Followers

Saturday, May 25, 2013

Ada pemimpin-pemimpin besar PAS yang termakan provokasi ?

Aku pelik dengan beberapa kerat pemimpin besar PAS yang kat atas sana tu terutama yang berada di Dewan Ulama. Nasihat kepada ahli tu bagus tapi jangan memberi nasihat suruh akur kepada perkara yang tak betul dalam pengendalian PRU 13 .

Tak ada siapa pun yang tak tahu bahawa SPR itu bapak penipunya. Penipuan yang paling terang, dakwat tak kekal diriuh-rendahkan sebagai dakwat kekal. Hak ini Dewan Ulama kata SPR urus pilihanraya 13 dengan baik? Eh tipu tu...baik apanya?

Lepas itu pulak, ada ke Dewan Ulama kata himpunan aman 505 tidak berfaedah kepada parti PAS? Himpunan aman itu adalah himpunan aman memprotes kerja khianat SPR yang semua rakyat maklum. Macam-macam hal telah berlaku.

Janganlah melihat ada faedah, tak ada faedah dari pmikiran politik Dewan Ulama sahaja. Tengoklah juga dari pemikiran politik orang bukan dewan ulama.

Sebab itu Dewan Ulama dan beberapa kerat ahli parlimen Pas, jangan cepat keluar ulasan yang tidak menyenangkan ahli-ahli dan para pengundi PAS dari pelbagai bangsa dan agama. Ni apa ni, " ahli pas lebih baik buat kerja yang lebih berfaedah (berbanding srtai himpunan?), " "Spr berjaya urus PRU dengan baik", " tak galak ahli PAS srtai himpunan 505" " tak setuju protes jalanan guling kerajaan", " sabar...sabar...jangan tak sabar ( bila pulaknya rakyat tak sabar ? Apakah buat himpunan aman protes SPR tu maknanya tak sabar?)".

Laa....itu himpnan AMAN, bukan yang turun himpunan itu nak buat rusuhan! Yang bunyi rusuhan...rusuhan ....spring....spring...itu dari mulut dan provokasi umno/bn dan cai-cai mereka . Banyak dah himpunan di buat di Malaysia ni, tak ada rusuhan pun yang dibuat oleh rakyat yang berhimpun.

Nampaknya rakyat yang berhimpun tak termakan provokasi umno/bn, Dewan ulama Pas dan beberapa ahli parlimen baru Pas pulak yang termakan. Terbalik kot ke apa ni?

Sepatutnya Dewan Ulama keluar kenyataan nasihat yang lebih rasional, misalnya," ahli-ahli Pas yang turun himpunan wajib mnjaga keamanan, kebersihan, jangan layan provokasi, jaga batas pergaulan, jangan terlibat dengn sebarang kegiatan menguling kerajaan secara tidak demokratik" . Ha barulah sedap bunyinya! Ini tak....bercakap jugaklah kat surat khabar pemfitnah tu.

Adalah diingatkan kepada para pmimpin besar Pas yang hebat-hebat belaka, tolonglah jangan sedap-sedap bukak mulut bercakap dengan ahkbr-akhbar Umno yang pasti tak akan membantu perpaduan dalam parti. Kerana tuan-tuan smua terutama yang baru menang pru baru-baru ini, sedap mulut brcakap dalam akhbar perdanalah maka telah kelihatan seperti wujud berbagai kumpulan dalam parti.

Thursday, May 23, 2013

Wan Ahmad dan bos SPR tolonglah letak jawatan segera...tolonglah!


Selepas Zahid Hamidi 'menghalau' penyokong PR keluar negara, si badot Noh Omar 'menghalau' ke hutan rimba, datnglah pulak si mangkok hayun mulut busuk ini, konon orang yang mendesak dia dan bos dia letak jawatan adalah seperti tak hormat perlembagaan dan Agong!

Ewah...ewah...bercakap pasal tak hormat perlembagaan dan Agonglah pulak!!

Woit...nak tanya sikit? Yang SPR tipu pilihanraya 13 dengan macam-macam helah dan penipuan itu, hormat perlembagaan? Hormat Agong? Dakwat yang kau heboh-heboh sebagai dakwat kekal tu, tiba-tiba jadi tak kekal, kau tipu rakyat.....hormat perlembagaan? Hormat Agong?

Taik ngko!

Wan Ahmad, tuan sekarang telah tidak lagi bersuara seperti mana sepatutnya Timbalan Pengerusi SPR Malaysia bersuara. Suara tuan saling tak tumpah suara 'ahli atau pencacai umno', tuan terlalu sibuk menentang pembangkang kepada Umno/Bn dan menentang suara 5.2 juta rakyat penyokong PR yang sngat yakin bahawa PRU 13 kendalian SPR pimpinan tuan dan bos tuan, penuh penipuan dan kejahatan!

