Followers

Saturday, October 12, 2013

Titanic 2 pula bakal pecah.

Soi Lek terpaksa menyeringai untuk menunjukkan taringnya, agar Liow diam atau ambil tindakan seperti yang dicadangkan. Kalau Liow berdegil juga ia mungkin memberi makna marilah kita  'berdepan'.

Dengan geram Chua telah hantar 'peluru kapur' pertama kepada Liow, "Dia seorang pemimpin yang lemah, tanpa pendirian sendiri. Apabila terdapat isu besar, dia akan 'seam' (bahasa Hokkian yang bermaksud melarikan diri),".

Liow yang digelar Chua sebagai 'seam' masih belum membalas peluru tersebut. 

Dinding-dinding 'Titanic' kedua terbesar dalam BN itu mungkin akan terus dipenuhi kesan-kesan tembakan peluru sebelum karam.

Maka jelas kapal kedua dalam Barisan Nasional itu bakal pecah bagaikan Titatic yang karam di lautan Atlantik yang sejuk dan membeku! Jeng...jeng...jeng!



Soi Lek beritahu Liow: Awak undur, saya undur

Kow Gah Chie    11 Okt 2013.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata bahawa beliau sedia berundur sekiranya Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga sanggup melakukan perkara yang sama.

"Saya sedia berundur, tetapi saya mahu Liow juga sama-sama berundur," kata Chua dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur petang ini.

Chua berkata, ia merupakan satu keputusan yang menyakitkan "kerana saya telah bekerja dengannya selama empat tahun".

"Dia seorang pemimpin yang lemah, tanpa pendirian sendiri. Apabila terdapat isu besar, dia akan 'seam' (bahasa Hokkian yang bermaksud melarikan diri)," katanya.


Thursday, October 10, 2013

Begitu rupanya Program TEKUN ni! Hak bapak dia rupanya....

Umno memang jelas terbukti sejak dari dahulu kala lagi sebagai parti yang tak tak tahu malu. Hak dia hak dia, hak orang ramai hak dia! Wang pembayar cukai sewenang-wenangnya digunakan hanya untuk memberi pinjam kepada ahli-ahli Umno yang kemudian culas macam taik nak bayar balik hutang! Ada maruahkah parti politik seumpama ini?

Isunya sekarang apakah pembayar cukai menghalalkan wangnya jika digunakan oleh Tekun untuk diberi pinjaman kepada ahli Umno yang tak bayar hutang itu?

Tapi ya yak ya jugak, ...masih ada lagikah dalam kamus Umno erti halal dan bermaruah!? Melihat kepada apa yang berlaku...rasanya entahlah...!



Tak bayar Tekun tak apa, gagal bayar PTPTN diburu

Hazayani Zakaria 10 Okt 2013.

KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.

Sebagai contoh, pengakuan Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan bahawa Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno membuktikan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan kekayaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program-program yang dirancang hanya sempurna di atas kertas namun gagal dilaksanakan di peringkat akar umbi.

"Memanglah projek-projek dibuat atas nama rakyat tapi apabila turun ke bawah  projek-projek ini memang diberi kepada kumpulan Umno yang berkepentingan dan kroni mereka," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Tuan Ibrahim juga mempersoal sikap berdiam diri kerajaan terhadap peminjam Tekun yang gagal membayar balik pinjaman.

Sikap ini katanya sangat berbeza dengan sikap kerajaan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kita minta menteri dedahkan senarai peminjam Tekun yang bermasalah sebab rakyat nak tengok berapa ramai peminjam Tekun tak bayar balik pinjaman.

"Kerajaan buru peminjam PTPTN kenapa tak buru peminjam Tekun? Adakah sebab peminjam Tekun ini sebahagian besar Umno? Bila Umno yang pinjam kerajaan tak bertindak kalau rakyat biasa yang pinjam kita nampak mereka diburu, dikejar, disenarai hitam tapi tidak kepada peminjam Tekun," katanya lagi.

Mengikut rekod, hampir RM1 bilion dana Tekun belum dibayar semula oleh peminjam.

Tekun telah memberi pinjaman kepada usahawan Melayu iaitu ahli Umno berjumlah RM2.42 bilion dan hanya mendapat bayaran balik berjumlah RM1.43 bilion.

Tuan Ibrahim juga menambah, Tekun menjadi alat Umno menjelang pilihan raya kecil untuk memancing undi orang Melayu.

