Followers

Saturday, June 22, 2013

Mereka yang tuduh Himpunan Blackout 505 menimbulkan huru-hara dan revolusi patut malu diri sendiri!

Puak-puak yang sebelum ini memfitnah Himpunan Blackout 505 yang baru selesai sebentar tadi, sebagai himpunan yang akan mencetuskan huru-hara, mencetuskan revolusi ganas, merosakkan harta benda awam dan sebagainya patut malu sendiri! Tidak kiralah mereka itu daripada DAP ke, PKR ke, PAS ke apatah lagi kalau daripada Umno/Bn, PDRM dan SPR!

Pada hakikatnya tuduhan-tuduhan yang cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah rakyat bodoh dan tidak sayang kepada keselamatan negara, seumpama itulah yang merupakan provokasi yang tidak bertanggung-jawab.

Rakyat tidak sebodoh yang disangka atau yang diharapkan, oleh puak-puak Umno/Bn dan para balaci mereka memang kita telah maklum, kalau tak buat fitnah dan provokasi bukan mereka namanya termasuk juga mereka yang dalam PR, yang mulutnya lebih laju dari lajak dalam mengulas himpunan yang hendak dibuat bagi menentang kerja jahat, penipu dan berdosa oleh SPR itu.

Setelah tamat Himpunan Rakyat yang tidak diganggu oleh provokasi para kuncu Umno/Bn, apa-apa himpunan pun tetap aman kerana memang majoriti rakyat suka dan mahukan suasana aman. Tetapi majoriti rakyat amat benci, menyampah, meluat dan menolak sepenuhnya segala kerja jahat dan penipuan SPR di bawah pimpinan dua 'ekor' manusia yang degil dan keras kepala yang jelas menjadi 'agen Umno/Bn' iaitu Abd Aziz dan Wan Ahmad!

Maka itu usaha merombak SPR perlu disegerakan bagi melahirkan SRP tanpa Abd Aziz dan Wan Ahmad yang terlalu teruk, buat dikendalikan oleh seorang warganegara Malaysia yang berintegriti, bersih, adil, tidak berat sebelah dan tanpa blackout serta yang lebih cerdik dan pandai mencari di mana dakwat kekal boleh didapati untuk digunakan dalam PRU 14 nanti! 

Tahniah kepada rakyat yang turun berjuang menuntu keadilan dan mencintai keamanan.

Friday, June 21, 2013

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam kena sekeh...kah!


Ambik ngko....kan dah kena sekeh! Berhujah apa macam orang bodoh! Sampai nak ajak tentera, tak pasal-pasal nak 'berperang' dengan rakyat yang hanya nak berhimpun secara aman? Gila punya cadangan! 

A'ah terlebih panik!

Main lagi dengan Panglima Bukit Gantang dapat sebiji "apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman?"

Dari Harakahdaily:



Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu.

Harakahdaily 21 Jun 2013.

KUALA LUMPUR: “Insya Allah himpunan Black 505 pada 22 Jun ini (esok) ialah himpunan aman, bukan himpunan tentera Sulu yang menyerang Lahad Datu tempoh hari dengan senjata yang lengkap,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, himpunan itu dihadiri oleh rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata. 

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

“Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman.

Jelasnya, sejarah membuktikan himpunan Bersih, himpunan menuntut dihapuskan ISA, membantah PPSMI, membantah penyenaraian Felda Global Venture berakhir dengan aman walau pun kehadiran ratusan ribu.

“Sebiji pasu pokok bunga pun tidak ada yang pecah. Apa yang berlaku kekasaran di pihak polis, termasuk memukul pihak wartawan.

“Himpunan akan aman kalau tanpa provokasi daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Usah bazirkan wang rakyat, lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak cukup makan.

“Berapa banyak rumah orang miskin dapat didirikan. Berapa ramai orang miskin keperluan orang miskin dapat dibantu,” ujarnya.

