Followers

Saturday, March 09, 2013

Kepala hotak ngko perkara biasa!

Mudahnya dia menjawab dan selesaikan masalah isu pengundi yang tak dapat dikenalpasti...perkara biasa!! Taik kucing betol!

Sepatutnya isu yang perlu diperkatakan bukan itu perkara biasa, tetapi sejauh manakah komitmen dan kejujuran SPR ke arah menyelesaikan sebarang perkara yang boleh mendatangkan syak yang kuat kepada pengendalian pilihanraya yang kotor, tidak bersih dan tidak adil.

Banyak perkara yang dikomplen yang belum diselesaikan sebaliknya kalau diambil tindakan pun, tindakannya pasti semakin menimbulkan kacurigaan kepada pelanggannya. Contoh komplen mansuhkan undi pos tentera ditambah pulak dengan undi pos petugas SPR! Undi pos bukan semakin kurang, semakin bertambah.

Mengenai pengundi tak dapat dikenali, hakikatnya tidak sesukar mana untuk diselesaikan. Hanya cuma bekerja sedikit dengan segala kementerian, jabatan, bank atau syarikat dengan merujuk kepada nama atau ic atau alamat, maka banyak masalah tersebut dapat diatasi. Setelah serius berusaha, tak dapat dikenali jugak, sah itu ruang penipuan dan pengundi hantu, padam je lah nama-nama tersebut. Bukan payah! Ada undang-undanglah, aktalah, peraturanlah...mengarut je semua tu.

Soalnya, SPR ni terutama yang bernama Wan Ahmad ni serius atau jujur atau tidak nak kendalikan SPR secara adil dan telus atau sebenarnya dia ini cai totok Umno yang penuh muslihat jahat?

SPR: Perkasa biasa 28% pengundi baru tak dapat dikesan

Kow Gah Chie 5:46PM Mac 8 2013

Ketika Pakatan Rakyat menyuarakan kebimbangannya kerana lebih 28 peratus daripada 500,000 pengundi baru di Selangor tidak dapat dikenalpasti, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyifatkannya sebagai "biasa" memandangkan mobiliti di negeri ini adalah tinggi.

seluruh negara, seperti bertukar kerja, dan semua ini menyumbang kepada bilangan pengundi yang tidak dapat dikenalpasti.

Pada tahun 2010, Selangor kedudukan teratas dari segi bilangan warganegara yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih, dengan seramai 700,000 orang, katanya.

Bagaimanapun, menurut Wan Ahmad (tengah dalam gambar), bilangan tersebut telah dikurangkan kepada 250,000 ekoran usaha agresif oleh SPR, parti-parti politik, NGO dan rakyat sendiri.

"Dan jangan terkejut jika saya memberitahu anda bahawa parti-parti dalam Pakatan sangat agresif dalam melakukan pendaftaran di Selangor.

"Jadi, apabila bilangan pengundi meningkat dengan begitu tinggi, mereka tak sepatutnya hairan," katanya.

Wan Omar juga ditanya sama ada SPR akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dalam usaha untuk membersihkan daftar pemilih.

"Kerajaan negeri tidak datang jumpa kita. Mereka pergi kepada media untuk publisiti, mendapatkan keuntungan politik, kemudian hantar kepada SPR dokumen (surat), apa gunanya?" soalnya.

Thursday, March 07, 2013

Fuhh...kenapalah tanya dia ni pasal sejarah? Nasib baik...

Masih teringat lagi aku, kerana Mat Indera punya hal, tiba-tiba ada seorang konon tokoh sejarah mengatakan "Malaysia tak pernah dijajah!". 

Kali ini berderau jugak darah aku, bimbangg...zaman Anwar Ibrahim punya hal ni, di'fatwa'-kannya  Sabah bukan hak Malaysia! Nasib baik tidak!!

Walaupun apapun, eloknya jangan bagilah dia ni bercakap banyak pasal sejarah, dibimbangi 'haru-biru' habis sejarah negara....dah lah sejarah negara banyak biru! Iyyaa!! Pemberita pun satu hal, tak ada orang lain ke nak tanya ?



