Followers

Saturday, November 09, 2013

Jangan menjadi lebih hebat dari Umno...

Walaupun aku lebih suka jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang tidak dicabar namun kepada Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ustaz Mohd Amar, selamat bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan penuh persaudaraan Islam dan saling hormat menghormati. Kepada penyokong kedua-kedua pihak tak usahlah berlebihan!

Aku bukan pun perwakilan ke muktamar. Orang bertaraf aku tak pernah layak untuk menjadi perwakilan ke muktamar kerana tak mencapai standard menjadi perwakilan apatah lagi untuk menjadi perwakilan ke muktamar yang ada pemilihan jawatan parti!

Hari ini aku terima lagi sms dari seorang sahabat yang bertanya, kalaulah aku perwakilan ke muktamar kali ini siapakah agaknya antara Mat Sabu dan Nik Amar yang aku undi. 

Aku jawab, aku akan undi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Aku undi Mat Sabu bukanlah kerana aku tidak suka ustaz Nik Amar tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu masih diperlukan PAS sebagai Timbalan Presiden buat masa ini, bukannya Nik Amar! Alasan lain mengapa aku akan undi Mat Sabu adalah sama dengan alasan mereka yang bersetuju Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. 

Justru itu aku sebagai ahli bawahan ingin mengingatkan mereka yang bertanding khususnya jawatan Timbalan Presiden PAS dan agen-agen kempen masing-masing agar sentiasa waras dan  bersopan dalam kempen-kempen mereka, jangan gelojoh dan brutal terhadap lawan masing-masing. Hentikanlah tuduhan dan hal-hal yang berunsur fitnah yang  mampu merosakkan jemaah ini. 

Ingat, sejak dahulu Umno sentiasa gagal membunuh karektor para pemimpin PAS. Justru itu janganlah pula ahli-ahli PAS yang berkempen sebelum dan semasa muktamar lebih berjaya dan lebih hebat daripada Umno dalam membunuh karektor pemimpin sendiri!

Thursday, November 07, 2013

Mat Sabu lagi...

Aku adalah ahli cabuk PAS sahaja. Dalam erti kata yang mudah difahami hanya sekadar ahli bawahan yang tak banyak jasa pun kepada parti. Kerja aku kalau di musim pilihanraya hanya bertaraf pasang bendera, tampal poster, cabut bendera, cabut poster, buat cula, jaga pondok panas, merayu undi depan di pusat mengundi, urusan penyediaan makanan kepada petugas-petugas PRU, edar risalah dan kempen dari rumah ke rumah dan angkut pengundi. Kalau berceramah pun setakat mampu ceramah kelompok! Itulah aku sebagai ahli parti bersama rakan-rakan ahli bawahan di bawah ini.

Kalau menghadiri aktiviti lain hanya takat menghadiri usrah-usrah dan kuliah haraki, tamrin, kursus-kursus PRU peringkat cawangan dan MTD dan yang lain-lain mengikut arahan ketua dari masa ke semasa seperti siri himpunan BERSIH dan demonstrasi-demonstrasi lain. Aku yakin, itu semua adalah sumbangan kecil yang mampu aku buat demi turut bersama menegakkan agama Allah di tanah air ini melalui parti yang aku sayangi.

Lebih dari itu, malu aku nak cakap aku sebagai ahli PAS sebab, alahai apalah sangat sumbangan aku di bawah ini kalau nak bandingkan dengan para pemimpin dan ustaz-ustaz parti yang hebat-hebat dan bijak pandai belaka di atas sana! Pandai serba-serbi terutama soal perjuangan Islam. Kalau mereka bercakap pasal Islam dan perjuangannya...mak tuan..hebat...kecik benar rasa diri aku ini!

