Followers

Saturday, August 17, 2013

Pemerintahan kerajaan Najib Razak hendak hantar nota bantahan kepada Mesir

Hah? Kerajaan Umno/Bn Najib Razak hendak hantar nota bantahan keras kepada sang firaun moden Mesir, Al Sisi haramjadah dan Adly Mansor laknatullah? 

Kalau itulah Najibnya, ketua Umno itu, .....JANGAN HARAP!!

Dari harakahdaily:



Malaysia perlu tegas, hantar nota bantahan

Basiron Wahab 17 Ogs 2013.

KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan Malaysia membantah keras pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap rakyatnya sendiri.

Katanya, kerajaan Malaysia perlu bertegas atau sekurang-kurangnya menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Mesir.

Menurut Tuan Ibrahim kekejaman pemerintah Mesir itu lebih kejam daripada Firaun yang membunuh kanak-kanak.

Firaun, katanya hanya membunuh kanak-kanak lelaki tetapi Firaun moden ini membunuh dan membakar hospital dan masjid dan sebagainya untuk menghilangkan bukti kekejaman mereka.

Tuan Ibrahim berucap dihadapan kira-kira 500 warga Pahang termasuk muslimat yang membantah kekejaman kerajaan sementara Mesir terhadap penyokong Presiden Mursi yang digulingkan diperkarangan Masjis al Fatah, dekat sini semalam.

Menurrut beliau, kerajaan sepatutnya tidak diam membisu dengan pembunuhan hampir 3,000 penyokong Morsi dibulan syawal ini.

PAS, katanya bersama seluruh masyarkat dunia mengutuk kekejaman itu.

Tuan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihanya sehingga menitiska air mata ketika berdoa dibawah panas terik.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Md Saad juga membidas kekejaman golongan sekular sokongan zionis dan Amerika Syarikat serta negara yang menyokong rampasan kuasa itu.

Katanya kekejaman golongan sekular itu bukan sahaja di Mesir tetapa di banyak negara.

Apa yang berlaku di Mesir ujarnya adalah ulangan kisah kekejaman golongan sekular terhadap musuh politiknya.

Turut berucap ialah YB Andansura Rabu, wakil pemuda Nazri Abdullah serta wakil Ulama.

Wednesday, August 14, 2013

Transformasi yang berjaya!

Najib telah melakukan apa yang beliau kerap sebut sebagai transformasi. Nampaknya transformasi Najib Razak semakin hari semakin menampakkan kejayaan:

1. Kejadian jenayah tembak bunuh berlaku saban minggu.

2. Dengan kekerapan berlaku jenayah tembak bunuh itu membuktikan banyaknya senjata api berada di sekitar kehidupan rakyat pada waktu ini.

3. Dengan kejadian tembak bunuh yang kerap berlaku dalam tanah air yang ku cintai ini juga seolah-olah membuktikan bahawa negara tercinta ini semakin berjaya melahirkan pembunuh upahan yang 'ramai' dan di mana-mana dalam negara?

4. Dengan meningkatnya  kes penceraian dalam kalangan umat Islam dan berlakunya kes pelacuran bawah umur, kes suami belasah isteri dalam lif, juga membuktikan 'berjayanya' Pendidikan Agama Islam dalam negara dalam membentuk akhlak dan moral umat Islam?

5. Betapa berjayanya Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Transformasi Pendidikan membawa keharmonian antara kaum dengan berlakunya upacara agama Budha dalam surau resort selepas isu Alvivi, yang dahulunya dimulai oleh kes arak kepala lembu, bangkai babi dalam surau dan bakar gereja!

6. Peningkatan kematian dalam lokap juga agaknya membuktikan kejayaan transformasi Najib Razak.

7. Rompakan jalanan siang-siang hari di Johor juga membuktikan kejayaan sebuah transformasi yang hebat!

8. Perlantikan anak menteri sudah tentulah agaknya oleh menteri itu sendiri sebagai Pegawai Khas di Kementerian ayahnya jugak satu lagi kejayaan terhebat transformasi Perdana Menteri ku yang ku cintai!

9. Yang paling penting kejayaan tranformasi Najib ialah berjaya mencipta dakwat kekal menjadi tidak kekal dalam PRU 13, kemudian dikuti penolakan kebanyakan petisyen pilihanraya kerana alasan teknikal, belum sempat dibicara dalam mahkamah pun. Cekap sungguh Malaysia Najibku!

