Followers

Saturday, July 13, 2013

Malaysia akan ditelan raksaksa tidak lama lagi!

Apabila menteri berkenaan enggan menjawab isu-isu penting TPPA secara telus, bermakna kerajaan Umno/Bn masih mengharapkan nasib menyebelahi mereka. Mereka cuba menyembunyi perkara yang telah jelas bakal terjadi jika menandatangani TPPA, yang akan banyak merugikan ekonomi Malaysia terutama kepada kepentingan Malaysia dan rakyatnya sendiri khususnya pekembangan pembangunan ekonomi bumiputera. 

Isunya dengan menjadi 'penyokong gila' dan pengampu kepada Amerika mampukah kerajaan Malaysia Najib Rosmah ini menolak desakan Amerika Syarikat dengan mengatakan tidak kepada Obama untuk tidak menjadi 'sebahagian' daripada proses penglobalan Amerika?

Yang jelas dari pendirian menteri ini dan kerajaannya, nasib pembangunan ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang sedia lemah akan terus menjadi sikenit yang tidak akan sampai-sampai ke garisan penamat kerana track semakin panjang dan jauh! 

Akhirnya rakyat luar bandar dan peneroka FELDA juga menjadi mangsa akibat daripada kesetiaan membuta tuli mereka kepada kerajaan yang tidak telus dan tidak boleh dipegang kata-katanya. Raksaksa bakal menelan mereka sekali gus! Ngap! Pemimpin negara dan negeri serta kroni yang kaya raya, buat-buat susah hati dan buat-buat sibuk ke hulu ke hilir! Macam cakna sangat....

Dari Malaysiakini:



Mustafa mengelak jawab soalan di forum TPPA

Hafiz Yatim 12 Jul. 2013.

Ketika tarikh akhir bagi Malaysia menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) semakin mendekati, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dilihat seolah-olah mengelak menjawab beberapa isu penting yang dibangkitkan.

Ini berlaku dalam forum yang dianjurkan akhbar Sinar Harian di Shah Alam petang ini di mana beliau mengelak menjawab bagaimana perjanjian dengan 11 negara termasuk Malaysia, akan memberi kesan kepada industri kecil dan sederhana atau bagaimana ia boleh mengurangkan kebimbangan pihak-pihak berkepentingan seperti kesatuan, atau perkara yang berkaitan dengan perubatan.

Ini adalah kali pertama seorang menteri penuh menghadiri forum yang dianjurkan oleh akhbar harian berkenaan.

Tidak seperti forum lepas, tidak ada sesi soal-jawab dibenarkan. 

Bagaimanapun, satu sidang akhbar ringkas diadakan dan Mustapa memberitahu hadirin yang beliau terpaksa berada di Kuala Lumpur pada jam 5 petang.

Ahli panel bersama Mustapa di forum itu ialah Ketua Pegawai Operasi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Nizam Mahshar, yang kelihatan lebih bersedia dalam isu tersebut.

Menteri itu turut menerima memorandum bantahan dari Gabungan Bertindak Menentang TPPA semasa sidang akhbar tersebut, dan beliau kemudiannya beredar tanpa mengulas mengenai perkara itu.

Dalam sidang akhbar itu, menteri itu ditanya oleh Mohd Nizam bagaimana kalau Barack Obama datang ke Malaysia pada bulan Oktober, apakah negara ini akan tunduk kepada tekanan dan menandatangani perjanjian itu.

Mustapa, bagaimanapun, tidak menjawab.

Mustapa memberitahu hadirin bahawa negara ini banyak bergantung kepada perdagangan, tetapi ia tidak akan teragak-agak dalam melambatkan menandatangani set TPPA pada akhir tahun ini. Beliau mengulangi perkara itu dalam sidang akhbar tersebut.

Katanya, Malaysia tidak akan mengorbankan Malaysia dan kepentingan rakyat.

