Followers

Saturday, January 19, 2013

Tanpa umno hancur negara...CHEH!

Tanpa Umno hancur negara... 'Melayu tak selamat'. Konon! Ater...selama ni Melayu selamat sangatlah?

Hanya orang 'gila' dan tak betul kepala sahaja yang percaya, apa yang digurindamkan!

Pembelit...
Perasuah...
Penipu ...
Bapak pengkhianat...
Syaitan yang dikenali! Haiy...lengkap!

Harakahdaily melaporkan:

Kewarganegaraan: RCI bukti Umno BN khianati negara

Harakahdaily, 19 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Pendedahan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah, satu lagi bukti pengkhianatan pemimpin Umno BN kepada negara kerana kewarganegaraan negara diberi begitu mudah demi mencapai cita-cita politik jangka pendek.

Pengakuan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani menjadi bukti, bagaimana kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Operasi itu dilakukan di rumah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.

“Walaupun beliau kata Aziz Shamsuddin tidak ada peranan, persoalannya kenapa perkara yang melibatkan maruah negara dibenarkan beroperasi di rumah beliau.

“Sudah tentu ia melibatkan konspirasi peringkat tertinggi negara. Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu mesti bertanggungjawab, dan dibawa pengadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengakuan yang sama juga dibuat oleh bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagian daripada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpangkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu.

“Kita tentu masih ingat tahun 2011 pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah,” katanya.

Pengakuan beliau dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

“Inilah watak pemimpin Umno BN yang mengendalikan negara tanpa memperduli keselamatan dan masa depan negara,” ujar Idris lagi.

Menurutnya, negara lain begitu ketat untuk memberi kewarganegaraan, sedangkan Malaysia memberi kerakyatan macam jual tapai ubi di pasar tani.

Justeru, tegas beliau perlu diingat RCI ditubuhkan apabila desakan Pakatan Rakyat dan banyak lagi penyelewengan dan pengkhianatan Umno BN akan terdedah apabila mereka kalah di peringkat Kerajaan Pusat.

Wednesday, January 16, 2013

Seripah Listen binti syed apa entah, dapat gang!


Nampaknya penyakit yang menghinggapi Saripoh Listen telah dideritai juga oleh Bank Islam. Kalau Pah Listen 'membelasah' Biwani kerana berhujah kontra dengan pendapatnya, Bank Islam pula 'menggantung' Azrul pakar ekonominya kerana hanya pendapat Azrul yang belum tentu betul itu sebagai melanggar polisi bank. Polisi 'taik kucing' kalau bagi pendapt Bn akan kalah Pru 13 dianggap langgar polisi.

Inilah padah yang dideritai oleh rakyat Malaysia akibat terlalu lama dikongkong oleh Umno/Bn. Kongkongan yang dibuat oleh kerajaan Umno/Bn merupakan acuan menjadikan rakyat Malaysia ke arah menjadi bodoh macam taik sepertimana terbentuknya segelintir pelajar UUM yang bertepuk tangan 'menyokong'Seripah Listen masa Seripah Listen  dengan rakus membaham mangsanya 'like crazy'!

Malang apabila sebuah Institusi Islamik seperti Bank Islam yang sepatut turut bersikap meraikan kepelbagaian pandangan,turut mahu menjadi macai kepada kerajaan UBN yang kian tidak relevan, jumud dan kolot! Apalah sangat pandangan Azrul itu, yang hanya pandangan seorang profesional biasa, hingga sampai perlu digantung tugas!  Tapi nak buat macammana kerana itu adalah latihan mengampu paling tinggi yang mampu dibuat bagi menggambarkan betapa tebalnya tahap kongkongan yang ada di malaysia selagi UBN bermaharajalela memerintah.

Cukuplah kita mempunyai individu dan organisasi seperti Pah Listen dan Bank  Islam. Sebelum kedua-duanya punah, elok kita 'bungkuskan' UBN dalam Pru 13 nanti!

Bank Islam pula percaya Azrul 'langgar polisi bank'

8:46PM Jan 16 2013

Bank Islam hari ini menegaskan institusi kewangan itu mempunyai asas untuk percaya bahawa pakar ekonominya Azrul Azwar Ahmad Tajudin melanggar polisi dalaman bank.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Bank Islam lewat petang ini juga menyebut, tindakan berkenaan "tidak ada kaitan dengan tindakan menyuarakan pandangan politik peribadinya".

"Bank Islam Malaysia Bhd ingin menegaskan bahawa ketua ekonomisnya, Azrul Azwa Ahmad Tajudin digantung daripada tugas kerana kami memiliki asas munasabah untuk percaya bahawa beliau melanggar polisi dalaman bank.

"Bentuk pelanggaran itu akan dikenalpasti apabila selesai siasatan kami," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu bagi mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung penggantungan tugas Azrul susulan pembentangan pakar ekonomi itu di Singapura pada 10 Januari lalu berhubung senario pilihan raya umum di negara ini.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan tempoh siasatan yang akan dijalankan pihak bank ke atas Azrul.

Azrul yang mengesahkan menerima surat penggantungannya kelmarin, juga tidak menyatakan tempoh pergantungan tugas berkenaan.

Pakar ekonomi itu mendakwa ketuanya menerima tekanan daripada "pemimpin atasan BN" sehingga bertindak demikian ke atasnya.