Alahai negara ku tercinta yang semakin berjaya ditransfomasikan hinggakan rakyat semakin takut berhenti di persimpangan lampu isyarat, duduk rehat-rehat di beranda rumah atau keluar untuk solat subuh di surau!

Tahniah Najib dan Barisan Nasional mu!

Tuesday, August 13, 2013

Jangan harap BN akan buat!

Pemimpin Umno/Bn isytihar harta? Heh mati balik hidup tak akan berlaku! Jangan harap ustaz! 


Usaha pengisytiharan harta ini telah lama dicadangkan tetapi dalam kalangan para pemimpin utama BN ianya tak pernah berlaku dan tak akan berlaku. Seru dan gesalah bercupak-cupakpun, ianya tak akan berlaku. Para pemimpin Umno/Bn tak akan ambik pot punya. (Gambar sekadar hiasan)

Apa sebab para pemimpin Bn tak ambik pot? Sebab mereka tahu sedar dan insaf, rakyat di kampung-kampung tradisional dan di Felda tak kisah pun sama ada harta mereka halal, haram atau 'halam'. Yang sibukkan sumber harta para pmimpin BN, hanya para pemimpin pembangkang dan rakyat beberapa kerat yang berintegriti. Orang-orang Melayu di kampung dan Felda ada kisah? Yang penting tahun depan, BRIM ada lagi dan ditambah lagi! Harta para pemimpin BN tak yah sibuk-sibuk! 

Kisahnya...mentaliti Melayu kebangsaan!

Dan lagi, apa sebab para pemimpin Bn tak ambik pot? Sebab mereka tak perlu ikut rentak pembangkang  selagi ada undi POS dan undi awal dalam PRU! Apa pulak cari susah isytihar harta kalau PRU boleh menang mudah. Yang penting boleh terus memerintah.

Pihak yang sanggup menodai integriti akan isytihar harta?

Alahai....katalah apapun, ada BN kisah?



Isytihar harta baik, BN lebih utama – Nasrudin

Anis Nazri 13 Ogs 2013.

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyambut baik saranan dikemukakan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar pemimpin Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta, bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan politik semasa yang menginginkan ketelusan di kalangan pemimpinnya.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hasan, berkata tidak mengapa jika seseorang pemimpin itu hidup dalam kekayaan, jika kekayaan itu diperoleh melalui cara yang betul atau dibenarkan.

"Isytihar harta ini bukan untuk mendedahkan kekayaan atau menunjukkan kemiskinan, sebaliknya ia bertujuan menunjukkan harta yang diperoleh itu melalui cara halal dan betul.

"Rakyat berhak menilai pemimpin yang diamanahkan agar ia tidak menjadi fitnah yang mana jawatan dalam parti atau kerajaan itu sebagai satu batu loncatan untuk mengaut keuntungan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang bersetuju dengan cadangan itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dilaksanakan di semua peringkat, termasuk kepada mereka yang memenangi pilihan raya umum lalu dan diikuti pihak lain, seperti pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah menurut beliau, langkah tersebut lebih utama dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara lebih 50 tahun.

"Sepatutnya bagi pemerintah, isytihar harta ini lebih utama. Mereka terlebih wajar melakukannya supaya benar-benar dilihat telus kerana mereka sebagai pemegang amanah yang besar terhadap seluruh rakyat Malaysia.

"Rakyat boleh audit ketua negara bagi memastikan kekayaan yang diperoleh mereka itu melalui cara benar atau sebaliknya," kata beliau.

Tambah beliau, pelaksanaan isytihar harta itu dapat dilihat ketika zaman Saidina Umar berhubung pembahagian kain rampasan kepada rakyat di Madinah.

Umar selaku khalifah ketika itu dipersoal oleh rakyatnya kenapa beliau dapat membuat sehelai jubah dari kain tersebut sedangkan rakyat hanya dapat membuat sehelai baju sahaja.

Persoalan tersebut kemudian dijawab oleh anak saidina Umar bernama Abdullah bahawa beliau juga mendapat kain dari hasil rampasan perang tersebut, dan bahagian kainnya dihadiahkan kepada bapanya, lalu cukuplah untuk dibuat sehelai jubah buat bapanya.

