Followers

Saturday, February 09, 2013

Guru-guru bakal kena kelentong lagi!

Nampaknya golongon guru bakal kena kelentong lagi! Sebab? 

Sebabnya dari kelompok rakan-rakan guru, setiap hari terdengar rungutan beban kerja yang bukan semakin berkurangan, malah semakin lanjut usia Umno berkerajaan, semakin bertimbun tugas dan beban, malah ada tugasan dan beban yang mengarut dan tak munasabah! 

Sehinggakan anak-anak cikgu sendiri terkapar di rumah para pengasuh. Siang kena bayar pengasuh, malam pun kena bayar pengasuh, kerana guru-guru dipaksa mengajar kelas malam, berkerja siang malam konon demi negara, juga terpaksa bertugas tanpa mengenal Sabtu Ahad konon untuk mengelak apa yang dipanggil defisit pembelajaran!?

Rungutan para sahabat guru kita, yang dipaksakan ke atas mereka ialah kerja dan kerja tanpa rungutan. Kalau guru merungut, menteri akan menyindir dan para pegawai pencacai di atas akan sergah, "siapa suruh jadi cikgu!?".

Demi mahu menjadi cikgu jugak di zaman Umno /Bn merintah ini, biarlah anak-anak cikgu dan diri cikgu sendiri mati beragan! 

Janji mengurangkan beban tugas guru oleh para menteri dan para pemimpin kerajaan Umno ini bukan baru, namun beban tugas guru tetap bertimbun. Dasar MBMMBI, PBS terus menghantui para cikgu, sedangkan sekolah  terus menjadi lubuk cari makan para kroni. Sistem pendidikan pula terus menjadi bahan ujikaji sepanjang masa, manakala para pelajar menjadi tikus makmal, guru-guru perlu terus menjadi robot yang perlu patuh dan buat je kerja! Sejak beberapa tahun kebelakangan  ini guru-guru bertugas menjadi pemenuh kerusi program politik Umno/Bn pula! Begitulah senario yang ada, rungut para guru kita! Kesian!

Setelah yang dulu-dulu termasuk Hishamuddin, Muhyiddin menabur berbagai janji, kini mari pula Najib membuat janji yang SERUPA JUGAK!!! 

Apa yang dapat dijangkakan, kalau puak-puak ni menang lagi PRU 13, guru-guru 'sah' bakal kena kelentong lagi! 

Selagi Umno/Bn bersama mu cikgu, nasiblah kau cikgu... 

Sapa suruh engkau orang jadi cikgu yang takut berubah? Pakat ubahlah sekali cikgu....A.B.U!!!

Malaysiakini melaporkan:



PM : Pengurangan beban guru diberi perhatian segera



Bernama   Feb 8 2013.



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
 
Perdana Menteri berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.

Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.
   
"Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban  guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik," katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah malam tadi........

- Bernama


Lagi di:sini

Friday, February 08, 2013

WAUW...KUASA KETIGA!!!

Bertuah sungguh nombor tiga. Ramai sungguh la ni yang jadi  kuasa ketiga.

Hassan Jati nak jadi kuasa ketiga!

Hak ni pun nak jadi kuasa ketiga? Buat habis ke beras je !!

Ini....kuasa ketiga ke apa ni? Nampak macam kuasa 'fulus mai masuk poket' je!!!

Teringat Berahim Pendek, " mari....mari....mari  kita tengok sapa yang kenaa...!!!"





Thursday, February 07, 2013

Kakitangan awam dah mula menjenguk kepala melihat keliling!

Dah...dah tuan-tuan dan puan-puan semua menjadi pemenuh kerusi majlis  sambutan dan ucapan para pemimpin Umno. Membazir, banyak masa terbuang dan kerja pun banyak terbengkalai kerananya! 

Kerana Umno ramai kakitangan stess katanya terbuang ke serata ceruk pendalaman terutama para guru!

Kerana Umno ramai kakitangan awam stress dengan kerja yang bukan sepatutnya mereka lakukan.

Kerana Umno ramai kakitangan awam asyik menjadi pemenuh kerusi  ceramah Umno.

Kerana Umno ramai kakitangan awam yang menjadi tidak kreatif dan buntu!

