Followers

Saturday, November 23, 2013

Kemenangan Mat Sabu tak perlu diraikan dengan gembira

Pada aku, kemenangan Tuan Haji Muhammad Sabu tidak perlu diraikan dengan terlalu gembira dan kekalahan Datuk Amar tak perlu didukacitakan kerana kedua-dua mereka adalah tokoh PAS yang hebat dan banyak jasa, cumanya buat masa sekarang keperluan politik semasa dalam menentang Umno/Bn yang banyak melemahkan Islam, orang Melayu dan rakyat, lebih memerlukan Tuan Haji Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS.

Datuk Amar walaupun seorang pemimpin PAS yang hebat, belum masa untuk berada di tangga Timbalan Presiden kerana peranannya di peringkat nasional tidak menonjol mana. Berbanding dengan peranan Dato Tuan Ibrahim di peringkat nasional Datuk Amar masih ketingalan jauh.

Tambahan pula peranan Datuk Amar dalam membantu Datuk Ahmad Yaakub dalam mengukuhkan kerajaan Kelantan selepas peninggalan TGNA masih belum nampak dengan berkesan. Sedikit telah merosakkan reputasi Datuk Amar adalah perbalahan dan cara dia melayan kritikan Prof Agus tempoh hari. Namun kekalahan ini mampu memberi pengalaman yang lebih baik kepada Datuk Amar dalam memanjat hiraki kepimpinan PAS di masa akan datang.

Kepada Tuan Haji Muhammad Sabu kemenangan beliau dengan kelebihan 98 undi bukan bermakna segala-galanya. Walaupun pendekatan Mat Sabu banyak memberi kesan positif dalam hubungan PAS dengan bukan Islam, namun tuntutan untuk membantu Presiden bagi menguasai minda untuk menarik sokongan Melayu terhadap PAS dalam PRU 14 terutama di luar bandar tidak boleh dipandang enteng. 

Tidak cukup demonstrasi demi demonstrasi di bandar dan kota sahaja, sedangkan komuniti Melayu luar bandar dan Felda terus-terusan dikubangkan Umno dalam lubuk mereka. 

Jika dalam PRU 13, gandingan kepimpinan TGHH dan Mat Sabu berjaya menarik sokongan besar bukan Melayu terutama kaum Cina, untuk PRU 14 gadingan ini seharusnya berusaha mengekalkan sokongan tersebut di samping dengan gigih dan kreatif berusaha pula mengaut sokongan sebilangan besar kaum Melayu terutama di luar bandar dan FELDA pula.  

Jika ini dapat dilakukan, Insya Allah segala impian PAS untuk melaksanakan Islam yang syumul dalam Malaysia akan semakin hampir!


Menteri Luar Malaysia: Sudah tukar ka?

Sejak akhir-akhir ini bagi kerajaan Malaysia bagaikan ada individu lain yang menjalankan tugas Menteri Luar? Kali ini individu itu mengaku menyampaikan undangan PM Najib kepada pemimpin negara yang individu itu lawati untuk datang melawat Malaysia ! Tugasan rasmi katanya! 

Maka itulah agaknya, baginya, dia wajar gunakan jet kerajaan walaupun tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan, cuma jawatan yang dibubuhnya sendiri kepadanya; FLOM! Heei...perasan!

Nampaknya jika ada menteri-menteri lain yang rasa malas nak bercending dengan dengan mana-mana negara luar atau tidak mahir membuat undangan melawat Malaysia, perlu hanya mengadu kepada PM Najib untuk kemudian ditugaskan kepada seorang 'pakar' membuat undangan melawat Malaysia! Dan ingat, orang ini tak boleh..jangan dikutuk atau dikritik, bimbang PELABUR LARI WOI!!!

Nampaknya Malaysia makin 'mantap' dengan kaedah dan sistem baru yang tak pernah dibuat dek orang! Dengan berjawatan sebagai isteri, boleh pulak buat tugas rasmi kerajaan! Kalau suami demam atau letih atau sibuk kat pejabat, isteri boleh ganti suami, malah boleh lagi guna kenderaan kerajaan untuk tugasan rasmi di luar! 

