Followers

Friday, May 31, 2013

SARAWAK: Pemimpin terus kaya raya, berbelanja tinggi, nak bina rangkaian jalan raya untuk rakyat kos tinggi! Sampai bila beralasan kos tinggi?

Nasib rakyat Sarawak memang malang, telah merdeka begitu lama, rakyat  marhaen Sarawak selama itu juga masih terpaksa bergantung kepada pengangkutan air untuk ke mana-mana.

Dengan kekerapan perjalanan yang terhad, keselamatan yang tidak terjamin, perjalanan yang memakan masa dan sukar, rakyat marhaen Sarawak selama itu juga begitu sukar untuk bergerak dalam sebuah negeri yang katanya telah merdeka!

Rakyat marhaen Sarawak rasanya udah berbuih mulut menuntut pembinaan rangkaian jalan raya di seluruh bahagian di negeri itu tapi apalah sangat permintaan dan suara jeritan rakyat marhaen yang pulak tu  tinggal nun di luar bandar berbanding dengan keperluan mengayakan keluarga Bapak Ketua Menteri Sarawak dan para kron...

Untuk menunaikan keperluan rakyat berbagai alasan yang diberikan; mungkin antara alasan basinya, rakyat perlu sedar bina jalinan jalan raya untuk rakyat Sarawak kos terlalu tinggi, tak untung, nanti negara dan Sarawak boleh bankrap!

Untuk keperluan bapak KM dan kroni, ok...ada keuntungan untuk negara dan Sarawak kerana mereka semuanya berjasa berbanding rakyat yang hanya makan tidur sahaja! Rakyat Sarawak kena insaf hal ini.

Agaknya dalam fikiran para pemimpin BN, yang perlu rakyat Sarawak lakukan hanya setiap PRU undilah BN lagi! Rangkaian jalan raya yang lebih selamat usahlah difikirkan sangat kerana kosnya terlalu tinggi dan bentuk muka bumi yang sukar, guna sajalah pengangkutan air tu....mati karam pun bukan selalu!

Sampai bila akan selesai alasan kos tinggi dan bentuk muka bumi Sarawak sukar untuk pembinaan rangkaian lebuh raya di Sarawak?

Nampaknya selagi pemerintah BN dan Taib Mahmud menggunakan alasan itu, sampai kucing bertanduk pun, rakyat Sarawak tidak akan menikmati rangkaian jalan raya yang berkualiti walau pun Sarawak sebuah negeri pengeluar minyak! Kerana kos membina jalanraya tidak akan semakin rendah dan bentuk muka bumi Sarawak yang seperti itu pasti tak akan berubah.

Persoalannya pemerintah BN dan Taib Mahmud mahu atau tidak, ada keikhlasan atau tidaknuntuk memberi kemudahan jalanraya kepada rakyat marhaen Sarawak ?

Sesungguhnya agaknya bahagialah rakyat Sarawak di bawah Bapak Taib dan Bn!  Iya bahagiaa sangat! Namun kepada keluarga penumpang feri yang terkorbandalam karam tersebut, kita ucapkan takziah...barsabarlah dengan dugaan ini.

Thursday, May 30, 2013

GST bukan masa terdekat tapi pasti...tunggu je lah!

Tahniah kepada para pengundi BN kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST akan pasti tiba. Kata Menteri Kewangan 2 , GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat! Makna GST pasti akan dikenakan kepada seluruh rakyat tak kira kaya, miskin, yatim, belum yatim, tak yatim, tua, muda, orang belum pencen termasuk yang dah pencen!

Tahniah sekali lagilah kepada para pengundi BN terutama orang-orang Melayu yang ramai kaya raya di kawasan-kawasan felda dan di kg-kg tradisional di luar bandar. Tahniah!

Ucapan tahniah itu  bukan kerana apa, cuma kerana puak-puak yang undi Bn tu semuanya pandai membuat pilihan.

ikatakan pandai memilih itu adalah kerana Pakatan Rakyat nak turun harga minyak, Bn tak janji turun harga minyak, undi BN!

PR janji nak mansuhkan PTPTN yang membebanksn golongan pelajar dan anak-anak muda, BN tak setuju mansuh PTPTN, undi BN!

PR nak turun harga kereta untuk kemudahan rakyat, BN tak setuju turun harga kereta demi keuntungan golongan  perniagaan, undi BN!

PR nak hapuskan saman AES demi kemudahaan rakyat, BN hanya tangguh saman AES dan lepas PRU ini dah berkira-kira melaksanakannya demi keuntungan golongan perniagaan, undi BN!

PR janji tak akan laksanakan GST kerana tak mahu berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang mampu membebankan takyat,  BN hanya tangguh GST tapi pasti akan laksanakannya, undi BN jugak!

Memang bodoh....eh cerdiikkk... kerana hangpa semua, para pengundi BN, semuanya kaya-kaya....makan pun tak habis! Kan?

