdasarkan reputasi kepimpinan dan pengalaman beliau sepanjang memegang Maybank, kita terkejut dengan kenyataan yang bersifat kurang bijak daripada beliau. Kita menganggap kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat angkuh tanpa mengambil peduli kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat melalui siri-siri penderaan satu demi satu di negara ini. Ini bukan soal nak bayar tol atau tidak, juga bukan soal perjanjian konsesi yang terkandung, tapi ini soal kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban dan kesengsaraan rakyat.

Memetik laporan bajet 2011, kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib pernah mengumumkan kenaikan harga tol tidak akan berlaku dalam tempoh 5 tahun. Lalu kita ingin bertanya kepada Datuk Wahid, adakah Datuk lupa untuk merujuk kenyataan Perdana Menteri dalam laporan ini dengan terus mengumumkan kenaikan harga tol tahun depan?

Perkara ini seolah-olah dilihat sebagai agenda menguntungkan kroni semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat yang makin tertekan di negara sendiri. Sepatutnya kadar tol semakin rendah berikutan syarikat konsesi mendapat pulangan yang lumayan melalui pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakannya.

Kita sekali lagi menegaskan kepada beliau selaku orang baru dalam kabinet untuk lebih mementingkan nasib dan kesusahan rakyat daripada kepentingan agenda pihak-pihak tertentu. Jika beliau gagal untuk berbuat demikian, kita fikir beliau mungkin boleh melepaskan jawatan sebagai menteri dan kembali berkhidmat bersama Maybank Berhad. Hal ini demi menjaga nama baik beliau melalui reputasi dan kecemermelangan beliau mengurus tadbir Maybank.

Kita melihat kenaikan harga tol ini merupakan siri penderaan seterusnya kepada rakyat Malaysia oleh sebuah kerajaan yang menggunakan tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bermula dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, peningkatan tariff elektrik tahun 2014, kenaikan tambang LRT serta monorel dan paling terbaru kenaikan harga tol yang seolah-olah menjadi pelengkap kepada kempen ‘melaksana’ janji Najib.

Anak muda dan mahasiswa komited untuk terus bersama memperjuangkan nasib rakyat khususnya melalui gerakan yang baru dilancarkan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup yang juga turut memuatkan salah satu agenda perjuangan TURUN iaitu untuk mendesak kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol.

Ahmad Afif bin Zulkipli
Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS




Monday, December 16, 2013

Menteri low gred tegur sistem menteri tak bergred? Kahkahkahkah...

Nampaknya menteri-menteri daripada kabinet low gred baru perasan bahawa sistem pendidikan negara dah jadi tak bergred! Huru-hara, caca-marba, retorik, syok sendiri, bisnes oriented itulah dia sistem pendidikan Malaysia kini! Memang tak bergred malah tak berjenis terus! Itulah padah bila tugas Menteri Pendidikan diberikan kepada menteri gred D!  Agak akulah gred D!

Eloklah tu, menteri low gred tegur sistem pendidikan yang dijaga oleh menteri pendidikan gred D!  Tok Pa minta sistem pendidikan DIPULIH woo, bukan diperkasakan lagi! PULIH maknanya perlu diubati hingga sembuh pesakit yang mengidap sakit teruk!

Maknanya sistem pendidikan yang dicanang hebat oleh TPM yang jugak Menteri Pelajaran yang aku bagi gred D tu dah tak berguna, lumpuh, haprak dan hampas! Tak bergred sungguh......

Lepas ini siap siagalah para cikgu...entah ee apa pulak yang akan keluar untuk dilaksanakan pukul 3 atau 4 pagi! Tak payah tidurlah cikgu...

Payah jugak berada dalam zaman ada gred ni!

Syabas Mat Sabu kerana Mat Sabu sahaja dapat gred A, itu pun masih dirahsiakan!

dipetik dari Malaysiakini:



Tok Pa: Baik pulih system pendidikan segera


Ahmad Fadli KC


Dis 16 2013.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sistem pendidikan negara perlu dibaik pulih dengan segera memandangkan ia kini tidak lagi menghasilkan lulusan dengan kemahiran yang secocok dengan keperluan industri.

"Berkenaan pendidikan, kita perlukan baik pulih keseluruhan.

"Di luar sana, orang ramai tidak boleh bersabar lagi dan kita perlu lakukan ini dengan segera atau kita tak akan mampu mencapai matlamat kita," katanya.


Katanya, baik pulih itu perlu dilakukan segera sebelum pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.


Jelasnya, pelan pembangunan itu akan mengambil sedikit masa untuk menghasilkan keputusan yang ingin dicapai daripada pelaksanaannya.

"Tetapi kita perlu merapatkan jurang ini (antara industri dan pendidikan).

"Dalam jangka masa panjang kita perlu reformasi pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu bercakap pada forum sempena ulang tahun ketiga Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya hari ini.

Senada dengan Mustapa adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) yang menguruskan ETP.

Menurutnya, pendidikan adalah penting untuk merubah nasib sesuatu bangsa dan ia satu-satunya penyelesaian jangka masa panjang untuk keluar daripada kancah kemiskinan.

Turut hadir dalam forum itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.