Followers

Saturday, November 02, 2013

Malaysia kalah dengan Nepal pulak dah!



Akhbar: Nepal lebih telus berbanding Malaysia

Selangorku   01 Nov. 2013.

SHAH ALAM: Nepal lebih telus dan terbuka kerana mempunyai 127 akhbar, berbanding Malaysia yang dilihat kurang memberikan kebebasan media.

Kerajaan Nepal percaya dengan memberikan kebebasan media mampu membawa kepada kemajuan mentaliti pemimpin dan rakyat negara Asia Selatan itu.

Walaupun Nepal masih dikategorikan sebagai negara dunia ketiga daripada segi pembangunan fizikal, tetapi mentaliti pemimpin negara itu dianggap lebih maju berbanding Barisan Nasional (BN).

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari berkata, hal itu dibuktikan apabila sehingga kini Nepal mempunyai 127 akhbar tidak termasuk akhbar yang diterbitkan peringkat negeri.

“Walaupun kita membangun dan mempunyai prasarana seperti negara maju tetapi mentaliti kerajaan masih di tahap negara dunia ketiga kerana mereka ingin mengawal media. Sebenarnya, semua kerajaan ingin kawal tanpa beri ruang kebebasan kepada media dan masyarakat,” katanya ketika dihubungi TV Selangor, di sini, hari ini.

Hatta turut mengutuk tindakan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk menutup akhbar yang menerbitkan kenyataan beliau dalam satu program di Melaka, baru-baru ini.

“Ini kenyataan paling kurang ajar yang keluar daripada seorang pemimpin dan beliau mempunyai mentaliti dunia ketiga dengan beranggapan mempunyai kuasa dan boleh kawal kebebasan media. Pemimpin seperti ini kita kena tolak,” katanya.

Menyentuh kemenangan portal berita Malaysiakini dalam kes rayuan KDN yang menolak permit penerbitannya, Hatta berharap kemenangan itu akan menjadi contoh kepada media lain supaya berani menerbitkan media seimbang dan telus.

“Kemenangan Malaysiakini patut dijadikan contoh kepada media lain dan saya harap industri media kita lebih bebas serta maju,” katanya.




Friday, November 01, 2013

Pengundi Dun Sungai Limau harus membawa protes rakyat ....

1. Kenaikan harga minyak dan kemungkinan harga minyak akan naik lagi selepas PRK Sungai Limau!

2. Kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat yang rata-rata semakin mahal!

3. Monopoli perniagaan gula oleh kroni Umno/Bn yang mengakibatkan penurunan subsidi gula yang menyusahkan rakyat!

4. Monopoli siaran TV oleh Astro kroni Umno/Bn yang sewenang-wenang menaikkan kadar langganan terhadap pengguna yang tidak banyak pilihan untuk memilih siaran TV.

5. Penguatkuasaan GST yang semakin kelihatan menekan kehidupan rakyat jelata.

6. Negara yang didakwa selamat semakin tidak menjamin keselamatan rakyat sepperti yang menimpa mangsa amuk dan seorang kakitangan bank baru-baru ini.

7. Bil elektrik dan air yang tinggi di rumah Perdana Menteri yang amat melukakan hati rakyat marhaen yang sedang berhempas pulas dari pagi hingga ke malam untuk hidup!

8. Dan macam-macam penyelewengan Umno/Bn yang mampu di nilai dengan mata kasar di mana-mana.

Pengundi Dun Sungai Limau wajar membawa protes rakyat Malayasia terutama bangsa Melayu yang masih belum terjamin ekonomi sejak negara ini merdeka dalam negara sendiri.

Petikan dari Sinar harian:



1 undi untuk BN, 1 undi untuk naik harga barang

Wartawan Sinar Harian

1 November 2013.

SHAH ALAM - Pas hari ini mendakwa satu undi untuk Umno-BN dalam PRK Dun Sungai Limau pada Isnin depan bermakna satu undi yang menyokong kenaikan harga barang.

Sehubungan itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru pengundi di Dun Sungai Limau membuat pilihan yang tepat untuk mencerminkan kemahuan mereka.

“... kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya. Kenaikan harga minyak, pengumuman GST dan banyak lagi isu lain membuktikan bahawa Umno-BN sebenarnya tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

“Justeru, pengundi-pengundi Dun Sungai Limau wajib membuat pilihan yang tepat bagi membuktikan bahawa rakyat tidak reda dengan kenaikan harga barangan seperti ini,” katanya dipetik daripada laman sosial Facebook miliknya.

Semalam Sinar Harian Online memaparkan bingkisan dari blog zamkata.blogspot.com milik bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengungkapkan "memberikan undi kepada calon Pas di kawasan Sungai Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini".

Nik Aziz yang tidak menyentuh soal keutuhan gabungan itu dalam PR bagaimanapun mahu sokongan padu terus diberikan kepada calon Pas di Dun Sungai Limau.

Menurut Nik Aziz, memenangkan calon BN umpama penduduk di Sungai Limau menggadaikan maruah mereka.

"Sekali lagi saya merayu, kekalkanlah undi anda semua kepada Pas. Buktikanlah bahawa rakyat Sungai Limau tidak mudah dibeli dan disogok," ujarnya.

"Ingatlah, kejatuhan kerajaan Pas di Kedah telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman sendiri. Lihatlah apa yang berlaku di Insaniah, Kedah.

"Institut yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan Umno-BN dan diperkasakan oleh Almarhum Ustaz Azizan selaku menteri besar kemudiannya namun akhirnya menerima nasib yang malang di bawah kepimpinan baru kerajaan Kedah selepas pilihan raya umum yang lepas. Buatlah penilaian, adakah kerajaan Umno-BN berminat dengan pendidikan agama?," tambahnya lagi.

Malah ujar Nik Aziz, pengundi di Dun Sungai Limau wajib memilih Pas kerana ia sebuah parti yang benar-benar tulen dalam memperjuangan Islam.

"Apabila Umno meninggalkan Islam sebagai sebagai asas pemerintahan, keamanan tergugat, ketenteraman tiada dan keberkatan hidup hilang dari masyarakat.

"Pelbagai undang-undang diperkenalkan, namun tiada ertinya jika undang-undang ALLAH SWT diketepikan. Dengan Islam, hidup akan menjadi berkat, kedamaian Insya-ALLAH dapat dikecapi kerana setiap individu diikat dengan undang-undang yang datangnya daripada ALLAH SWT.

"Hari ini, saban hari kita bimbangkan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan akibat keamanan yang hilang di bawah pemerintahan Umno-BN," katanya lagi.


Tuesday, October 29, 2013

Jom rakyat kita terus berkorban hingga kita terkorban!! Tak pa nya!!

Alah rakyat bawahan belajarlah bersyukur, merungut apa lagi. Cukuplah tu!

Gaji bulanan RM4000.00

Tolak :

Pinjaman Perumahan RM1200.00- Ala besarnya rumah. Mana layak? Pemimpin kita aja layak rumah macam tu! Rakyat tak payah...kena sedar diri dan berjimat!

Pinjaman Kereta RM700.00 -   Tengok! Rakyat gunalah Viva atau Kancil Second hand. Yang pergi beli Preve tu ngapa? Camry tak yah fikir..tak layak! Patut tak  cukup! Kalau macam ni kesian pemimpin dan kakitangan JPM teruk bekerja, hujung tahun nak juga melancong berehat ke luar negara!

Pinjaman Elektrik Koperasi RM380.00. Siapa suruh jadi ahli koperasi?

Hantar Emak/Ayah RM200.00. Cukuplah...mak/ayah rakyat dah tua, tak perlu guna duit banyak!

Emak/ Pak Mentua RM150.00. Cukuplah sebab mentua, bukan taraf mentua Rosmah pun!

Bayar Bil-bil RM500.00 . Eh kenapa banyak sangat...sebagai rakyat RM500 boros tu! (Bil api, air, astro, hfn, internet dan minima kredit kad).

Belanja sekolah anak  RM400.00. Untuk 4 orang anak cukuplah tu. Dah tak payah beranak ramai..ikat!!

Lebihan gaji bulanan  RM470.00. Cukuplah tu? Nak apa lagi? Kalau tak cukup guna Kredit Kad!! Senang ... jolok je!


