Followers

Saturday, January 26, 2013

Nak kenal menteri yang cuba menjadi pakar tafsir nafsu tapi malas membaca?

Hari ini menteri anak Yatim cuba menjadi pakar dalam bidang mentafsir nafsu orang. Maklumlah Rais merasakan dirinya adalah 'pakar nafsu yang banyak pengalaman'. Dia kata pembangkang maksudnya PR-lah tu bernafsu besar tapi tiada tenaga!

Dalam pada nak menjadi pakar nasfu Rais sebaliknya tanpa disedari menonjolkan dirinya sebagai antara menteri Umno yang  malas membaca tapi cukup pandai merapu atau mungkin juga menipu! Anak Yatim itu cuba tunjuk cerdik dihadapan orang asli yang nampaknya lebih cerdik dari Rais. Rais yang malas membaca kata Pakatan Rakyat tiada dasar mengenai orang asli dan orang Melayu. Itulah, jadi lagi menteri Umno, dah dijangkiti penyakit malas membaca dan rajin merapu!

Kalau Rais yang malas membaca, nak tahu Pakatan Rakyat ada dasar atau tidak mengenai membela nasib orang asal dan orang Melayu, cuba tanya Ahmad Maslan yang pernah membuang buku Jingga dalam tong sampai di atas sebuah pentas politiknya.

Penulis sangat yakin Ahmad Maslan mesti telah membaca buku Jingga sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.  Jika tidak ada apa-apa dasar dalam buku itu yang boleh mengancam dasar-dasar tak masak Umno, masa-kan Ahmad Maslan membuang buku jingga dalam tong  sampah dengan penuh kegeraman!

Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya Ahmad Maslan membaca juga dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam buku jingga berbanding Rais yang pemalas taik membacanya! Sudahnya banyak perkara yang Rais tolol tentang  Pakatan Rakyat!

Cukuplah Rais daripada merapu, dan tak payahlah pulak nak jadi pakar nafsu walaupun kamu berpengalamn luas dalam bidang itu! Orang dah tahu siapa kami!

Sinarharian online melaporkan:

Rais: Pembangkang bernafsu besar tapi tenaga tiada.

JEMPOL - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan masa depan negara yang lebih baik dan rakyat diingatkan untuk memilih parti yang benar-benar mampu mentadbir negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pembangkang amat mudah menyatakan pelbagai janji untuk meraih sokongan, namun sebenarnya mereka tidak mampu mentadbir negara.

"Mudah bagi pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Abdul Hadi Awang untuk berkata itu dan ini tapi mereka tidak mempunyai kemampuan.

"Boleh kita katakan bahawa mereka ini seperti bernafsu besar tapi tenaga tidak ada," katanya semasa berucap menyempurnakan majlis pelancaran program perluasan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan - Astro Njoi ke perkampungan Orang Asli peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Lui, di Kampung Sungai Sampo, di sini semalam.

Katanya, pihak pembangkang sering mengutarakan untuk mengubah kerajaan bagi mentadbir negara, namun mereka tidak pernah menyatakan dasar mengenai hak Orang Asli dan hak orang Melayu seperti yang diperjuangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Rais berkata, jika semua perkara ini tidak disebut dalam perjuangan pembangkang, adakah cukup bagi rakyat untuk mengikut mereka menukar kerajaan sedangkan kerajaan sedia ada sentiasa memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat.

Justeru, katanya rakyat seharusnya bijak menilai dan diingatkan untuk menganggap pilihan raya akan datang sebagai satu perkara serius yang menentukan nasib dan masa depan bangsa, rakyat dan negara.

"Pilihan raya tidak boleh dianggap main-main, bukan seperti tukar baju, ini mengenai masa depan negara. Ia juga mengenai masa depan dan hak anak-anak kita dan hak semua masyarakat," katanya.

Dalam ucapannya Rais berkata, program perluasan siaran RTM dengan kerjasama Astro itu akan membolehkan masyarakat Orang Asli menikmati kemudahan siaran televisyen yang lebih baik.

"Dengan adanya perkhidmatan siaran televisyen dengan saluran daripada Astro Njoi ini masyarakat Orang Asli akan dapat menonton siaran televisyen dan mengemaskini pengetahuan mereka mengenai hal-hal semasa menerusi berita-berita terbaru," katanya.

Pada majlis itu Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menyampaikan set televisyen dan dekoder Astro Njoi percuma kepada beberapa pemimpin masyarakat Orang Asli mewakili 267 Orang Asli.

