Followers

Saturday, March 23, 2013

Gempar: SPR sahkan puak-puak 'ajaran sesat' akan buat gangguan

Aku cukup percaya dengan pendedahan Pengerusi SPR ini. Kumpulan ' ajaran sesat' tak didedah SPR pun aku dah tahu bahawa mereka akan ganggu hari mengundi sebab selama ini pun, riak-riak tindakan dan perilaku mereka memang sudah pun mengganggu.

Tidak keterlaluan setelah banyak kesesatan yang mereka sebar, mereka pasti akan membuat gangguan. Bayangkan mereka tergamak malakuka kesesatan seperti, mencipta tujuh dosa besar terhadap orang lain yang bertentangan terus dengan 7 dosa besar seperti yang disebut olrh Rasulullah saw. Mereka tergamak mengatakan hudud tidak sesuai dengan negara ini yangberbilang kaum. Mereka juga cuba menyesatkan dengan berkata hukum hudud hanya diada-adakan oleh ulamak  sahaja. Membuat petuntujak fesyen yang kononnya fesyen pakaian Islamm yang begitu mencolok mata. Dan macam-macam kesesatan puak-puak ini.

Oleh itu kalau SPR kata puak-puak 'ajaran sesat' ini akan ganggu hari mengundi, aku yakin. Kita dipihak PR perlu berhati-hati! Terima kasih SPR kerana tolong mengsahkan keyakinan kami!

Berita dipetik:

SPR: Kumpulan 'ajaran sesat' mahu ganggu hari undi

WARTAWAN SINAR HARIAN

23 MAC 2013

JANDA BAIK -Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan wujud usaha terancang pihak tertentu - yang dilabel sebagai 'kumpulan ajaran sesat' - mahu mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak-pihak berkenaan mula mengambil langkah tersusun menyediakan individu-individu, yang terdiri daripada pengundi, bagi mencetuskan suasana kecoh, dengan diberi latihan khusus.

"Kami juga ada memperoleh nota yang digunakan oleh mereka untuk tujuan latihan mencetuskan kecoh di bilik mengundi," kata beliau ketika berucap pada Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Pegawai Pengurus PRU13 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini daripada Abdul Aziz.

Kata Abdul Aziz, nota latihan yang dikenalikan kumpulan berkenaan diperoleh pihaknya baru-baru ini.

Sambil melabelkan kumpulan itu sebagai "pengacau", beliau berkata, nota yang diperoleh antara lain memberi panduan kepada pengundi tentang cara-cara menimbulkan protes dan rasa tidak puas hati berkenan kertas undi.

"Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta mempersoalkan (status) kertas undi, dan mendesak diberi kertas undi lain, dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk menarik perhatian ramai dan media," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

"Setakat ini, kami memberi penerangan kepada pegawai pengurus supaya ambil langkah berjaga-jaga.

"Pegawai-pegawai pengurus perlu berhati-hati dengan kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat ini, yang meminta pengundi mencetuskan kekecohan pada hari pengundian," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran pihak terbabit.

Tambah beliau, kumpulan berkenaan juga menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal.

Sambil menekanan kerahsiaan undi terjamin, Abdul Aziz berkata, meskipun setiap kertas undi ada nombor siri, tetapi maklumat itu tidak dicatatkan pada daftar pemilih, malah kertas undi tidak membawa nama atau nombor kad pengenalan seseorang pengundi.

Penggunaan dakwat kekal merupakan antara pembaharuan diperkenalkan pada PRU13 kali ini.

Mengulas mengenai dakwat kekal, kata beliau, SPR akan menggunakan dua warna masing-masing bagi pengundi biasa dan pengundi awal.

Katanya, sebanyak 10,000 botol dakwat kekal disediakan bagi pengundian awal dan 200,000 bagi pengundian biasa.

Seramai 10.3 juta layak untuk mengundi pada PRU13.

Friday, March 22, 2013

Cerdik ke boddoor dia ni? Macang boddoor!

Kerajaan sementara taik apanya kalau macam-macam peruntukan besar-besar boleh diluluskan lagi untuk kepentingan dan kemenangan parti sendiri? Macam-macam projek segera dilaksanakan untuk meraih undi agar rakyat terus bodoh-bodoh undi BN! Apabila dikata Najib tidak beretika dan tidak boleh meluluskan lagi pelabagi projek, konon hal itu tak berbangkit! 