Hari ini tiba-tiba dengan tidak semena-mena ada seorang kawan bertanya pendirian aku mengenai pertandingan jawatan Timbalan Presiden Parti. Terkedu juga seketika memikirkan macam mana aku nak jawab. Aku rasa agak takut nak bagi pandangan walaupun parti aku parti Islam dan aku telah menjadi ahli dah lebih dua puluh tahun! Bukan takut apa...takut kena label! 

Hari ini banyak sangat kerja label melabel dalam parti aku, mengalahkan parti  Umno Baru! Ada label pro ulamaklah dan kalau lebih-lebih sikit bercakap kena label anti ulama pulak! Islam liberal, ardogan, Anwarinas dan UG usah dikiralah....dah tak tahan nak dengar dah! 

Lebih dahsyat....dah tak kenal siapa dah yang main label-melabel ni, kerana yang berkopiah dan bersemutar pun turut sama begitu - macam budak-budak bila terasa nak kalah main lamprit..macam-macam gelar-mengelar keluar!! 

Sebagai ahli bawahan, yang tak ada pun nilai besar dalam parti, aku rasa sedih sebab aku pun terkena bedilan label hanya kerana terlebih bagi pandangan..."JIM!" Entah apa kebenda JIM pun aku tak tahu dan tak pernah ambik kisah pun pasal benda alah JIM tu!

Sebab itu, bila sikawan aku bertanya pandangan mengenai perebutan jawatan Timbalan Presiden aku terkelu sekejap nak bagi pandangan! Kena hati-hati woi!

Lepas aku bagi pandangan ini kemungkinan besar aku akan dapat label baru atau terus kekal "JIM". Tak kiralah, jangan jadi JIN sudah!

Sejak hebuh katanya akan ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden, aku tertanya-tanya sendirian kenapa pula perlu ada pertandingan jawatan Timbalan Presiden ha? 

Dari awal aku merasakan pertandingan untuk jawatan itu tidak munasabah langsung! Kerana aku sering tertanya-tanya apa salah dengan pemegang jawatan yang ada sekarang? Adakah kesalahan jenayah, aqidah, atau salah laku moral yang dia telah buat? Gagalkah dia sebagai Timbalan Presiden selama dia memegang jawatan itu? Aku tercari-cari di mana kegagalan beliau? Entah!

Kalau ada alasan bahawa dia harus ditumbangkan kerana orang Melayu kampung dan Felda tidak undi PAS dalam PRU 13 yang lalu, boleh diterimakah alasan itu? 

Kalau alasan itu boleh diterima pakai maka pada aku, rasanya bukan dia seorang yang patut ditumbangkan...semua pemegang jawatan tertinggi parti yang ada hari ini wajib ditumbangkan termasuk jawatan Presiden! Tak kan dia seorang yang bertanggungjawab kot!?

Kalau kata pula dia seorang Syiah, ini lagilah aku rasa sedih kerana kenapalah Jawatankuasa disiplin parti tidak menyiasat hal ini dan kalau dia benar-benar Syiah pecatkan dari parti segera! 

Soalnya kalau Lembaga disiplin parti tidak bertindak kerana tiada aduan rasmi, bolehkah dakwa seseorang begitu sahaja tanpa saksi dan bukti sahih? Bolehkah dengan cara serkap jarang dakwa orang itu begitu-begini, lepas itu pakat-pakat terajang seorang yang begitu tegar dan banyak jasa kepada parti PAS sekian lama? Tidak berakhlak sangat caranya kalau buat begitu.

Apa yang aku nampak, pemegang jawatan sekarang seorang yang sangat berjaya dan berkesan dalam menggerak massa untuk menentang sesuatu isu peringkat kebangsaan. Dia bukan sahaja seorang pemimpin yang rajin malah pekerja parti yang sangat lasak. 

Walaupun  ada orang kata dia tak faqih agama tapi aku yakin dia seorang ahli politik yang sangat faham agama. Kalau dia seorang yang tak faham agama, dah pasti banyak kes-kes seperti rasuah, pecah amanah, moral, jenayah yang akan disangkutkan oleh Umno kepadanya dalam mahkamah. Nampaknya banyak kes-kes mahkamah yang beliau hadapi adalah kerana menentang ketidak-adilan dan kezaliman kerajaan Umno/Bn dan kerana demonstrasi rakyat yang dia turut sertai bukan kerana kes jenayah, rasuah, aqidah dan moral. 

