Followers

Saturday, June 15, 2013

Setelah PR gagal, ada hantu cuba kuasai Putrajaya?




Karpal: Campurtangan Dr M perlekeh PM Najib

Susan Loone       Jun 15 2013.

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersara pada 2003 supaya jangan cuba menguasai kerajaan sekarang.

Karpal secara berseloroh berkata perbuatan tersebut dilihat seperti memperlekehkan pentadbiran Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebalik, kata Karpal, Mahathir sepatutnya menurut jejak langkah bekas-bekas perdana menteri sebelum ini yang menjalani kehidupan peribadi selepas bersara.

"Mereka tidak berbuat apa-apa untuk mempengaruhi kerajaan semasa," katanya dalam satu sidang akhbar di Air Itam hari ini..

Begitu jugalah, tambah Karpal, yang berlaku di negara-negara lain.

Malah di Amerika, tegasnya, sebaik sahaja presiden bersara, beliau tidak campurtangan dalam pentadbiran.

Karpal merujuk kepada kenyataan Mahathir semalam yang menggesa kerajaan supaya jangan lagi memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya terus menghina sistem demokrasi negara.


Friday, June 14, 2013

Dah...dahlah Dan, bagi orang lain pulak!

Ini seorang lagi, tak reti-reti! Menteri Sukan baru dah kata letak jawatan letaklah! Bagilah Menteri Sukan baru itu laksanakan idea dia, apa pulak awak nak menyebuk! Siap minta lagi nak lanjut jaga ASUM...sehingga olimpik konon! Alahai!

Agaknya sikap yang macam inilah yang menjadi penyebab kebanyakan sukan di Malaysia ini merosot teruk. Asal jadi presiden persatuan sukan, nak menongkat langit! Badminton pun begitu, FAM tak payah ceritalah....dah berbuih mulut orang ramai...! Ni ASUM pulak menerima nasib dari orang yang perasan bagus! 

Macam tak ada orang lain dah nak jadi Presiden ASUM dalam Malaysia ni melainkan dia!

Berita dipetik:

Shahidan mahu kekal jawatan Presiden

DATUK Seri Dr Shahidan Kassim berharap jawatannya sebagai Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dapat dikekalkan sehingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
  
Beliau berkata hasrat itu adalah kerana beliau mempunyai banyak perancangan untuk memartabatkan sukan tersebut.
  
Walaupun dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Mei lepas, Shahidan berharap pihak relevan dapat mempertimbangkan permintaannya itu.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin baru-baru ini bahawa ahli politik yang memegang jawatan dalam persatuan sukan perlu melepaskan jawatan setelah dilantik sebagai menteri.
  
"Saya sudah isytihar semua jawatan saya dalam persatuan sukan tetapi saya minta jawatan saya dalam ASUM dipertimbangkan sehingga 2016," kata Shahidan kepada pemberita pada kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, di sini hari ini

Selain Presiden ASUM, bekas Menteri Besar Perlis itu turut menerajui Persatuan Berbasikal Perlis, Persatuan Petanque Perlis, Persatuan Renang Negeri Perlis, Persatuan Ten Pin Boling Perlis, Persatuan Muay Thai Perlis, Persatuan Olahraga Perlis dan Persatuan Kabaddi Perlis.
  
Shahidan adalah juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan pada Februari lepas, beliau digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 atas kesalahan melanggar Artikel 88 badan induk itu.
  
Menyentuh mengenai ASUM, Shahidan berkata hubungannya dengan atlet renang sangat akrab.
  
"Saya menjaga kebajikan mereka dan berharap dapat terus berkhidmat dalam persatuan itu untuk menukar warna pingat gangsa kepada emas pada Olimpik akan datang," katanya.
  
Pada Sukan Olimpik 2012 di London, penerjun wanita negara Pandelela Rinong menyumbangkan pingat gangsa kepada kontinjen Malaysia. - Bernama

Thursday, June 13, 2013

Bertuah orang Melaker, ada projek menjaga 'kebajikan' asam pedas!!!

KAH...dalam banyak-banyak projek yang sepatutnya dilakukan bagi membantu rakyat dalam senarai program 'rakyat didahulukan', asam pedas yang menjadi antara keutamaan terawal Ketua Menteri Melaka!! 

Bertuahlah orang Melaker dapat Ketua Menteri yang 'berfikiran tinggi'!! Suker benau orang Melaker!!!

Rakyat duduk huru-hara nak bayar cukai pintu, cukai tanah yang naik, bil-bil bulanan makin mahal, lauk nasi di pasar juga makin mahal diitambah dengan tambang pengangkutan awam yang tidak sepadan dengan mutu perkhidmatan. 

Belanja sekolah dan pelajaran anak pun kian banyak makan duit. Hutang PTPTN anak berselirat  belum mampu dibayar, anak luar nikah makin bertambah, jenayah makin menggerunkan, duit BR1M dah jadi taik, Ketua Menteri Melaka yang baru, datang dengan idea menjaga 'kebajikan' asam pedas Melaka!!

Bukan macam Lim Guan Eng masa mula-mula jadi KM Pulau Pinang dulu, berfikiran rendah(!!)....awal-awal dah naikkan bayaran kepada para huffaz, elaun guru KAFA dan peruntukan agama Islam...!!! 

