Followers

Friday, May 10, 2013

Ingat, pengundi PAS bukan hanya ahli-ahli PAS!

Sebagai ahli biasa akar umbi PAS, aku bersetuju dengan usaha untuk menentang dan membuktikan penipuan dalam PRU 13 yang berlangsung baru-baru ini. Usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang dengan melakukan perhimpunan aman asalkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan amat perlu dilakukan. 

Lakukanlah perhimpuan-perhimpuan aman untuk membongkar dan membuktikan kepada rakyat akan terdapat begitu banyak penipuan dan kegelojohan Umno/Bn yang 'telah merampas' kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang baru lalu. Aku sangat setuju walau pun Dewan Ulama PAS tak setuju!

Membongkar dan mendedah kepada rakyat akan penipuan yang amat dahsyat dilakukan oleh Umno/Bn bukan bermakna menolak qada dan qadar Allah SWT. Tidak sekali-kali! Tetapi menentang penipuan dan kejahatan dalam menguruskan setiap pilihanraya juga perjuangan yang dituntut Islam asalkan ia mengikut saluran yang dibenarkan. PRU 12 telah ditipu, redha! Pru 13 ditipu lagi, redha! PRU ke 14 pasti Umno/Bn akan menipu lagi, redha jugak?

Dewan Ulamak PAS boleh menasihati ahli-ahli PAS agar menerima keputusan PRU yang penuh dengan penipuan dan ahli-ahli PAS boleh akur kerana nasihat datang dari Dewan Ulamak. Tetapi perlu diingat, yang ramai menyokong dan mengundi PAS bukan hanya ahli-ahli PAS, malah mereka yang datang dari kalangan rakyat pelbagai kaum dan anutan ideologi. Mereka ini akan 'boring'  dengan PAS jika PAS hanya bersikap redha tanpa menyoal langsung dan mengambil langkah wajar terhadap penipuan yang amat jelas dan terang!

Mereka yang dalam kelompok yang ramai ini pasti akan menyokong jika PAS turut serta menentang penipuan PRU 13 mengikut saluran yang betul. Mengadakan perhimpunan-perhimpuan aman adalah merupakan kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang, so apa masalahnya?

Kesimpulan, usaha tidak mengiktiraf keputusan PRU 13, membongkar dan mendedahkan penipuan yang dilakukan dalam PRU 13 adalah amat wajar disokong oleh seluruh rakyat agar SPR yang akan mengurus PRU ke 14 bukan lagi SPR yang haramjadah  seperti yang ada pada hari ini!

Thursday, May 09, 2013

Najib macam orang mengigau terjaga dari tido!

Sebaik mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, Najib Razak kata fokus utama beliau adalah untuk mengharmonikan antara kaum! Tak tahulah betul ke tidak fokus Najib itu tapi aku rasa macam pelik sedikit analisis Najib tentang apa yang berlaku hari ini.

Tertanya-tanya aku, di mana tidak harmoninya antara kaum dalam negara? Apakah apabila ramai rakyat menolak BN dan Umno bermakna telah berlaku polarisasi kaum yang mengakibatkan ketidak-harmonian antara kaum?

Nampaknya keperasanan Najib Razak terlalu tinggi sehingga merasakan konon Umno/Bn adalah segala-galanya dalam negara. Apakah Najib tidak nampak atau sengaja memejamkan mata bahawa pada hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat telah berjaya membawa kehamornian kaum antara rakyat berbilang kaum dalam negara. Contoh terbaru adalah perhimpunan di Stadium Kelana Jaya malam tadi. Realiti terbaru yang berlaku itu bukan membuktikan tsunami China tetapi tsunami anak-anak Malaysia dari pelbagai kaum.

Kalau Najib ikhlas mahu mengharmonikan semangat perkauman yang sering dimainkan maka langkah pertama Najib Razak semestinya adalah mengharamkan akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan para media perdana cetak dan eletronik yang lain yang sering memainkan isu-isu perkauman yang sensitif dan sangat menghasut. Media mana yang banyak menghasut rakyat konon kalau Pakatan Rakyat menang DAP akan menjadi Perdana Menteri, China akan berkuasa dan Kristian akan menjadi agama rasmi negara?