Gaji para pemimpin UMNO/Bn dan para sahabat mereka memang patut  kalau mahal! Mereka bekerja tengah panas, memerah otak dan bekerja demi rakyat dan negara, lagi pun negara ini kan negara hak bapa-bapa mereka! 

Rakyat buat apa...? Apa ada? Asyik merungut dan berborak kosong aje! Kerja relek je! Alahai...nasib! 

Jom kita pangkah mereka lagi!!!! Jangan banyak merungut!

Dari harakahdaily:


Gaji pegawai JPM melampau, lagi pembaziran kerajaan



Roketkini   29 Okt 2013.



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

“Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan,” ujarnya.

Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014.



Monday, October 28, 2013

MyKad palsu: Dah benda lagi!? Itulah bendanya!

Dengan sikap pekak badak, tuli dan bengong pihak yang bertangungjawab mengenai MyKad, maka apa lagi, itulah bendanya dengan MyKad palsu tu! Dah, kalau tak ada kaitan PRU 13, buat jadah apa (pinjam 'kata-kata hikmah' PM Najib satu waktu dulu) MyKad palsu berlambak dan begitu mudah diperolehi?

Bukan aje kaitan PRU 13, PRU 14 pun tak akan selamat daripada ancaman hantu-hantu MyKad ni dan tuan-tuan polong mereka! Nyawa tu, tau tak!?

Sumber Harakahdaily:



Adakah MyKad palsu ada kaitan PRU 13?


Harakahdaily   28 Okt. 2013.


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.

Ia berikutan kes pembunuhan seorang pengurus bank di ibu negara yang dilakukan oleh seorang pengawal bank yang menggunakan kad pengenalan palsu.

“Lebih dari itu, DPPM mendesak supaya kesemua syarikat keselamatan di negara ini mengesahkan pekerja mereka dengan mengenalpasti latar belakang, rekod perkhidmatan sebelum ini, keluarga dan lain-lain,” ujar ketua Penerangan DPPM, Dr Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.

Ia berikutan kes pembunuhan seorang pengurus bank di ibu negara yang dilakukan oleh seorang pengawal bank yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Lebih dari itu, DPPM mendesak supaya kesemua syarikat keselamatan di negara ini mengesahkan pekerja mereka dengan mengenalpasti latar belakang, rekod perkhidmatan sebelum ini, keluarga dan lain-lain.

DPPM tidak boleh menerima mana-mana syarikat menerima pekerja secara ‘tangkap muat’ tanpa diketahui rekod dan latar belakang pekerjanya sehingga pekerja mereka melakukan jenayah di luar pengetahuan majikannya.

DPPM menganggap kejadian jenayah terbabit amat serius dan memerlukan siasatan rapi. Suspek perlu ditangkap segera bagi mengelakkan kejadian jenayah lain yang lebih serius berlaku di tempat lain.

Namun begitu, DPPM menganggap pemilikan kad pengenalan palsu oleh suspek lebih serius dari jenayah yang dilakukannya.

DPPM merasa kesal bagaimana syarikat terbabit tidak boleh mengenalpasti kesahihan kad pengenalan suspek terlebih awal sebelum diambil bekerja.

Kejadian jenayah yang dilakukan oleh suspek membuka maklumat bahawa ada segelintir rakyat Malaysia memiliki MyKad palsu dan merasa bebas melakukan jenayah kerana rekod mereka tidak diketahui atau dikenalpasti.

Ini juga menandakan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu sudah beroperasi dan berleluasa di negara ini.

Mungkinkah terdapat ramai lagi golongan penjenayah berlegar-legar dalam negara ini dengan memiliki MyKad palsu seperti suspek?

Apakah ini juga menandakan terdapatnya sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu bertujuan untuk gerak kerja pilihanraya umum ke 13 tempoh hari?

Persoalan ini perlu disiasat dengan menyeluruh dan JPN perlu bertanggungjawab sekiranya perkara tersebut ada kaitannya.

DPPM mendesak supaya sindiket pengeluaran Mykad palsu segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Ia tidak boleh dibiarkan kerana ia faktor penyumbang jenayah berlaku di negara ini.

Akhirnya, DPPM juga mendesak kerajaan melakukan operasi menjejak pemilik Mykad palsu secara bersepadu dan menyeluruh.