Peraturan sialan yang cukup haramjadah!


Sehingga ke saat ini SPR masih bersikap pekak badak dan buta hati terhadap laungan rakyat yang impikan sebuah pilihanraya yang adil, bersih dan penuh integriti tulin. Sikap SPR yang begitu rupa terutama sikap Pengerusi apa tah lagi Timbalan Pengerusi SPR cukup 'menaikkan darah' rakyat yang sedang  menunggu dan menantikan kesedaran dan perubahan sikap mereka.

SPR di bawah pimpinan dua 'ekor' itu masih bersikap mahu menjadi balaci dan abdi bodoh lagi tolol kepada Umno. Bilalah SPR mahu membebaskan diri dari kelangkang Umno yang busuk lagi membusukkan itu. Tidak cukupkah pendedahan Sabah menginsafkan dua 'ekor' itu agar tidak terus berlaku jahat dan khianat kepada negara.

Nampaknya rakyat kena bersetuju dengan Mat Sabu untuk turun ke jalan raya lagi sekali dan lebih lama jika pilihanraya ke 13 terus dipenuhi dengan najis kotor Umno/Bn.

Peraturan Baru Pilihanraya:

Kerajaan Umno/Bn (syaitan yang dikenali) telah meminda rang undang-undang kesalahan pilihanraya pada April 2012:

1. Melarang logo parti yang tidak bertanding dipasang.

2. Pondok panas ditambah jarak dari 50 meter ke 100 meter untuk menyukarkan pengecaman pengundi hantu dan warga asing.

3. Dalam bilik mengundi kedudukan wakil parti tidak menghadap pengundi tetapi melihat belakang pengundi. Ini menyukarkan pengecaman pengundi hantu.

4. Calitan dakwat kekal tipis dihujung jari bukan dicelup.

5. Pengundian awal untuk anggota keselamatan diragui kerana kesan calitan dakwat akan hilang jika mereka mengundi awal 2 hari, boleh mengundi 2 kali.

6. Pertambahan kakitangan SPR dari 100,000 kepada 240,000.

PROJEK ANALISIS DAFTAR PEMILIH MALAYSI (MERAP) MENDAPATI:

1. 59,000 nama pengundi yang lahir di luar negara menggunakan kod 71.

2. Nama tanpa dijelaskan jantina, alamat tiada nombor jalan dan nombor rumah. Lokaliti hanya mencatat nama individu dan nama kampung sahaja.

3. Nama bukan nama rakyat Malaysi mirip kepada nama Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.

Dipetik dari sumber Harakah 1812

Friday, January 25, 2013

Agaknya beruk sedang terkejut beruk membaca berita ini!

Setiausaha Agung Umno  yang juga SU Barisan Nasional benar-benar buat kelakar nampaknya....'Umno serius jaga integriti'...katanya! KAHKAHKAHKAHKAHKAH.....KAHKAHKAHKAHKAHKAH! UMNO YANG ADA NI SERIUS NAK JAGA INTEGRITI???

Kalau beruk dengar, beruk yang bapak punya serius itu pun tergelak besar! Ku Nan pun kalau ya nak bercakap pasal calon berintegriti, biarlah munasabah! Dah lah begitu nak bagi senarai nama kepada SPRM pulak untuk tapisan konon! Macam aku tak kenal SPRM hak ada sekarang ini itu apa benda dengan Umno.

Kalaulah betul-betul Umno nak jaga integriti maka sah BN Parlimen Pekan dan Rompin Pahang akan  dapat calon baru! Sebab agaknya lulus tapisan integritikah agaknya ahli-ahli di kedua-dua parlimen tersebut? Rasanya entahlah! Macam mana pula dengan anak Pak apdal, Noh omar, Musa aman...mak oi ramainya kalau nak sebut....kering winable candidate!

Jadi sahlah beruk pun terlopong terkejut beruk bila Umno yang ada ini kata nak jaga integriti! Mamak kata 'chait!!!' Anak muda kata apa...'piiirah mabuk!!!'

Sinar melaporkan:

Calon PRU: Umno serius jaga integriti

WARTAWAN SINAR HARIAN  23 Januari 2013.

SHAH ALAM - Umno buktikan parti itu serius menjaga integritinya dengan menyahut cabaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar nama calon bagi tapisan pihak berkenaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah tuntutan biasa seperti pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

“Soal nama calon itu, kami buat kerja seperti biasa. Soal serah nama pada SPRM, tunggu nanti saya akan beritahu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron pula berkata, apa yang dilakukan oleh partinya itu adalah kaedah yang baik.

