Followers

Saturday, December 14, 2013

Aku pun nak ketawa jugak...kahkahkahkahkah!!

Mat Sabu syiah(?)....kahkahkahkahkahkah!!






Thursday, December 12, 2013

Anak muda harus tolak Pesta Barang Naik!

Selagi kerajaan Umno/Bn tidak ditolak dalam PRU akan datang, selagi itulah rakyat marhaen terutama anak-anak muda akan mengalami tekanan hidup yang menggila. 

Kadar pengangguran yang tinggi, harga kereta yang mahal, pelbagai cukai meningkat terutama cengkaman GST yang tidak mengenal lapisan dan kesusahan rakyat, sewa rumah naik berlipat ganda, harga rumah yang menggila, harga petrol yang terus mahal dalam sebuah negara pengeluar minyak, tambang pengangkutan awam yang bakal dinaikkan lagi, sikap kerajaan Umno/Bn yang lembik dalam membantu mangsa banjir dan terkini jangkaan harga makanan meningkat 10 peratus, benar-benar menjadi asas kukuh seluruh rakyat terutama anak-anak muda bersedia dari sekarang untuk menolak terus sebuah kerajaan yang tidak prihatin dan boros ini dalam PRU 14 nanti.

Anak-anak muda putra dan putri perlu gerakkan seluruh sokongan anak muda untuk memilih kerajaan baru yang cakna nasib rakyat bukan kerajaan yang terlalu boros, tidak sensitif nasib rakyat, banyak beretorik, berlakon, tidak telus dan tak berguna menipu rakyat di sana-sini. Usaha memberi kefahaman kepada rakyat terutama anaka-anak muda akan keadaan dan tekanan kini harus bermula dari sekarang.

Mari kita selamatkan negara ini sebelum keadaan makin parah dan rakyat terus menderita kerananya.

Rencana dari Harakahdaily:


Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus

12 Dis. 2013.
 
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), menjangkakan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi harga makanan dan minuman akibat kenaikan harga gula.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran-restoran dan kedai makan.

“Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas seperti Nasi Goreng sehingga RM7 sepinggan.

“Ini kerana harga bahan masakan seperti gula yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat,” katanya dipetik Keadilandaily.

Selain kenaikan harga gula, turut mendorong kepada kenaikan harga barangan selepas ini adalah kenaikan harga petrol dan terbaru pengumuman kerajaan menaikkan kadar tarif elektrik yang akan berkuatkuasa tahun hadapan.

Menurut Mohd Yusof harga barangan yang dipek dan bertin juga semestinya akan turut naik kerana gula merupakan kandungan utama bahan makanan dan minuman.

“Kelompok paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar.

“Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap ,” tambahnya.

Semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) membayangkan tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula bakal naik tahun depan.

Mereka memberi alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan.

Namun 'jaminan' diberikan bahawa satu kajian terperinci akan dibuat bagi memastikan ia adil dan tidak membebankan rakyat.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini berkata, beliau menjangkakan kadar inflasi negara kemingkinan meningkat daripada 2.8 kepada 3.0 peratus tahun hadapan ekoran kenaikan tarif elektrik yang diumum kerajaan.

Tuesday, December 10, 2013

Rupanya dua kali lima..cheh!!

A'ah... harimau bagi tahu kambing hati-hati dengan serigala! Sampai mati kambing tak akan percaya kat harimau tu.

Nampak gayanya Tok Guru Nik Aziz berjaya 'menggerepak' harimau yang masih belum mencuci taring yang masih terselit daging mangsa!

Syiah bapak menipunya, rupanya nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah. Cheh...dua kali lima!



Isu Syiah: Nasionalis sekular lebih hebat menipu


Nik Abdul Aziz Nik Mat


10 Dis 2013.


Saya terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.

Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun pada masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah?

Walhal, Allah yang disembah di dalam masjid itu ialah Allah yang sama yang berkuasa di luar masjid? Adakag mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?

Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan.

Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah. Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.


Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa.

Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini.


Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.

Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung.

Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai? Di zaman Rasulullah, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan.

Rasulullah seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan. Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam.

Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu ke laut. Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik.

Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan.


Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat.

Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Mursyidul Am PAS. Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Monday, December 09, 2013

Dia hanya boleh bernafas selagi ada kebodohan

1. Harga Petrol dinaikkan kerana harga petrol dunia naik - yang bodoh boleh terima.

2. Harga gula naik (kurangkan subsidi) kerana cakna, tak mahu rakyat mengidap diabetis- yang bodoh boleh terima.

3. Tak mahu bagi khemah kepada mangsa banjir di penempatan banjir kerana tak sesuai dengan iklim negara ini dan nanti rakyat minta air-cond pulak - yang bodoh boleh terima.

4. Naikkan harga ayam kerana bimbang rakyat mengidap masalah kelestrol - yang bodoh kata ok jugak.

5. Harga saham Felda jatuh dikatakan bukan jatuh turun sekejap kerana ekonomi dunia tidak stabil- yang bodoh anggguk-angguk kepala sambil mulut melopong.

6. Tergadainya Pulau Batu Putih tempoh hari, Singapor dapat pulau, Malaysia dapat seulas batu, dikatakannya "win-win situation" - yang bodoh bersorak, "yea...win-win situation. Hidup............!!"

7. Bini guna kapal terbang kerajaan kerana bantu negara dalam hubungan luar dan hubungan perniagaan antara bangsa dan banyaaakkk sangat menguntungkan negara - yang bodoh kata, "oooooo gitu yek!"... tetap boleh terima!

8. Apa lagi...? Lu fikirlah sendiri....

Maka jika tiada yang bodoh-bodoh, mamposlah dia jawabnya! Selagi ada yang bodoh-bodoh, maka bernafas teruslah dia di atas kebodohan-kebodohan itu! Begitulah ceritanya, manusia boleh bernafas kerana ada udara, ikan boleh bernafas kerana ada air, dia boleh bernafas kerana ada kebodohan!

Rencana dari harakahdaily:


Umno parti menggelapkan masa depan Melayu


HARAKAHDAILY  08 Dis 2013.


KUALA LUMPUR: Masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap di bawah Umno jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.

Justeru, bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Umno hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli Umno terpilih sahaja.

Kenyataan beliau sebagaimana di bawah.

Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.

Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.

Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.”

Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody’s telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan.

Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu?

Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?

Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui ‘cukai pemiutang’’ seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan - untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).

Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.

Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?

Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.

Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.

Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.

Saya masih lagi tidak melihat mana-mana pemimpin atau perwakilan yang menuntut agar isu TPPA yang bakal merobah arena ekonomi tempatan melalui ‘penjajahan ekonomi’, termasuk ekonomi Melayu Bumiputra sendiri didebatkan secara khusus.

Apakah keselamatan dan kedaulatan negara tergadai tidak penting bagi UMNO?

Ketiga; Orang belajar tinggi, rakyat dididik rendah

Isu kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang dilaporkan dalam kajian PISA tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Apakah perasaan ibubapa apabila mendapat tahu bahawa anak-anak dari Singapura, Korea Selatan dan Vietnam dari darjah 5 dan 6 berpendidikan sataraf dengan para pelajar Tingkatan 3 dari negara kita.

Kegagalan dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan agar kekal bersaing secara global akan terus menggelapkan masa depan anak-anak kita yang akan mewarisi kadar gaji yang malar dan budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup yang semakin meninggi.

Masa depan anak-anak Melayu nampaknya perlu terus dibantu ibubapa dengan menumpang rumah, meminjam belanja dan berkongsi kereta.

Apakah pendidikan berkualiti untuk berpendapatan tinggi tidak penting bagi UMNO?

Kesimpulannya, UMNO hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli UMNO terpilih sahaja.

Jelas, masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap di bawah UMNO jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.