Semua dakwaan yang tidak berasas dan bohong itu telah disuap semahu-mahunya oleh puak-puak Umno/Bn melalui kempen dan risalah-risalah pilihanraya mereka baru-baru ini sehingga rakyat di kawasan-kawasan luar bandar yang kurang mendapat maklumat sebenar menjadi mabuk dan hilang kerasionalan berfikir seketika!

Alih-alih setelah mengisytiharkan diri sendiri menang dengan kemenangan yang terlalu amat mencurigakan, Najib muncul-muncul terus bersuara konon mahu mengatasi masalah polarisi kaum!

Sudahlah Najib, cermin diri kamu dahulu! Kamu buat taik, kamu main taik, kamu campak taik! Macam orang mengigau terjaga dari tido!

Monday, May 06, 2013

Pakatan Rakyat perlu segera fokus kepada usaha 'merombak dan memulihkan' SPR!

Untuk pilihanraya lebih adil , Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia wajib dirombak, dipulih dan diberhentikan mereka yang menyumbang kepada kerosakan sistem demokrasi negara yang terdapat dalam SPR itu.

Walaupun SPR terutamanya yang 'dua ekor' itu akan terus berkata tiada bukti yang sahih tetapi dengan pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh PRU 13 ini maka jelas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bukanlah badan pengurus pilihanraya yang boleh diharap jika kita mahu melihat sebuah pilihanraya yang adil dan berintegriti.

Dengan masalah ketara di mana-mana, dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi asing yang 'dianugerahkan' kad pengenalan untuk 'mengesahkan' mereka membuat pengundian, kertas-kertas undi yang entah datang dari mana, undi pos yang mengelirukan, pengundian awal yang boleh dipantau majikan, membuang undi berkali-kali, manipulasi undi orang asli, taburan wang merata-rata, daftar pemilih pilihanraya yang cukup mencurigakan, campur tangan jabatan kerajaan yang menghalang tertegaknya keadilan dan macam-macam, maka masalah utama parti-parti pembangkang kepada Bn/Umno di Malaysia sudah pasti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bukan RAKYAT TEMPATAN yang keluar membuang undi.

Maka dengan sebab itu, fokus utama parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn kini sudah pasti kepada usaha memastikan pemulihan peranan dan merombak  SPR secara besar-besaran agar lebih bersifat kemanusian yang takut kepada membuat dosa dan neraka Allah. Buatlah apa sahaja yang patut dan sesuai asalkan SPR boleh dipulihkan dan yang 'dua ekor' itu boleh dipencenkan segera dan yang seperti 'dua ekor' itu wajib terus tiada lagi dalam menerajui SPR selepas ini. 

Jika SPR tidak diubah dan dirombak, mengikut hukum akalnya, sampai bila-bila pun parti pembangkang kepada Umno/Bn tidak akan menang PRu dalam Malaysia ini!

Sunday, May 05, 2013

PRU 13 dicemari dakwat kekal haramjadah dan pengundi hantu puaka!

Sepanjang hari ini aku telah diterjah oleh banyak jari-jari yang telahpun mengundi tetapi kehilangan dakwat yang dikatakan kekal! Dakwat kekal haramjadah, kata seorang psngundi saluran satu. Dan ramai lagi yang telah menghulur jari-jari mereka yang telah bersih dari dakwat kekal.

Persoalan timbul SPR terutama yang dua ekor kat atas tu tahu ke tidak menatang apa makna kekal? Kalau maknanya dakwat kekal tak kan bila basuh dengan sabun boleh jadi tak kekal! Bodoh sungguh puak-puak SPR. Dakwat kekal pun tak tahu atau SPR hak ada kat Malaysia ni memang jahat macam hatamjadah sebenarnya?

Satu lagi, nampaknya kalau umno/bn takdirnya menang sat lagi...kalau menanglah....sah akan sekali lagi wakil-wakil rakyat mereka akan maksn duit haram sebab berselirat pengundi hantu di sana sini! Pengundi hantu mana yang nak undi PR? Cheh...jahat betul puak-puak haramjadah ni.

Tapi walau apa pun dan bagaimana pun umno/bn merancang, perancangan Allah lebih  lebih tepat.