“Ini rasa tanggungjawab kita dalam menunjukkan Umno sememangnya serius dalam integriti. Tidak seperti pembangkang yang hanya menuduh parti lain tetapi mereka tidak melakukan perkara yang sepatutnya.

“Kebolehan dan kepercayaan itu penting dan Umno berusaha melakukan yang terbaik,” katanya

Wednesday, January 23, 2013

Asalkan tembolok anak beranak kenyang, apa peduli maruah negara!

Puak-puak anak buah dan anak didik orang tua itu mana peduli akan maruah negara? Maruah negara bagi mereka hanya letak di bawah kelangkang mereka sahaja, yang penting nafsu mereka puas! 

Nafsu mereka puas dengan projek kepada anak beranak dan kroni. Nafsu mereka puas dengan menggagalkan pertumbuhan ekonomi rakyat! Nafsu mereka puas dengan makan komisyen sana sini! Nafsu mereka puas dengan membawa wang secara haram keluar negara! Nafsu mereka puas dengan memperosok imej Islam ke lantai! Nafsu mereka puas apabila rakyat terutama orang Melayu menjadi bodoh dan hilang fikiran kritis!

Akhirnya mereka menjadi bagaikan raja dengan segala benda dalam negara ini menjadi bagaikan hak mak bapak mereka sendiri. Duit kerajaan dari kutipan cukai rakyat menjadi duit mereka! Mereka bebas berbelanja duit rakyat untuk diri dan anak bini mereka! 

Jabatan kerajaan menjadi bagaikan jabatan hak mak bapak mereka. Mereka perguna semahunya secara tidak berperlembagaan segala harta di jabatan kerajaan untuk kepentingan politik bagi mempertahan kuasa rakus mereka. Kakitangan kerajaan menjadi bagai 'hamba abdi' mereka yang akan dikerah buat itu dan ini, ke sana dan ke sini tambah-tambah lagi dekat pilihanraya ini. Dan memang macam-macam mereka buat yang kebanyakan menyalahi peraturan dan undang-undang negara lagi haram mengikut hukum Islam.

Maka itu puak-puak yang terhasil dari didikan orang tua itu perlu ditumbangkan segera oleh seluruh rakyat dalam PRu 13 ini. Jika tidak orang Melayu akan terus terjajah minda mereka menjadi jumud dan beku selamanya.

Harakahdaily malaporkan:


Umno melalui Mahathir gadai maruah Negara

Anis Nazri 23 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara.

Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar, berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya.

"Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara.

"Orang muda, pengundi baru perlu menolak Umno dan BN bagi memastikan tiada berlaku penyelewengan seperti ini.  Kena lihat apa yang dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka," tegas beliau.

Dalam pada itu, Firdaus yang juga ahli parlimen Jerai berkata Umno ketika ini cuba membangkitkan isu-isu lapuk dalam usaha menutup kelemahan parti itu.

Katanya, Umno sengaja menimbulkan isu Amanat Hadi, penggunaan Islam pada nama parti, kalimah Allah dalam Bible untuk tujuan tersebut.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan isu lapuk yang dimainkan semula Umno dan BN, sebaliknya memastikan BN mendapat pengajaran pada pilihan raya umum.

Sunday, January 20, 2013

Najib cuba nak membelit di Kelantan !


Najib Rosmah buat lawak basi konon jangan politikkan pendidikan! Najib Rosmah kata lagi bidang pendidikan terlalu mahal harganya.....

A'ah memang bidang pendidikan terlalu mahal, bukan untuk dipolitikkan sahaja malah mahal nilai sebagai lubuk wang ringgit kepada para kroni! KBSR dulu kroni untung! KBSM dulu pun kroni untung! PPSMI lagilah kroni untung! Penububuhan bagai cendawan tumbuh IPTS kroni untung! Tender makan asrama kroni untung! MBMMBI ini pun cerah besar untuk para kroni untung! Begitulah besarnya nilai bidang pendidikan yang serba-serbi mahal dan menguntungkan para kroni!

Benar Najib kalau bidang pendidikan dipolitik oleh pembangkang payah nanti para kroni nak belasah pelbagai tender lumayan dalam bidang tersebut kerana pembangkang bising kerana rakyat teranaiaya dan banyak wang rakyat disapu!

