Followers

Thursday, June 27, 2013

Sudah-sudahlah anda sendiri memalukan diri anda berdua!

Penipu 1Malaysia, Aziz dengan Ahmad, makin terserlah 'auta' mereka. Konon dakwat yang digunakan dalam PRU 13 adalah dakwat kekal. Konon dakwat kekal tak jadi kekal kerana kerani bilik menggundi tak goncang! Konon kecewa dengan pembekal dakwat kekal kerana dakwat tak jadi kekal. Konon rujuk Kementerian Kesihatan sebelum nak guna dakwat kekal (Menteri Kesihatan kata tak rujuk pun)!. Konon orang yang desak mereka berdua letak jawatan sebagai tidak menghormati Agong ( mereka menipu dakwat kekal tak pula nak kata memalukan Agong yang melantik mereka?), Konon dakwat kekal tak boleh banyak kandungan silver nitrate demi kesihatan rakyat! Sensitiflah sangat terhadap kesihatan rakyat Malaysia konon!! Menyampah aku!


Daftar pemilih tak bersih dari hantu-hantu C.I.M.B, tak apa! Umno/Bn guna jentera kerajaan, tak apa! Umno/Bn guna umpan wang ringgit kepada pengundi, tak apa! 

Sekarang semua auta penipu 1Malaysia telah terdedah dan 'terkopak'. Pekung dah pecah, busuk kohong jadinya SPR! 

So, tunggu apa lagi, lebih baik buat tindakan yang bermaruah dan berintegriti, tak payah banyak songel dan berdalih itu ini, letak je jawatan segera....bertaubat, daripada terus menerus mencari dalih dan alasan untuk 'mengautakan' rakyat. Buat malu negara je... India tak kecoh tentang dakwat kekal, Malaysia yang konon 7 tahun lagi akan mencapai taraf negara maju kecoh akibat daripada 'kebodohan' Aziz dan Ahmad mengenal pasti dakwat PRU 13, kekal atau tidak! Cheh...koman!



Dakwat: tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

Hazayani Zakaria 27 Jun 2013.

KUALA LUMPUR: Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

"Isunya, tadi menteri kata tiada bahan kimia sekarang ada bahan kimia pula, jawapan diberi pada hari yang sama kepada wakil rakyat yang berbeza," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menjawab soalan beliau itu, menteri memaklumkan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menetapkan sebarang piawaian bagi peratus Silver Nitrate dalam dakwat kekal bagi digunakan dalam PRU13.

"Semakan SPR mendapati kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal adalah berbeza-beza mengikut negara.

"Mengambil maklum akan pengalaman Kementerian Kesihatan yang menggunakan Silver Nitrate dalam rawatan untuk penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit ialah sebanyak 0.5 hingga satu peratus.

"Atas dasar mengutamakan kesihatan pengundi yang pertama kali menggnakan dakwat kekal, SPR mengambil pendekatan melalui prinsip penggunaan bahan kimia pada paras terendah seterusnya memutuskan kandungan Silver Nitrate satu peratus bagi penggunaan dakwat kekal dalam PRU yang lalu," kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Hatta.

Hatta yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS juga berkata, dakwaan bahawa penggunaan Silver Nitrate boleh mengakibatkan penyakit sangat tidak masuk akal kerana pengundi hanya menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan bukan digunakan setiap hari.

"Baru-baru ini SPR ada menyebut dalam temu bual di televisyen bahawa dakwat kekal ini yang mengandungi Silver Nitrate bahaya dan boleh menyebabkan kanser dan buah pinggang.

"Kalau kita guna secara berterusan dalam kuantiti yang banyak mungkinlah boleh sebabkan penyakit tapi kita mencalit sedikit sahaja atas kuku dan mengenai kulit lima tahun sekali.

"Jadi di mana logiknya bahaya dakwat kekal ini?" soalnya.

Sunday, June 23, 2013

1 Malaysia yang aneh tapi tak pelik!

1 Malaysia !

Orang sesat yang memfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat, bebas ke hulu ke hilir dengan awangnya termasuklah seorang lagi orang sesat yang berada di Kuala Trengganu, walaupun ada report polis yang dibuat!



Orang yang 'memprovokasi' umat Islam Malaysia dengan soalan menyakitkan hati di bawah ini dan banyak lagi isu menghina hudud (Islam), walaupun ada report polis yang dibuat, juga bebas ke hulu ke hilir dengan awangnya yang telah terdedah umum 'garang' itu!
 

Orang yang maki hamun dengan mengharamjadahkan peneroka Felda dengan maki "haramjadah" juga bebas dengan awangnya ke sana ke mari, walaupun ada report polis yang dibuat!


Sudahnya, tak pasal-pasal orang yang menyebut 'jihad fisabilillah' yang merengkok dalam lokap polis sebaik sampai ke Kota Bahru melalui perjalanan jauh dari Kuala Lumpur dalam keadaan demam pulak tu, walaupun tak ada report polis!


Inilah 1 Malaysia kita hasil undian PRU 13 oleh pengundi Umno/Bn dan para Banglasia serta CIMB yang lain!