Followers

Saturday, February 23, 2013

Nak kenal Flora Ong?

Kalau nak kenal Flora Ong, jangan undi Umno/Bn. 

Kalau Najib kata, satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam, itu hanya persepsi Najib. Tapi yang pasti dan yang dah tentu adalah, satu undi untuk BN bermakna makin jauhlah nak kenal Flora Ong! 

Sebabnya kalau BN terus perintah, flora mungkin terus tak dapat dijumpai, pupus...!!!?

Alahai Najiib...Hantu sudah pergi, timbul pula Flora! Apakah lepas ini akan muncul pula Fauna? Padan begitulah engkau Najib!



PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam

Bernama

23 Feb 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.


Nasib Si Miskin!

Beginilah nasib si miskin ...tak ada ilmu pulak! Sering diperkakaskan oleh sikaya dan para kroni UBN! 

Bilalah agaknya bangsaku yang miskin-miskin ini nak sedar diri. Ditolong-sedarkan, tak mahu dengar! Dibiarkan, terus diperkakaskan! 

Dengan BR1M RM500 riuh rendah bersorak sekampung, namun masa depan rela terus tertekan dan tergadai..... kalau Umno/Bn dimenangkannya lagilah! Kesian!

Harakahdaily melaporkan



Miskin senjata BN untuk dapat undi

Harakahdaily 22 Feb 2013.

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sepatutnya tidak ada lagi masyarakat yang tertinggal dan terpinggir setelah 55 tahun merdeka.

Tetapi, katanya pemimpin BN yang diketuai oleh Umno menjadikan kemiskinan sebagai strategi untuk memancing undi setiap kali pilihan raya.

Justeru, ujar beliau tepat seperti kajian Merdeka Center peratus sokongan kepada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah, ertinya rakyat yang kaya semakin jauh dengan BN.

66 peratus responden di bawah RM1,500 gembira dengan kerajaan, 47 peratus (RM1,501 hingga RM3,000), 36 peratus (RM3,001 hingga RM5,000) dan 35 peratus (melebihi RM5,001).
Katanya, Negeri Sabah dan Terengganu walaupun mempunyai telaga minyak, tetapi negeri tersebutlah mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

“Jika kita melawat ke kawasan pedalaman kita akan temui kebanyakan rakyat miskin ialah penyokong tegar Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kata beliau lagi, rumah mereka diselimut oleh bendera Umno sebagai tanda aras mereka ialah penyokong tegar Umno.

Mungkin, ujarnya Umno menganggap rakyat miskin boleh kenyang dengan bendera sahaja.

Menurutnya, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 22 tahun telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 4 di negara ini.

“Kenapa Kelantan berjaya?

“Jawapannya kerana pemimpinnya amanah dan bertakwa, membantu rakyat tanpa pilih kasih, tanpa mengambil kira apa anutan politik dan agama,” katanya.

Katanya, Kerajaan Kelantan terus berusaha untuk menyenangkan rakyat walau pun mempunyai kekangan kewangan.

“Cuba bayangkan jika Kelantan mendapat tunggakan royalti minyak hampir RM12 bilion, sudah tentu ia akan setanding dengan negeri Selangor,” katanya lagi.
Menurutnya, Umno tidak akan berusaha ke arah itu kerana ini adalah senjata mereka untuk menjerat rakyat setiap kali pilihanraya, bukan miskin yang dibantu, tetapi mereka mesti menyokong Umno.

Baginya, wang BR1M yang diberi kepada rakyat untuk umpan pilihanraya, kerana BN sedang nazak menghadapi penolakan rakyat.

“Apakah dengan wang RM500 ini boleh menyelesaikan pinjaman PTPTN, kos sara hidup yang meningkat?

“Kenapa setelah 55 tahun negara merdeka baru kerajaan memberi BRIM?” tanya beliau.

Semua itu, ujarnya gara-gara untuk memancing undi.

Tambahnya, jika rakyat berjaya diumpan maka tunggulah mala petaka akan menimpa rakyat dengan kenaikan petrol, gula, tepung, minyak masak, beras, tol dan lain-lain.

“Cuba bayangkan ketika BR1M masih belum habis diberi, pada 15 Februari lepas premium insurans kenderaan telah dinaikkan,” katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16943-miskin-senjata-bn-untuk-dapat-undi

Thursday, February 21, 2013

Mana Najib mahu lari?

Budak bukan sebarang budak. Budak-budak ini tak makan gertak. Samseng-samseng Najib letaklah banner di mana-mana untuk menghina dan melalak. Sampai masa PRU 13 Najib tetap akan dilawan mereka jugak! 

Padan muka Najib! Menang pun nanti malu, kerana menang dengan budak -budak! Kalau kalah, lagilah besar malunya kerana kalah dengan budak-budak!  

Padan gitulah engkau Najib, hilang segala maruah...

Kepada GM13, teruskan tanpa gentar usaha menawan Pekan dan kepada orang Pekan cukuplah bernostalgia dan bersentimental value dengan jasa-jasa ayahandanya dahulu! Dulu ayah, ayahnya lain, ini anak...anak tak terpakai! 
 



