Followers

Friday, October 25, 2013

Jangan bimbang, keselamatan rakyat kian terjamin!

Peristiwa amuk di Taman Melati dan kejadian ngeri pengawal keselamatan 'haram' bank tembak kakitangan bank hingga terkorban terus menambah siri-siri kejadian jenayah yang menggerunkan dalam negara. 

Kedua-dua peristiwa itu dilaporkan sebagai kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dalam keadaan yang tidak mampu diduga oleh sesiapa pun. 

Keadaan ini menyebabkan seluruh rakyat yang mengikuti perkembangan yang berlaku, kebingungan dan tertanya-tanya, 'apa dah jadi dengan negara ini?', 'selamatkah kita ni?','bagaimana keselamatan anak-anak aku sewaktu beraktiviti di luar rumah - akan selamatkah mereka?'. 

Semua itu menjadi persoalan yang menyenakkan kepala rakyat terbanyak dalam meneruskan aktiviti hidup mereka seharian kerana semua kejadian jenayah kini, boleh berlaku tanpa ada sebarang riak dan tiba-tiba. Hinggakan mungkin ramai orang kini, merasa rimas dan cuak dengan orang yang berada di sebelah atau berdekatan mereka! Apa tidak cuaknya, apa sahaja boleh berlaku tanpa diduga dalam era 1Malaysia sekarang!

Isunya sekarang, selamatkah kita sebagai rakyat Malaysia jika kita berada di khalayak ramai atau di tempat-tempat umum? Bahaya jenayah yang mampu meragut nyawa bukan sahaja merisaukan kita di jalanan sibuk, lorong-lorong belakang, lorong-lorong gelap, dalam semak belukar malah amat memeranjatkan di tempat yang kita kira sepatutnya begitu selamat bagi nyawa manusia!

Kerajaan Umno/Bn terus sibuk dengan pembangunan material yang dirancang, namun aspek pembangunan jiwa dan kemanusiaan nampaknya terus terabai musnah. Nilai mulia kian terhakis, pegangan agama apatah lagi.

Bajet 2014 terus menjulang GST, menabur umpan politik sepanjang masa. Namun manusia dalam 1Malaysia kian ramai berjiwa lara, mampu meletup di mana-mana dan bila-bila tanpa diduga. 

Yang menjadi mangsa, juga tetap rakyat jelata - kian gerun dengan ancaman keselamatan kerana jenayah yang berakhir dengan pembunuhan boleh berlaku di mana-mana. 

Beginilah setakat ini negara kita Malaysia! Gah dibibir pemimpin, namun menggerunkan jiwa dan hati rakyat jelata! Sedang Raja, kerajaan dan rakyat  negara Brunei terus gigih berusaha mendapat rahmat dan barakoh Allah Yang Maha Berkuasa, melaksanakan undang-undang syariah dengan gagah dan gigih - Baldatun Thoiyibatun Warabbun Ghafur! Negara kita???






Monday, October 21, 2013

Dengan hanya istilah rasuah menjadi halal?

Dengan hanya istilah rasuah menjadi halal. Bukan politik wang, tapi kos jentera!

Rasuah? Tak lah! Politik wang? Mana ada! Makan suap? Tak pernah pun! Kos jentera je......!!! 

Hebat UMNO...kan! UMNO boleh!

Dari Malaysiakini:



Nur Jazlan: Bukan politik wang, tapi kos jentera

Nigel Aw    21 Oktober 2013.

Calon Majlis Tertinggi Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau tewas dalam pemilihan Umno ekoran masalah pembelian undi, selepas memberi amaran berhubung 'politik wang' sebulan sebelumnya.

Nur Jazlan hari ini menjelaskan, wang yang dirujuknya sebelum ini merupakan kos menggerakkan jentera dan bukan imbuhan untuk undi.

"Saya kalah kerana kurang berkemampuan dalam jentera berbanding mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka (menteri dan timbalannya) boleh pergi ke mana saja untuk berkempen tetapi saya tidak mampu, jentera mahal. Ia bayar wang untuk orang berkempen, bukan bayar untuk undi."

Bawah sistem sekarang, kata Nur Jazlan, sangat sukar bagi orang baru sepertinya untuk menang kerana "kos masuk" tinggi.

Nur Jazlan pada September lalu menganggarkan kos untuk selamat di sesebuah kawasan bernilai RM200,000 dan menjadikan kos untuk kerusi naib presiden sebanyak RM13,000,000, untuk selamat di 64 bahagian.

Bagaimanapun, Nur Jazlan mengakui "kos jentera" lebih besar ekoran keputusan menunjukkan bahawa kemenangan di 64 kawasan sahaja tidak cukup untuk selamat di jawatan itu.

"Saya cuma buat andaian tetapi akhirnya nayata sekali mereka perlu lebih daripada 64 bahagian," katanya.