Tuan sebenar-benarnya, memang tidak boleh diharap lagi sebagai pegawai yang berintegriti dan berkecuali, melainkan tuan hanya bertaraf JKKKK umno yang hanya tahu merapu dan pongoh! Justru itu, saya bersetuju dengan semua orang, tuan dan bos tuan perlu LETAK JAWATAN SEGERA....SEGERA!!!!!

Kamu tak layak nak berhujah konon orang yang menggesa kamu letak jawatan sebagai tak hormat perlembagaan dan Agong kerana kepala otak dan mulut busuk kamu amat mengganggu suasana.!

dipetik dari harakahdaily:

'Gesa letak jawatan, seperti tak hormat perlembagaan, Agong'

Bernama 3:37PM Mei 23 2013 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan gesaan pembangkang agar pengerusi SPR dan dirinya meletakkan jawatan, kononnya pilihan raya kali ini tidak telus, adalah seperti tidak menghormati perlembagaan negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.  

Beliau berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan dilantik melalui perbincangan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, justeru tugas SPR tidak seharusnya diperlekeh. 

"Mereka tidak menghormati perlembagaan dan Agong, sewenang-wenang menyuruh pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan... pembangkang nak lantik siapa? Nak lantik orang dia?... inilah fikiran orang sempit, fikiran selapis orang panggil.    

"SPR tidak telus dari kaca mata mereka, kita telah lakukan yang terbaik tetapi tetap dituduh tidak telus... kalau tidak telus dan kalau SPR ini berpihak pada Barisan Nasional, takkanlah mereka menang 89 kerusi, menang begitu mudah di Selangor dan Pulau Pinang?," katanya.    

Katanya beliau percaya mereka itu mempunyai agenda lain sama ada berbentuk peribadi atau mahu memporak-perandakan negara dengan menghasut rakyat dan generasi muda selain memupuk budaya kebencian.    

Sementara itu, ketika bercakap kepada Bernama selepas diwawancara dalam program Hello Malaysia oleh Bernama TV, malam tadi, Wan Omar berkata kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditangguhkan sejak dua tahun lepas, akan dimulakan tidak lama lagi secara berperingkat-peringkat.    

Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula boleh dilakukan setelah tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat.  

"Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi kita tangguhkan hingga pilihan raya umum ke-13 selesai.    

"Persempadanan perlu dilakukan kerana perlembagaan menetapkan setiap lapan tahun, sekurang-kurangnya, SPR perlu membuat kajian semula kawasan sempadan pilihan raya... justeru kita akan lakukan secara 'slow-slow' sebelum menyerahkannya kepada Parlimen untuk tindakan lanjut," katanya.    

Beliau berkata persempadanan semula itu amat penting kerana dalam tempoh 10 tahun ini negara mengalami banyak perubahan termasuk berlakunya penghijrahan rakyat dari bandar ke bandar.

"Sebagai contoh ketika kita buat persempadanan pilihan raya pada 2003, kawasan Kota Damansara tidak semaju seperti sekarang. Mutiara Damansara tiada dan malah kini banyak kawasan setinggan telah dirobohkan dan rumah pangsa dinaikkan, jadi sudah tentu pengundinya berubah," katanya.- Bernama

Wednesday, May 22, 2013

Pak pandir yang terus akan dipandirkan Umno selagi malas berubah!

Kononnya Umnolah pembela orang Melayu. Umno bagi tahu orang Melayu di kampung-kampung dan felda, kalau orang Melayu undi Pakatan, Dap akan jadi Perdana Menteri. Orang Melayu dengan penuh keinsafan percayalah kepada Umno ysng konon pembela bangsa.

Alih-alih bila Umno menang , bukan Dap jadi Perdana Menteri, Hindraf yang menolak hak keistimewaan orang
Melayu duduk di Jabatan Perdana Menteri sebagai TM. Tahniah kepada mereka yang Melayu yang berjaya dipandirkan umno....tahniah!!!

Umno amal dasar munafik - Anwar

Harakahdaily,22 Mei 2013

ALOR SETAR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengamalkan politik munafik apabila melantik pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy Ponnusamy dalam senarai kabinet mereka.

Menurut Anwar, semua maklum bahawa Waytha Moorthy adalah individu yang secara terang-terangan menyuarakan agar hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dihapuskan.Individu itu juga kata Anwar telah menyaman kerajaan British dan kerajaan Malaysia kerana tidak melayan orang India dengan baik.

"Dulu dia (Umno) kata kita ni tak Melayu, Abg Mat (Mohamad Sabu) ni semua pencacai Cina, nak gadai negeri, nak gadai Melayu."Sekarang dia lantik Waytha Moorthy. Siapa dia? Dia nak saman kerajaan British dan kerajaan Malaysia tuntut ganti rugi puluhan bilion ringgit kerana tidak layan India.

