Followers

Saturday, March 30, 2013

Sharizat Jalil, wanita huru-hara!

Aku kata mengaderrr...marah, tapi memang betul pun mengada-ngada! Konon nak tubuh pasukan anti huru-hara! 

Habis semua dia nak buat. Nak kawal huru-haralah, nak berhabis-habisan untuk Nong Chiklah!

Ini semua tak lain hanya gimik 'mabuk' wanita Umno sahaja.

Persoalannya betulkah 'task force' Sharizat Jalil ini nak kawal huru-hara Pakatan Rakyat? 

Biasanya puak-puak Umno ni, kalau dia kata orang akan buat sesuatu, mesti maknanya terbalik. Maksudnya kalau dia kata Pakatan akan buat huru-hara...haa 'sah' dialah yang akan buat huru-hara nanti!

Tak percaya tengoklah nanti di hari mengundi...adalah yang akan menjerit-jerit histeria, tonggeng punggung sana, selak lengan baju sini, selak kain di tepi pintu pagar tempat pembuangan undi.

Satu masalah lagi, yang sharizat beriya-iya nak tubuh task force anti huru-hara siapa suruh? Sampai konon wanita Umno nak jadi benteng! Benteng taik kucing! Anggota polis pergi ke mana? Tak kan semua polis berada di Lahad Datu kot?

Wahai wanita Umno tak payah mengada-ngada nak tubuh pasukan anti huru-hara, polis dah ada , bersepah! Atau wanita Umno membuktikan bahawa mereka telah tidak percayakan pasukan Polis lagi? 

Sikap Sharizat dan wanita Umno yang mengada-ngada ini sebenarnya menghina dan merendah-rendah imej Polis seolah-olah pasukan Polis tunggul kayu yang tak akan buat apa-apa kalau ada huru-hara!

Atau Sharizat dan wanita Umno sengaja nak beri tahu Polis, kalau wanita Umno buat 'huru-hara' jangan ganggu? Oooo..pandai ya!!!

Jaga lembu pun huru-hara...nak kawal huru-hara? Menyampah aku!

Dari Malaysiakini:

Wanita Umno nak tubuhkan pasukan anti huru-hara Pakatan



Zulaikha Zulkifli

30 Mac 2013

Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.

"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.

"Jadi Wanita menubuhkan task force bagi memberitahu pengundi supaya keluar secara aman pada hari mengundi. Dan (pasukan) ini akan ada di semua peti undi," dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik sempena Hari Polis ke-206 hari ini di ibu negara.

Pada 13 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan PRU 13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.

Muhyiddin bagaimanapun masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya itu.

Sehubungan itu, ketika ditanya adakah huru-hara yang dimaksudkannya adalah perkara sama yang disebut Muhyiddin, Shahrizat berkata, beliau hanya mengetahui tentang perkara itu daripada media dan "cakap-cakap ahli pembangkang".

"Media dan kita (Wanita Umno) adalah mata dan telinga rakyat di peringkat akar umbi. Oleh kerana rakyat sokong Datuk Seri Najib (Razak) dan BN maka pembangkang takut. Kita dapat tahu ini pun dari cakap-cakap ahli mereka juga. Dan bila media lapor, jadi kita tau ini akan berlaku.

"Kita Wanita tidak gentar. Kita akan jadi benteng. Dan pengundi mesti tahu bahawa ini kerja pembangkang yang nak bawa unsur-unsur ganas dan reformasi semasa hari membuang undi dan mereka akan mula dari awal," katanya lagi.

Friday, March 29, 2013

Parlimen dah dibubar pun!

Kami tak kesah dah bila Najib Rosmah nak bubar Parlimen. Nak bubar hari ni tak jadi ke. Nak bubar esok ke, 4 April ke, 16 April ke, 30 April ke, bila ke...ikut pandai engkau lah Najib!

Yang kami tahu, kami dah lama dah 'bubar' Dun dan Parlimen. Malas dah tunggu Najib Razak bubar..pakat bubar sama sendiri je! Kami dah mula berjalan berkempen secara terus terang dari rumah ke rumah, mengedar risalah, buat ceramah kelompok dan kami tahu dan diberi tahu oleh para mengundi yang kami temui, mereka semuanya hanya menunggu masa untuk 'humban' Barisan Nasional dalam longkang politik!

