Followers

Wednesday, July 17, 2013

Sepatut orang yang tiada maruah ini dah letak jawatan !

Kalaulah majoriti rakyat mengatakan dua ekor yang menguruskan SPR Malaysia ini ada niat jahat terhadap demokrasi adil dalam PRU di Malaysia, tidak boleh salahkan rakyat kerana segala tindak-tanduk dan tingkahlaku baik perbuatan dan kenyataan dua ekor ini kelihatan macam jahat!

Rakyat tertanya-tanya apa kejadahnya hendak disembunyikan nama pembekal dakwat tidak kekal yang ditipu sebagai dakwat kekal? Atas alasan keselamatan konon. Apa? Dua ekor ini pekak badak ke, hinggakan  tidak mengikut perkembangan semasa bahawa setiap kali pihak polis dan keselamatan memberi taklimat kepada media massa, jenayah dalam negara ini rendah dan sangat terkawal? Kalau dah jenayah terkawal dan ditahap rendah bimbang apanya?

Sekarang apabila YB Rafizi Pandan mengambil langkah mendedahkan nama pembekal itu di Parlimen, dua ekor ini sewajarnya merasa malu maka itu patut letak jawatan! Mereka ini telah hilang maruah dan kredibiliti, tak perlu lagi lepas ini keluarkan lagi kenyataan yang leceh, berbelit-belit dan memalukan.

Sekarang ke lubang cacing dan ceruk mana lagi pembekal dakwat tak kekal itu hendak disorok? Dan apa lagi alasan kamu menipu dakwat kekal tempoh hari sewaktu hari mengundi?

Cukuplah...letak jawatan segera, sebarang kenyataan anda berdua mungkin sudah tidak ada nilai dan tidak sahih lagi? 

Dari Malaysiakini:



Pejabat syarikat bekal dakwat SPR diburu wartawan

Ahmad Fadli KC    17 Julai 2013.

Syarikat yang didakwa membekalkan dakwat kekal bagi pilihan raya umum lalu Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd mula menjadi buruan wartawan selepas namanya didedahkan di Parlimen semalam.

Setakat jam 2.20 petang tadi, termasuk Malaysiakini, sudah tiga pengamal media hadir ke pejabat syarikat itu di Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9A, Seksyen 9, Shah Alam.

Bagaimanapun, kesemua pemberita hampa selepas gagal mendapat sebarang reaksi daripada Integrated Challenger, yang perolehan dakwat kekal itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malaysiakini pada awalnya mengunjungi alamat syarikat itu berhampiran kawasan perumahan dan sebuah sekolah di Seksyen 13, Shah Alam, yang alamatnya diperoleh daripada carian maklumat di Google.

Bagaimanapun, tempat itu kini didapati menempatkan sebuah spa yang menawarkan khidmat terapi ozon dan penjagaan kesihatan.

Loceng pintu masuk spa yang terletak di tingkat dua bangunan kedai dan pejabat itu tidak dijawab oleh sesiapa selepas ditekan berulang kali.

Ruang dalam yang boleh dilihat menerusi kaca pintu juga gelap gelita.

Sementara rak kasut di tepi kanan pintu dan sepasang kasut di atasnya diselaputi habuk yang tebal, seperti lama ditinggalkan.

'Dia ada tugas luar'

Enggan kecewa dengan penemuan itu, Malaysiakini berkunjung pula ke lokasi kedua di Seksyen 9 Shah Alam seperti tercatat dalam daftar syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jika lokasi pertama adalah sebuah spa, lokasi kedua pula terletak di atas sebuah spa yang menawarkan khidmat pelangsingan dan urutan badan ala-Bali.

Malaysiakini terhalang untuk naik ke pejabat itu oleh pintu kaca yang berkunci namun berjaya bercakap dengan seorang pekerja pejabat melalui interkom.

Malaysiakini: Selamat petang. Ini pejabat Integrated Challenger Sdn Bhd kan? Saya hendak bercakap dengan Puan Norsiah Yusoff (yang dikatakan pengarahnya, hasil maklumat carian di Internet).

Pekerja: Dia tak ada di pejabat sekarang. Dia buat kerja luar.

Malaysiakini: Saya mahu dapatkan maklum balas tentang dakwaan syarikat ini membekalkan dakwat kekal untuk SPR. Siapa yang boleh saya hubungi?

Pekerja: Saya pun tak tahu encik. Puan Norsiah pun saya tak pasti bila dia akan selesai dengan tugasan luar dia.

Dakwaan hubungan rapat dengan bos SPR

Penyambut tetamu tersebut enggan memberikan nombor telefon Norsiah atau pegawai syarikat lain yang boleh mengesahkan dakwaan tersebut.