Tindakan penggantungan Azrul mendapat perhatian naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga percaya kerajaan BN memberi tekanan politik ke atas Bank Islam untuk menggantung tugas Azrul.

LISTEN...LISTEN...LISTEN....JANGAN CAKAP BANYAK MEMANG #KL112 NAK GULING KERAJAAN UMNO/BN!

Iya tak ada niat lain, memang nak guling kerajaan Umno/BN cuma caranya adalah melalui PILIHANRAYA!  Ada faham?

Peranan yang dimainkan oleh Pah Listen dan apa yang dilakukannya di UUM tempoh hari terhadap Bawani dan cuba memperbodohkan mahasiswa UUM yang kuat menyokong Umno/Bn itu semakin menyemarak semangat rakyat untuk 'menggulingkan' kerajaan Umno/Bn. Terima kasih Pah Listen kerana kamu telah menambah yakin lagi dapatan rakyat bahawa kerajaan Umno/BN memang sah patut 'digulingkan' dalam PRU  13  ini sebelumlebih ramaipelajar UUM menjadi pak dan mak angguk!

Sinar melaporkan:

Mat Sabu: 'Memang, niat kami mahu guling BN'

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 16 Januari 2013

KUALA LUMPUR -Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu tidak menolak sasaran Pakatan Rakyat (PR) mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi pihaknya mahu mencapai misi itu menerusi pilihan raya dan lunas demokrasi.

Katanya, PR tidak pernah dan tidak akan mencapai sasaran itu dengan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan.

"Tipu kalau saya kata tak ada. Memang kita niat nak guling kerajaan tapi melaplui pilihan raya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin bahawa himpunan yang turut dikenali sebagai #KL112, sebagai cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan.

Hal ini kerana menurut Dr Mahathir, pembangkang sudah merasakan mereka tidak boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," beliau dipetik sebagai berkata.

Bahkan menurut Dr Mahathir, himpunan anjuran pembangkang juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga hal-hal keselamatan negara.

Himpunan #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi positif termasuk Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana semua pihak menghormati Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu memberitahu, pihak penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat belum dipanggil bersabit dakwaan pelanggaran syarat peserta dan penganjur.

"Polis belum panggil lagi. Kita sudah katakan akan beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan," ujarnya.

Tiga syarat tidak dipatuhi penganjur antaranya sebilangan peserta membawa anak kecil serta sepanduk berunsur provokasi.

Penganjur juga melanggar syarat iaitu peserta di dalam Stadium Merdeka melebihi kapasiti ditetapkan pengurusan stadium itu.

Peserta himpunan juga dikatakan membawa sepanduk atau kain rentang yang berbentuk hasutan.

Sunday, January 13, 2013

Nak tahu kenapa #KL112 aman?

 Para jemaah menunggu masuk waktu zohor di masjid Albukhary. Penuh sesak! Ada jemaah yang 'bimbang', kalau-kalau imam dan bilal konfius, hari itu Jumaat atau Sabtu apabila seorang kaki tangan masjid kerap sangat menguji suara di pembesar suara masjid!
Awek ini pun nampaknya bergegas untuk solat zohor sebelum bersama menjayakan himpunan. Alhamdulillah!

Setelah selesai solat, para jemaah mula bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka sambil berjalan lenggang kangkung, akur kepada arahan bang Mat Sabu, agar tiada perarakan, cuma berjalan lenggang-lengguk! Anak aku kata boring jalan macam ni, lebih seronok berjalan dan lari-lari macam 
Bersih 3.0 dulu! 
" Heh...engkau ni!!" jerkah aku padanya.
Yang tak dapat ruang bersolat dalam masjid albukhary, terpaksa bersolat di tengah panas di laman masjid! Kaki tangan masjid tolong bentang tikar lagi! Terima kasih!
Hanya untuk buang air kecil dan ambil wudhuk, terpaksa berbaris panjang, ada yang berbaris hampir satu jam! Tu diaaa! 
Tapi hairan aku, kerana semua nampak sabar dan tenang serta cukup memahami walaupun ada juga yang kelihatan berdiri gelisah 
sambil terkepit-kepit paha!
Mula berarak ke Stadium Merdeka sambil sembang, berborak-borak, berkenal-kenalan dan ada yang makan-makan dan berkongsi jajan yang dibawa! Aman...memang aman sangat hari itu! 
Cuma yang tak aman, bingit dengan bunyi penjual trompet dengan trompet-trompetnya!!! Mak ooiii!!!
 Awek ini pun turut gagah melangkah dengan penuh keazaman, 
bergerak ke medan perubahan: A.B.U!!
Sebaik masuk dalam Stadium Merdeka ikut pintu kecil di belakang stadium...aku terpegun! Ramainya manusia, dah lah di luar berduyun, di dalam macam ulat!
Laa...ini bendera apa pulak ni? Dulu ternampak berkibar di celah-celah ribuan manusia di Gaza, Palestin, hari itu berkibar pulak dah di tiang bendera dalam Stadium Merdeka!
Punca #KL112 pada Sabtu itu aman malah sangat aman, aku agak adalah kerana orang ini tidak lagi meneropong dari sebalik tingkap di mana-mana hotel di sekitar stadium! Mungkin orang ini tak sempat nak sewa bilik hotel kot atau teropong itu dah hilang!!?