Followers

Saturday, July 06, 2013

SPR berbincang akan berkubang dakwat lagi di PRK Kuala Besut?




Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang ada pada hari ini, yang menjadi ‘punah’ pada pandangan majoriti rakyat Malaysia, kerana dakwat kekal yang tidak kekal yang ‘ditipu’ sebagai kekal, sekali lagi akan muncul dan 'menghantui' SPR di Kuala Besut.


Pengerusi SPR yang sepatutnya telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi SPR kerana majoriti rakyat 'menyampah' kepadanya dan timbalannya, telah berjanji akan menggunakan dakwat kekal yang lain, yang lebih baik, yang kononnya agaknya akan lebih kekal! 

Kalau dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13 dahulu tiba-tiba menjadi tidak kekal kerana kerani yang mengurus dakwat kekal di bilik mengundi tidak menggoncangkannya terlebih dahulu sebelum dicalit (tidak goncang itu menurut kata yang bernama wan ahmad), agaknya kali ini SPR sedang ‘bermesyuarat’ dakwat kekal yang akan digunakan di PRK Kuala Besut nanti, perlu ‘ditentukan’ pula berapa kali ianya perlu digoncang dan sekuat mana perlunya goncangan itu?

Di India dan mana negara–negara Afrika dan negara dunia ketiga lain, tidak pula kedengaran dakwat kekal yang digunakan dalam PRU perlu digoncang!

Tak apalah di Malaysia yang lebih teruk dari dunia ketiga ini perlu digoncang...goncangkanlah, yang penting dakwat itu benar-benar dakwat kekal!

Untuk PRU 12 dahulu, telah ada satu syarikat pembekal untuk bekal dakwat kekal, tiba-tiba tak jadi guna dakwat kekal itu, maka dakwat tercurah entah ke mana! Mungkin ada orang seronok berkubang dalam dakwat yang tak jadi digunakan itu hingga menjadi hitam atau biru macam hantu! 

PRU 13 yang lalu ada pulak syarikat pembekal dakwat kekal yang lain agaknya. Namun hingga kini nama syarikat itu dirahsiakan, konon demi keselamatan!

Di PRK Kuala Besut nanti, katanya SPR akan berurusan dengan syarikat lain pulak untuk mendapat dakwat kekal yang baru. Bertuah pula syarikat pembekal dakwat yang baru!  Dah tiga syarikat pembekal dakwat kekal agaknya?

Untuk PRU 13 dulu, heboh dan bergayanya yang bernama A. Aziz dan Wan Ahmad mengumumkan penggunaan dakwat kekal untuk mengintegritikan pengendalian dan pengurusan keadilan serta kesaksamaan PRU 13 kononnya! Hapah pun tidak...kos dakwat berjuta RM, dakwat kekal itu hanya kekal selagi tangan tak dibasuh pada hari mengundi itu! Tambah pula yang botol dakwat kononnya tak digoncang...KAH!

Sabagai cadangan semata-mata, di PRK Kuala Besut ni, cer ganti silver nitrat itu dengan 'air gambir Sarawak' dalam dakwat itu, mungkin boleh terjamin kekalnya dakwat itu, apatah lagi apabila digoncang botolnya! Manalah tahu...kan? 

Nampaknya payah benar nak menjadikan dakwat kekal PRU Malaysia menjadi kekal!!

Atau yang sebenarnya dalam isu dakwat kekal pengendalian SPR ini, ada AUTA disebalik BARUA? Isunya, siapakah AUTA dan BARUA  itu? Dan apakah mereka ini akan berkubang hasil dakwat lagi dalam proses PRK di Kuala Besut hingga rupa mereka benar-benar menjadi ‘hantu’? Kita lihat lah nanti!

Dari Malaysiakini:

SPR beli dakwat kekal dari pembekal baru

3:25PM Jul 5 2013

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merancang untuk membeli dakwat kekal daripada pembekal baru untuk digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Abdul Aziz berkata pihaknya akan mencuba untuk mendapatkan dakwat yang lebih baik bagi mengelakkan kesalahan yang lalu berulang.

Beliau berkata pihaknya akan mengumumkan kandungan silver nitrat dan akan memastikan kandungannya cukup membuatkan dakwat itu kekal.

Dalam pilihan raya umum lalu, wujudnya aduan daripada pengundi yang mendakwa dakwat kekal yang digunakan mudah untuk ditanggalkan.

Penggunaan dakwat kekal adalah syor daripada jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistempilihan raya dan antara tuntutan NGO BERSIH untuk mengelak pengundian dua kali.

Wednesday, July 03, 2013

Woit...tengok ni!

Hak ini Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji? KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH....... Konfius...konfius!!!


Monday, July 01, 2013

Kawal FB guru: Nasiblah engkau, cikgu !

Langkah Jabatan Pelajaran Johor cuba mengawal FB para guru dengan tujuan memantau mereka yang konon mengeluarkan kenyataan politik yang menentang UBN adalah kerja yang tidak berfaedah dan sangat membuang masa. Jabatan Pelajaran Johor adalah contoh jabatan yang tidak dapat membeza antara 'kenyataan yang haq menentang kebathilan dan kemungkaran yang dilakukan UBN' dengan   'kenyataan politik menentang UBN'!

Banyak kerja-kerja lain yang sebenarnya lebih berfaedah yang perlu  diberi tumpuan yang masih bertimbun tidak dapat diselesaikan oleh petugas-petugas di Jabatan Pendidikan Negeri! Urusan online PBS para guru masih huru-hara terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Elaun perjalanan kursus para guru masih tambang teksi. Pengesahan dan kenaikan pangkat guru masih banyak fail tercicir di sana-sini. Keadaan fizikal bangunan asrama pelajar dan rumah guru masih belum banyak tidak dibaiki dan dibaik pulih. Dan macam-macam lagi tugas yang berselirat yang belum dapat diselesaikan.

Kini sibuk pula nak pantau FB para guru. Masalahnya apakah besar benar peranan dan pengaruh FB para guru ini sehingga mampu menjatuhkan kerajaan Umno/Bn yang berkuasa di Malaysia sejak 55 tahun yang lalu?

Sebenarnya para guru kini tak ada pengaruh pun dalam menentukan keputusan PRU terutama PRU 13. Dalam dikatakan kononnya ramai guru-guru menyokong pembangkang, Umno/bn tetap menang dalam PRU 13! Tidak pernah pun Umno/Bn kalah sejak dulu kerana para guru!

Umno menang banyak kerusi di kawasan luar bandar, kawasan majoriti Melayu dan Felda dalam PRU 13, tidak terkesan langsung oleh pengaruh para guru. Kalau pengaruh para guru kuat di luar bandar dan Felda dan majoriti mereka sokong pembangkang, sudah tentu, dan jangan mimpi Umno/Bn akan menang besar!

Ini membuktikan apalah sangat pengaruh para guru dalam politik di Malaysia ini? Nothing! 

Kebimbangan konon para guru berpengaruh menghasut pelajar dan masyarakat kepada politik pembangkang melalui FB dan apa juga pendekatan, hanyalah persepsi yang dicipta, daripada para pegawai pembodek yang tidak tahu apakah kerja utama yang patut mereka lakukan di pejabat, demi memajukan kualiti pelajaran (yang semakin huru-hara) dalam sistem pendidikan kebangsaan seperti Pengarah Pelajaran Johor and the gang! Rentikanlah jadi pembodek!