Jawapan tersebut sekaligus menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat ketika itu.

Tambah Nasrudin, tujuan pengisytihran harta itu bertujuan mengelakkan rasa curiga, selain memberi ruang kepada rakyat untuk menilai ketelusan pentadbiran dan pemerintahan pemimpin negara.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh antara pemimpin terawal pemuda PAS yang mengisytiharkan harta ketika Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu tahun lalu.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersetuju dengan saranan Karpal tersebut.

Sunday, August 11, 2013

Pasukan bolasepak kebangsaan: Saya bersetuju dengan penulisan ini

Saya bersetuju sangat dengan penulisan ini, "Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak". Zaman Tan Sri Hamzah Abu Samah dahulu kita merasa juga dua kali bermain di Sukan Olimpik dan pasukan bolasepak kebangsaan antara 5 pasukan yang terbaik di benua Asia. 

Hari ini pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia telah merudum setaraf Maldive, Filipina, Papua dan entah apa-apa negara lagi untuk berada di peringkat hampas dan kehabisan idea.

Wajarkah pasukan kebangsaan dipuji dalam keadaan kalah lawan Barcelona dan bertimbun-timbun kekalahan sebelum ini? Kalah, bukan menang. Kalah bertimbun-timbun pun puji? 

Nampaknya pemikiran dan pendapat yang sentiasa memuji permainan pasukan kebangsaan konon semakin mantap, sudah pasti tidak akan mampu untuk terus menaikkan tahap permainan pasukan tersebut kerana piawai tahap permainan terbaik bagi mereka (FAM?); kalah pun tak apa, asal main bagus atau pasukan kita mantap tapi kita kalah kerana Ramadhan atau alah ranking tak penting!

Oleh yang demikian saya bersetuju FAM perlu dirombak.

Berita dipetik:



Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak


Harakahdaily 11 Ogos 2013.


KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak, ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri.

Bagi Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah, cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bola sepak negara diberi nafas baru.

“Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bola sepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?” tanya beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghormati usaha gigih pasukan Malaysia dalam aksi semalam, namun SAMM tetap berpendapat aksi tersebut diumpamakan sebagai pertunjukkan ‘sarkis’. Tidak banyak faedah yang diperolehi dari perlawanan ini, tiada markah untuk perbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dan hanya membiarkan kejatuhan moral pasukan apabila dibuli sedemikian.

Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak ini ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bolasepak negara diberi nafas baru. Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bolasepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?

SAMM tidak hanya komen berdasarkan prestasi pasukan Harimau Malaya tetapi ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat di satu sudut, bagaimana regim penguasa ini kalau mahu mudah boleh dipermudah tetapi kalau mahu susah ia cukup menyusahkan. Perubahan venue ini cukup memudahkan bagi mereka yang berkepentingan apabila jualan tiket tiada sambutan maka diubah ke Stadium Shah Alam. Dari jumlah kehadiran semalam, sepatutnya perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur sudah memadai.

SAMM juga mengajak rakyat berfikir beberapa persoalan yang tidak terjawab, yang perlu kita ungkit apabila perubahan venue berlaku dan soal kebenaran menggunakan Stadium Shah Alam:

1. Siapa yang beri kelulusan? MBSA cuti, bila boleh keluar surat kebenaran?
2. Adakah permit/lesen dikeluarkan? Bila permohonan dibuat?
3. Akta Perhimpunan Aman, bila dimaklumkan kepada Polis? Apakah notis 10 hari diberi?
4. Siapa yang bertanggungjawab jaga keselamatan stadium. Siapa yang nak bayar gaji kakitangan yang bertugas?
5. Apa kerajaan Selangor dimaklumkan?
6. Apakah FAS yang pegang kunci stadium bukan MBSA? Presiden FAS kena jawab isu ini.

Jika akta perhimpunan aman terpakai, maka Presiden dan Timbalan Presiden FAM perlu didakwa kerana tidak memberi notis 10 hari lebih awal?

Akhir sekali, apakah negara ini mungkin ‘mereka’ yang punya maka boleh buat sesuka hati hingga merundumnya sukan bola sepak negara.