Followers

Saturday, October 19, 2013

PRU 14: Kerajaan Kelantan bakal lingkup!



Budak 22 Tahun dapat 3,500 Ekar Balak?


Sebenarnya aku tak ada locus standi dalam isu balak Kelantan ni sebab pertamanya, aku bukan rakyat Kelantan. Kedua, aku bukan ahli PAS dan ketiga, aku bukan penyokong Husam.Lagi pun, isu balak ni dah selesai bila MB Kelantan memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan konsesi balak ini ditolak. Khalas.

Tapi, orang-orang yang tak berpuashati dengan Husam terus membedil Husam dengan macam-macam tuduhan sampaikan ada diantara ahli PAS yang sanggup melabelkan Husam sebagai pengkhianat. Aku dah banyak kali kena maki macam tu dan selalunya aku jarang ambik pot. Contohnya bila aku dedahkan Ngeh Koo Ham dapat 10,000 ekar di Kelantan, ramai yang kutuk aku dan mintak bukti.
Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan.Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah.
Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR.

Serupa juga dalam kes Husam. Husam nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan, tapi Husam tak boleh la nak dedahkan semuanya kepada umum. Kalau dia dedahkan..yang menerima kesan ialah PAS dan kerajaan Kelantan.

Tapi bila Husam tak dedahkan, dia dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah. Dan yang menuduh dan memfitnah bukan ahli sebarangan!! Nik Amar yang datang ke Liqa Fikri Pas Perak juga mengambil kesempatan untuk menghentam Husam. Ulama jenis apa ni?

Aku pun dah lama simpan benda ni dan dah malas nak cerita...tapi bila membaca satu posting macam mana Prof. Agus menitiskan airmata ketika berjumpa Menteri Besar dan TMB Kelantan..itu menunjukkan Prof. Agus sayang kat negeri Kelantan. dan bila dia kritik kerajaan Kelantan, itu kerana dia sayang kat PAS Kelantan.

Balik kepada isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan.

Aku pernah tanya...pasai apa Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak? Sebenarnya, Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan. Sesiapa yang rajin atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai bila pun tak akan jumpa.

Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini.

Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta.

Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini yang aku dapat.

Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd?

Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!! Gila ka?

Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!!

Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.

Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!" Apa nak buat?

Kabel pun cuba mengubahsuai syarikat supaya nampak ada kredibiliti sikit. Dan seorang lagi dibawa masuk sebagai rakan kongsi pada 1 Ogos 2013.

Kenal sapa dia?

Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin.

Whoa!! Macam ni ka hangpa punya kerja? Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu?

Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?

Ini yang cuba di sampaikan oleh Husam...tapi sebagai salah seorang pemimpin PAS..dia tak boleh la nak dedah kerana ia akan menyebabkan kejatuhan PAS. Tapi kalau orang macam Husam yang cuba untuk mengelak sesuatu yang buruk berlaku...tak patutla kalau pemimpin dan ahli PAS sendiri tuduh dia pengkhianat.

Sebaliknya, pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih.

Baca seterusnya di sini.

Wednesday, October 16, 2013

Dalam mempertahankan kalimah Allah.....


Umno dan NGO-NGO nya kini sibuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya untuk masyarakat Islam sahaja. Ini satu petanda yang baik mengenai Umno dan Islam! Sekurang-kurang untuk memberi pesepsi Umno itu sedang memperjuangkan Islam.....okaylah tu!

Namun demikian, petanda dan persepsi sahaja tidak cukup kalau pelaksanaan dan penghayatan Islam peringkat hampas. Pada waktu Umno dan ngo-ngonya mempertahankan kalimah Allah itu jugalah Umno tidak mahu memperkasakan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara. Contoh, Bahasa Inggeris kini menjadi subjek wajib walaupun Bahasa Inggeris itu tidak bergunapun untuk di bawa mati nanti. Sedang Pendidikan agama Islam yang memberi kefahaman dan bekalan yang banyak tentang kehidupan selepas mati, ada Umno kisah? 

Tidak salah belajar Bahasa Inggeris, tetapi untuk menjadi maju di dunia memadai dengan penguasaan menyeluruh bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan negara dalam pelbagai bidang. Hal ini telah dibuktikan di banyak negara dunia yang maju, namun Umno tetap melihat kepada bahasa Inggeris juga. Maka bahasa Inggeris juga yang menjadi wajib. Pendidikan Islam diambillah sedikit sana, sedikit sini untuk diajar serba sedikit...maka dapatlah para pelajar Islam khususnya anak-anak Melayu, kefahaman agama sedikit-sedikit!

Mempertahankan kalimah Allah itu bagus, tapi geng-geng yang sampai serak-serak suara mempertahankan kalimah Allah itu, tetap berada dalam oragnisasi yang berpalit jenuh dengan rasuah yang berbagai dalam pelbagai saiz. Lebih dahsyat lagi orang mempertahankan kalimah Allah itu sendiri amat diragui integriti mereka dalam bab amanah dan ketelusan!