Tambahnya, jika terdapat isu-isu besar yang boleh menjejaskan kepentingan atau kedaulatan negara, maka Malaysia akan melambatkan untuk menandatanganinya.

Wednesday, July 10, 2013

Gendang GST makin kuat bagaikan makin dekat !

Menteri Kewangan menafikan GST dalam masa terdekat tetapi bunyi riuh rendah GST kedengaran semakin kuat di mana-mana. 

Rakyat pula terus lelah melihat harga barangan keperluan di pasar, di kedai-kedai runcit, semakin melambung tinggi. Paling sakit hati harga barangan sudah tidak ada pengumuman kenaikan harga dah,  naik senyap-senyap je! Orang yang tak biasa turun membeli keperluan hidup tak tahu, orang yang biasa membeli amat tahu, semuanya mahal hari ini!

Hari-hari rakyat di luar bandar terutama orang Melayu merungut, harga barang makin mahal. Namun pangkah tetap pangkah Umno/Bn! Berpolitik cara tidak cerdik jugak yang dipilih, pilih Umno/Bn sampai ke tua!!

GST kini makin dekat!




Pakar: GST lebih efisien daripada cukai jualan

10 Julai 2013 

KUALA LUMPUR - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) lebih efisien dan menyebabkan kurang herotan ekonomi berbanding cukai jualan yang akan digantikan, kata seorang pakar ekonomi.


Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) Nor Zahidi Alias berkata struktur GST akan menyediakan insentif kukuh bagi perniagaan untuk berdaftar dengan pihak berkuasa cukai, dan seterusnya menambah baik kecekapan kutipan.

"Salah satu cara ia akan memberi manfaat kepada ekonomi ialah GST adalah neutral berkaitan dengan kuasa pasaran dan perniagaan, tidak seperti cukai jualan," katanya kepada Bernama.

Nor Zahidi berkata cadangan kadar tujuh peratus akan memberi kesan minimum kepada harga dalam tempoh jangka sederhana dan panjang berbanding cukai jualan sekarang antara lima peratus dan 10 peratus.

Beliau berkata terdapat kemungkinan inflasi tinggi dalam fasa-fasa awal, terutamanya sekiranya aktiviti pencatutan tidak dibendung dengan baik.

Sementara itu RHB Research berkata pengenalan GST dijangka membawa kepada kenaikan sekali inflasi, bergantung kepada paras barangan dan perkhidmatan dalam kumpulan indeks harga pengguna (IHP) yang akan terlibat.

Pelaksanaan GST dijangka menambah antara 0.8 dan dua mata peratusan kepada IHP, mengandaikan kira-kira 20 peratus dan 50 peratus barangan dan perkhidmatan dalam kumpulan IHP akan tertakluk kepada empat peratus GST, kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam Bajet 2013, kerajaan menyatakan adalah penting untuk melaksanakan rejim cukai baharu bagi memastikan kewangannya kekal kukuh, kata firma itu.

Ketua Ekonomi Nomura International bagi Asia kecuali Jepun, Rob Subbaraman berkata cukai penggunaan akan meningkatkan hasil kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal yang seterusnya juga boleh meningkatkan lebihan akaun semasa.

"Cukai penggunaan boleh berfungsi meningkatkan lebihan akaun semasa kerana ia boleh mengurangkan penggunaan isi rumah berbanding pendapatan, yang seterusnya meningkatkan tabungan peribadi," katanya.

Nomura, dalam laporan 'Asia's Rising Risk Premium' berkata lebihan akaun semasa Malaysia semakin mengecil dalam tempoh dua tahun lepas, mencecah paras rendah dalam tempoh 10 tahun pada 3.7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam suku pertama 2013 berbanding 10 peratus daripada KDNK pada 2011.

"Pengurangan lebihan akaun semasa itu adalah disebabkan kombinasi daripada eksport lemah, permintaan domestik kukuh dan harga komoditi rendah," kata firma tersebut. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/pakar-gst-lebih-efisien-daripada-cukai-jualan-1.181091