Siswa: Kami tak serik, akan kembali ke Pekan

Zulaikha Zulkifli

Serangan yang dilakukan terhadap Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) ketika berada di Pekan, Pahang minggu lalu tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya Syis Abdul Kadir berkata selain tidak serik, pihaknya juga akan kembali ke parlimen Pekan - yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - selepas pembubaran parlimen.

"Tak serik... Kita berundur dari Pekan pun sebab tak mahu bergaduh dengan mereka semua dan kita lakukan prosedur sepatutnya iaitu membuat laporan polis.

"Serah pada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan. Kami akan turun lagi untuk fasa kedua lepas pembubaran. Sekarang (masih) dalam perbincangan.

"Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon," katanya dalam sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman pagi ini.

Minggu lalu, kumpulan mahasiswa tersebut mendakwa mereka diserang dan diugut dengan parang oleh individu yang tak dikenali sewaktu mengedarkan risalah 'Surat Mahasiswa untuk warga Pekan' di kawasan yang menjadi kubu kuat BN.

Dalam siri serangan tersebut, dua orang mahasiswi dari universiti tempatan turut mendakwa ditarik tudung oleh individu yang didakwa ahli Umno ketika mengedarkan risalah tersebut di Bandar Pekan pada hari Jumaat lalu.

Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada pihak polis kira-kira jam 11.35 pagi.

Memorandum itu diserahkan kepada Urus Setia Ketua Polis Negara, Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman, ASP N Kavetha yang telah menunggu mahasiswa itu di luar pintu masuk ke ibu pejabat itu.

Bersama memorandum itu turut, kumpulan pelajar itu turut menyerahkan beberapa keping gambar termasuk wajah 16 individu yang didakwa menyerang mereka.

Syis yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) itu berkata, beliau meminta polis agar melakukan siasatan dengan segera.

"Kita dah buat satu serahan memorandum pada PDRM untuk meminta siasatan dijalankan dengan segera terhadap keganasan yang dibuat pada mahasiswa tempohari.

"Kalau kita nak kata penduduk tempatan, waktu kita pergi rumah ke rumah, penduduk tempatan tak ada masalah. Tapi ketika di bandar Pekan, beberapa individu itu keluar daripada bangunan Umno bahagian," katanya lagi.

Monday, February 18, 2013

Jom kita 'gigit tangan' dia!

Mahathir kata, peneroka jangan 'gigit tangan' kerajaan! Belum apa-apa Mahathir sudah terasa sakit! Sebenarnya peneroka mana yang nak 'gigit tangan' kerajaan?

Peneroka tak kira generasi pertama ka, kedua ka, ke berapa ka, tak nak gigit pun tangan kerajaan, sebab kerajaan itu hak rakyat! Pasai apa pulak rakyat nak gigit tangan sendiri?

Mahathir jangan nak konfiuskan rakyat khususnya peneroka! Umno/Bn bukan kerajaan dan kerajaan bukan Umno/Bn! Umno/Bn adalah parti yang DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT untuk mentadbir kerajaan selama 5 tahun untuk satu penggal.Kebetulan dalam PRU 12 lalu Umno/Bn menang, maka Umno/Bn lah yang mengurus dan mentadbir kerajaan Persekutuan. 

Kerajaan bukan hak Umno/Bn, kerajaan hak rakyat! Kalau kerajaan hak Umno/Bn buat apa Umno/Bn buat pilihanraya 5 tahun sekali yang pelbagai parti bertanding dengan manifesto masing-masing? Tak payah pilihanrayalah, sebab kerajaan yang ada adalah hak warisan Umno/Bn seorang! 

So apa yang berlaku sekarang, rakyat termasuk peneroka, bukan nak 'gigit tangan' kerajaan dala PRU 13 ni, yang rakyat dan peneroka nak gigit  ialah tangan Umno/Bn, Najib, Rosmah apatah lagi tangan Mahathir yang banyak membuat kerosakan kepada negara tercinta Malaysia. Gadai begitu banyak tanah rezab Melayu, 'gadai' Felda melalui bursa saham, tabur BRIM dari duit pembayar cukai yang entah menghalal atau tidak duit mereka digunakan sebagai rasuah politik PRU Umno/BN! 

Cakap banyak pulak dia...tak kenang jasalah, tak berterima kasihlah, tumbuk mukalah, kata orang haiwan lagi...!!! 

Kalau orang haiwan, hang tu sapa? Syaithan!?

Malaysiakini melaporkan:



Dr M: Peneroka jangan ‘gigit tangan’ kerajaan


Ahmad Fadli KC

18 Feb 2013.


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".

Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".

"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menempelak golongan yang menurutnya tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan.

"Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi yang turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat martabat peneroka – malah sehingga membolehkan golongan berkenaan mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang masing-masing.

"Ini yang harus kita lakukan apabila kita tahu bersyukur dan tahu berterima kasih. Kalau dia bertanding (pilihan raya umum), kita bagi undi.

"Kenapa kita nak tolong dia, sebab dia tolong kitalah. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu," katanya lagi dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.