Hah kelakar oh 1Malaysiaku! Hentamlah mak Labuuu, pengundi-pengundi suami ngko, ibarat dah 'sahkan' ngko yang 'memerintah' Malaysia!!




‘Sejak 2008. PM dan Rosmah tak naik MAS’

Aidila Razak   22 Nov. 2013.

Lawatan ke Qatar-UAE bukan tindakan pertama yang menyaksikan isteri perdana menteri Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan tanpa penyertaan Datuk Seri Najib Razak, dakwa PKR.
"Ini bukan kali pertama beliau lakukannya," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sambil berkata beliau  sedang mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara itu.

Azmin (kanan) berkata, sumbernya dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan, Rosmah dan Najib tidak pernah terbang menggunakan penerbangan negara sejak mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata, lawatan itu menimbulkan dua persoalan, iaitu kelayakan isteri perdana menteri menggunakan jet kerajaan dan sama ada beliau boleh menggantikan kerajaan dalam urusan rasmi.

Semasa lawatan antara 10 hingga 14 November, Rosmah antaranya bertemu dengan perdana menteri Qatar bagi menyampaikan undangan Najib supaya beliau melawat negara ini semasa program Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Ini bukan peranan isteri perdana menteri. Sebarang undangan daripada perdana menteri sekarang?"

Rosmah sebelum ini, apabila ditanya berhubung penerbangannya ke Qatar menggunakan jet yang dibiayai kerajaan, dilaporkan berkata, beliau hanya melakukan kerjanya.

Beliau juga dilapor enggan mengulas lanjut.

Manakala pegawai khasnya Siti Azizah Sheikh Abod berkata, lawatan ke Qatar itu dibuat demi kepentingan negara dan bukan atas sebab-sebab peribadi.

http://www.malaysiakini.com/news/247386

Friday, November 22, 2013

Mat Sabu oh Mat Sabu!

Tuan Haji Muhammad Sabu memang  seorang pejuang. Segalanya kelihatan tidak mudah bagi beliau. Itulah laluan perjuangan beliau.

Bermula dengan dilabel konon menganut fahaman Syiah tanpa dibawa sebarang bukti syarie dalam keadaan beliau sendiri tidak diberi peluang seluasnya untuk membela dirinya, semalam beliau terus ditekan dengan usul Dewan Ulamak yang terang-terang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajib diberikan kepada golongan ulamak (agamawan?).

Pagi ini  Tuan Haji Mat sabu terpaksa pula berada di mahkamah demi memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan yang diperjuangkan untuk kesejahteraan rakyat dalam PRU. Mungkin beliau juga terpaksa mengundi di mahkamah petang ini?

Jelas, kerana hanya dikatakan tidak faqeh agama Islam, walaupun begitu lama,, istiqamah dan tegar dengan prinsip perjuangan parti yang beliau telah merasai rebah bangun perjuangan Islam di Malaysia, esok akan dapat diketahui sama ada beliau akan 'ditendang' atau tidak dari jawatannya sekarang?

Sama-sama kita lihat bagaimana pertarungan gelanggang politik Parti Islam seMalaysia!

Wednesday, November 20, 2013

Menteri, PBS bermasalah bukan kerana capaian internet sahaja!




PBS yang sedang dilaksana itu sendiri gagal sebagai alat untuk menilai pelajar, kerana ianya tidak menepati standard sebagai sistem penilaian dan pentaksiran yang baik dan sahih! 

Jangan bertanya dan merujuk pakar yang banyak bercakap di atas sana dan banyak berteori yang entah apa-apa itu,  tapi turun dan tanya guru-guru yang berpengalaman yang berada di lapangan dan dengar serta ambil pandangan mereka!

Ceh wah konon...PBS telah diguna pakai di United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura! Dah tu kenapanya? Kena ikutlah?

Inilah antara penyakit besar bagi kerajaan Umno/Bn yang memerintah Malaysia. Nak ikut United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura konon! 

Woi...tolong cermin diri... integriti dan amanah pelaksanaan di negara-negara tersebut macam mana, di Malaysia tolong cermin sikit macam mana pulak!? 

