Followers

Saturday, August 24, 2013

Kibar Jalur Gemilang macam kibar bendera Umno...!

Menteri yang kalah berdebat dengan Anwar Ibrahim satu waktu dulu nak 'buat taik' pulak dah! Kenapa aku kata cadangan beliau nak mewajibkan kibaran Jalur Gemilang sebagai usaha nak 'buat taik'? Sebab, benar seperti yang rakyat terbanyak menduga bahawa usaha seumpama itu hanya akan mewujudkan patriotisme palsu semata-mata, yang hanya sedap dipandang mata, dalam hati sebenarnya kibar kerana terpaksa!

Memang aku setuju menjelang tiba hari kemerdekaan negara, kalau boleh semua rakyat kibar Jalur Gemilang. Okay no problem, punya! Kita bangga meraikan ulangtahun kemerdekaan negara!

Tetapi, yang orang ramai menyampah, meluat, benci, getik dan boring ialah setiap kali sambutan hari kemerdekaan pasti akan dijadikan program itu macam program Umno! Memuja-memuji Umno. Menyanjung-menjilat pemimpin Umno. Ibarat, kalau tak puji Umno tak merdeka negara ini! 

Dah...mana rakyat tak menyampah?  Aku bukan sahaja menyampah, malah serabut! Kalau dah rasa kibar Jalur Gemilang macam terasa kibar bendera Umno...aku pun tak hingin nak kibar!

Itulah akibatnya apabila sambutan ulangtahun kemerdekaan negara apabila terlalu dipolitikkan oleh Umno! Sebagai contoh program kerajaan yang terlalu dipolitikkan ialah apabila Perdana Menteri, TPM atau menteri-menteri melawat sesuatu tempat, sepatutnya yang dipasang dan berkibar megah merata-rata ialah Jalur Gemilang tapi yang berselirat di sana-sini ialah bendera UMNO! Loya tengoknya!

Kalau nak rakyat semua terlibat kibar Jalur Gemilang, libatkan semua rakyat dan pelbagai parti yang berbilang ideologi SECARA HARMONI dalam penganjuran dan aktiviti sambutan hari kemerdekaan. Barulah rakyat tak payah disuruh, akan kibar sendiri Jalur Gemilang 40 hari 40 malam apa!

Kerajaan Umno/Bn dan Shabery Cheek perlu ingat dan sedar, majoriti rakyat tidak kibar Jalur Gemilang bukan kerana mereka bencikan Jalur Gemilang, tidak! Bukan kerana mereka tidak menghargai kemerdekaan negara dan bukan kerana mereka tidak mahu meraikan ulangtahun kemerdekaan negara CUMA mereka menyampah dan getik dengan gelagat para pemimpin tertinggi kerajaan Umno/Bn yang menjadikan sambutan kemerdekaan bagaikan program meraikan Umno! Baik tak payah!

Dari Malaysiakini:



K’jaan lihat keperluan wajib kibar Jalur Gemilang



24 Ogos 2013.



Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.
  
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.
  
"Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang-undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta... sekarang ini secara sukarela.
  
"Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respon yang baik kerana masih banyak yang tidak berbuat demikian," katanya kepada pemberita pada program 'Pocket Show 2013' di Uptown Danau Kota di ibunegara malam tadi.
  
Turut hadir Ketua Setiuasaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
  
'Pocket Show' merupakan program mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar ibu negara anjuran Jabatan Penerangan.
  
Di majlis itu, Ahmad Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemimpin tempatan kawasan Wangsa Maju, wakil persatuan penduduk di sekitar Wangsa Maju dan Gombak, peniaga dan orang ramai di tempat tersebut.

- Bernama



Friday, August 23, 2013

Agaknya C4 tu makhluk asing tak?

Kah! Aku pun nak mengulas!

Di tanah Bolehland ini macam-macam benda pelik boleh berlaku kerana macam-macam berlaku benda-benda pelik!

Suatu waktu dahulu orang ramai gempar seketika kerana ada seorang tua berkata Anwar Ibrahim menumbuk matanya sendiri hingga lebam dalam lokap! Kagum orang dengan Anwar! Agaknya beliau anak jati negara ini yang pertama berjaya menumbuk matanya sendiri hingga lebam.

Lepas itu gempar lagi orang-orang di Bolehland apabila dihebuhkan mendiang Beng Hock dan arwah Sabrini tak ada siapa usik, tak pasal-pasal terjun tingkap di sebuah agensi kerajaan yang tingkapnya paling digeruni!

