Followers

Saturday, September 28, 2013

Maka 'confirm' harga minyak akan naik!

Budaya pemimpin Umno/BN: Nafi makna YA! 

TPM Muhyiddin Yasin menafikan harga petrol RON 95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa TERDEKAT! Maknanya pasti akan naiklah tu. Cuma tidak naik dalam masa terdekat sahaja!

Maka di sini terlebih dahulu aku ucapkan tahniah kepada para pengundi UMNO/Bn kerana undi-undi merekalah yang memberi kuasa kepada kerajaan UMNO/Bn untuk terus berazam menaikkan harga minyak. Dan kepada penyokong Pakatan Rakyat termasuk aku,  'padan muka'!

Sebaliknya para pengundi Umno/Bn terutama yang di FELDA dan kampung-kampung ...ek eleh... tak terjejas langsung! 

Kalau terjejas pun...demi Pak-pak Menteri, bini-bini, anak-anak dan keluarga menteri apalah salahnya berkorban sedikit...kesian Pak-pak Menteri kita...mereka susah-susah belaka!

Anak Nazri Aziz pun katanya hanya mampu memiliki rumah berharga lebih kurang RM7.2 juta sahaja! A'ah...apalah sangat rumah macam tu...!

Berita dipetik:



TPM naïf harga ROM95 akan dinaikkan dalam masa terdekat



28 September 2013.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat.
  
Beliau berkata dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.
  
"Sah tak ada... siapa yang menyebar berita itu, ia tidak betul. Sebenarnya tidak ada keputusan Kabinet, malah ia tidak dibincang," katanya.

Muhyiddin memberitahu pemberita demikian selepas menyaksikan proses Simulasi Pemilihan Umno 2013 di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU) di Janda Baik di Bentong.
  
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kerajaan akan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 masing masing sebanyak 10 sen dan 15 sen seperti yang tersebar di laman-laman sosial sejak  semalam.
  
Berikutan itu, beliau menegaskan harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10.
  
Awal bulan ini, harga RON95 dinaikkan 20 sen kepada RM2.10.

- Bernama

Thursday, September 26, 2013

Proses 'mencekikkedarah' perlu diteruskan!

Apa boleh buat, itulah yang pengundi-pengundi Umno 'mahu'...demi 'survival' anak bangsa Umnonya!

Dari malaysiakini:



Nazri Jr beli bangle RM7j’, Nazri Sr: Bukan masalah saya.

Ram Anand     26 Sept 2013.

Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",

Sunday, September 22, 2013

Bab ini betul Mahathir!

Apa nama.....MELAYU MUDAH LUPAAA....!!!

Padan muka!!!

Disedut dari harakahdaily:



Beli apartmen mewah London dengan duit FELDA

Shirzad Lifeboat  22 Sept 2013.

LEBIH kerap dari tidak, kematian dalam Umno tidak membawa makna kepada sesetengah orang.  Ambil  sahaja Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setelah dikenakan tindakan disiplin kerana ‘politik wang’, istilah suam kuku Umno bagi amalan merasuah perwakilan di perhimpunan agung bagi memilih jawatankuasa tertinggi parti, Isa kembali mencuri perhatian media.

Selanjutnya, apa juga kesalahan dalam Umno tidak kira sebesar mana sekalipun, tidak akan memadamkan peluang seseorang untuk kembali hidup dan mencapai kedudukan dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan.

Justeru kenyataan klasik bekas Presidennya, ‘Melayu mudah lupa’ cukup relevan untuk ahli serta pemimpin Umno.  Hal seperti ini mengingatkan kita kepada kenyataan seorang penulis politik veteran ketika menyindir orang Umno dalam buku-buku tulisan beliau betapa orang Melayu (dibaca orang Umno) mempunyai ingatan singkat atau ‘short memory’.

Tahun 2009 membuktikan hal ini apabila Isa yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008)  dipanggil untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Walaupun pencalonan beliau mendapat kritikan dari sesetengah pemimpin Umno sendiri,  Najib mempunyai sebab tersendiri yang hanya diketahui oleh dirinya dalam memilih Isa sebagai calon walaupun tindakan penggantungan bagi seseorang yang telah menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (April 1982 hingga Mac 2004) mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan sekaligus tidak lagi layak untuk diletakkan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan awam.

Kemenangan Isa di Bagan Pinang menyuntikkan nyawa baru dalam hayat politik beliau.  Walaupun Najib berhati-hati tidak meletakkan Isa kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, namun  Perdana Menteri memeranjatkan semua apabila melantik Isa selaku Pengerusi Felda.

Maka setelah dihidupkan semula dari kematian politik apabila terpilih dan muncul sebagai seorang Adun, perlantikannya selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan,  satu-satunya skim pra-Merdeka (Felda ditubuhkan pada 1956) bagi menangani penempatan semula penduduk miskin luar bandar ke kawasan-kawasan baru dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan tumpuan khas diberikan untuk tanaman kontan.

Begitulah sejarahnya.  Namun,  sementara umum tidak begitu pasti apakah ekonomi di peringkat rakyat yang bernaung di bawah Felda telah meningkat berkali ganda, atau sebaliknya beranjak secara marginal,  namun apa yang pasti, badan yang diamanahkan untuk menghapuskan kemiskinan mereka kini sudah menjadi pemain besar dalam dunia korporat.

Benar sebelum ini Felda membuat pelaburan di sana sini dalam bidang bersabit aktiviti terasnya.  Tapi sejak Isa mengambil alih tampuk kuasa pengurusan tertingginya, Felda seolah-olah muncul sebagai sebuah lagi penyerang korporat Malaysia dengan mimpi besar.

Tidak lama dulu, dengan dilatarbelakangi pelbagai bantahan dan dari pelbagai pihak, Isa meneruskan keputusannya mengapungkan saham Felda menerusi penubuhan Felda Global Ventures Holdings.

Kini, Isa meneruskan pencapaian mimpi beliau sebagai ‘corporate raider’ apabila beberapa hari lalu Felda memeterai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London.  Menurut laporan sebuah akhbar bisnes tempatan, bangunan plaza mengandungi 198 unit apartment itu dibeli oleh Felda pada harga STG98 juta (RM499.8 juta).

Banyak pemerhati menganggap pembelian hartanah di ibu negara United Kingdom ini adalah sebahagian daripada aktiviti membeli belah yang dilakukan oleh Felda di bawah Isa.  Bulan lalu Felda menguasai saham Idris Corp Bhd pada kos RM110 juta.  Dan sebelum itu, Felda juga telah membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu.

Kurang pasti bagaimana pelaburan ala-korporat ini akan memberikan pulangan setimpal ke atas modal Felda yang telah dikeluarkan dan bagaimana pula ia akhirnya dapat memenuhi aspirasi asal badan tersebut bagi menaikkan taraf ekonomi golongan miskin yang disasarkan menerusi skim ini.

Namun lebih kepada perwatakan seorang ahli politik berbanding penyerang korporat tulen, sudah tentu Isa mempunyai jawapan kepada setiap soalan yang bakal dikemukakan.