Beliau menambah, lebih baik wang sebanyak itu digunakan untuk membayar kepada perisik untuk mengawal sempadan supaya tragedi pencerobohan tentera Sulu di Sabah tidak berulang.

Justeru, ujarnya PDRM perlu melihat mana keutamaan antara mengawal penceroboh atau mengganggu rakyat untuk berhimpun.

“Berilah peluang kepada rakyat untuk tunjuk rasa kepada SPR yang menjadi kuda tunggangan pemimpin BN,” katanya.


Tuesday, June 18, 2013

Mahathir nak Malaysia kurang bebas; banyak cantik!!

Sekali lagi Mahathir berfalsafah, " kurangkan kebebasan untuk Malaysia lebih baik jika mahu membina Malaysia yang lebih baik"!. Falsafah basi dari seorang negarawan tua yang sepatutnya dah banyak berzikir daripada merepek! 

Bagi Mahathir, rakyat tidak perlu menegur dan memprotes ketidak-adilan, penipuan, kejahatan SPR dalam mengurus PRU di Malaysia kerana Malaysia akan jadi tidak lebih baik!

Bagi Mahathir rakyat tidak perlu bising menegur kedegilan dan kesombongan kerajaan Umno/Bn dalam mengurus kehidupan dan nasib rakyat dalam negara kerana Malaysia akan menjadi tidak lebih baik!

Bagi negarawan tua ini lagi, rakyat jangan protes, malah tak baik, berdosa mengata kerajaan Umno/Bn ini, kerajaan yang mengamalkan rasuah dan mengayakan hanya kroni sahaja kerana Malaysia akan menjadi tidak lebih baik!

Bagi negarawan tua ini, tangkap rakyat yang tuntut kebebasan di perhimpuan aman adalah lebih baik daripada rakyat sibuk nak tahu tahu siapa yang arah bunuh Althantuya Sharibu dan motif pembunuhan itu.

Bagi Mahathir, lebih baik rakyat tutup mulut daripada sibuk nak tahu siapa yang makan komisyen kapal selam?
 
Bagi Mahathir, biarlah rakyat tak bebas sedikit asalkan para pemimpin Umno/Bn bebas banyak dalam mengumpul harta tanpa mengira halal dan haram atau sah tak sah!

Bagi Mahathir, Malaysia akan menjadi lebih baik jika kerajaan Bn bebas buat apa sahaja walaupun mendapat kuasa daripada sebuah pilihanraya yang tidak adil dan berat sebelah yang penuh penipuan!

Bagi Mahathir biarlah rakyat kurang bebas sedikit asalkan Mahathir bebas berkata apa sahaja walaupun tak betul dan tak munasabah!

Banyak cantik Mahathir!




Dr M: Kurangkan kebebasan untuk M’sia lebih baik.

18 Jun 2013.

Rakyat Malaysia mesti belajar hidup dalam keadaan kurang kebebasan jika mahu membina Malaysia yang lebih baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita mesti kurangkan sedikit kebebasan kita, kawal diri dan kawalan kendiri," katanya dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Katanya, terlalu banyak kebebasan menyebabkan lebih peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalah guna dan mengeksploitasi kebebasan, yang menyebabkan ketidakstabilan.

Bercakap dalam sesi berkaitan politik Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13, Mahathir menyebut isu perkauman sensitif yang kerap dibangkitkan kebelakangan ini apabila undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri tiada lagi.

Sunday, June 16, 2013

Untuk saja buat kempen bolehlah!

Untuk buat kempen bolehlah, tapi selagi kerajaan yang tidak prihatin dengan nasib rakyat ini yang memerintah, gerakan yang dibuat oleh Pemuda PAS ini rasanya tidak akan ke mana! Apa yang boleh dibuat hanyalah menggesa rakyat agar memulau. 

Rakyat hanya mampu memulau apabila tidak memerlukannya, apabila perlu, rakyat terpaksa beli juga. 