Tidak cukup kita mempertahankan kalimah Allah sahaja kalau pegangan umat Islam di negara ini semakin longgar dan haru-biru. Kes jenayah bertimbun, tembak sana tembak sini! Masalah dadah usah cakaplah..tidak pernah dapat diselesaikan pun. Kadar kes perzinaan dan anak haram tidak pernah makin menurun. Anak muda berzina sana-sini, laki orang main bini orang, bini orang tidur dengan laki orang, pendatang haram dapat IC segera dengan mudah dan lorong-lorong tikus laluan tikus-tikus asing kata Timbalan Menteri berkenaan berselirat! Macam-macam hal dalam negara.....ada Umno kisah secara serius melainkan mempertahankan kuasa dan harta semata-mata?

Pegangan aku mengenai pengggunaan kalimah Allah tetap mengikut apa yang diajar dan diulas oleh TGHH. Dan hanya pelaksanaan akhlak dan syariat Islam mampu memantapkan jati diri bangsa ini. Jika tidak bangsa ini akan terus hanyut dibawa entah ke mana oleh 'sang keris telanjang' itu!

Sunday, October 13, 2013

Orang bengong sahaja yang kata tak buruk!

Kalau lembu itu ada otak dan boleh berfikir, lembupun akan kata rasuah dalam negara makin buruk. Tengoklah tu, dulu heboh pasal lembu kondo, heh...menang juga lagi! Dah mana tak teruknya.

Dah tu ada pula yang berkata, kalau penyelewengan berpunca dari kebodohan , tak boleh dakwa, tak ada peruntukan. Laa...yang pilih orang bodoh buat kerja ngapa?Atau Malaysia ni memang jenis suka orang bodoh kot...senang untuk diperkakas atau sekurang-kurang mampu untuk dijadikan kambing warna hitam?

Kalau macam tu pakai untung ke orang bodoh memanjanglah....boleh menyeleweng! "Opp saya bodoh"...terlepas!

Berita dari sumber Harakahdaily:



Firma audit antarabangsa dedah rasuah Negara makin buruk.


Harakahdaily 13 Okt 2013.


KUALA LUMPUR: Tinjauan terkini Ernest & Young’s di kalangan eksekutif perniagaan di negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa dan semakin meningkat.



Malah tinjauan firma perunding antarabangsa ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendedahkan amalan boros dan penyelewengan membabitkan kos berbilion ringgit dalam agensi kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng.



Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang,  Ong Kian Ming ketika mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2012 menganggarkan RM 6.5 bilion wang negara terbabit dalam 64 kes urusan meragukan.



“Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan masalah yang berulang saban tahun berhubung perbelanjaan yang berlebihan, kurang penggunaan, sub-standard atau pembayaran melebihi harga pasaran dalam perolehan tugas, barangan dan perkhidmatan (agensi kerajaan),” ujar Guan Eng.



Antaranya pembelian 20 jam dinding oleh Jabatan Penerangan berharga  RM3,810 setiap satu berbanding RN100 seunit harga pasaran dan pembelian tiga unit pengimbas bersaiz A4 dengan kos RM14,670 seunit berbanding RM200 harga pasaran.



Menurut Guan Eng, firma Ernst & Young mendedahkan lebih seorang daripada tiga eksekutif syarikat yang ditinjau pendapat mereka merasakan bahawa rasuah bukan sahaja berleluasa malah meningkat di negara ini sehingga Malaysia dianggap negara kedua paling rasuah selepas Indonesia di rantau ini.



Tinjauan yang dilakukan syarikat perunding pengurusan global Ernst & Young itu membabitkan tinjauan pendapat 681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat dari Mac hingga Mei 2013 di Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, Korea Selatan dan Vietnam.



Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21 peratus bagi wilayah Asia-Pacific.



Bagaimanapun, kata Guan Eng Malaysia menjadi ‘juara dunia’ dalam mencari jalan keluar mudah (rasuah)  oleh syarikat swasta apabila menghadapi zaman kesukaran ekonomi.



“Sejumlah 54 peratus responden (di Malaysia) mengakui mereka akan mengambil ‘jalan keluar mudah’ (rasuah) berbanding 34 peratus di China dan 29 peratus di Indonesia,” ujarnya memetik hasil tinjauan Ernst & Young.



Sehubungan itu, Guan Eng menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berbohong apabila mendakwa hanya 5 peratus rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rasuah.



“Selagi kerajaan persekutuan BN tidak mengambil tindakan serius terhadap pesalah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan menerima fakta itu serta tidak dibuai sentimen, Malaysia akan terus kehilangan berpuluh bilion ringgit setiap tahun ekoran pembaziran dan penyelewengan kewangan,” tegasnya.