Tak berbangkit apanya curah duit dan peruntukan sana-sini! Duit Najik sendiri ke semua projek-projek itu? Taik lah kalau duit sendiri! Rosmah bini pun cincin orang bagi!

Kalau nak memperbodohkan rakyat dengan mengelirukan konsep sebenar 'caretaker government, tak payahlah memberi hujah secara bodoh! Alahai....rakyat tidak semuanya  bodoh seperti yang Umno sangkakan!

Dah lebih 5 tahun kerajaan Umno/Bn, Najib dan kabinet wajib letak sahaja jawatan dan berkempenlah PRU 13 ini dengan memakai gelaran Presiden Umno/Bn bukan sebagai Perdana Menteri, barulah cantik!!

Kalau tidak, para cai Umno/Bn jangan nak mengulas bodoh mengenai "care taker government" kerana terserlah benar kebodohannya macam Idris Haron tu.

Petikan akhbar dari akhbatr Sinar:



Pakatan ‘meroyan’ mahu laksana kerajaan sementara, kata BN

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

21 Mac 2013.

SHAH ALAM - Desakan pembangkang supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan sebuah kerajaan sementara dibidas pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah sudah menghidu nasib yang bakal menimpa mereka sehinggakan mahu Najib menubuhkan sesuatu yang sememangnya sudah dilaksanakan kerajaan sejak sekian lama.

"Kerajaan sementara ini sudah lama kita laksanakan. Apabila bubar sahaja Parlimen, maka kerajaan yang memerintah, adalah kerajaan sementara.

"Pembangkang ini sebenarnya sudah 'meroyan'. Mereka rasanya berada dalam ketakutan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika mengulas desakan daripada PR yang mahu Najib bersetuju dengan kerajaan sementara memandangkan mandat semasa kerajaan Persekutuan yang diterajui BN sudah berakhir pada 8 Mac lalu.

PR mendakwa Najib kini sudah tiada status etika dan beliau tidak boleh meluluskan apa-apa projek atau dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi.

Mengulas hal itu, Idris yang juga ahli  Majlis Tertinggi Umno berkata, ia sebenarnya tidak berbangkit sama sekali.

Beliau kemudian menyifatkan pembangkang punya muslihat di sebalik pelbagai desakan mereka.

"Apabila mereka minta macam-macam ini dan kita tidak laksanakan, mereka akan meletakkan seolah-olah kita ini tidak telus dalam pilihan raya," ujar Idris.

Kerajaan sementara adalah istilah yang digunakan kepada pentadbiran sementara selepas Dewan dibubarkan.

"'Caretaker government' atau kerajaan sementara ini akan menguruskan negara sehinggalah terbentuk kerajaan yang baru selepas pilihan raya.

Kerajaan sementara ini sebenarnya terdiri daripada mereka yang telah dipilih dalam pilihan raya penggal sebelumnya.

Namun wujud perbezaan dalam mengendalikan kerajaan sementara ini.

Walaupun kerajaan sementara ini bertanggungjawab memastikan urusan biasa kerajaan tidak terhenti begitu sahaja, namun ia tertakluk di bawah peraturan tertentu kerana lazimnya kerajaan sementara ini terdiri daripada pimpinan parti yang turut sama bertanding sebagai calon dalam pilihan raya.

Muncul dakwaan bahawa kerajaan sementara ini cenderung bertindak menyalahi falsafah dan amalan demokrasi.

Mengulas perkara ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk S.K Devamany berkata, pimpinan kerajaan tertakluk kepada perlembagaan tertinggi dan tidak akan mengkhianatinya.

"Datuk Seri Najib adalah perdana menteri dan sistem demokrasi telah pun matang dibentuk dan kita ada sistem kehakiman dan perundangan, tiga cabang demokrasi.

"Kalau berlaku pilihan raya, beliau tahu sama ada perlu bentuk kerajaan sementara atau peruntukan yang lain. Jadi semua ini tak perlulah dapat nasihat daripada Pakatan Rakyat," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Beliau kemudian mengingatkan perikatan pembangkang supaya tidak menggesa kerajaan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan kekeliruan awam.

"Sebagai perdana menteri, Najib tahu bagaimana hendak kendalikan kerajaan.