Makin lambat Najib Rosmah bubar parlimen makin ramai rakyat yang marah. Petang tadi dalam kempen aku ke rumah-rumah, seorang penyokong Umno berkata, " Lama dah saya ni hidup dan pangkah Bn, saya tak pernah saya tengok PM sebentat yang ini....kata kuat cakap kat TV hari- hari berdegar-degar tapi nak bubar parlimen pun terkemut-kemut!" 

Aku tanya, " Habis tu nak pangkah BN lagi pakcik?".

"Cheh...tak hingin, buat malu je!! Terhegeh-hegeh...menyusah kat orang!!" jerkahnya! Terkejut aku! 

Pakai mamposlah Umno kali ni!! Orang Umno pun nak pangkah PAS dan PR!

Ada ke nak bubar Parlimen pun takut...cheh!!! His engkau ni Najib..tak buat dek orang tau tak?

Wednesday, March 27, 2013

KAHKAHKAHKAHKAH....perasan...perasan!


Payah jugak jadi orang perasan ni.  'Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka....' Cheaaarrr!  Konon ada beberapa ulamak Pas yang cadang bertanding di Shah Alam! Adoi ......entah ya ke tidak tak tahu! Mungkin Abdullah Saamah kot?

Kahkahkahkahkah....pakcik ambik cermin muka ni dulu nah!

Dipetik dari sinar harian.

Hassan Ali: Saya kaji semua syor termasuk tanding di Shah Alam

WARTAWAN SINAR HARIAN

27 MAC 2013

HAMPIR setiap hari saya dihujani dengan pertanyaan sam ada saya bertanding dalam PRU ke-13 dan kalau bertanding di mana dan atas tiket apa.

Pertanyaan sedemikian bukan sahaja datangnya daripada pengamal media tetapi juga dari kalangan ahli-ahli politik BN dan Pakatan Rakyat serta sahabat-sahabat dan orang ramai yang ingin mengetahui arah tuju kerjaya politik saya.

Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka yang terlibat.

Barulah saya memahami sebenarnya nilai politik seseorang daripada kaca mata mereka yang sering mengikuti perkembangan politik tanah air.

Sebenarnya banyak cadangan dikemukakan kepada saya khususnya mereka yang ingin melihat apa yang boleh saya sumbangkan kepada negeri dan negara yang selama ini dilihat bahawa saya berkecenderungan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Sebahagiannya mencadangkan saya bertanding di peringkat negeri dan tidak kurang pula yang ingin melihat saya berada di peringkat Parlimen seperti yang pernah saya lakukan dalam PRU ke-10. Bahkan terdapat gesaan supaya saya mengekalkan kerusi Dun Gombak Setia.

Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama Pas sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun di kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu.

Sehingga ini saya belum membuat keputusan akhir mengenai cadangan-cadangan yang di terima termasuk perancangan pilihan saya sendiri.

Saya sedang meneliti situasi dan persekitaran politik sam ada negeri atau nasional. Di samping itu saya lebih selesa memilih pendekatan untuk terus mengalu-alukan input daripada berbagai pihak untuk membolehkan saya menjuruskan langkah akhir yang sepatutnya saya ambil dalam karier politik saya.

Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR – Islam Melayu dan Raja melalui Jati yang saya diminta menerajuinya.

Apa pun yang penting bagi saya bukan negeri atau Parlimen atau sama ada bertanding atau pun tidak.

Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan institusi raja.

Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang.

Mengenai parti atau lambang apa saya harus gunakan, perkara ini pun saya menerima banyak cadangan.

Saya masih meneliti kebaikan keburukan bukan sahaja mengenai diri saya yang terlibat secara langsung malah berkait rapat dengan anggota keluarga, sahabat handai, rakan seperjuangan dan seluruh anggota masyarakat.

