Followers

Saturday, October 05, 2013

Selagi puak-puak itu memerintah Laporan Audit akan datang mungkin berbunyi serupa itulah jugak!

Selagi ada makhluk yang bernama AMNO yang terus bernafsu mengekalkan kuasa yang semakin renta, boleh selesaikah masalah seperti yang didedahkan oleh Laporan Audit? 

Rasanya tubuhlah apa ke nama JK Khas pun, semua itu hanya akan membuang masa dan membazir sahaja....solekan semata-mata! Contoh, dulukan terang-terang kata K-POP ada penaja! Hohoho....rupanya kita semua yang bayar RM1.6 juta wehh...untuk K-POP! Ambik kau...

Boleh pakai ke JK Khas tu......tambah pula ianya cadangan Johan Jaafar?

Laporan Audit akan datang pun aku agak akan berbunyi serupa tu lah jugak, selagi puak-puak ni memerintah!

Weh...selagi ada pengundi tak cerdik...yang tak nampak semua ni, ADA MEREKA TU KISAH (?)........ TAK JADI KUDIS GATAI PUN AH bagi MEREKA untuk Laporan Audit akan datang berbunyi begitu lagi!!! KEBODOHAN tetap meletakkan MEREKA di situ!

Yang terseksa kita. Sebab apa kita? Sebab sakit hati.....!!! Jawatankuasa Khas kunun...cheh!


Panel SPRM gesa tubuh JK Khas kaji laporan audit

4 Okt 2013.

Panel bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa ketua setiausaha negara (KSN) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan membuat cadangan konkrit bagi mengatasi sebarang kelemahan dengan serta-merta.

"Pada waktu yang sama, panel menggesa kerajaan-kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani semua kelemahan yang ada," kata Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar.

Dalam kenyataannya hari ini, Johan berkata, pihaknya mengambil serius kelemahan yang didedahkan, yang bukan sahaja membolehkan salah guna kuasa dan rasuah tetapi menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.

"Pada waktu yang sama, panel mengambil serius kecuaian sistem kawalan dan penjagaan hingga membolehkan peralatan dan barangan (termasuk yang boleh membahayakan seperti senjata api) hilang daripada simpanan.

"Panel juga mengambil serius kurangnya pengawasan ke atas pembekal dan kontraktor hingga berlaku mutu kerja yang tidak memuaskan," katanya.

PPPR juga menyatakan kekesalannya kerana terdapat kelemahan dan kesilapan yang sama berulang walaupun telah didedahkan dalam laporan tahunan sebelum ini.


Friday, October 04, 2013

Jomlah kita mencari FAQIH! FAQIIHHH!!

Dewan Ulama PAS kata:
"Dewan Ulama PAS mempertahankan cadangan mereka supaya presiden dan timbalan presiden PAS dipilih di kalangan ulama yang faqih (berilmu), namun ia hanya keutamaan sahaja bukannya wajib."

Katanya (Ustaz Khairuddin), apa yang Dewan Ulama buat ialah mencadangkan syarat kepimpinan terbaik dari apa yang ada, namun terpulang kepada ahli muktamar.


"Kita mencadangkan sahaja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami," katanya.

Bagaimana pula kalau golongan Profesional PAS kata begini :

'Kita pakat buat persidangan meja bulat Profesional PAS, lepas itu keluarkan resolusi yang berbunyi, "Oleh kerana Majlis Syura Ulama Pas kukuh dalam menjaga dasar parti sebagai parti Islam, maka kita mencadangkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS tidak tertakluk kepada golongan ulama sahaja boleh pada bila-bila masa muktamar pemilihan dipilih dari kalangan Profesional yang Islamik dan cerdik politik Islam".

Cadangan sahaja namun terpulang kepada ahli muktamar!Kita mencadangkan sahaja, maka dia (siapa-siapalah) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami."

Golongan aktivis (sebab golongan aktivis ramai dalam PAS) pulak pakat buat resolusi:

"Oleh kerana Majlis Syura Ulama Pas kukuh dan Dewan Ulama PAS mantap dalam menjaga dasar parti sebagai parti Islam, maka kita mencadangkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS hendaklah dari kalangan akitivis parti kerana mereka lebih banyak merasi pahit maung perjuangan dan golongan yang perlu naik dari bawah.

Cadangan sahaja namun terpulang kepada ahli mukatamar..kan! Kita mencadangkan sahaja, maka dia (siapa-siapalah) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami."

Boo la weh...tak dok penyakit cari penyakit, tak pasa-pasa gi cubik ke orang! 

Syeikh Al Azhar bapak segala faqih, last-last 'duduk' sebelah Al Sisi jugak sampai terguling pemerintahan Islam Dr Mursi! Faqih punya ha!

Akhir kesimpulan, Hok ghohoknya wal lelohnya ahli bawahan, yang berkerja untuk parti ke hulu ke hilir tunggang dan bawak honda cub buruk, datsun tonggek lama, volvo 144 antik, ada ahli bawahan yang masih kelebek duit dalam sapu tangan untuk parti dan jolok dari tabung buluh...., DEMO di atas pakat bersilat lidoh lah belako-belako...faqiihhh punya hal! Ghohok weh lagu ni!!!

Rencana dipetik:

Timbalan presiden: Mat Sabu jangan kecil hati, kata ulama PAS


Oleh Zulkifli Sulong, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

October 04, 2013


Dewan Ulama PAS mempertahankan cadangan mereka supaya presiden dan timbalan presiden PAS dipilih di kalangan ulama yang faqih (berilmu), namun ia hanya keutamaan sahaja bukannya wajib.