"Ini semua tidak harus dilakukan. Tambahan lagi dalam keadaan negara kita berhadapan dengan ancaman negara luar. Macam Lahad Datu dan sebagainya," tegasnya.

Selain kerajaan sementara, PR baru-baru ini mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh berkempen kepada 21 hari di samping mengarahkan media memberi ruang sama rata kepada parti yang bertanding.

Mereka juga menggesa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa mengarahkan semua penjawat awam supaya mengamalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya.

SPR juga harus memberi jaminan kakitangannya melaksanakan tugas secara profesional.

Pilihan raya menurut PR harus dijalankan di atas padang yang sama rata barulah ia akan menjadi kebanggaan negara.

Wednesday, March 20, 2013

Najib dan umno mencemar Bahasa Melayu!

Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah nasib Bahasa Melayu di tangan Najib dan Umno. Bahasa jiwa bangsa sudah tidak membawa makna lagi. Kerana nafsu politik yang membuas Najib dan Umnonya semakin menghilangkan jati diri Bahasa Melayu.

Bayangkan sejak bila 1 menjadi huruf I? Namun demi nafsu politik, Najib dan Umno telah sanggup mengajar ajaran salah dengan menjadiksn 1 sebagai I?

Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M disebut BRIM!
Kedai Rakyat 1 Malaysia - KR1M disrbut KRIM!
Perumahan Rakyat 1 Malsysia - PR1M disebut PRIM!
Tayar Rakyat 1 Malaysia - TR1M disebut TRIM
Klinik Rakyat 1 Malaysia - KL1M disrbut KL1M!

dan macam-macam lagi, semuanya kerana nak mempertahankan kuasa Najib dan Umnonya. MUNGKIN nanti ada anak-anak pelajar yang tak dapat lagi bezakan mana 1 mana i. Hari ini telah ada pula rakyat menyebut K1RAM ia itu KIRAM yang bermaksud Kad 1Rakyat Asing Malaysia! Habis semuanya jadi celaru!

Tuesday, March 19, 2013

Ada tak istana heret istana dalam politik?


Memang elok benar nasihat Raja Dr Nazrin itu dihayati dan dipatuhi. Iya memberi gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat terhadap nama dan batang tubuh orang dalam istana adalah amat tidak manis.

Istana kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali, dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik. Mengaitkan nama dan batang tubuh istana untuk meraih sokongan politik boleh dianggap mengheret istana ke dalam politik kepartian.

Namun demikian bagaimana pula kalau...kalau di saat-saat dekat PRU 13 ini, ada istana yang sayup-sayup tapi berkali-kali pulak tu sentiasa mengulang kalimah, ' seluruh rakyat hendak memberi sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang ini' sambil memuji-muji apa yang dikatakan transformasi Najib Razak sebagai PM? Kalau macam ini, siapa pulak mengherat siapa? Istana mengheret istana dalam politik? Tak kan!

Rencana dipetik:

Raja Nazrin:Jangan heret istana ke dalam politik

SAIFULLAH AHMAD  19Mac 2013

KUALA KANGSAR -Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi titah baginda untuk meraih sokongan politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut baginda, ada pihak memanipulasi titah dengan bagi meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu dan merendahkan lawan politik.

Titah Raja Mazrin, perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian rakyat kerana seolah-olah baginda secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.

“Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk mendapat sokongan politik, jangan sampai adat dan resam budaya bangsa dicemarkan.

“Beta menegaskan bahawa faja dan takhta kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali dan tidak memihak mana-mana kumpulan politik,” titah baginda sempena Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Monday, March 18, 2013

Kalau di Sulu ada Raja 'Jamalul Kiram', di Malaysia ada Raja 'Belit Walauta'! Nak tahu siapa?

Orang tua ini memang 'bijak', bijak merekacipta alasan. Selagi mulut dia boleh bercakap dia akan terus mencipta alasan untuk menutup bekas-bekas busuk dari apa yang pernah dia lakukan. Namun nak mengaku salah, minta ampun lah!

Dia akan terus cipta alasan walaupun dia sedar orang mungkin boleh baca bahawa kata-kata alasan yang terbit dari mulut dia itu macam atau 'sah' BOHONG!