Malaysiakini juga menunggu selama sejam di kawasan berdekatan untuk menunggu kemunculan Norsiah atau pegawai lain syarikat itu.

Setengah jam kemudian, dua orang wartawan dari sebuah harian berbahasa Melayu juga tiba di lokasi sama tetapi difahamkan mereka dimaklumkan, premis itu bukan pejabat Integrated Challenger.

Mereka mahu menemui Mohamad Salleh Mohd Alli, yang didakwa pemilik syarikat itu oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam.

Bagaimanapun, wartawan berkenaan dimaklumkan, beliau sedang berada di luar negara.

Tidak lama kemudian, muncul lagi dua orang wartawan sebuah portal berita baru yang akan beroperasi tidak lama lagi, di lokasi sama.

Mereka pula dimaklumkan bahawa kedua-dua Mohamad Salleh dan Norsiah tidak ada di pejabat.

Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli (atas) semalam di Dewan Rakyat mendedahkan Integrated Challenger sebagai syarikat yang didakwa sebagai pembekal dakwat kekal pilihan raya umum lalu.

Beliau menyebut nama serta nombor kad pengenalan individu yang didakwa sebagai pemilik syarikat terbabit.

Pengarah strategi PKR itu juga mendakwa syarikat itu mempunyai hubungan rapat dengan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, tuduhan yang dinafikan suruhanjaya itu.

Rafizi juga mendakwa, Integrated Challenger turut mendapat kontrak bernilai besar RM6.9 juta itu secara rundingan terus.

Monday, July 15, 2013

Najib berpolitik di masjid! Cuba pihak lain buat?




PM: Syiar Islam terus dipertingkat

15 Julai 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biarpun ada perbezaan politik dan pendapat di kalangan umat Islam di Malaysia, ia tidak seharusnya membawa kepada konflik yang keterlaluan.

"Sebaliknya kita cari titik pertemuan agar umat Islam dan Islam itu sendiri tidak tergugat dan kita dapat majukan bumi Malaysia ini kepada masa depan yang jauh lebih baik lagi," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan Umno Selangor dan masyarakat setempat di Masjid Jamiuridhuan, Simpang Empat Jeram di Kuala Selangor malam tadi.

Beliau berkata Malaysia menolak fahaman ekstremis dan fanatik serta mereka yang hendak melakukan kerosakan di bumi Allah ini dan sebaliknya mengamalkan kesederhanaan dan jalan tengah yang dilihat pendekatan terbaik untuk negara dan Islam.

Selain itu, katanya, kerajaan juga mengamalkan dasar inklusif, yang menghimpunkan mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam di bawah satu pentadbiran yang adil dan saksama.

"Satu daripada sebab Malaysia aman damai dan harmoni bukanlah macam negara yang terlibat dalam pergolakan di Afrika Utara dan Timur Tengah kerana kita amalkan dasar-dasar kesederhanaan, kerana jalan tengah...sederhana jalan sebaik-baiknya mengikut Islam," katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara sebaik-baiknya supaya pembangunan secara holistik atau menyeluruh seperti dituntut Islam dapat dilaksanakan.

Najib berkata sebagai menghargai mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan BN pimpinan Umno, syiar Islam akan terus dipertingkatkan, akidah dan kesucian Islam termasuk kalimah Allah dipertahankan.

"Kita akan menyediakan lebih banyak peluang dari segi pendidikan termasuk pendidikan Islam, tempat ibadat seluruh negara kita akan tambah dan sediakan kemudahan lebih selesa," katanya.

Selain itu, sebagai menghargai anggota jawatankuasa surau dan masjid di seluruh negara, Najib berkata mereka akan diberikan sumbangan kain pelikat, kain jubah, telekung, air zam-zam.

Pada malam ini, Najib menyampaikan sumbangan berkenaan kepada ketua-ketua bahagian Umno di Selangor untuk diagihkan kepada anggota jawatankuasa masjid dan surau di seluruh Selangor.

Beliau turut meluluskan permintaan jawatankuasa masjid itu bagi mendirikan sebuah dewan serbaguna untuk orang ramai.

Pada malam tadi, Najib bersama kepimpinan Umno Selangor berbuka puasa bersama lebih 2,000 hadirin selain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Perdana Menteri yang mengenakan baju Melayu hijau muda, berkain pelikat hijau tua dan bersongkok hitam turut meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah selepas selesai solat.