Diharap penjelasan ini dapat meredakan sedikit keinginan yang melonjak di kalangan mereka yang begitu prihatin untuk bersama-sama melihat kejayaan politik saya dan mesej IMR yang saya perjuangkan.

Seperti biasa sebagai insan yang kerdil mungkin saya hanya dapat merangka, merancang dan melaksanakan apa juga bakal keputusan yang dibuat tetapi seperti kelaziman seorang Muslim saya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan ALLAH SWT.

Umno Najib Razak terus 'berak' di jalanan.

Semakin hari semakin jelas bahawa Umno/Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak yang memerintah kerajaan Malaysia hari, hilang maruah dan harga diri. Sehingga ke hari ini Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tanpa mandat pilihanraya masih takut untuk membubarkan Parlimen sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan banyak pihak terutama dalam kalangan rakyat. 

Najib Razak membuktikan dirinya adalah satu-satu Perdana Menteri Malaysia dari Umno yang tidak gentleman langsung dan tidak tahu malu! Selemah gemalai Pak Lah, Pak Lah dahulu adalah seorang Perdana Menteri dari Umno yang bermaruah dan gentleman. Setelah lebih kurang 6 bulan memegang jawatan Perdana Menteri Pak Lah dengan penuh wibawa membubar parlimen tanpa bergantung kepada mandat yang diberikan kepada mamak bendahara tua!

Berbanding dengan Pak Lah, jauh lembik dan lesu Najib Razak rupanya. Setelah tamat tempoh 5 tahun mandat yang diberikan kepada Umno/Bn untuk memerintah Malaysia, Najib bersikap lembik dan gugup tetapi berlagak  ayam jantan ke hulu-ke hilir, Parlimen Malaysia tetap tidak benar hendak dibubarkan.

Apa makna semua ini? Jawapannya semua rakyat mudah untuk membuat tekaan, Najib Razak takut...takut kalah! Dari perlakuan, gerak-geri dan tindakan Najib Razak akhir-akhir ini semakin jelas memperlihatkan ketakutan yang amat sangat.

Atau apakah strategi melambatkan PRU 13 oleh Najib adalah untuk meletihkan parti-parti Pakatan Rakyat terutama PAS? Najib silap! PAS terutamanya, tidak akan pandai letih kerana PAS bukan semata-mata berjuang beralaskan isu-isu tetapi perjuangan PAS adalah berasaskan aqidah Islamiah. Walaupun merangkak bertatih dan dan bertongkat perjuangan PAS melawan kezaliman dan kejahatan Umno/Bn tidak akan selesai. Sebaliknya, PAS akan semakin gagah, mantap dan mengambil segala peluang dan masa yang tersedia ini untuk menegakkan aqidah dan menyampaikan risalah Islam yang adil dan saksama. Lagi lambat PRU lagi banyak masa yang PAS untuk menyampaikan risalah perjuangan kepada rakyat.

Apa yang nampaknya  berlaku Najib Razak kian tersantak ke dinding semakin beliau mengheret dan melambatkan tempoh pilihanraya. 

Dalam keadaan terdesak, pelbagai isu Umno/Bn 'arah' gunakan untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Isu terbaru adalah isu video seks.

Apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini adalah kebodohan dan kejahilan. Ianya menyerlah terus-terusan kebodohan dan kejahilan puak-puak Umno/Bn ini. Rakyat yang hidup pada hari ini bukan lagi rakyat yang bodoh dan bukan lagi rakyat yang jahil hukum-hakam agama. Pendedahan video-video lucah seumpama itu bukan caranya yang mampu memenangi hati rakyat. Ia sebaliknya memperlihatkan betapa lucahnya kepala otak 'pengarah' kempen seumpama itu.

Yang kedua jika sedajal itu kempen yang dilakukan oleh puak-puak Umno/Bn terhadap lawannya maka seluruh negara boleh dipenuhi dengan dajal-dajal lucah yang 'mem-blues" negara dengan pelbagai video seks. Jika ini berlaku apa yang terjadi? Baik sangatkah Najib Razak, Nazri Aziz, Shafie apdal, Hisham auwAuw dan yang sama waktu dengannya? Jahanam negara ini jika semua video seks yang entah apa-apa menjadi tayangan umum! 