Dan semalam lagi orang ramai terasa kagum tapi kaget dengan benda-benda pelik di Bolehland kerana seorang model cantik Mongolia rupa-rupanya mahkamah Bolehland mendapati mendiang bukan mati dibunuh oleh yang dihebuh membunuhnya itu, (dah siapa yang membunuhnya?), mungkin dibunuh sendiri oleh makhluk yang bernama C4 yang agaknya dari spesis alien - makhluk asing! Eh boleh jadi apa......kan ini Bolehland!

Thursday, August 22, 2013

Wahai Kelantan! Nak menang ke nak kalah PRU 14 ni?

Macam-macam cerita ni!? Bbol'ok nampak weh! Isu Husam meleret-leret, tuntutan Royalti kian sejuk, kelahi pulak dengan Dr Agus! 

Rakyat dok perati kerajaan Kelantan (TMB) dok bbaloh dengan Dr Agus ni. Umno pulak gembira sakan, tambah pulak Tok Guru dah tak ada dalam kerajaan...dengar cerita dah ada orang Umno yang buat kenduri untuk sambut PRU 14 bagi Kelantan!

Rakyat dibawah mula rasa tension, "alah lah seghabuklah weh!".

Baik Tok Mat MB selesai cepat, jangan dok wak bbol'ok begitu!

Tulisan dipetik:



Husam Musa Tolak Tawaran Kerajaan Kelantan



Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade(KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.



Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.



Menurut Husam (gambar atas), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.



"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider.



"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.



"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar, teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az Zahab.



"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kanan) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat  kelulusan perlombongan  mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.



Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru."Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam."Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.



PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya."Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya."Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.



KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.



"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.TMI


Sunday, August 18, 2013

Sikap orang melayu tak akan memberi kudis kepada Nazri pun.

Nepotisme, kronisme, sekularism, 'rasuahsme' dan sebagainya tak akan menjadi kudis gatal dan beban kepada kerajaan Umno/BN selagi majoriti orang Melayu terus dipandirkan melalui program pemandiran kerajaan BN yang ada pada hari ini. 

Apatah lagi isu Nazri Aziz dengan anaknya ini. Bukan pengundi-pengundi kawasan parlimen Nazri Aziz tak tahu siapa Nazri Aziz dan tak kenal siapa dan macam mana anak Nazri yang itu, tapi Nazri Aziz tetap jugak menjadi juara dalam PRU 13 yang lalu! 

Tak ada masalah punya walaupun seluruh dunia melaungkan isu Nazri Aziz lantik anaknya tersebut! PRU 14 Nazri Aziz kalau bertanding tentu akan menang lagi. 

Bagi sebahagian besar orang Melayu yang terperangkap dalam program pemandiran BN, mereka akan hanya berkata "jangan sibukkan hal orang dan jangan mengatakan orang, janji kita dapat BRIM, BROM, BRAM"!




Adakah Nazri Aziz mula jadi beban kepada Umno?


Harakahdaily  18 Ogs 1013.


KUALA LUMPUR: Tindakan Najib Razak yang terpaksa mengubah pendirian dan menjadi flip-flop berhubung keputusan Nazri Aziz melantik anaknya itu, walaupun mengundang persepsi yang berbagai mengenai kefahaman Perdana Menteri sendiri berhubung pelantikan ahli keluarga oleh seseorang menteri, tetapi secara nyata menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Nazri itu adalah salah.

Cumanya, bagi penulis Shahbudin Husin, mungkin atas sebab-sebab tertentu dan hubungan peribadi yang agak lama, Najib segan memberitahu secara terus-terang agar Nazri mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.

Menurutnya, dengan meletakkan anaknya duduk di kementerian, walaupun gajinya dibayar oleh bapanya sendiri tetapi sudah tentu pelbagai kemudahan kerajaan akan turut digunakannya.

“Lagi pula meletakkan anak dan ahli keluarga sendiri di di kementerian di mana bapanya menjadi menteri, turut juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada rakyat dan kakitangan kementerian itu sendiri,” tulis beliau di dalam blognya semalam.

Namun, baginya Nazri nampaknya, baik sebelum pilihanraya, apatah lagi selepas pilihanraya ini apabila dipindahkan ke kementerian yang penuh warna-warni, sikapnya semakin jauh daripada amalan pemimpin yang diharapkan oleh rakyat.

Tambahnya, tidak hairanlah bukan saja parti lawan yang mengkritiknya, bahkan kritikan daripada dalam Umno sendiri ternampak semakin melebar.