Tunggulah hangpa semua, jangan merungut tau, pakat-pakat tengoklah ayam daging dan belajar-belajar jadi macam ayam daging tu! Akan 'disembelih' setiap pagi untuk kepuasan mereka yang bernafsu dan pelahap!

Tuesday, May 28, 2013

PKR tak payahlah lantik Saifuddin Nasution dalam kerajaan Selangor!

Dengar cerita Saifuddin Nasution, Setiusaha Agung PKR akan dibawa ke dalam pentadbiran kerajaan Selangor untuk urus dan selaraskan urusan politik dalam negeri tersebut. Pelik sedikit jawatan yang nak diberi kepada Saifuddin ini!

Dia nak uruskan urusan politik parti mana? Pkr kah? Kalau nak urus politik pkr apa perlunya diberi jawatan dalam kerajaan? Bukankah Azmin Ali dah ada selaku ketua Pkr di  Selangor? Atau apa isyarat yang hendak disampaikan sebenarnya ni? Dulu masa lantik Azmin selaku ketua Pkr Selangor bukan kepada Tan Sri Khalid yang memegang jawatan MB juga katanya nak pisah dan selaraskan serta fokus kepada urusan politik dan pentadbiran secara berasingan. Kali ini untuk tujuan yang bunyinya lebih kurang serupa nak lantik pulak Saifuddin?

Atau Saifuddin perlu urus urusan politik Pas atau Dap? Hai nak cari penyakit? Siapa Saifuddin Nasution bagi Pas dan Dap? Nak suruh ustaz Harun Taib dan Karpal Singh mengamuk?

Rasa aku tak perlu sebenarnya Saifuddin dilantik ke jawatan yang dimaksudkan itu, buat celaru dan buat berbalah sesama sendiri je! Nanti ada pulak yang berkecil hati dengan tugas yang dimainkan oleh Saifuddin itu.

Sebenar Saifuddin sebagai SUA Pkr masih banyak kerja yang perlu dia lakukan untuk memantap dan memperkukuhkan Pkr. Saifuddin sebagai seorang yang rapat dengan Pas mungkin boleh menggunakan idea kreatif pengalaman beliau untuk melahirkan sistem tarbiyah tersendiri kepada ahli-ahli Pkr di seluruh negara bagi memantapkan lagi disiplin perjuangan dan aqidah ahli-ahli muslim Pkr. Ini lebih penting daripada Saifuddin diminta tumpukan kepada Selangor.

Jadi sebenarnya tak perlu lagi nak lantik-lantik Saifuddin ke jawatan yang bukan-bukan di Selangor! Membazir wang rakyat! Orang bijak seperti Saifuddin Nasution seperti juga Husam Musa lebih diperlukan diperingkat Malaysia bukan negeri!

Dahlah hdung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Dua orang ini sudah tidak dipercayai oleh majoriti rakyat lagi. Meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah langkah bermaruah yang wajib diambil oleh mereka berdua.

Kini apa yang terpacul dari mulut mereka berdua mengenai psngurusan dan pengendalian PRU 13 telah dinilai bagai penipuan dan auta.

Jadi apa lagi yang mereka nak cakap selepas ini? Orang ramai dah tak percaya lagi kepada mereka. Lebih manis dan elok LETAK SAJALAH JAWATAN supaya SPR yang baru dapat dibentuk semula ke arah PRU Malaysia yang lebih baik.

Sesungguhnya demi melihat PRU yang adil dan bersih di Malaysia perletakan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR  dan seluruh barisan kepimpinan tertinggi SPR tidak dapat ditangguh dan dielak lagi.

Monday, May 27, 2013

Nampaknya untuk melihat Pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia hanyalah angan-angan kosong.

Dari kenyataan Najib Razak sewaktu merasmikan Festival Belia 2013 semalam, nampak jelas bahawa pilihanraya di Malaysia yang dikendalikan oleh SPR seperti mana yang ada pada hari ini, akan terus dipenuhi dengan hal-hal yang mencurigakan, pengkhianatan, penipuan dan helah tegar dalam pelbagai cara dan bentuk pada masa-masa akan datang.

Kerajaan Najib Umno/Bn masih membutakan mata dengan mencari-cari mana Mat Bangla yang jadi pengundi? Bangla turun lapangan terbang mana?

Semua persoalan yang diajukan Najib di atas adalah penyerlahan sikap tidak ikhlas kepada segala aduan, rungutan dan bangkangan rakyat!

Rakyat ada bukti, daripada daftar pemilih PRU yang kotor dengan maklumat salah dan penipuan, kad pengenalan palsu, undi pos dan undi awal yang mencelarukan, tangkapan pengundi hantu, PR tambah pengundi baru BN tambah pengundi hantu, dakwat tidak kekal, lampu padam sewaktu kira undi, jumlah kertas undi lebih daripada jumlah pengundi, rasuah pilihanraya, penggunaan jentera kerajaan, tekanan dan ancaman kepada kakitangan kerajaan dan macam-macam lagi. 

