Followers

Saturday, April 06, 2013

Calon PAS: Tolonglah jangan pilih ustaz-uztaz yang 'kelihatan' sombong!

Dalam Pilihanraya, rakyat yang terdiri daripada pelbagai ragam pemikiran dan latar belakang bukan hanya menilai calon Wakil Rakyat mereka dari satu sudut sahaja. Bagi rakyat di kawasan bandar begini cara menilainya, rakyat lusr bandar begitu pula caranya.

Dari sudut penilaian kaum-kaum juga mungkin berbeza. Orang Cina melihat dari aspek mereka dan kepentingan urusan perniagaan mereka. Orang India pula mungkin melihst dari aspek budaya dan anutan mereka. Manakal orang Melayu mungkin bukan sahaja dari aspek ugama malah dari aspek sopan-santun  ramah mesra dan seumpamanya.

Oleh kerana semua penilaian memilih Wakil Rakyat berbagai-bagai maka semua calun yang bertanding di samping membawa mesej visi dan misi parti masing-masing, mereka juga perlu mengkaji cara memilih mungkin menjadi tarikan utama pengundi untuk menyokongnya terutama yang bertanding dalam dalam komuniti Melayu.

Kepada calon-calon yang bakal bertanding mewakili PAS terutama yang berkelulusan agama yang terlalu beralasan mahu  menjaga batas-batas komunikasi, pergaulan dan sosial mereka, perlu berhati-hati agar jangan sampai ada pengundi mengecap mereka sebagai sombong dan anti-sosial.

Contoh, pada saat ini terdapat yang diura-ura akan bertanding mewakili PAS dalam Pru 13 nanti,individu-individu berkelulusan tinggi agama yang kelihatan sangat payah hendak bersrmbang dengan ahli-ahli parti, apatsh lagi dengan ahli masyarakat, payah hendak senyum dan menyapa orang ramai, bersikap ego apabila memberi pandangan, menyendiri macam kera sumbang dalam majlis keramaian, tidak menepati masa dan banysk beralasan yang tidak munasabah apabila gagal menepati temu janji.

Kadang-kadang kita rasa pelik dan anih, mereka sangat memahami Islam dan tahu benar teknik dan uslub dakwah tapi masyarakat masih mengecap mereka, " ustaz tu sombong, mentang-mentang dia kelulusan tinggi, kita bagi salsm pun jawab hendak tak hendak je". Baru semalam aku berjumpa dengan seorang pengundi yang merungut seperti itu.

Boleh diharap menangkah calon-calon PAS yang macam ini?

Berubahlah ustaz-ustaz, jangan sampai orang kata sombong dan menyampah tak nak pilih tuan-tuan kerana sebab-sebab yang macam itu. Kalau nak juga bersikap yang kelihatan tak mesra, malas bergaul dengan orang, bersembang pilih orang,malad senyum, lebih baik tak payah jadi calon, banyak lagi tugas-tugas lain yang boleh dibuat atau cukuplah mengajar sahaja di surau masjid kerana anda tak layak jadi orang politik! Kalau nak jadi calon jugak berubahlah!

Friday, April 05, 2013

Eh...Anwar acah bertanding di Perak, Zahir Hamidi yang demam?

Anwar Ibrahim memang teruk, diacahnya nak bertanding di Perak, Zahid Hamidi sampai meracau-racau tak tentu arah jadinya, macam orang demam tak kebah! Hinggakan terteleng-teleng dia
mencipta hujah.

 Antara hujah Zahid:

"Saya pasti dia (Anwar) akan bertanding di kerusi yang bukan dimenangi oleh BN. Sama ada dia (Anwar) atau calon lain (yang bertanding), lawan tetap lawan.

"Kita akan pastikan dia (Anwar) kalah," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ditanya sama ada Umno gentar dengan kehadiran Anwar ke Perak, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata: 

"Kita tak gentar sebagaimana Lim Kit Siang ke Johor."  Cheyy!!! 