Kerana Umno ramai kakitangan awam dikenakan tindakan dan hukuman kerana kesalahan konon menentanng kerajaan atau konon pecah amanah walaupun berjumlah RM50, sedangkan ramai para pemimpin atau parajerung Umno yang makan besar, terlepas dan terus ke sana ke mari dengan anak bini dan makwe!

Maka itu:

Tuan-tuan puan-puan yang cerdik cerdik belaka, buatlah perubahan dan yang paling penting tuan-tuan puan-puan perlu menjadi agen perubahan ke arah kerajaan baru yang lebih menghormati kredibiliti kakitangan awam.

Demi integriti dan kebebasan.... PRU 13, jom ABU!!


Kakitangan awam diajak tukar ke kebebasan dan integrity
 
Harakahdaily  07 Feb 2013.


KUALA LUMPUR: Kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera yang bosan dengan  tekanan politik dalam kerja seharian mereka kini mempunyai jalan keluar daripada kemelut tersebut menuju kebebasan dan intergriti.


“PAS mengingatkan bahawa perkara ini boleh dihentikan dengan para kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera membuat perubahan dalam pilihanraya ke-13,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, pelbagai tekanan dan paksaan yang dikenakan ke atas kakitangan-kakitangan bagi menyokong program dan agenda Umno dan pelbagai  surat tunjuk sebab dikeluarkan yang langsung tidak berkaitan dengan tugas rasmi.


“Campur tangan melampau Umno juga menyebabkan ramai kakitangan ditukar, diberi amaran dan ditahan kenaikan gaji dan pangkat, semata-mata dilihat tidak menyokong Umno,” tambahnya.


Selagi Umno BN terus berkuasa, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, para kakitangan perkhidmatan awam akan terus ditekan dan dibuli bagi menghadiri pelbagai program Umno dan melakukan perkara-perkara untuk agenda Umno, walaupun perkara itu bertentangan dengan naluri dan sifat mereka untuk kekal berdikari dan hak membuat pilihan sendiri.


Tuan Ibrahim turut mengesa seluruh kakitangan awam bertindak dengan bijak bagi menghentikan campur tangan melampau ini, dan bertindak keluar dari tekanan dan paksaan politik ini dengan memberi mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13. 


PAS, katanya bersama Pakatan Rakyat memberikan jaminan perkhidmatan awam akan dibiarkan bebas dan berdikari daripada cengkaman dan tekanan politik jika diberi mandat nanti.


“Para kakitangan awam tidak lagi perlu risau dan takut untuk melakukan perkara yang betul yang tidak disukai parti pemerintah sehingga menyebabkan mereka ditukar dan dipisahkan daripada keluar dan kesan kepada gaji, pangkat dan masa depan mereka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang menjunjung konsep kerajaan bermoral dan adil seperti yang dituntut Islam,” tegas beliau.


Tuesday, February 05, 2013

Puak-puak ni kalau boleh, semuanya nak dijadikan anjingnya!

Kepimpinan kerajaan BN yang diterajui oleh para pemimpin tertinggi Umno semakin hilang harga diri dan jiwa. Rasa bermaruah, jiwa besar dan semangat murni semakin jauh dari hati sanubari mereka. Semua itu berlaku kerana tiada amalan Islam yang benar dan mulia yang menjadi amalan dan pegangan mereka selama.

Para pemimpin Umno terutama yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bukan tidak tahu bahawa program dan ceramah parti pembangkang kepada Umno/Bn, terutama parti-parti Pakatan Rakyat, sering diganggu oleh samseng-samseng yang cukup membahayakan. Namun  demikian Perdana Menteri dan Menteri Dalam  Negeri terus membisu dan membutakan mata walaupun amat maklum akan kejadian yang merosakkan demokrasi dalam negara ini. 

Sikap seumpama ini memang amat mudah difahami kerana semata-mata mahu mengekalkan kuasa secara tidak sihat dan kotor. Persetankan apa yang orang kata, persetankan keselamatan rakyat, yang penting  kuasa Umno/Bn dapat dipertahankan secara anak betina!

Masakan pihak polis begitu bodoh untuk tidak bertindak kepada para samseng penceroboh, hanya kerana alasan program itu program politik! Apakah kerana program itu dikatakan sebagai program politik pihak yang menentang Umno maka biarlah rakyat yang mahu mendapat maklumat seimbang dan telus yang menghadiri program seumpama itu, mampos dan menjadi mangsa kepada penceroboh samseng yang tidak bertamadun itu? Jika benar begitu, apa punya kelas polis seumpama ini? Sepatutnya pihak polis perlu ingat bahawa para pemimpin tertinggi Umno/Bn yang memerintah pada hari ini kalau boleh mereka mahu menjadi semua benda sebagai anjing mereka!