Sehingga ke hari ini Umno masih tak mampu dan menggelupur untuk membunuh karektornya! Tuan Haji Muhammad Sabu masih tegak dalam membawa perjuangan partinya.

Atas beberapa alasan yang tidak ilmiah dan kekampungan ini kerana aku hanya ahli parti yang nun di bawah, maka aku berpendapat tak perlu ada pertandingan untuk jawatan ini. Tuan Haji Muhammad Sabu masih diperlu untuk berada di situ! Aku yakin Tuan Haji Muhammad Sabu akan tahu sendiri bila untuk memberi laluan kepada orang lain mengambil tugas itu tapi bukan sekarang. Berilah peluang untuk tokoh yang banyak rebah bangun dengan PAS ini untuk melaksanakan terus misi perjuangannya buat parti kita, PAS. 

Kerana ini, jangan label aku "JIM"..please atau apa-apa!


Wednesday, November 06, 2013

Karpal Singh tak payah lebih-lebih!

Kalau mengidam nak jadi 'negarawan' sangat, ikut sahaja langkah Tan Sri Lee Lam Thye!  

A'ah apa bahayanya PAS?  

Berlebih-lebih pula dia.

Dari harakahdaily:



PAS bantah kenyataan Karpal Singh

Harakahdaily  06 Nov. 2013.

KUALA LUMPUR: PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

“PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, beliau bertanya apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia.

Beliau menambah, nilailah sendiri kepada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

“Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?” tanya Tuan Ibrahim lagi.

Beliau berkata, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata mengikut sedap hati.

“Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini. Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.

Sehubungan itu, kata beliau PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.

“Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau,” tegas beliau.

Tuesday, November 05, 2013

Kahkahkah...Mukhriz buat lawak...cheh!!

Pemimpin Umno/Bn lain bersedih kalah di Sg Limau, Mukhriz anak Mahathir pulak buat lawak - nak hiburkan hati konon:
 
1. Mukhriz berlawak, "Umno/Bn kalah kerana pengundi luar!" Kahkahkahkah!!!!

2. Lagi lawak bila Mukhriz buat kelakar, "mendaftar orang luar sebagai pengundi di situ, adakah ia boleh diterima sebagai satu amalan demokratik"! Cheh...(Bangla...bangla..merata-rata, jentera kerajaan digunakan disegenap sudut..ok je...demokratik pulak!!!)!

3. Lagi rasa nak tergelak bila Mukhriz terus-terusan buat lawak selamba, "Bukan tempat kami untuk mempertikaikan kenapa tempat seperti itu mempunyai jumlah pengundi begitu ramai." (Dah di Pekan Pahang..tak nampak ke? Lebih ramai daripada pengundi di Kuantan!)

Dahlah Mukhriz tak yah buat lawak lagi, selesaikan masalah KUIN tu dulu!



Mukhriz: Pengundi luar berdaftar di Bkt Besar menangkan PAS

Ahmad Fadli KC    4 Nov 2013.

Jumlah penghuni pondok agama yang merupakan orang luar tetapi didaftarkan sebagai pengundi Sungai Limau menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Sungai Limau, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Bagi pihak kami antara persoalan timbul ialah bagaimana satu daerah mengundi seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yg begitu ramai di satu tempat.

"Kita tahu banyak pondok-pondok di situ tetapi takkanlah sampai ratusan penghuninya.

"Sejak dahulu lagi tempat yang sama beri kemenangan kepada PAS," katanya.
Menurut Mukhriz, pihaknya menerima keputusan pilihan raya ini namun persoalan timbul sama ada amalan sedemikian selaras dengan semangat demokrasi untuk penduduk setempat.