Dipetik dari Sinarharian:

Sabah hak Malaysia, kata pakar sejarah



Haslina Kamaludin



7 Mac 2013




SHAH ALAM - Isu perebutan Sabah yang dibangkitkan waris Kesultanan Sulu tidak relevan kerana negeri itu secara sah adalah milik Malaysia.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, rakyat Sabah telah memberi kata persetujuan pada 1962 untuk sertai pembentukan Malaysia.

Menurutnya, persetujuan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman, menerusi Suruhanjaya Cobbold.

"Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak kerajaan Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Rakyat negeri Sabah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai," katanya semalam.


Ketika ditanya mengenai asal-usul Sabah, Zainal berkata, mengikut sejarah Sabah atau sebelum ini Borneo Utara adalah milik Kesultanan Sulu.

"Pada awal kurun ke-17, Kesultanan Sulu sudah menguasai Borneo Utara. Selepas itu, Sultan Sulu telah membuat pajakan Borneo Utara kepada penanam di Hong Kong sebagai modal untuk membangunkan tanah itu.

"Namun, penanam Hong Kong menjual Borneo Utara kepada England dan diserah kepada North Borneo Company sehingga Perang Dunia ke-II," katanya.
Katanya, Sabah menjadi sebahagian negeri kolonial British ketika itu.

"Pada 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada tanah Melayu. Tetapi, setahun selepas itu, Filipina, menerusi pimpinan Macapagal, menuntut kembali dan ia turut disertai Indonesia yang dipimpin Soekarno dan Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei.

Tambahnya, selepas daripada itu, kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua kerajaan.

"Bertarikh 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat, setuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Indonesia juga menyepikan diri kerana berlakunya konfrontasi.

"Tuntutan waris Sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang mana ia tidak sah lagi," katanya.

Jelasnya, walaupun Filipina sehingga kini masih belum gugurkan tuntutan itu, namun secara sahih Sabah sudah hak milik Malaysia.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sabah-hak-malaysia-kata-pakar-sejarah-1.137367

Wednesday, March 06, 2013

Lega... petualang sebenar pencerobohan Sabah telah dikenali!

....termashuklah puak-puak 'syaitan yang dikenali' dan mamak bendahara tua!

Dipetik dari Harakahdaily:



Dalang ‘projek IC’ buka pintu Negara diceroboh

Harakahdaily   06 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Memang benar bahawa mereka yang menjayakan projek pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing adalah dalang sebenar kepada keganasan dan ancaman keselamatan di Sabah yang berlaku sekarang.

“Sebenarnya, mereka ini jugalah yang membuka pintu negara untuk diceroboh, ditawan dan diserang oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Krisis pencerobohan di Lahad Datu memberi pengajaran berharga bahawa aspek keselamatan negara terutama di sempadan dan perairan negara perlu dipertingkatkan.

Tidak ada mana-mana pihak yang boleh bersikap sambil lewa dengan membiarkan pengganas sewenang-wenanganya menjajah negara ini tanpa sekatan.

Persoalan utama yang sedang berlegar di kalangan rakyat negara ini adalah sejauh manakah tahap keselamatan negara khususnya di sempadan atau perairan negara?

Bagaimana pengganas tersebut dengan mudah meloloskan diri dari kawalan keselamatan negara sehingga mampu mendarat dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah?

Dalam keadaan nyawa dan keselamatan rakyat terutama warga Sabah sedang terancam dengan beberapa deretan peristiwa pembunuhan, perkara yang lebih menggemparkan adalah dengan pendedahan mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing di negeri Sabah.

Ia didedahkan oleh beberapa indiviu yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta beberapa agensi kerajaan lain kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai projek tersebut.

Skandal ini melibatkan berpuluh ribu kad pengenalan yang dihasilkan sekitar tahun 1980-an dahulu dan lebih menggemparkan adalah penglibatan beberapa pemimpin tertinggi negara.

Projek ini telah berlalu beberapa tahun yang lampau dan mereka yang mendapat kad pengenalan tersebut telah bertebaran di merata tempat di negara ini.