Ia melibatkan semua agensi dan pasukan keselamatan dan beroperasi di seluruh negara.

Biar kerajaan dan rakyat berpenat membanteras sindiket ini daripada membiarkan penjenayah bermaharajalela melakukan aksi jenayah mereka tanpa dikesan identiti mereka kerana menggunakan Mykad palsu.

Sunday, October 27, 2013

GST: Makin banyak rakyat kena tanggung kecuali .....!



GST diberitakan banyak pihak, menyebabkan makin banyak yang rakyat marhaen kena tanggung KECUALI para penyokong Umno/Bn di kampung-kampung dan kawasan Felda yang dirasakan tak terjejas langsung! Sesungguhnya pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi gula oleh kerajaan Umno/Bn disambut gumbira dan penuh patriotik oleh mereka !

Kehidupan mereka 'diberitakan' macam biasa-biasa jugak, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! No hal-lah! 

Mereka susah tak apa, makan sekali sehari tak apa, makanan dan minuman mereka tawar hebey tak apa asalkan boleh dapat tenaga seks kuat seperti yang dikehendaki oleh pemimpin kesayangan itu yang nampaknya 'zuhud' sungguh dan begitu cakna sekali! 

Ah...anak-anak yang belajar diperantauan berlapar sedikit, tak cukup belanja untuk membeli barangan keperluan yang mahal tak apa, kerana dah biasa bersusah. Yang penting para pemimpin kesayangan dan keluarga tidak menderita kehidupan mereka! 

Orang-orang di kampung-kampung dan di Felda sangat sedar, susah dan hidup ala kadar memang patut untuk mereka, anak-anak mereka berhenti sekolah awal pergi cari kerja buruh, tak apa lah, itulah selayaknya mereka, senang lenang biarlah untuk para pemimpin Umno/Bn...kesian para pemimpin 'kita' dan anak isteri kesayangan mereka....kan!!? Hidup para pemimpin Umno...pembela bangsa!

Bagi para penyokong Umno/Bn, yang patut dipadankan muka ialah para penyokong Pakatan Rakyat yang terjejas teruk dek GST! Padan muka wuk!!

Laksana GST, makin banyak rakyat kena tanggung


Mohd Azli Mashut


SHAH ALAM, 27 OKT : Pelaksanaan GST hanya akan meningkatkan harga barangan dan beban cukai yang perlu ditanggung pengguna walaupun selepas pemansuhan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).


Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, Kerajaan Umno-BN mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran bahawa kebanyakan harga barangan dan cukai yang dibayar oleh pengguna akan dikurangkan selepas pengenalan GST.


“Yang benar adalah bahawa perkara yang dikenakan cukai di bawah SST adalah jauh kurang daripada apa yang dikenakan cukai di bawah GST,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Kian Ming berkata, antara perkara yang didakwa tidak di bawah cukai jualan tetapi akan di bawah GST termasuk banyak barangan bukan mewah seperti susu, kopi, teh, air mineral , buah-buahan dalam tin , surat khabar , alat tulis, beg sekolah, dan kotak .


Katanya, penggunaan elektrik di atas 200kWh (mana-mana amaun yang melebihi RM50) juga akan dikenakan GST. Harga barang-barang ini pasti akan meningkat selepas GST kerana penghapusan SST mempunyai kesan ke atas harga.


Pada masa ini cukai jualan adalah terhad kepada restoran-restoran tertentu dan perkhidmatan profesional yang diberikan oleh akauntan , arkitek, perkhidmatan kenderaan motor dan pusat-pusat pembaikan, perkhidmatan telekomunikasi , perkhidmatan keselamatan , ejen hartanah, operator perkhidmatan letak kereta ruang dan firma perkhidmatan .


“Liputan yang lebih luas di bawah GST bermakna lebih perkhidmatan akan dikenakan GST berbanding dengan cukai perkhidmatan semasa. Ini bermakna bahawa lebih banyak perkhidmatan hargaya akan meningkat.


“Yang benar adalah bahawa GST akan menaikkan harga majoriti barangan dan perkhidmatan walaupun selepas penyingkiran GST dengan beban kewangan rakyat akan meningkat,” katanya.


EZY