Cheh...apalah Lim Guan Eng, tak canggih langsung! Tengok rakan sejawat di Melaker...canggihkan....projek asam pedas!!!!!

Puas hati !!!!

Berita dipetik:

Resipi asam pedas bakal dipatenkan

13 Jun 2013

MELAKA - Produk terkenal negeri Melaka termasuk resipi masakan asam pedas bakal dipatenkan bagi melindungi masakan itu sebagai salah satu warisan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Idris Haron.

"Kita akan menganjurkan satu pertandingan masakan asam pedas dan (resipi) yang terbaik itu kita akan patenkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Hari Harta Intelek Negara di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.





Tuesday, June 11, 2013

Bukti SPR gagal!

56 (35 PR dan 21 BN) petisyen Pilihanraya Umum ke 13 jelas mengesahkan betapa gagal dan teruknya pengendalian PRU oleh SPR. Benarlah kalau ramai yang mengatakan bahawa  inilah sejarah pilihanraya yang paling buruk dan hampas kendalian SPR yang di dalamnya ada anggota pencacai paling senior dan paling tak terpakai yang bernama Wan Ahmad!

Baru-baru ini Wan Ahmad mengatakan PRU ke 13 kendalian SPR pimpinan abdul aziz dan beliau telah mencapai matlamat..... Maka itu mereka tak perlu letak jawatan! Mencapai matlamat taik kucing apanya kalau terdapat 56 petisyen yang dibawa ke mahkamah?

Kalau pemimpin PR kata pengendalian PRU 13 terburuk dan gagal. 5.6 juta pengundi PR kata buruk, NGO-NGO berkredibiliti kata gagal, dan Prof Agus pun kata SPR gagal, diperkuatkan lagi hujah gagal ini oleh 21 petisyen yang dikemukakan oleh BN sendiri, di mana Abdul Aziz dan Wan Ahmad nak sorok muka mereka? Atau mereka berdua ini jenis spesis perasan bagus yang muka tak tahu malu yang sering kali masuk bakul angkat sendiri?

Petisyen yang sebanyak itu jelas merosakkan imej Malaysia di mata dunia kerana betapa teruk dan buruknya pengendalian pilihanraya di Malaysia bagaikan pilihanraya di negara Afrika! Macam inikah gambarannya Malaysia yang nak dibawa menjadi negara maju pada tahun 2020? Tak usah mimpilah nak jadi negara maju. Jauh panggang dari api! Pru di Malaysia terus mundur ke belakang! Nak cari dakwat kekalpun tak pandai...cheh!

Jadi kepada Abdul Aziz dan Wan Ahmad tak payahlah cakap banyak, SPR memang gagal! Buktinya? 51 petisyen PRU 13, Itulah buktinya!

MAKA MELETAKKAN JAWATAN KAMU ADALAH TINDAKAN TERBAIK YANG PERLU KAMU LAKUKAN SEGERA BUAT MEMULIHKAN SPR YANG GAGAL!

Sunday, June 09, 2013

Timbalan Pengerusi SPR masih menggagahkan dirinya....

Nampaknya Timbalan Pengerusi SPR yang botak itu terus bermain kata dan bersilat lidah. Ialah, maklumlah, kata masih mampu diucap, dan lidah  masih belum dikelukan, maka macam-macam alasan serta pandangan tidak bermaruah yang dikemukakan.

Terbaru katanya, beliau dan Spr tidak perlu letak jawatan kerana telah berjaya melaksanakan PRU yang mencapai matlamat! Matlamat apa yang telah dicapai? Matlamat menipu rakyat? Matlamat bersekongkol dengan pelbagai  'penyelewengan' Pru 13?

Kalau itulah antara matlamatnya, memang Timbalan Pengerusi SPR ini terutamanya, sesungguh boleh dianggap sebagai 'ejen Umno/bn' yang jahat dan penuh subahat! Bolehkah dipercayai kata-kata orang yang seperti ini?

Dia juga berdalih konon dia tidak terlibat sangat dalam proses persempadanan semula kawasan Pilihanraya yang di buat pada 2002. Pada waktu itu katanya dia hanya Setiausaha SPR yang melakukan kerja-kerja pentadbiran! Cheh!

Kalau itulah cakap belitnya, hanya beruk dan kera sahaja yang percaya kata-kata sipenipu ini, itupun agaknya beruk kera yang tak bersekolah dan tiada maklumat.

Pelik, sebagai seorang yang beragama Islam, kenapa manusia ini begitu sekali mempertahankan kelemahan, kepincangan nyata dan kerosakan ketara PRU 13 tanpa memikirkan langsung sama ada kerja yang dia buat tersebut halal atau haram? Tidak terfikirkah dia, duit gaji yang dia terima setiap bulan, dibawa ke pangkuan keluarga dan anak cucu untuk dijadikan sumber rezeki yang mendarah-daging, sedangkan kerjanya hari-hari membelit sana membelit sini mempertahankan penipuan PRU 13?

Sudah-sudahlah kelentong, bawak-bawaklah bertaubat weh! Hidup  ni tak menongkat langit! Zaman kamu pun dah zaman rumah kata pergi, kubur kata mari.....tak risau ke?