Habis kalau dulu mereka itu konon akan memberontak, apakah hari ini penduduk kampung yang Mahathir cadang hapuskan  itu semuanya tunggul kayu? Mereka akan tengok sambil gelak-gelak aja lah apabila kampung mereka dihapuskan?

Kampung Air yang diduduki rakyat marhaen akan menyebabkan pencemaranlah konon! Habis itu Kilang Lynas di Gebeng Kuantan tidak menyebabkan pencemaran kalau salah urus atau berlaku kemalangan? Hak rakyat miskin nampak sangat pencemarannya, hak para cukong kroni tak membawa pencemaran pulak!

Ooo...kampng air yang diduduki rakyat marhaen boleh menyebabkan pencerobohan asing! Cheh...yang bagi IC  kepada pendatang asing itu tidak pulak boleh menyebabkan penecerobohan asing? 

Padahnya Sabah berada dalam bahaya sekarang, kerana boleh berlaku perang gerila pada bila-bila masa!

Kepada orang tua itu, sudah-sudahlah merapu dan merepek apatah lagi berbohong! Elok benarlah duduk diam-diam main dengan cucu! Kalau malas sangat, sekali sekala pergilah ke masjid!

Dipertik dari Malaysiakini:



Masa itu takut mereka memberontak, kata Dr M


Ahmad Fadli KC   18 Mac 2013


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghapuskan penempatan perkampungan air di perairan Sabah sewaktu mengetuai pentadbiran sebagai perdana menteri kerana bimbang penduduk berkenaan akan memberontak.


Bagaimanapun keadaan senario semasa yang berbeza di Sabah pada masa ini mewajarkan perkampungan berkenaan dihapuskan, katanya.

"Kalau kita cuba pada masa itu mereka akan memberontak. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada orang luar juga.

"Kita tak mahulah ada banyak masalah tanpa ada sebab. Tetapi, kali ini kita dapati mereka terbuka kepada kemasukan orang asing tanpa diketahui oleh pegawai-pegawai," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu susulan gesannya pada hari Khamis lalu agar kerajaan tidak lagi membenarkan rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu itu.


Mahathir memberi alasan, ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing selain menyumbang kepada pencemaran.

Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.


Sunday, March 17, 2013

Bacalah apa yang pemimpin parti mamak bendahara tua akan kata apabila mereka ...

Idea mereka, perancangan mereka, arahan mereka, namun apabila tersepit....mulut busuk mereka akan berkata,"Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain,"....

Nampak? 

Akhirnya dengan putar-belit dan kuasa yang ada, yang bakal dipersalahkan pegawai jugak (maksudnya pagawai kerajaanlah tu)!! Namun nak mengaku kepimpinan Umno (yang memberi arahan) yang memerintah negara sebagai bersalah, sorry!!

Begitulah 'hebatnya' para pemimpin Umno bermula sejak dari zaman Mahathir memerintah hingga ke hari ini, selagi boleh membelit, akan dibelit segalanya, yang penting 'batang leher' sendiri selamat dan terlepas!

Baling tahik sembunyi tangan! Konon orang tak akan nampak tangan yang membaling tapi apakah orang tak tahu dari mana datangnya busuk?

Yang dimaksudkan sebagai 'pegawai' itu yang bekerja di bawah kepimpinan orang-orang yang macam ini, hendaklah sentiasa ambil ikhtibar dan perlu sedar duduk perkara! Faham tak? Ke tak faham?

Hakikat sebenarnya, isu penganugerahan IC kepada pendatang asing ini sangat jelas siapa PETUALANGNYA....tak payah cakap banyak! Makin puak-puak ini bercakap banyak, makin jelas duduk perkara KEPETUALANGANnya. 

Dan yang paling pasti jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya melalui PRU 13 ini, maka seorang demi seorang PETUALANG-PETUALANG IC ini akan diperlihatkan kepada rakyat, dan rakyat akan berkata, "Ooo...ini orang nya ya, saling tak tumpah macam.....!!"

Dipetik dari mstar online:



Sabtu Mac 16, 2013 


Tiada Arahan Keluar IC Kepada Pendatang Asing Yang Tidak Layak - Dr Mahathir 


PAPAR: Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.


Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.


"Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak...baru sampai hari ini, dah dapat IC.


"Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program 'Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad' di Dewan Masyarakat Papar, dekat, sini Sabtu.


Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu 'Projek IC' bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.


Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan......

BERNAMA