Followers

Friday, May 17, 2013

Zahid Hamidi tunjuk gagah...terjun perigi buta!

Tidak sempat beberapa hari kabinet yang dibentuk oleh Datuk Najib selepas memenangi PRU 13 telah gagal mutlak. Kali ini kegagalan tersebut telah disebabkan oleh minda kontot seorang yang betaraf menteri kanan, si Zahid Hamidi! Anih setelah 55 tahun merdeka dengan pelbagai bangsa berusaha mdmbentuk dan membangunkan negara minda kontot seperti minda si Zahid masih wujud?

'Menghalau' rakyat secara begitu kasar apabila berlaku perbezaan pandangan adalah sikap jumud yang melampau oleh seorang pemimpin umno. Apabila rakyat terbanyak tak bersetuju dengan parti yang memerintah kerajaan, rakyat kena berpindah ke negara lain! Apakah negara ini negara bapak orang menghalau? Macam mana srorang yang berminda kontot ini boleh menjadi menteri atau si Zahid sebenar terlampau teruja apabila dilantik menjadi menteri dalam negeri?

Si Zahid perlu sedar dan insaf dia telah 'menghalau' 5.7 juta rakyat yang mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat. Bagaimana kalau 5.7 juta rakyat yang menyokong himpunan blackout 505 itu ikut berminda kontot macam Zahid lantas menjerkah Zahid 'kamu yang kena keluar bukan kami'?. Tapi penyokong Pakatan Rakyat tidaklah srbodoh Zahid!

Kesimpulan yang nyata si Zahid adalah menteri terawal menjahanamkan dasar menghapus polarisasi kaum Najib Razak yang diumum Najib sebaik menjadi Perdana Menteri. Zahid hamidi terjun perigi buta!

Monday, May 13, 2013

Ruang 'pernafasan' Umno kian sempit!

Umno/Bn dan para pencacai mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti para blogger, ngo-ngo dan yang terbaru termasuk dalam senarai pencacai ialah seorang bekas hakim sedang sibuk dan riuh-rendah memainkan lagu perkauman! Lagu ini sedang hangar dikumandangkan selepas keputusan PRU 13 diumumkan.

Dengan soalan permulaan dari Melaka, "Apa lagi yang Cina mahu?", lagu perkauman terus dijirus marak oleh PM Najib sendiri apabila  mengatakan keputusan PRU 13 adalah akibat daripada  "tsunami Cina". Dan yang terbaru seorang bekas hakim yang entah macam mana boleh layak dulunya menjadi hakim, memainkan isu perkauman, konon rakyat Malaysia dari kaum Cina mengkhianati persahatan yang dihulurkan oleh orang Melayu, dan menggasa orang melayu bertindak balas!

Hakikat sebenar dendangan perkauman Umno/Bn dan para cai mereka ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menyembunyi dan mengalih tumpuan rakyat kepada segala bentuk penipuan yang maha dahsyat yang mereka lakukan dalam PRU 13 baru-baru ini.

Mereka mahu rakyat termakan mainan mereka untuk terus memperkatakan isu-isu perkauman yang mereka mainkan dan melupa isu penipuan PRU.

Inilah masalahnya dengan Umno/Bn. Mereka masih menganggap rakyat pelbagai kaum dalam negara terutama bangsa Melayu bodoh untuk mereka terus perbodohkan dengan fakta dan dakwaan yang tidak berasas dan penuh hasutan.

Kita tidak terkejut jika PR terus menentang keputusan PRU 13 melalui himpunan demi himpunan, Umno/Bn akan terus menyumbat isu-isu perkauman ini kepada rakyat terutamanya yang tinggal diluar bandar.

Kita sangat yakin dan insaf bahawa isu perkauman yang didendangkan oleh Umno/Bn ini akan pasti menjadi senjata makan tuan pada bila-bila masa atau selelewat-lewat dalam PRU ke 14 akan datang. Lambat laun rakyat akan pasti benci, menyampah dan boring dengan putar belit dan permainan tidak bertanggungjawab Umno/Bn ini.

Nampaknya ruang pernafasan Umno/Bn semakin sempit dan Umno/Bn kian sukar hendak bernafas setiap kali tamat PRU. Mana lagi tempat Umno/Bn mahu lari minta nyawa?