Dalam carta piagam dia, dia kata dia tolak hak keistimewaan orang Melayu. "Mana dia Perkasa, mana dia Pemuda Umno? Bangkit lah. Ada ke satu suara pemuda Umno Perkasa pertikai perlantikan ini?"Ini dia politik kemunafikan, kepura-puraan Umno," katanya. Anwar berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi.

Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli serta Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sumber: harakahdaily

Tuesday, May 21, 2013

Pasukan penyiasat SPR yang membazir!

Hari ini Suruhanjaya Penipu Rakyat menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat mengapa dakwat kekal menjadi tidak kekal pada hari mengundi Pru 13 yang baru lalu.

Bagi aku ini kerja paling bengong yang cuba dilakukan oleh SPR. Sepatutnya SPR  tubuh pasukan khas itu sebelum dakwat kekal itu  dibeli, barulah tidak membazir wang rakyat. Nak guna dakwat kekal, belilah dakwat benar-benar kekal bukan dakwat auta kekal.

Kerja membeli dakwat kekal yang begitu mudah dilakukan di India itu pun SPR 1Malaysia gagal buat. Nampak daripada gaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tak mudahlah bergayanya....rupanya hampas taik, beli dakwat kekal pun gagal!

Tapi tak apalah pasukan yang aku anggap membazir ini, biarkanlah ianya bekerja dahulu, kita nak dengar apa dapatan penyiasatan yang diperolehi oleh pasukan ini. Jangan nanti antara dapatan pasukan penyiasatan ini ialah dakwat itu memang kena goncang tapi telah tersalah cara goncang, itulah yang menjadikan ianya tak kekal.

Kalau selepas selesai penyiasatan, jika pasukan ini tampil dengan dapatan yang merepak dan merapu maka rasanya memang patut langkah selepas itu demi untuk menyelamatkan maruah negara, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR WAJIB letak jawatan demi mengembalikan integriti SPR sebagai benar-benar Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sebagai  Suruhanjaya Penipu  Rakyat.

LETAK JAWATAN....CAKAP BANYAK TAK MAHU.....TAHU!

Monday, May 20, 2013

Petisyen : PR bakal berputih mata ditipu lagi? Kahkahkahkah.....padan gitulah!!

Mahkamah pilihan raya lawan mahkamah rakyat.

Mohamed Hanipa Maiden    20 Mei 203.

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.  

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court)  beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR  seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim–hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata “lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?” 

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya. 

Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!*

Penulis adalah peguam yang juga anggota Parlimen Sepang.

Sumber: Harakahdaily.

Sunday, May 19, 2013

Seorang lagi muncul menteri berminda kontot!

Menteri dilantik untuk berbakti kepada rakyat bukan untuk menghentam dan mencabar rakyat apabila rakyat mengadu hal. Rakyat mengadu ada barang keperluan telah naik harga dan rakyat merungut ada barang keperluan hidup mereka, macam ada petanda akan naik harga dalam masa terdekat ini. Itu aduan rakyat!

Apa kejadah pulaknya apabila rakyat mengadu, tiba-tiba rakyat pulak dicabar  kemukakan bukti? Apabila rakyat mengadu tu, tentulah benda itu berlaku. Yang kamu duduk cabar rakyat ni kenapa? Itukah kerja menteri kepada rakyat?

Hey...kalau kamu ikhlas berbakti untuk rakyat bukan untuk para cukong kaya raya, arah saja penguasa atau dapat kerjasama polis, rela, pertahanan awam, ngo-ngo yang berkredibilti dan rakyat prihatin untuk membantu buat pemeriksaan mengejut harga barang di seluruh negara. Atau kamu sendiri turun menyamar sebagai rakyat marhaen yang miskin membeli barang-barang keperluan hidup sebagaimana dilakukan oleh rakyat setiap hari. Jangan hanya duduk di bilik berhawa dingin, bercakap sombong dan bongkak cabar sana cabar sini!

Apa dah jadi agaknya dengan menteri-menteri kabinet Najib Umno/Bn kesayangan pengundi-pengundi bodoh yang tidak bermaklumat ni? Ada yang mencabar apa cina mahu? Si Zahid pula nak halau rakyat keluar dari negara macam negara ini dia yang punya. Hak ni pun nampaknya serupa jugak...dalam nampak mengah-mengahpun cabar rakyat jugak!?

Adoi....mamposlah Malaysia kalau macam ni! Lepas ni agaknya menteri mana pula yang akan masuk dalam kumpulan OKU yang cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh  dikhabar! Orang khabar bodoh, pongoh!