"Bukan tempat kami untuk mempertikaikan kenapa tempat seperti itu mempunyai jumlah pengundi begitu ramai.

"Tindakan mereka mendaftar orang luar sebagai pengundi di situ, adakah ia boleh diterima sebagai satu amalan demokratik.

"Saya tak bermaksud mempertikaikan keputusan pilihan raya kecil ini tetapi persoalan begitu tetapi timbul," kata Mukhriz dalam reaksi segeranya terhadap keputusan pilihan raya N20 Sungai Limau.

Bukit Besar merupakan daerah mengundi yang dimenangi PAS dengan majoriti terbesar iaitu sebanyak 1,103 undi.

PAS memenangi sembilan daripada 19 daerah mengundi dalam Sungai Limau untuk menang dengan majoriti 1,084 undi.

http://www.malaysiakini.com/news/245784

Monday, November 04, 2013

Menang dengan kelebihan 1 undi pun tetap dikira menang... Umno ta payah cakap banyak!

PAS menang di PRK Dun Sungai Limau Kedah. Maknanya kerusi yang dimenangi oleh Almarhum Ustaz Azizan berjaya dipertahankan oleh PAS dengan bantuan mantap rakan-rakan anggota Pakatan Rakyat.

Walaupun PAS menang, perkara yang menjadi utama dalam berita dan hebohan ialah PAS menang dengan majoriti merosot!

Tak kiralah majoriti merosotkah, majoriti berkurangankah, majoriti kuruskah dan sebagainya, yang penting parti yang mendapat lebih undi berbanding parti lawannya ia tetap dirasmikan sebagai pemenang. Dalam hal ini diumumkan oleh SPR bahawa calon PAS adalah pemenang dan calon Umno/Bn kalah!

Yang sah menang dengan kelebihan 1 undi pun tetap akan dianggap pemenang yang hebat apatah lagi dalam keadaan PAS dan rakan-rakannya bukan sahaja menentang Umno/Bn tetapi PAS terpaksa  berdepan dan bergomo dengan seluruh bala tentera Umno/Bn dan yang paling dahsyat lagi  dengan seluruh jentera dan perkakas Umno/Bn yang digunakan sama ada secara halal mahu pun haram. Menang dalam keadaan peperangan yang berat sebelah begini dalam sebuah PRK, memang kemenangan yang hebat!

Namun begitu, semua para pemimpin PAS terutama yang mahu bertanding dalam Muktamar Agung parti nanti perlu menjadikan kemenangan di DUN Sungai Limau itu sebagai pemangkin kepada usaha menyatupadukan fikrah antara golongan agawaman dan bukan agawaman. Sudah-sudah bertengkar dan bertaki pasal ulamak lawan profesional atau profesional lawan ulamak.

Usaha menambah undi dan sokongan Melayu kepada PAS dalam PRU 14 nanti perlu dijalankan segera dan secara jamaei bukan secara individu atau dalam keadaan pelbagai kenyataan dibuat yang mampu melemahkan parti, dilontar di sana sini! 

Para pemimpin PAS yang berada di atas sana, bukan hendaknya asyik bertengkar macam kucing dengan anjing terutama apabila semakin hampir dengan Muktamar pemilihan parti.

Sudah-sudahlah membangkit atau menanam persepsi konon kewujudan ulamak lawan profesional dalam PAS atau sebaliknya. Akur sahaja pandangan, bimbingan, nasihat, tafsiran dan arahan Mutsyidul Am PAS TGNA. Habis cerita.

TGNA mendidik dann menafsir PAS bahawa sesiapa sahaja berugama Islam, asalkan arif pasal Islam boleh menduduki kerusi Presiden, Timbalan dan Naib2 Presiden dan jawatan-jawatan lain yang lebih bawah dari itu kecuali menjadi anggota Majlis Syura ulamak! Ada faham?So jangan buat degil atau babil!!