Hendak diharapkan kerajaan Umno/Bn buat sesuatu yang berkesan bagi menurunkan harga barang? Setakat ini tiada pun yang berjaya yang dilakukan. Harga barangan di Kedai 1Malaysia pun lebih kurang harga dengan barangan kedai-kedai lain. Kalau murah pula, mutunya hampas!

Buatlah apa pun, kerajaan ini  tak akan ambil kisah. Idea mereka tiada langsung yang menarik dalam membantu rakyat jelata. Idea usang adalah! Pulau barangan yang naik harga....hanya itulah  nanti ideanya, agaknya!

Yang penting dilakukan ialah kerajaan ini tidak wajar lagi memerintah untuk mengurus kehidupan rakyat. Perjuangan memastikan SPR wajib berlaku adil dalam PRU 14 nanti adalah terlalu mustahak, mendesak dan wajar digerakkan oleh semua parti PR mulai sekarang. 

Untuk PRU 14 nanti, (demi mendapat sebuah kerajaan berkebajikan yang mampu memastikan harga barang yang mampu untuk rakyat) kita tak mahu lagi mendengar isu dakwat tipu, senarai pemilih kotor macam haramjadah, rasuah pilihanraya, kawalan media oleh Umno/Bn, persempadanan semula yang jahat dan penuh konspirasi, pengundi hantu oleh warganegara hantu dan seumpamanya itu.

Perjuangan memastikan PRU 14 benar-benar bersih perlu dilakukan mulai sekarang.  Jika tidak, seperti kata Mat sabu, post mortem PRU 14 sudah boleh disiapkan mulai sekarang. Selepas PRU 14 nanti hanya bentangkan sahaja untuk didendangkan lagi kepada rakyat. Kerajaan yang hampas itu juga akan terus menjadi kerajaan yang tidak perihatin akan nasib rakyat. Harga barang akan terus naik...gerakan anti kenaikan harga barang akan dilancarkan sekali lagi!

Sesungguhnya kerajaan ini kian kering idea dan lemah untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang, lagi pun isu ini hanya menjadi perkara kecil kepada mereka, asalkan kroni mampu dibela, okay!

Lihatlah kajian yang dibuat, majikan lebih gembira daripada pekerja! Gaji minima pun masih ada yang belum laksana. Ada kerajaan ini kisah? Tak lama lagi tambang bas pula akan naik. Ada kerajaan ini kisah?

Jadi gerakan anti kenaikan harga barang Pemuda PAS ini, rasanya akan hanya menjadi kempen yang biasa sahaja yang tidak menghasilkan impak besar rakyat secara nasional! Tak percaya tengok....namun untuk buat kempen bolehlah!




Gerakan kenaikan harga barang 7 Julai

Anis Nazri 15 Jun 2013.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan satu gerakan anti kenaikan harga barang di pasar pagi Greenwood, 7 Julai akan datang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata pada pelancaran tersebut jawatankuasa yang ditubuhkan DPPM itu akan bertemu para pelanggan yang membeli di pasar tersebut dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan kenaikan harga barang yang dikesan.

Pelancaran itu juga bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadan, yang biasanya berlaku kenaikan harga barangan yang akan membebankan pelanggan, seterusnya akan berterusan hingga ke hari perayaan.

"Risalah itu akan diedarkan yang antara lainnya mengandungi perbandingan harga barangan dari Ramadan sebelum ini. Kita juga akan berkempen berkenaan kesedaran pelanggan tentang hak-hak mereka dalam usaha menangani kenaikan harga barangan," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Jawatankuasa Anti Kenaikan Harga Barang itu dipengerusikan Exco Pemuda, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah yang ditubuhkan sejurus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu apabila terdapat beberapa barangan yang dikesan telah berlaku kenaikan harga secara mendadak.

Dalam pada itu, jawatankuasa itu juga akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pada 1 Julai ini bagi mengadakan perbincangan berkaitan isu kenaikan harga barangan ini, selain bertukar-tukar pandangan.

Bagaimanapun, DPPM masih belum menghantar surat rasmi untuk tujuan tersebut dan akan melakukannya dalam tempoh terdekat.