Mengaibkan orang dengan pembohongan dan fitnah seumpama ini sah ini bukan cara dan ajaran Islam, jika puak-puak Umno/Bn sentiasa mengaku bahawa mereka adalah penganut Islam yang baik!


Tuesday, March 26, 2013

Puak-puak "Ajaran Sesat" yang nak buat onar seperti yang didakwa SPR dah boleh dikenalpasti!

Macam dah boleh kenal nampaknya puak-puak ajaran sesat ni! Biasanya puak-puak ajaran sesat ni, mula-mula cakapnya macam 'alim', lepas tu makin lama makin mengarut bunyinya! 

Akhir sekali dia mungkin akan merepek pulak! Tengok dulu tu, ada "pemerintah kerajaan langit". Kan itu ajaran sesat!

Kali ini kita dengar pulak kata-kata karut, "ajaran sesat akan mengganggu hari mengundi", "ada dokumen mengenai puak-puak yang nak buat huru-hara tapi tak boleh dedah"!

Yang lebih mengarut dan merepek, ada pulak "7 dosa besar yang baru"! Padah puak-puak ni!! Bunyi macam alim..."tujuh dosa besar UUU!!!" tapi bangang namanya!

Dipetik:



Kerana takut kalah, semua cakap mengarut

Harakahdaily 26 Mac 2013.

KUALA LUMPUR: Semuanya gara-gara Datuk Seri Najib Tun Razak yang takut kalah pilihanraya sehingga Tan Seri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Hussein Onn dan Tan Seri Aziz Yusuf  membuat kenyataan yang mengarut mengenai suasana PRU 13.

Sebelumnya Tan Seri Muhyiddin mengatakan beliau memiliki dokumen yang mengatakan ada pihak yang hendak mengadakan huru hara selepas PRU 13.

Manakala  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan ajaran sesat akan menganggu pada hari mengundi.

Datuk Seri Hishamuddin pula mengatakan akan berlaku gangguan di dalam ceramah semasa kempen PRU 13.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta mereka janganlah menanamkan budaya takut kepada pengundi.

"Seolah-olah jangan bagi rakyat tukar selera daripada memilih BN kepada memilih PR. Hentikanlah tektik lapuk untuk menjatuhkan parti lawan," katanya.

Bagi beliau, PRU 12 menjadi bukti negeri yang dimenangi oleh PR berjalan dengan selesa.

Negeri Terengganu yang dimenangi oleh Umno berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong Datuk Seri Idris Jusuh yang mengadakan tunjuk perasaan mengatakan Sultan Terengganu binatang.

Jika benar mereka ada dokumen dan bukti, maka perlu kena siasat dan ambil tindakan pencegahan segera sebelum terlambat.

Rakyat Malaysia tidak mahu tragedi Lahad Datu berulang kembali, apabila pemberontak sudah bertapak baru hendak bertindak, tegasnya.

Berkenaan dengan gangguan ceramah, Idris memberiakn peringatan, Hishamudin tidak perlu tunggu pilihanraya.

"Sekarang pun sudah ada gangguan dan pengganas yang menganggu ceramah PR. Apa tindakan yang telah diambil kepada pengacau?" tanya beliau.

Beliau meminta, pasukan polis bertindaklah secara profesional tanpa memilih bulu.

Jangan cemarkan institusi hukum di negara ini, angkara terlalu ikut telunjuk Umno-BN, katanya.

Menurut Idris, PR yakin peralihan kuasa berlaku dengan baik.

"Terbukti dan teruji kekecohan yang berlaku angkara penyokong Umno. Hampir 50 demontrasi di Pulau Pinang, demo kepala lembu di Selangor," katanya.

Nasib baik pemimpin PR berjaya menenangkan penyokongnya supaya tidak melayan provokasi penyokong Umno-BN yang tidak boleh menerima hakikat adat perlawanan.

