Followers

Friday, June 07, 2013

Apa? Mental Mahathir terganggu?

Baru tahu? Laaa.....

Isu Dakwat Tipu: SPR nak berpaut pada Kementerian Kesihatan tapi kena kuis....

Demi mencari pelbagai alasan mengapa dakwat yang diumumksn kepada seluruh rakyat itu sebagai dakwat kekal yang kemudian pada hari mengundi itu jugak menjadi dakwat tipu, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR berusaha gigih berpaut sana dan berpaut sini 'minta nyawa', namun gagal dan terus mendapat malu!

Nak cuba berpaut kepada Kementerian Kesihatan, kementerian itu pun tak aku. KAH....Tak malu!

Konon, perihatin sangat kepada kesihatan rakyat! Aku dengar pun menyampah....

Woi kalau kamu perihatin sangat kepada kesihatan rakyat, kamu patut lebih lagi kena prihatin kepada keselamatan dan kedaulatan negara! Daftar pemilih penuh dibuktikan dengan pelbagai kecelaruan mengenai peranan yang mungkin dimainkan oleh warganegara asing (CIMB) dalam menetukan masa depan negara, tak kamu prihatin pulak.....Asyik nafi dan hentam pembangkang saja yang kamu pandai. Minta siasat secara telus dan ikhlas kamu berdaleh macam-macam...cheh!

Yang penting sekarang, kamu dua ekor tak perlu cakap banyak,  Abd Aziz dan  wan Ahmad botak, LETAK JAWATAN SEGERA! Rakyat dah tak percaya kamu!

Thursday, June 06, 2013

Jawatan Saifuddin bakal 'huru-harakan' Selangor?

Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada Tan Sri Khalid atau pun Azmin Ali. Apa sahaja yang dibuat oleh kedua-dua mereka demi pembangunan dan kemajuan Selangor, bagus....sangat bagus. Cumanya kedua-dua pihak perlu jugak mencari titik persamaan demi mewujudkan persefahaman antara mereka untuk kebaikan PR Selangor.

Kenyataan terbaru MB Khalid bahawa perlantikan Saifuddin Nasution ke jawatan yang dicadangkan itu adalah hak negeri yang tak perlu dibincang atau diperjelaskan, akan pasti mengundang ulasan-ulasan sensitif yang tidak berkesudahan.

Di peringkat sekarang kedudukan Saifuddin dalam kerajaan Selangor tetap mengelirukan. Beliau dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di pejabat MB yang pasti tugasnya dianggap banyak pihak bagaikan bertindan dengan beberapa jawatan lain yang telah dimaklumi ramai.

Terbaru dihuraikan pula tugas Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik adalah untuk menguruskan persefahaman politik dan pembangunan di luar bandar! Kan dah jadi pelik, dalam keadaan Ustaz Solihen Muhyi adalah exco yang menjaga luar bandar?

Dengan beralasan negeri ada hak untuk tidak memberi penjelasan mengenai perlantikan Saifuddin,  maka orang ramai boleh buat macam-macam interpretasi antaranya 'macam tak harapkan exco yang dilantik je?'. Atau 'ada pihak yang tak diharap MB dalsm mengurus politik di luar bandar di Selangor?', dan mungkin 'ada perlawanan politik ysng getir dalam PKR sekarang?'.

Penulis bimbang pihak-pihak lain atau parti-parti lain sedang memerhati perkembangan ini sebelum memberi ulasan mereka yang mampu memanjangkan lagi cerita-cerita yang tak baik dan tak perlu.

Pada pandangan penulis, membawa Saifuddin dalam pentadbiran negeri Selangor adalah  wajar malah patut dihargai memandangkan Saifuddin Nasution adalah seorang tokoh yang berwibawa dan berkaliber, cumanya jawatan yang diwujdkan oleh MB Khalid untuk Saifuddin itu telah berjaya menimbulkan pelbagai kekeliruan dan agak sensitif bunyinya kecualilah memang secara sedar MB Khalid memang mahukan ianya menjadi sensitif!

Negeri Kelantan di bawah kepimpinan TGNA contohnya pernah memberi jawatan kepada Saifuddin Nasution yang tidak menyentuh sensitiviti mana-mana exco dan pihak lain sama ada secara pentadbiran atau politik.  Kalau tidak salah anggapan penulis, Saifudfin berjaya mengurus dan menjayakan Tabung Tok Kenali sebagai Pengarahnya atau Penyelaras dengan cemerlang.

Kesimpulannya apa yang berlaku di Selangor berkaitan Saifuddin Nasution ini, bukanlah mengenai orangnya tapi ia adalah mengenai jawatan seperti itu yang diwujudkan kepadanya. Berilah apapun tugas kepada Saifuddin demi kemantapan PR di Selangor tapi bukanlah jawatan yang bunyinya seperti itu....maka selesai masalah dan selesailah jugak sensitifnya. Wallahu aklam!