Sehubungan itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak perlu terasa hati dengan cadangan itu.


Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali (gambar), berkata Dewan Ulama berpendapat, yang aulanya (keutamaan) untuk jawatan ini, seorang yang fakih hukum dan realiti serta politik semasa dipilih ke jawatan itu.


"Kalau ahli mahu setakat sah kepimpinanannya daripada sudut syarak sahaja, terpulanglah kepada ahli PAS. Ulama hanya membuat cadangan saja," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider.


Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini mencadangkan presiden dan timbalan presiden PAS dipilih di kalangan ulama.


Ia menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin PAS seolah-olah ulama mahu mengawal semua jawatan dalam parti Islam itu.


Ada yang berpendapat, jika presiden dan timbalan presiden PAS adalah ulama, di mana pula peranan Majlis Syura Ulama, seolah-olah peranan mereka bertindan sahaja.


Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS selepas Muktamar tahunan.  Semua anggotanya terdiri daripada ulama atau mereka yang mendapat pendidikan agama secara formal.


Mat Sabu dikira bukan seorang ulama.


Khairudin berkata, apa yang cuba dicadangkan oleh Dewan Ulama adalah, sewajarnya kedua-dua jawatan itu di kalangan (faqih) yang mampu membuat rujukan terus kepada al-Quran dan hadis, dua rujukan utama Islam.


"Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah fakih (mendalam) soal agama.


"Namun jika dia dicalonkan dan diterima oleh ahli, Dewan Ulama akan menerimanya, kerana pemilihannya adalah sah," kata Khairuddin.


Katanya, apa yang Dewan Ulama buat ialah mencadangkan syarat kepimpinan terbaik dari apa yang ada, namun terpulang kepada ahli muktamar.


"Kita mencadangkan sahaja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami," katanya.


Bagi Dewan Ulama, kata Khairudin, presiden dan timbalan presiden PAS adalah calon ketua negara jika PAS diberikan mandat untuk mentadbir negara ini.


Untuk itu, katanya, ciri-ciri seorang ketua negara perlu ada kepada presiden dan timbalan presiden PAS.


Khairudin berkata, adalah lebih baik jika presiden dan timbalan presiden dengan majlis syura ulama yang semuanya ulama dan fakih.


"Sekarang semua ahli majlis syura ulama adalah fakih. Jika presiden dan timbalan presiden fakih juga, lagilah bagus, lagilah aula.


"Kita sudah pakai jubah, tetapi kalau kita pakai serban, itu lagi bagus," katanya.


Atas dasar itu, kata Khairuddin, beliau tidak bersetuju dengan pandangan cukuplah kita ada ulama dalam Majlis Syura sahaja.


"Cukuplah itu berpada dengan hukum Islam yang cukup, kenapa tidak pergi lebih jauh sikit lagi. Dicadangkan presiden dan timbalan serta sebahagian naib presiden pun di kalangan orang yang fakih," katanya.


Khairudin berkata, ulama yang dirujuk untuk memegang jawatan ini tidak semestinya daripada Dewan Ulama tetapi istilah yang digunakan adalah fakih.


"Fakih ini bukan semestinya dari Dewan Ulama. Semua orang boleh jadi fakih dengan syarat pergi belajar," katanya. – 4 Oktober, 2013.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-mat-sabu-jangan-kecil-hati-kata-ulama

Thursday, October 03, 2013

Nilai baik dari Iran pong dok leh tiru?

Mat Sabu kata, kepimpinan ulama, unit amal dan lagu PAS adalah antara nilai baik yang ditiru dari Iran oleh beliau dan rakan-rakannya sekitar tahun 80an dahulu.  

Ustaz Nik Zawawi Setiausaha Majlis Syura Ulama pula berkata, jangan tiru nilai baik itu dari Iran kerana Iran Syiah kalau tak mahu dilabel sebagai Syiah!

Doh guane? Alamatnya kepimpinan ulama, unit amal dan lagu PAS bakal pendek umur kerana Mat Sabu dan rakan-rakannya membawa idea itu dari Iran!

Lepas tu, jawatan Setiausaha Majlis Syura ulama pun kena tak ada jugalah kerana ianya ditiru dari Iran yang Syiah?

Payoh tu! Kata tak cerdik kang, nya maroh dek orang, sebab kata ke ulama. Doh nok kata guane?

Baru-baru ni TGNA pernah menyebut, ulama kena cerdik politik.

Kalau tak cerdik politik jadilah macam Sheikh Al-Azhar yang sokong rampasan kuasa Al-Sisi tempoh hari sampai terguling pemerintahan Islam Dr Morsi.

Nampaknya dalam PAS hari ini ramai orang  suka bercakap, sambil hala jari telunjuk kepada orang lain, konong "punoh jahanang PAS kalau lagu  ni", sedang kepada diri sendiri tak emboh pulok nak tunjuk begitu macang dia tunjuk ke orang!

Begitulah...macang-macang ada diketika PAS berada diambang kuasa la ni. Hok ghohok dan lintang kalang mengurus kang cawangang2, aku dan kuli-kuli bbawoh ni! Oo sakik boh lagu ni!

Sunday, September 29, 2013

Umno/B eng punya pasal, ada orang nak tukar nama negeri Tenganu!



Tenganu Darul Runtuh!! 

Dok chaya?

Ada asah kukuh weh!

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:
1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga:  RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5.  Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh:  6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7.  Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8.  Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

10. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

12.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013
14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:

1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9.  Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22373-siling-masjid-di-terengganu-runtuh-lagi