"Mereka membuat kecoh kerana balang oksigen mereka bocor, sehingga sesak nafas," sindir beliau berdasarkan sikap serba tidak kena pemimpin Umno sekarang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17684-kerana-takut-kalah-semua-cakap-mengarut

Sunday, March 24, 2013

Najib 'menjerit', beri Bn mandat 5 tahun lagi!

Yeah...Najib 'menjerit' meminta mandat diberi kepada Bn 5 tahun lagi. Mandat yang ada pada Najib kini adalah mandat yang diberikan kepada Pak Lah. Mandat rakyat untuk dirinya sebagai PM belum lagi diperolehi. Maka menjerit-jeritlah Najib untuk itu di Kuantan yang sedang dilanda masalah air itu!

Yeah berilah Bn mandat 5 tahun lagi!! Nilailah sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji dan demi menjamin kesejateraan dan masa depan mereka. Ssungguhnya selama memerintah kerajaan Barisan Nasional telah berjaya antaranya:

1. 'Menyerahkan' Pulau Batu Putih kepada Singapura begitu sahaja sejajar konsep yang disebut oleh Rais anak Yatim sebagai," win-win decision". Singapura dapat Pulau Batu Putih, Malaysia dapat seketul batu! Bijak...bijak sungguh kerajaan Bn!

2. Kejayaan 'menghilangkan' separuh tanah Rezab Melayu yang belum pun berganti hingga ke hari ini. Kejayaan ini termasuk menjadikan realiti kini 80 peratus Wilayah Iskandar di kuasai oleh para cukong asing!

3. 'Menyerahkan' tanpa alasan munasabah tanah kedaulatan Malaysia, tanah KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura tanpa Malaysia mendapat apa-apa yang menguntungkan.

4. Kejayaan menganugerahkan IC segera kepada pendatang asing hingga benar-benar mendatang masalah di Sabah, mungkin di negeri lain terutama Selangor, Pahang pun boleh bermasalah seperti Sabah juga satu hari nanti gamaknya! Kejayaan terbaik kerajaan BN!!!

5. Rosmah seorang mendapat 'hadiah' (mengikut kata Rosmah banyak yang dia dapat dia tak beli, orang bagi hadiah) cincin RM24 juta (?), sedangkan rakyat marhaen hanya mendapat habuan bertaraf  'cicak mengakarung' RM1000.00 dalam tempoh 55 tahun BN memerintah.

6. Adik Najib berjaya menjadi taukeh bank terbesar, manakala anak-anak rakyat walaupun berijazah masih bertimbun tak bekerja, kalau bekerjapun hanya sebagai juru jual di pusat membeli belah!

7. Kerajaan BN mansuhkan yuran sekolah bernilai RM4 lebih untuk rakyat terpaksa membayar kos persekolahan anak-anak bernilai sekitar RM200.00, nasib-nasib lebih dari itu!

8. Harga barang keperluan semakin hari semakin mahal sehingga sekarang sudah tiada pengumuman baik amaran dan kawalan terhadap kenaikan harga barangan. Harga barang keperluan semakin pandai-pandai naik sendiri secara senyap-senyap, hanya suri dan sura rumah yang rajin membeli barang keperluan harian yang tahu hal ini! Tak percaya tanya mereka, jangan tanya Najib dan Rosmah kerana mereka tak tahu hal ini, kalau tahupun ada mereka kesah?

9. Berjaya menjadikan orang Melayu di Johor sebagai orang Melayu yang paling miskin dalam Malaysia! Sedangkan kerajaan PAS, cheh... hanya berjaya menjadikan orang melayu Kelantan sebagai orang melayu paling kaya dalam Malaysia!

10. Dan banyak lagi 'jasa-jasa' kerajaan Bn selama mereka memerintah kalau nak di sebut satu persatu tapi malas lah aku...buat sakit hati sahaja! Lu fikirlah sendiri...bila Najib menjerit "beri Bn mandat 5 tahun lagi"!

Berita dipetik:



Najib: ‘Beri BN mandat 5 tahun lagi’


24 Mac 2013


KUANTAN - Warga Pahang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati terakhir malam tadi untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.


Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.


"Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini..............

- Bernama