"Tekun ini jadi alat Umno setiap kali pilihan raya. Bila pilihan raya kecil mereka akan turun bagi borang dan pinjaman lulus segera," katanya.

Monday, October 07, 2013

Ada bukti, tembak! Wau!

Semua mahkamah bakal disimpan dalam setor! Hakim-hakim bakal jadi penganggur. Para peguam tutup bisnes terpaksa cari kerja lain! Sebab? 

Ada bukti, tembak! 

Menjelang tahun 2020 rupanya negaraku kian hampir menjadi negara cowboy, belum lagi menjadi negara maju seperti yang disasarkan oleh mamak bendahara tua !!! Padan muka mamak!

Ada bukti, tembak! 

Patutlah habis semua kena tembak, polis, cikgu, Timbalan Kastam, gengster, tokoh usahawan bank, bapak mentua polis, penjual nasi lemak dan pemantau jenayah!

Ada bukti, kita tembak dulu!




Kenyataan Zahid mirip gangster mafia – Hanipa

Muhammad Faizal  07 Okt 2013.

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung "kita tembak dulu", seperti dilapor Malaysiakini, sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, kenyataan Zahid itu mirip bahasa gengster atau mafia.

"Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab keluar dari seorang menteri, sepatutnya menteri tahu apa yang ingin dikatakan. Seperti kenyataan orang yang tidak bersekolah.

"Saya melihat tindakan tersebut tidak jauh bezanya dengan kumpulan gengster atau mafia, "ada bukti tembak"," jelasnya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendedahkan rakamam audio ucapan 20 minit Zahid di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka Sabtu lalu.

Dalam ucapan itu Zahid antara lain memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek jenayah ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Antara lain beliau didakwa menyebut "Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu".

Mengulas lanjut, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang juga menjelaskan, amat malang bagi rakyat negara ini apabila mempunyai seorang menteri yang bersikap ala mafia.

"Apa guna undang-undang dan mahkamah jika menteri bercakap sedemikian, tak semua mereka ditahan itu bersalah.

"Setiap kesalahan perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu barulah hukuman dijatuhkan, ini tidak, terus nak tembak," sambung beliau.

Selain itu, Zahid dalam rakaman itu juga dilapor mendakwa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undang beliau.

"Bagi saya setiap apa yang Zahid perkatakan itu tidak memcerminkan seorang menteri dan malang bagi negara ini mempunyai menteri sedemikian," kata Hanipa.

Sunday, October 06, 2013

Ada orang pandai-pandai tambah, faqihlah, mesti ulama-lah! Ambik lah semua....nak sangat!

Tok Guru kata "syarat utama lantik pemimpin taat kepada Allah". 

Dah tu yang faqih macam mana? Yang faqih tu, dengar sini, kalau cekap ilmu dan permainan politik semasa, bolehlah. 

Kalau tak cekap, maknanya tak layak! Tak payahlah nak nak tonjol diri sampai direct kata orang lain tak faqih, kita lebih faqih konon, depan-depan khalayak umum pulak tu! 

Adoi...macam-macam ada la ni. Elok-elok orang hormat, dah jadi kurang hormat dengan kenyataan macam tu!


Taat Allah syarat utama lantik pemimpin Presiden


Maidan Yahya 5 Okt 2013.


PARIT MEDAN: Kuliah Tafsir yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi kedua di Ijtimak Tarbawi 3.0 hari ini turut menyingkap sejarah pemilihan ketua dalam sejarah Islam.

Presiden memberi huraian bermula dari zaman Rasulullah SAW hingga ke era terkini PAS di Malaysia hari ini.

Beliau menghuraikan petikan ayat tentang sekumpulan manusia yang terus mempertahankan Islam walaupun Rasulullah SAW telah wafat.

"Antara syarat utama untuk dilantik menjadi pemimpin yang dinyatakan dalam surah ini ialah seseorang itu mesti taat kepada Allah," ujar presiden.

Selain itu beliau turut menceritakan sekumpulan sahabat yang kuat menentang Islam pada awalnya tapi teguh pendirian mempertahan Islam ketika peristiwa wafatnya Nabi seperti Suhail bin Amr dan berapa yang lain.

"Dalam konteks hari ini ada golongan yang sedemikian. Maka kita jangan terlalu cepat menghukum." ujarnya lagi.

Beliau turut menceritakan sejarah kejatuhan khilafah Islam termasuk sejarah tertubuhnya PAS di Malaysia.

Sebelum mengakhiri kuliahnya, beliau menyeru para pemuda untuk terus menyambung perjuangan Islam.