Semua bukti boleh dikemukakan. Masalahnya ke mana rakyat nak tonyohkan bukti-bukti ini untuk dipertimbangkan secara adil, berintegriti dan waras? 

Kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang lebih Umno dari Umno itu? Yang hari-hari 'berperang' dengan pembangkang kepada Umno/Bn? Yang hanya berani bertemu Ahmad Maslan Umno tapi kecut telur bertemu dengan para pemimpin PR? Yang berlagak macam Setiausaha Agung Umno itu? Kahkahkahkahkahkah......

Kepada PDRM? Apa kesudahannya? Apakah rakyat akan terima begitu sahaja dan berpuashati hasil penyiasatan PDRM yang rakyat amat maklum sangat gaya dan lenggoknya buat masa ini?

Tonyohkan segala bukti kepada Peguam Negara? Kahkahkahkahkahkah...Gani Patail? Baik cari Gani Patail lain!

Bawa segala kes penipuan pilihanraya ke mahkamah? Inilah agaknya sedikit sebanyak ruang yang ada, namun minta sisih dari bertemu mahkamah "h..... gula hacks" atau "h........ tak relevan" seperti yang dulu-dulu tu! Jika tidak, hancur harapan rakyat. Namun demikian kita tengok lah nanti bagaimana petisyen pilihanraya diuruskan mahkamah!

Jadi isunya, Najib tak payahlah cuba memperbodohkan rakyat dan berlagak konon bertanya soalan mana mat bangla yang mengundi, lapangan terbang mana mat Bangla turun.... cukuplah Najib berlapang dada, bersikap ikhlas menubuhkan tribunal atau suruhanjaya bebas penyiasatan penipuan PRU 13 yang lebih menyakinkan sebilangan besar rakyat yang merasa tertipu dan kecewa. 

Atau Najib akan terus membiarkan rakyat menggelegak panas?

Berita dipetik:

Najib: Mana mat Bangla yang jadi pengundi?

Bernama   1:37PM  Mei 26 2013

BN tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.

"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari ini.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.

"Apa sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.

"Sebagai generasi muda, kita mesti faham tuntutan perubahan mesti berpandukan kepada perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Kalau tidak akan berlaku undang-undang rimba dalam negara kita," katanya.

Najib menyarankan generasi muda agar berfikiran waras dan rasional serta tidak termakan hasutan dan penipuan khususnya dalam ruang siber.

Beliau berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih hak daripada batil.

"Kalau ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja untuk golongan belia bahkan masa depan negara.

"Percayalah kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.

"Yang penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan tiga kategori Anugerah Perdana Belia Negara 2013, yang diperkenalkan pada 1988, bagi mengiktiraf belia dan pertubuhan belia yang banyak menyumbang kepada pembangunan belia negara.

Kategori Pertubuhan Belia dimenangi Kelab Belia Malaysia (MAYC) Simpang Bekoh, Melaka yang menerima wang tunai RM50,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Selain itu kategori Lelaki dimenangi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Manndzri Nasib manakala kategori Wanita diraih Halimah Abd Rahman daripada Persatuan Puteri Islam Malaysia, Sabah dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

- Bernama

Sunday, May 26, 2013

Himpunan Aman perlu diraikan...tak payahlah cipta berbagai alasan mengarut untuk mengekangnya!

Apakah ada lagi alasan Zahid Hamidi dan PDRM nak menyalahkan penganjur dan para peserta himpunan aman blackout 505 yang berlangsung dengan aman dan penuh ceria selain mencari-cari salah yang tak perlu seperti bawak budak di bawah umur, kemudahan tandas OKU tak dapat diguna dan tak hantar notis kepada polis?

Tanpa provokasi himpunan rakyat anjuran PR atau NGO berkaitan pasti aman. Bukti mengenai hal ini telah berlaku dimana-mana. Malah selepas perhimpunan aman memprotes pengendalian pilihanraya oleh SPR, rakyat pelbagai kaum dengan penuh rasa tanggungjawab membersih kawasan himpunan dari sampah-sarap, malah mereka juga berjaya mengawal lalu-lintas.

Sepatutnya kalau begitulah rupa dan cara himpunan aman rakyat ia tak wajar dilarang, digertak apatah lagi ada apa-apa tangkapan berkaitan dengannya. Himpunan aman meluah perasaan yang penuh sivik seumpama itu hanya perlu dipantau dari dicemari anasir pengkhianat.

Jika ini dapat dilakukan proses demokrasi di negara ini akan pasti lebih meriah. Namun yang pasti dan tiada tolak ansur ialah Pengerusi SPR dan Timbalannya yang telah menjadi lebih umno dari umno MESTI LETAK JAWATAN SEGERA. ISU NI TIADA TOLAK ANSUR, KERANA RAKYAT YANG INGIN PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BERSIH SEMAKIN MENYAMPAH DENGAN PUTAR BELIT, AUTA DAN PENIPUAN MEREKA! CAKAP BANYAK TAK MAU, LETAK JAWATAN!