Followers

Friday, February 15, 2013

Kalau ya pun nak tutup kemaluan, gunalah benda lain...

Tak bertanggungjawab namanya membenarkan jugak penyanyi itu beraksi di atas pentas terbuka dalam keadaan tahu  nyawa penyanyi itu amat terancam!

Penyanyi itu melompat menyanyi dah ke serata dunia, tak adapun terdengar nyawanya terancam! Alih-alih sampai ke Malaysia, nyawa terancam? Hish...buat malu Malaysia je!

Kalau ya pun nak tutup 'kemaluan' gunalah benda lain!! Tak senonoh!

Malaysiakini melaporkan:



Polis P Pinang sahkan ada cubaan ancam nyawa Psy

Susan Loone

14 Feb 2013.

Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau Pinang pada kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut. 

Ekoran itu, pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau beredar, katanya kepada Malaysiakini. 

"Anda tahu bila dia berangkat meninggalkan Pulau Pinang? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu," katanya lagi.  

Abdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20 jam dari Brazil.
Abdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.

Teng mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara menggaul yee sang.

Thursday, February 14, 2013

LUCAH!


Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, LUCAH bermaksud hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan. KELUCAHAN pula bermakna kecabulan, kehinaan, kekejian.

Akibat menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agung.....
sendiri buat, sendiri tanggung beb! Tak senonoh!


Haji Umnu tunjuk isyarat lucah kepada rakyat...
Eh...tak lucahlah, kepada rakyat tak lucah!


Pejuang Melayu Umnu dengan isyarat lucahnya kepada 
pembangkang kepada Umnu...
Mana lucahnya? Tak lucah langsung, malah boleh dijadikan contoh terpuji untuk mata pelajaran sivik lagi!! Iyaaa!!!
 

Kerajaan Umnu anjur tarian nampak pusat....ini dikatakan lucah? 
Alahhh nampak pusat je....!! 
Lagi pun kerajaan Umno buat, mana aada lucahnya...tak aperr!!!
 

Jabuk yang ganteng....tapi jabuk macam ni lucah tak?


Nak selak kain.......CHEH LUCAHHH!!

Belum selak dah lucah...perghh!!


Laga hidung dengan pipi antara R dan jantan bollywood...!
No komen...no komen!!!


Perghh...LUCAHHHHHH!!!

Wednesday, February 13, 2013

Aku pun nak gelak jugak tapi nak gelak slow-slow je, takut Harussani marah...!! Khe..khe..khe..khe..khe...khe...khe!!!

Niat macam bagus...tapiii entah, macam tak kenaa je! 

Kalau ya pun nak banteras maksiat....tutup dulu Malai Rock Bistro Station apa ke tu! 

Tokey kelab malam yang matian-matian mempertahankan kelab malamnya nak benteras maksiat!? Kucing dengar pun tergelak!!  

Buat malu kat kucing je!



Dari Malaysiakini:

Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat


Bernama  12 Feb 2013.


Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.

Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.

Katanya maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di Georgetown hari ini.

Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu.

"Setakat ini skuad media kita terdiri daripada 20 orang 'cybertroopers' dan mereka akan mengumpul bahan mengenai kegiatan salah laku masyarakat untuk disiarkan dalam laman web rasmi dan facebook Pertiga," katanya.

Beliau berkata Pertiga memiliki lebih 60,000 ahli di seluruh negara dan pihaknya telah melancarkan skuad media seumpama itu di beberapa negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak.

- Bernama


Tuesday, February 12, 2013

Sudah-sudahlah AES tu, degil betul dia ni!

Tuan Solah yang salah! Itulah yang patut dikatakan kepada Tuan Solah, bos JPJ itu! 

Ada ke tuan kata "mereka yang 'bising' adalah daripada kalangan terbabit dengan kesalahan dilakukan." Ini adalah seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinarharian.

Dan lagi, benar ke Tuan Solah kenyataan ini (?)....."pada saya ia ditimbulkan kepada mereka yang menerima kesan langsung, kepada mereka yang tidak salah, tak ada apa pun"? 

Atau anda sebenarnya merapu seperti orang politik?  Ingat tuan Solah anda penjawat awam bukan ahli politik...jangan merapu!

Aku tidak ada satu pun saman traffik mahupun AES, aku tetap tidak bersetuju AES dengan cara seperti yang mahu dilaksanakan pada masa ini!