Maka itu adalah diharapkan pihak polis kembalilah melakukan kerja-kerja secara mulia dan berjiwa besar dalam melayani segala program ceramah di kawasan Felda dan program 'Kembara oren' ini, bukan menjadi bagaikan pihak yang dibela untuk menggigit membuta tuli! Tolonglah polis!

Harakah melaporkan:




Gangguan samseng: Ceramah dihenti untuk keselamatan

Hazayani Zakaria  05 Feb 2013.

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.

"Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.

"Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir.

"Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya.

Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.

Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda.

"Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau," katanya.

Tak sampai 10 jam adu polis

Sementara itu, Mazlan juga kesal kerana peristiwa itu berlaku dalam masa tidak sampai 10 jam selepas perbincangan dengan pihak polis Bukit Aman petang semalam.

Memorandum turut diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan ‘Kembara Oren’.

"Tak sampai 10 jam kami adu dan minta kerjasama polis, gangguan ini berlaku lagi. Sedangkan kami dah maklumkan kepada polis setiap program yang akan dilakukan," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16507-gangguan-samseng-ceramah-dihenti-untuk-keselamatan

Monday, February 04, 2013

PAS masih terkapai dalam gelombang?

Melihat kepada senario yang masih wujud di kawasan-kawasan Melayu di luar bandar pada masa ini, Pakatan Rakyat terutama PAS masih bermasalah untuk mendapat sokongan dalam PRU ke 13 nanti. 

PAS sebagai parti yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu masih mempunyai tugas dan kerja yang begitu banyak untuk mengubah corak pemikiran politik golongan ini yang ditanam kukuh  doktrin lapok bahawa Umno adalah parti politik yang segala-galanya jika bangsa Melayu mahu diselamatkan. 

Doktrin itu walaupun begitu lapok, tetapi begitu kukuh tertanam dalam minda yang tidak kritis dan jumud yang jauh dari sumber maklumat yang pelbagai.

Masalah PAS untuk mengubah minda lapok orang Melayu luar bandar itu terus mencabar dengan kerenah dan kawalan media arus perdana oleh Umno, peraturan kempen dan PRU yang jahat dan berat sebelah dan penggunaan jentera dan premis kerajaan bagaikan hak parti.

Untuk mengatasi masalah ini PAS perlu dengan segera membentuk seramai mungkin sukarelawan kempen dan perayu undi di setiap Dun dan Parlimen yang ditandingi, tanpa mengharap kepada hanya tenaga muslimat yang amat terhad. Jika hal ini tidak diatasi SEGERA usaha mahu memintas peranan media arus perdana yang terlalu kuat mendokong Umno, peraturan jahat PRU dan penyalah-gunaan jentera dan permis kerajaan, tidak dapat dilakukan dengan berkesan.

Sebenarnya orang Melayu di luar bandar masih belum mesra dengan PAS dan masih belum melihat PAS sebagai parti dominan sebagaimana dilihat dominannya Umno dalam politik tanah air kerana PAS masih terlalu jauh dengan mereka. 

Maklumat tentang PAS, dominasi PAS di negeri-negeri yang dikuasai PAS belum cukup menarik hati mereka. Setakat hari ini mereka masih melihat PAS dengan sebelah mata sahaja walaupun macam-macam perkara dan usaha telah PAS lakukan. Bagi mereka para pemimpin PAS di kawasan-kawasan masih berjiwa kecil dan penyegan untuk diharap dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu kerana ketrampilan diri yang meleset dan tidak menyakin. PAS bagi segelintir mereka 'so close yet so far'.

Oleh sebab itu seluruh ahli PAS dan kepimpinan PAS mesti berjiwa besar dan sentiasa ke hadapan dalam menyantuni rakyat. Dan bilangan sukarelawan kempen serta perayu undi perlu dicari segera untuk menemui setiap individu pengundi, jika tidak sokongan  untuk dimiliki PAS, bermasalah!

Hari ini gelombang telah ada, tetapi apakah PAS sedang terkapai-kapai dalam gelombang tersebut?