Terkejutkah kita kalau pelaksanaan PBS di Malaysia bersifat separuh masak, huru-hara, serabut, celaru, campurtangan kroni, permainan politik, kejar komisyen, paksaan dan macam-macam ada? Jika begitu keadaannya, macam mana dasar pendidikan negara nak sempurna apatah lagi PBS yang sering dilihat sebagai kubang rezeki?

Kerajaan Umno/Bn suka sangat mendengar, mengupah dan mengambil pandangan 'pakar' yang banyak berteori dan banyak cakap, akibatnya sistem penilaian dan pentaksiran pelajar jadi huru-hara dan bercelaru. 

Bayangkan nanti apa berlaku kepada generasi yang lahir dari sistem yang celaru seperti PBS ini? Ibubapa prihatin tidak bimbangkah? Atau asal kerajaan Umno/Bn buat, 'pakcik' tak kisah!
 
 
Kementerian akui PBS bermasalah kepada guru

Salmiyah Harun 19 Nov. 2013

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengakui Program Petaksiaran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan pada tahun 2011 menimbulkan masalah kepada para guru di negara ini.

Namun, menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan masalah yang timbul hanyan kerana capaian internet yang lembab menyebabkan ia menjadi bebanan kepada guru.

"Capaian internet memang menjadi masalah, kementerian masih berusaha untuk menaik taraf internet menjadi lebih pantas dan laju bagi melancarkan PBS ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi Kementerian Pendidikan.

Malah katanya, jika capaian internet dapat diatasi beliau percaya masalah dalam sistem PBS ini tidak akan timbul.

Tambahnya, sistem PBS ini sudah diguna pakai di beberapa buah negara iaitu United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura.

"Di negara kita ia baru satu permulaan, mungkin ada masalah dari segi capaian internet," katanya.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen daripada BN dan Pakatan Rakyat meminta kerajaan menilai semua program PBS ekoran mendapat rungutan daripada guru-guru.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang memperkenalkan program PBS tanpa menilai kelemahan sistem itu dahulu.

Malah beliau turut meminta kerajaan menyatakan model negara mana yang digunakan oleh Malaysia untuk melaksanakan sistem itu.

"Ide siapa yang kita ambil untuk laksanakan PBS ini negara mana menjadi contoh," soal beliau.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jauzi turut bangkit mempertikaikan sistem PBS yang diperkenalkan ini telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar-pelajar.

Begitu juga, pandangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali  yang menegur kerajaan kerana tidak menyediakan prasarana yang sistematik sebelum melaksanakan PBS ini.

"Banyak keluhan yang kita terima daripada guru-guru. Keluhan yang diterima terlalu berat.

"Sepatutnya kerajaan menyediakan prasarana yang baik dahulu sebelum ianya dilaksanakan. Ini kerana guru yang berada di bandar pun tidak berjaya capai internet apatah lagi yang berada di luar bandar," katanya.

PBS merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik.

Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.

Tuesday, November 19, 2013

Rosmah 'buat taik' lagi!

Rosmah 'buat taik', Shahidan 'kena taik', rakyat 'tanggung taik'! Semuanya kerana "First Lady Mansor"


First Lady Mansor laa konon!! Cheh!

Dah nak buat macam manaaa... para pengundi Umno/Bn tak serik-serik dengan kelentong!



Isu biaya jet Rosmah dipersoal bertalu-talu



Ahmad Fadli KC  18 Nov. 2013.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.

Tindakan kerajaan itu hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini.

Mereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.

Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.

MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Shahidan: Demi kepentingan negara

Diasak bertalu-talu, Shahidan tidak menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut.

Beliau hanya menjelaskan yang ada perkara tertentu dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet bersifat rahsia dan tidak boleh didedahkan.

Beliau juga menegaskan yang lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

"Beliau mewakili negara dan mewakili kepentingan negara," katanya.

Jawapan beliau itu mendorong MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (kiri) untuk bangkit dan terus mengasaknya tentang peranan isteri perdana menteri.

Mahfuz ingin tahu jika isteri perdana menteri dibenar mewakili negara dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.