Itulah hakikat sebenarnya, tiada siapa yang politikan pendidikan melainkan muka tak malu para pemimpin Umno itu sendiri melalui para kroni haramjadah mereka! Rakyat yang menjadi mangsa!

Akhirnya Najib kena cermin diri dulu sebelum nak kata orang yang beriman itu sebagai orang yang tidak berilmu dan tak boleh selesai masalah. MACAm dia tu pandai sangat selesi masalah!

Malaysia kini melaporkan:

Jangan politikkan pendidikan, kata Najib

Bernama 10:35AM Jan 20 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan.

Najib berkata biar apa sahaja andaian pembangkang terhadap usaha kerajaan itu, namun kerajaan tetap berpendirian ia adalah untuk melahirkan generasi yang berpegang kepada keimanan dan ilmu yang tinggi.

"Inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan, ada kata ia sistem kebangsaan tetapi pengisiannya adalah untuk melahirkan anak bangsa yang beriman dan berilmu.

"Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 orang termasuk 3,000 pelajar di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wakaf Baharu di Tumpat, hari ini.

Perdana Menteri berada di sekolah itu kira-kira sejam bagi menghadiri Program Perhimpunan Pagi dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 kepada tiga buah sekolah iaitu SK Sri Wakaf Baharu, SK Wakaf Baharu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baharu.

Ini adalah program pertama Najib menyampaikan bantuan berkenaan kepada pelajar.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar.

Alahai kesiannya tak orang terima dia!


Setelah cakap berdegar-degar, cuba melambung-lambung UBN setinggi yang mampu, berhempas-pulas cuba memfitnah yang bukan-bukan BERSIH 3.0 dan demonstrasi jalanan, tak ada orang nak terima dia! Dah lah Umno dan segala sayap-sayap menebah-nebah jauh akan dirinya, KIMMA yang entah apa benda itupun tak nak dia!

Memang sedih! Maka itu perkara-perkara seperti ini dan kerja-kerja tak berfaedah sepertinya dalam suasana rakyat cerdik-cerdik belaka perlu sangat diberi perhatian dan direnung oleh mereka yang mempunyai hobi seperti Pah Listen. Tak payahlah demi UBN nak jadi cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar atau bodoh sombong! Ambil pengajaran kalau tak nak jadi kera sumbang sehingga orang ini tak mahu, orang itu tak sudi!

Kepada Kak Pah Listen, tak payah SW1M-SW1M-lah demi 1Malaysia Najib-Rosmah, naik lah ke darat untuk berpijak di bumi nyata yang hakikatnya: UBN semakin hari semakin tidak relevan!

Sinarharian online melaporkan:

Sharifah Zohra bukan ahli Kimma

WARTAWAN SINAR HARIAN

20 JANUARI 2013

JOHOR BAHRU -Kepimpinan Puteri Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengaitkan moderator kontroversi Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan parti berkenaan.

Ketuanya, Rohaini Datuk Syed Ibrahim berkata, Sharifah Zohra merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan bagi sesi 2010/2012 dan tidak lagi menyertai Kimma selepas jawatan berkenaan diisi oleh individu lain.

“Apa yang diucapkan oleh beliau ketika forum berkenaan berlangsung sebagai Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Tugasnya sebagai Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan tamat pada April 2012 yang lalu.

“Jadi beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan Kimma lagi. Saya minta parti pembangkang tidak memperbesar-besarkan isu ini. Jangan jadikan isu ini sebagai agenda untuk mengalih perhatian menjelang pilihan raya umum (PRU) yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Bukan cara ini untuk menarik perhatian para pengundi,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Pemangkin Iltizam Pergerakan Puteri Kimma negeri Johor di Savannah Hill, Sungai Tiram, di sini, semalam. Klip video selama 24 minit yang dimuatkan itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di akhir forum berkenaan.

Dalam satu laman sesawang pembangkang mengatakan Sharifah Zohrah Jabeen selain menyandang Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu, beliau juga Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan.

Beliau secara peribadi berpendapat, Sharifah Zohra seharusnya menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya dengan profesional dan penuh berhemah serta tidak menggunakan emosi semata-mata ketika melontarkan jawapan ke atas seorang pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani, bulan lalu.

“Golongan muda perlu diberi input yang sesuai dan sebagai pemimpin beliau perlu bijak untuk mengawal keadaan dan menggunakan pendekatan yang terbaik. Jangan gunakan emosi kerana itu tidak dapat menyelesaikan masalah,” katanya.