Tuesday, June 04, 2013

Kalau harga barang naik, jangan beli!

Kerajaan minoriti Bn sekali lagi bersikap double standard dalam berdepan dengan rungutan para pengguna mengenai kenaikan harga barang bukan kawalan.

Menteri Pengguna mahukan pengguna sendiri bertindak mungkin antaranya jangan beli barangan yang dirungut mahal oleh para pengguna itu. Maknanya kalau barang mahal pengguna jangan beli! Mudahnya menteri ini selesai masalah, sama bernas idea macam idea KPN nak selesai masalah jenayah ragut dalam bandar, tak boleh bawa motor dalam bandar! KAH!

Menteri itu bersyarah konon kerajaan minoriti yang diwakilinya ada undang-undang nak ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tapi demi menjamin konsep menang-menang, undang-undang tersebut tak payah gunalah!  Penggunalah sendiri selesaikan masalah naik harga tu. Tak payah beli! Katanya tindakan pengguna sendiri itu bukan bermakna kerajaan lepas tangan!

Alasan macam zaman tori jugak, gula naik harga, kurang makan gula nanti kena kencing manis! Ayam naik harga, kurangkan makan ayam, nanti obese! Gandum naik harga, kurang makan roti canai, nanti kolestrol tinggi! Kalau barang bukan kawalan naik harga, jangan beli! Basi betul!

Kalau macam tu, aku boleh jadi menteri!

Monday, June 03, 2013

Kan aku dah kata!

Perlantikan Saifuddin nasution dengan jawatan tersebut itu bukan menjadi nilai tambah pun kepada kecekapan pentadbiran kerajaan Selangor! Menambah masalah mungkin.

Aku tak bermaksud Saifudin itu akan mendatangkan  masalah, tapi jawatan yang wujudkan itu memberi pelbagai masalah dan intrepetasi yang pelbagai dan mengelirukan.

PAS  melalui YB Iskandar dah berbunyi mengatakan Selangor jugak negeri PAS! Ketua Penerangan Pkr Selangor dan kini Azmin pula yang berbunyi. Sikit lagi mungkin DAP pula mungkin akan menegur?

Jawatan yang seperti itu sepatutnya tak payahlah diwujudkan dalam keadaan parti-parti Pakatan Rakyat perlu bertambah kukuh dan kembali merapatkan perpaduan dan persefahaman dalam semua hal.

Kalau jawatan Saifudin sebagai SUA keadilan tak cukup besar untuk memantau keadaan persefahaman politik dalam negeri Selangor lebih baik beliau dilantik terus menjadi Setiausaha Politik kepada MB Selangor! Orang pun tak rimas dan tak cuak!

Sebaliknya dengan perlantikan Saifuddin ke jawatan seperti itu, pasti ramai orang akan mengatakan, sah ada sesuatu yang tak kena dengan politik PR atau mungkin PKR di Selangor! Kita tengoklah nanti apa perkembangan seterusnya....mudah-mudahan tiada apa-apa yang berlaku!

Sunday, June 02, 2013

Hah...mati lagi?

Apa dah jadi ni, lepas seorang, seorang mati dalam tahanan polis ni? Apa pula jawapan PDRM dalam kes terbaru ini agaknya?

Rimas aku mendengarnya!

Parti pembangkang akan terus kena tipu?

Cadangan terbaru Najib Razak konon mahu meletakkan SPR di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen kelihatan bagai seperti satu usaha yang menarik.

Namun melihat kepada latar belakang tindakan kerajaan Umno/Bn selama ini, usaha yang berbunyi positif seumpama ini akan mengakibatkan parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn mungkin ditipu lagi!

Pengalaman lepas banyak membuktikannya. Konon sebagai penambahbaikkan PRU  13, akwat kekal dilaksanakan, yang akhirnya menjadi dakwat haramjadah yang mengakibatkan parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn terus berputih mata.

Konon demi penambahbaikkan pilihanraya maka undi pos tentera dan polis menjadi undi awal, namun akhirnya apa yang menjadi realiti, undi awal dimanipulasi dan undi pos pula yang semakin bertambah dari sebelumnya. Daftar pemilih pula penuh dengan 'kuman dan kutu' CIMB!

Kali ini berbunyi pulak nak letak SPR  konon dibawah Jawatan kuasa Parlimen!  Maka nanti, jadi pulaklah jawatankuasa ini seperti Jawatankuasa penambahbaikkan PRu yang lalu, yang tak memberi apa-apa faedahpun kepada tuntutan Pilihanraya Adil dan Bersih! Yang kini kedengaran hanyalah 'auta dan putar belit' Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan pilihanraya Malaysia semakin kotor dan busuk.

Sebenarnya apalagi yang boleh diharapkan kepada kerajaan minoriti Umno/Bn ini selain usaha mereka 'mengotorkan' terus negara ini? Manakalah parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn tetus akan ditipu!