Followers

Thursday, January 31, 2013

Orang ke amender dia ni? Tak berhenti-henti nak menyalahkan orang...

Mula-mula dulu tak mahu RCI Sabah, tak perlu katanya!

Lepas tu mengaku bagi IC (kerakyatan) segera kepada orang asing tapi konon Tunku bagi lebih banyak! Mentang-mentang Tunku dah tidak boleh membela diri, diburukkannya jugak Tunku! Dasar mamak kutty tak sedar diri!

Sekarang tuduh pulak Anwar terlibat dalam projek IC di Sabah! Tuduh tu tak apalah tapi cakap berbelit macam mamak, "beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar." Cheh...sedaplah begitu, pakai main semua benda dia "mempunyai pengetahuan"!!

Agak dalam hidupnya, semua dia "mempunyai pengetahuan". Antara punyai pengetahuan dia yang paling haramjadah ialah nabi tidak bercukur kerana tiada pisau cukur; tiada gillete!!!

Perasan dia tak pernah buat salah!!! Yang bersalah baginya Tunku, kerana Jus Soli, Pak Lah konon pelingkup Umno, Anwar, agen asing! Dia? Dia perfect! 

Cheh!! Macam orang bodoh sangat nak mengenali dia; mamak mahathir kutty, dan apa yang telah jahanam dalam Malaysia ini kerananya! Bilalah nak bertobat?

Malaysiakini melaporkan:


Anwar terlibat langsung dalam projek IC, dakwa Dr M

Hazlan Zakaria

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Nak tunjuk baik tapi masih kekal jahat!

SPR cuba nak tunjuk baik apabila mengumumkan tempahan dakwat kekal sudah dilaksana tapi hakikat sebenarnya masih jahat! Apa tak jahatnya, orang nak celup dakwat, dia buat calit dakwat! Celup dengan calit mana serupa oi! Bapak punya auta!

Heboh sangatlah SPR pasal dah tempah dakwat kekal tapi terus membisu mengenai 8 tuntutan BERSIH yang lain. Yang paling utama daftar pemilih, masih penuh dengan najis dan kurap Umno/BN sehingga daftar pemilih SPR menjadi begitu kotor dan membusuk. Ada SPR kisah?

Hati jahat untuk menjadi pengadil yang berat sebelah masih membusung dalam perut 'dua ekor' pentadbir utama SPR itu. Bercakap kalau tidak untuk menyedia ruang kemenangan kotor buat Umno, tak sah!

Maka itu SPR jangan jadi pekak dan buta kerana tuntutan rakyat bukan sekadar calit dakwat kekal tetapi termasuk juga 7 tuntutan yang lain yang umum telah maklum. Jangan jadi tolol SPR, kerana kamu dibayar gaji dari duit cukai rakyat!

Sinar melaporkan:

SPR: tempahan dakwat kekal sudah dilaksana
 
30 Januari 2013

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat tempahan dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh tempahan serta tarikh penghantaran akan dilakukan.

"Untuk persediaan bagi proses tempahan sehinggalah penghantaran memerlukan kira-kira dua atau tiga bulan dan dakwat itu boleh tahan untuk digunakan selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web khas untuk PRU ke-13 di sini, hari ini.

Penggunaan dakwat kekal antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan dakwat akan dicalit di jari telunjuk kiri pengundi.

Mengenai pengundi luar negara, beliau berkata sehingga hari ini sejumlah 1,000 permohonan pengundi luar negara telah diterima oleh SPR dan setakat ini tiada sebarang rungutan diterima berhubung perkara itu.

"Sekurang-kurangnya 100 permohonan diterima SPR setiap hari dan permohonan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Australia paling ramai diikuti United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat dan China," katanya.
Tempoh memohon kemudahan mengundi secara pos dibuka SPR sejak 21 Jan lepas sehingga 12 tengah malam hari Parlimen dibubar kelak.- Bernama