Bila ditanya sama ada BN akan menang di Perak dengan dua pertiga majoriti, Zahid  jawab:

"Insya-Allah. BN Perak akan menang tapi untuk dapat dua pertiga, kita perlukan kerja yang luar biasa....."


"....kerja yang luar biasa"? Apa kerja yang luar biasa itu? Macam kerja yang dibuat terhadap tiga ekor spesis yang menang pada 2008? 

Macam tak kena je!!



 


 

Sunday, March 31, 2013

Teori huru-hara di hari mengundi sedang disebarkan?

Menuduh Pakatan Rakyat (Pembangkang) akan membuat huru-hara di hari pilihan raya, memang satu fitnah jahat yang dimainkan oleh para pemimpin pencen dan bakal dipencenkan Umno/Bn sekarang ini di media-media kawalan mereka. 

Mencipta tuduhan tidak ada asas dengan hanya membebel di hadapan media yang mereka kuasai, hanya sekadar mahu membentuk public opinion dalam kalangan rakyat untuk menyetujui hujah-hujah dangkal dan bangsat mereka agar rakyat yang tak tahu hujung pangkal, membenci parti-parti Pakatan Rakyat musuh Umno/Bn.

Muhyiddin membuat fitnah akan berlaku huru-hara. Sharizat Jalil hinggakan mahu menubuhkan apa yang disebutnya 'task force' wanita untuk membenteng huru-hara. Mamak bendahara tua yang kini bagaikan hidup 'menggelupur' tak tentu arah ke sana ke mari, juga 'herut-herut' mulut melagukan teori konon PR akan membuat huru-hara di hari mengundi!

Sikap politik puak-puak Umno ini memang tidak bertanggung-jawab dan tidak bermaruah. Mereka dengan gigihnya cuba mencetuskan suasana kerisauan kepada rakyat terutama rakyat yang tidak mendapat maklumat terkini di kawasan-kawasan luar bandar.

Perangai para pemimpin Umno ini sama ada yang  bakal dipencenkan dan juga yang sudah pencen adalah sikap buruk yang tidak pernah mahu belajar dari pengalaman lalu. 

Sewaktu demonstrasi aman Bersih mahu dianjurkan, para pemimpin Umno/Bn ini jugalah yang sibuk dan becuk mengatakan himpunan aman Bersih akan menimbulkan huru-hara dan kerugian kepada para peniaga. Rupa-rupanya dalam keadaan rakyat menunjuk rasa secara aman dan penuh perpaduan berbilang kaum, rakyat disembur  air gatal, dikejar, disepak, diterajang, pakai baju kuning ditangkap dan sebagainya. 

Haa...kan huru-hara, kata mereka yang cuba memperbodohkan kita semua! Para pemimpin Umno/Bn ini ingat kita rakyat bodoh macam mereka. Soalnya siapakah yang sebenarnya merancang dan mencetuskan huru-hara dalam beberapa siri awal himpunan aman Bersih?

Cuba renung Himpunan Sejuta Rakyat 112 anjuran Pakatan Rakyat (pembangkang) bulan Januari 2013 yang lalu, yang sebelumnya, para pemimpin Umno/Bn dan termasuk mamak bendaraha tua itu sibuk menuduh akan berlaku huru-hara. 

Rakyat yang tidak dihalang, tidak disembur air, tidak disepak terajang dan tidak diprovokasi oleh pihak penguatkuasa, yang tidak diarah oleh para pemimpin politik durjana, yang semua makhluk tahu siapa para pemimpin tersebut, tiada sekelumitpun huru-hara yang terjadi. Pergi berhimpun aman, balik dari himpunan pun aman!

Sekarang ini sekali lagi kedengaran becuk, mulut-mulut celupar menabur fitnah ATAU SEBENARNYA sedang cuba membuat arahan-arahan awal tertentu berkaitan mencipta huru-hara ? 

Kalau benar begitu, terkejutkah kita, jika sekiranya benar-benar berlaku huru-hara di hari mengundi nanti, adalah dicetuskan oleh 'task force-task force haramjadah' yang telah pun diarah dan bukan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat yang hanya mahu memastikan pilihanraya dilaksanakan secara adil dan saksama?