Kegusaran rakyat semakin bertambah apabila memikirkan andainya ada di antara pengganas tersebut memiliki kad pengenalan yang sah dan bila-bila masa mereka boleh keluar masuk negara ini tanpa ditahan oleh penguasa.

Justeru, memang benar bahawa mereka yang menjayakan projek pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing adalah dalang sebenar kepada keganasan dan ancaman keselamatan di Sabah yang berlaku sekarang.

Sebenarnya, mereka ini jugalah yang membuka pintu negara untuk diceroboh, ditawan dan diserang oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Kerajaan melalui Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) perlu meneruskan siasatan terhadap projek tersebut sehingga selesai.

Kemuncaknya, kerajaan perlu bersikap tegas dengan hukuman setimpal terhadap mereka yang terlibat termasuk terhadap bekas pemimpin-pemimpin negara.

Dalam soal keselamatan negara, tidak ada kompromi terhadap mereka yang sanggup menjual kedaulatan negara ini.

Monday, March 04, 2013

Teruk betul dia ni!




Lepas solat asar tadi aku bergegas ke bandar untuk keluarkan sedikit duit...sedikit je... sebab aku tak ada banyak duit pun, dari mesin ATM. Tiba-tiba mesin ATM tu 'Out of Service". Cheh....ini tentu Anwar Ibrahim punya pasal!!


'Semuanya salah Anwar' 

 Bacalah sendiri kat harakahdaily:

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17184-semuanya-salah-anwar

Sunday, March 03, 2013

Ini cerita haramjadah apa lagi ni?

MASUK LAGI? Amboi...mudah benar!!!? Woi...Zahid Hamidi ni tido gamaknya? Apa punya kartun pertahanan negara ni?????

Berita dari Malaysiakini:



IGP : Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah

Nigel Aw   3 Mac 2013

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.

Jangan lembik, selesaikan segera pencerobohan di Sabah!

Semakin hari apa yang berlaku di Lahad Datu yang telah berjangkit ke Semporna Sabah sangat mendukacita dan merisaukan. Satu demi satu anggota keselamatan dilaporkan terkorban. Walaupun jumlah terkorban itu mungkin sedikit daripada jumlah musuh yang terkorban namun ianya terap amat merisaukan. 

Isunya mengapa kejadian seumpama ini boleh berlaku? Dan berapa lama lagikah ianya akan berlaku? Pemikiran rakyat tempatan mungkin berlegar-legar dengan persoalan sedemikian. Salahkah rakyat risau dan menterjemahkan pelbagai khabar angin jika kerajaan Umno/Bn sendiri tidak telus dalam menyelesaikan kemelut pencerobohan di Sabah ini?

Tindakan yang lembik kerajaan Umno/Bn menjadikan penceroboh lebih tegar untuk tidak keluar dari bumi negara. Bagaimanakah nasib rakyat tempatan Sabah dan rakyat Malaysia dari semenanjung yang bertugas di Sabah jika sekiranya para penceroboh yang tidak mampu dikawal terus bergerila dalam negeri Sabah? Na'uzubillah!

Amatlah malang dan dajal sekali jika sekiranya 'konspirasi politik tertinggi' bermain-main dengan perkara seumpama ini. Semoga ianya tidak! 

Kita amat bimbang kalau-kalau apa yang berlaku di Sabah ini  adalah bahana daripada aktiviti 'penganugerahan IC' demi kepentingan politik rakus yang berlaku beberapa ketika dahulu di Sabah. Kalau benar ianya berpunca dari 'penganugerahan' ini maka benarlah kata-kata pemimpin Pakatan Rakyat bahawa pihak yang menganugerahkan IC kepada warga asing demi politik haramjadah mereka, adalah pengkhianat kepada keselamatan negara, maka inilah kebenaran dan kesahihan dakwaan tersebut!

Kita tidak kira bagaimana sukar sekali pun isu ini nak diselesaikan, ianya perlu diselesaikan SEGERA tanpa melibatkan lagi nyawa anggota pasukan keselamatan secara sia-sia, apatah lagi nyawa rakyat jelata! Kerajaan Umno/Bn perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ini, kerana perkara ini boleh di atasi dari awal lagi bukan membiarkan ianya berlanjutan seperti sekarang!