Nampaknya Awang ini tak habis-habis merepek. Pelobi Zionis pulak dahh!!
Konon pelobi Zionis cuba mencampuri hal ehwal politik negara.....! Cheh...taik kucing!
Awang, carilah isu kempen lain yang lebih bernas dan lebih munasabah untuk PRU 13 ini. Lebih baik ajak rakyat bincang isu lembu ke, isu jalan raya semakin sesak di Kelantan ke kerana kerajaan pusat sekat bajet atau isu APCO yang entah pelobi apa dan siapalah agaknya !
Yang lebih penting untuk perbincangan Awang, perjuangkan Royalti minyak untuk Kelantan!
Sebelum nak menuduh orang lain elok sangat Awang yang ada Adek ini cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Jangan jadi bagaikan ketuk dulang paku serpih, kata orang, awak yang lebih.
Jadi isu pelobi ini tak payah main lah...basi!!!!
Awang
Adek: pelobi Zinois biaya PRU 13
21 April
2013.
BACHOK -
Kementerian Kewangan menerima laporan yang boleh dipercayai mengenai terdapat
dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal ehwal politik negara
ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai pilihan raya umum ke-13
(PRU13).
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Bank Negara
sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut
menyiasat perkara tersebut.
"Ini mungkin disebabkan negara ini memberi sokongan kuat terhadap
perjuangan rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka," katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada 566
nelayan di sini, hari ini.
Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, turut
berkata pihaknya menerima aduan cubaan menyogok pengundi antara RM200 dan RM300
di Kampung Sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perupok di sini,
melibatkan beberapa individu.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum
menyerahkan wang, pengundi yang ditemui dalam lawatan rumah ke rumah itu
diminta
di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.
Menurut Awang Adek, tindakan serupa dilakukan di Dun Tawang dan tidak menolak kemungkinan
ia berlaku di kawasan lain di Kelantan.
Beliau menggesa kegiatan itu dihentikan segera.
Turut hadir calon Dun Jelawat Datuk Dr Ilias Hussin, Dun Perupuk Datuk Zaidi
Sidek dan Dun Tawang, Mohd Zain Yassin. - Bernama