Najib berkata antara sebab Jeram dipilih sebagai tempat pertama beliau berbuka puasa di Selangor ialah kerana sokongan padu pengundi di situ yang memberikan kemenangan kepada kesemua dua kerusi dewan undangan negeri, iaitu Bukit Melawati dan Jeram di bawah parlimen Kuala Selangor yang turut dimenangi BN.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus, Ketua Bahagian Umno Selangor yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Datuk Amiruddin Setro, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, Adun Bukit Melawati Jakiran Jacoma dan anak lelaki Najib, Norashman Razak.

- Bernama

Sunday, July 14, 2013

Menteri mengada-ngada yang cuba membazirkan air liur!




Konon hendak buat siaran langsung proses pengiraan undi pilihanraya kecil DUN Kuala Besut kerana rakyat perlu diberikan kesempatan untuk memahami proses (pengiraan) undi kerana masih ramai yang tidak faham. Taik! 


Kerjanya nak memperbodohkan rakyat sahaja!

Menuduh rakyat tidak faham proses pengiraan undi yang berlaku dalam pilihanraya adalah kerja yang cuba memperbodohkan pemikiran rakyat bagi mengalih daripada isu pilihanraya yang sebenar. 

Buatlah beribu kali siaran langsung seumpama itu pun, kalau isu-isu pokok tuntutan BERSIH  (rakyat) tidak dilayan, keadilan pilihanraya hanya menjadi hampas dalam setiap pilihanraya di Malaysia. Siaran langsung seumpama yang menteri mengada-ngada itu cadangkan, tidak mampu memberi apa-apa natijah yang baik untuk keadilan, melainkan terus menjadi perkakas kempen UMNO/Bn yang rakyat semua dah tahu belangnya.

Kalau gatal sangat hendak tunjuk telus, buat sahaja siaran langsung proses kempen atau ucapan kempen kepada calon-calon parti-parti yang bertanding selama 30 minit setiap parti. Jika ini dilakukan, ianya lebih baik daripada melontarkan cadangan hampas lagi mengada-ngada dan barulah boleh bercakap soal siaran langsung di RTM, kalau tidak, tak payah nak membazirkan air liur anda!

Buatlah siaran langsung kempen yang adil! Tapi menteri kerajaan Umno/Bn mana yang tahu makna telus dan integriti, jika bukan untuk kepentingan Umno/Bn sendiri? Untuk calon Umno/Bn bila-bila pun ok. Untuk calon lawan kepada Umno/Bn mesti ada nilai berita, jika tidak sori, kita profesional! Taik! Ini semuanya hipokrit sebagaimana hipokritnya pengurusan tertinggi SPR Malaysia yang susah benar nak kenal dan uruskan apa yang dipanggil dakwat kekal di negara 1Malaysia ini!

Sumber berita dari Malaysiakini:

Shabery kecewa SPR tak benar siaran langsung

Abdul Rahim Sabri

14 Julai 2013.

Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau "sedih tapi menghormati" keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang berpendapat pengiraan undi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut tidak perlu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bagaimanapun, katanya, RTM akan tetap melaporkan keputusan terkini di pusat pengundian untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat terkini dan sah, katanya. 

"Saya sudah berbincang, saya sudah menyatakan pendirian saya. Rakyat perlu diberikan kesempatan untuk proses (pengiraan) undi dibuat secara langsung kerana masih ramai yang tidak faham.

"Tetapi SPR mempunyai pertimbangannya yang tersendiri. Oleh kerana mereka badan bebas, saya tidak boleh mengarahkan. SPR ada pertimbangan sendiri yang perlu saya hormati," katanya kepada pemberita hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 5 Julai lalu berkata keputusan itu dibuat kerana ejen pilihan raya daripada parti bertanding akan berada di dalam ruang pengiraan undi semasa proses penjumlahan tersebut.

SPR juga kali ini dilaporkan akan merakam pengurusan perjalanan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut untuk dijadikan model rujukan pada masa depan, bermula dari proses penamaan calon sehinggalah ke tempoh berkempen, penjumlahan undi dan pengisytiharaan keputusan.

Sementara itu, mengulas permintaan Husam yang menuntut supaya calon PAS diberi liputan oleh stesen RTM, Ahmad Shabery berkata beliau tidak ada masalah dengan tuntutan itu, tetapi menyerahkan kepada RTM untuk membuat pertimbangan.

"Pertimbangan itu adalah pertimbangan profesional bukan pertimbangan menteri. Pertimbangan profesional berdasarkan kepada nilai berita.

"RTM pun telah menyiarkan perbahasan di parlimen secara langsung. Pada kita, kalau ada nilai berita, ia perlu ditunjukkan... siarkan tidak ada masalah,' katanya.