'YB boleh, isteri YB tak boleh'

Shahidan bagaimana pun gagal memberikan penjelasan memuaskan dan hanya menggunakan dirinya yang akan mewakili negara ke satu persidangan di Ankara, Turki tidak lama lagi.

Mendengar jawapan itu, beberapa MP bangun membantah dan ada antaranya bersuara dengan lantang:

"Yang Berhormat menteri boleh wakil Malaysia. Tapi isteri Yang Berhormat tak boleh".

Rosmah pada 10 November lalu hadir ke Qatar untuk Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Azmin mendakwa, penerbangan itu disahkan kerajaan dilakukan dengan menggunakan jet eksekutif.

Awal bulan ini, Parlimen diberitahu, jet yang digunakan kerajaan menelan belanja sebanyak RM14.95 juta untuk belanja petrol dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.

Setiap penerbangan dilaporkan menelan belanja kira-kira RM470,000.



Monday, November 18, 2013

Hey..orang yang kentut belum bayar ni! Dah...aku dah bayar!




Itulah Umno sebenarnya khususnya para pemimpin mereka. Mereka yang kentut tapi mati-mati tak mahu mengaku. Malah sibuk pula tuduh orang lain yang kentut. Namun akhirnya melalui si alim Umno ini, termengaku juga bahawa mereka yang kentut dan memang suka kentutkan orang! Tak senonoh!

Teringat cerita empat orang penumpang teksi yang sedang dibawa menuju ke destinasi. Tiba-tiba dalam perjalanan mereka di dalam teksi terbau kentut yang amat memedihkan lubang hidung dan menyenakkan kepala.

Pemandu teksi yang tidak selesa lantas bertanya,  “siapakah yang kentut ni?”

Semua penumpang tak mengaku! Tak! Tak! Sebaik turun di destinasi pemandu teksi mendapatkan bayaran dari para penumpang dan akhirnya membuat acahan, “Hey... ini orang yang kentut belum bayar ni?”

“Eh...saya dah bayarlah..mula-mula sekali!”. Kantoi! Pemandu teksi mengeleng-eleng kepala sambil menahan rasa menyampah kepada penumpang yang suka kentut kepada khalayak itu!

Begitulah Umno dan para pemimpin mereka sebenarnya. Mereka dengan perangai busuk kohong mereka, demi politik bermuka-muka, menunjuk-nunjuk hanya merekalah konon yang menjaga kesucian Islam dan kalimah Allah. Pada masa yang sama sibuk tuduh konon PAS-lah yang menjadi punca tuntutan dan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam hingga menuduh konon kerana itu PAS telah terpesong dari matlamat asal perjuangan PAS!

Inilah perangai tak senonoh Umno dan orang alimnya yang suka kentutkan (menuduh/fitnah) orang tapi tak mengaku berbuat demikian!

Mananya Perkida, Perkasa, Jati dan Noh Gadot? Amacam boleh pakai tak fatwa Noh Gadot pada mereka?

Kalimah Allah boleh guna di Sabah, Sarawak

Anis Nazri 18 Nov 2013.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengesahkan turut bersama-sama jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah.

Pengesahan tersebut diakui Jamil ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Jabatan Perdana Menteri setelah dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pagi tadi.

Bercakap kepada Harakahdaily, Mahfuz berkata pengesahan itu menunjukkan seorang yang alim tentang agama seperti Jamil turut membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak di dalam Bible.

"Pengakuan Jamil itu jelas apabila jemaah menteri membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah Sarawak. Maknanya, orang alim, yang tahu pasal agama pun sepertinya juga telah memutuskan boleh menggunakan kalimah Allah itu," tegas beliau.

Dalam perbahasan pagi tadi, Mahfuz membangkitkan soal peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam isu penggunaan kalimah Allah, yang dilihat sekarang menjadi tidak ketentuan.

Mahfuz ketika mahu penjelasan, meminta menteri terbabit menyatakan sama ada jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah, sedangkan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut pernah menyatakan sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah boleh jatuh murtad.

Sebelum ini, penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam dijadikan isu oleh BN untuk menentang DAP dan Pakatan Rakyat.

Namun bertindak menutup mata dengan tindakan jemaah menteri sendiri yang memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dalam Bible mereka.