Rakyat lebih melihat AES bukan langkah untuk mencegah kemalangan jalanraya semata-mata tetapi LEBIH KEPADA menjadikan AES antara sumber pendapatan  kerajaan Umno/Bn dan kroni mereka yang sedang kepupusan wang! Salahkah rakyat menganggap begitu? Kerana setakat hari ini faktanya kelihatan begitu, dalam keadaan AES boleh dilaksanakan dengan cara yang lebih baik dan lebih sempurna untuk diterima oleh rakyat secara rasional. 

Solah yang salah diharap jangan anggap semua rakyat bodoh seperti mana mereka yang masih menganggap Umno/Bn adalah segala-galanya untuk kehidupan mereka!

Tuan Solah, tuan kelihatan telah berbicara macam orang politik !? Tuan sepatutnya menasihatkan kerajaan Umno/Bn agar mansuhkan AES atau laksanakan AES dengan cara yang tidak dilihat oleh rakyat, AES sebagai projek kroni yang cuba memeras dan menekan rakyat sedangkan kemalangan maut tetap tidak berkurangan apatah lagi selesai!

Sinar melaporkan: 


AES: JPJ perlukan kerjasama negeri

HABSAH ISMAIL

12 Februari 2013.

KOTA BHARU - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berharap pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan  Automatik (AES) di seluruh negara tercapai setelah isu teknikal dan kefahaman dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengemas kini aspek teknikal dengan mengadakan perbincangan di pihak berkaitan termasuk menyelesaikan isu berbangkit seperti mengenai lokasi kawasan black spot dikatakan bukan kawasan kerap berlaku kemalangan.

Menyifatkan kritikan  keras terhadap sistem ini adalah biasa memandangkan ia baru diperkenalkan, Solah secara sinis berkata, mereka yang 'bising' itu adalah daripada kalangan terbabit dengan kesalahan dilakukan.

"Pada peringkat senario sekarang, isu ini akan dipolitikkan, apa lagi isu penguatkuasaan, pada saya ia ditimbulkan kepada mereka yang menerima kesan langsung, kepada mereka yang tidak salah, tak ada apa pun, adakah anda bimbang sekiranya orang  mengedar dadah digantung, kalau anda tidak mengedar, anda tidak akan berasa apa pun," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Baca selanjutnya:


http://www.sinarharian.com.my/nasional/aes-jpj-perlukan-kerjasama-negeri-1.130360

Monday, February 11, 2013

Jangan biarkan bewok-bewok ni menipu!

Luar jangka ke, tidak luar jangka ke...tak kira, yang pasti jangan benarkan bewok SPR dan Wan Ahmad menipu pilihanraya! Bewok-bewok ni akan pantang lepa..akan sah menipu! Bagi bewok-bewok ni Umno/Bn adalah segalanya!



SPR ramal pelbagai situasi luar jangka dalam p’raya kali ini

Bernama 11 Feb. 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan pelbagai situasi luar jangka berkemungkinan berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keadaan itu adalah disebabkan doktrin ketidakpercayaan yang diterap pelbagai pihak terhadap ketelusan pilihan raya dan SPR selaku badan menguruskannya.

Justeru, beliau berkata tidak hairan jika ada ejen tempat mengundi yang juga wakil kepada calon sanggup untuk sama-sama mengawal peti undi awal dan undi pos.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata kali ini juga mungkin akan wujud kumpulan penyokong parti politik yang bertanding berada di luar kem tentera ketika proses undi pos dijalankan.

"SPR betul-betul mahu berikan yang terbaik untuk memenuhi pelbagai syor PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihan raya raya) dan pihak-pihak lain yang sentiasa memainkan isu mempertikai kredibiliti SPR.

"Jadi, kalau mereka hendak tidur di lokap bersama dengan peti undi yang dikawal di balai polis atau mungkin mahu mengiringi peti undi ke tempat simpanan kita akan benarkan, tapi masih mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya," katanya.

Menurut SPR, sehingga suku ketiga 2012, terdapat 13.1 juta pengundi berdaftar dan sekiranya pilihan raya diadakan selepas Mac, SPR menjangka pertambahan 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas.

SPR merekodkan 273,819 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangannya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta anggota polis yang akan menjalankan undi awal dan undi pos.
Wan Ahmad berkata berdasarkan situasi politik semasa, SPR juga meramalkan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditandingi dengan sengit pada PRU-13.
"...mungkin tiada calon yang boleh menang tanpa bertanding," katanya.

- Bernama