Followers

Friday, January 11, 2013

UMNO cuba jadikan cikgu cai mereka!


Umno yang tak tahu malu sudah mula membuat kerja-kerja haramjadah. Menjadikan duit hasil cukai yang dibayar oleh rakyat bagaikan harta mak bapak sendiri. Dahlah begitu, guna pulak premis kerajaan yang dilarang oleh kerajaan Umno sendiri agak tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik atau berunsur politik ia itu institusi sekolah.

Siapa  yang menghormati Umno dengan sikap yang begini memang marupakan manusia yang kurang cerdas berfikir. Umno cuba menonjolkan dirinya sebagai diktator politik yang tidak salah buat apa sahaja walaupun melanggar peraturan dan semangat undanh-undang. Semua orang mahu diperbodohkannya terutama warga pendidik di sekolah-sekolah melalui para cai mereka yang kuat mengampu di JPN dan KPM.

Nasiblah engkau cikgu, dahlah kena hantuk dengan PBS kena pula jadi cai UMNO! 

Bantuan RM100: Sekolah diminta jemput pemimpin BN

Wong Teck Chi & Koh Jun Lin 10:33AM Jan 11 2013

Beberapa sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar serta menaikkan kain rentang untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ini terkandung di dalam dokumen yang ditemui di lamanweb Kementerian Pelajaran (MOE) dan beberapa pejabat pelajaran daerah (PPD) di Johor.

Lamanweb PPD Kota Tinggi PPD, satu persembahan Powerpoint menyatakan bahawa sesi penyampaian bantuah tersebut hendaklah dihadiri oleh "wakil rakyat BN atau wakilnya".

Menurut lamanweb tersebut, persembahan Powerpoint itu dibuat kepada guru-guru kanan di daerah itu pada 8 Jan.

Perkara yang sama juga boleh didapati pada surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOE, Datuk Rosli Mohamed pada 5 Disember tahun lalu dan persembahan Powerpoint di lamanweb PPD Kluang.

Wednesday, January 09, 2013

'Pendatang haram' hampir menjadi pengerusi koperasi!


Rupanya selama ini ada 'pendatang haram' dalam Koperasi Permodalan Felda?

Kalau tidak kerana perjuangan beberapa orang peneroka, hampir-hampir 'pendatang haram' KPF itu menjadi Pengerusi kepada koperasi terbesar dalam negara itu. Fuh....kalau tidak....hancur KPF, mujurlah batal dan tak sah! 

Bayangkanlah kalau pendatang tidak sah itu menjadi Pengerusi KPF, tak ubah bagaikan kera mendapat bunga! Alangkan dapat pisangpun hancur pisang dibuatnya!

Malaysiakini melaporkan:



Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah


Hafiz Yatim   9 Jan 2013


Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.

Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF. 


KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.
"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.

Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu.
Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu.

Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah.

Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden.


Tuesday, January 08, 2013

Rosmah berniaga roti??


Lebih kurang tiga minggu lepas aku ke bengkel seorang berbangsa Tionghua. Dalam perbualan politik kami, mekanik Tionghua itu memberi tahu Rosmah sudah 'kuasai' syarikat roti di Malaysia.

"Roti akan naik harga oo!",katanya.

Pada mulanya aku tak beri perhatian sangat tapi bila baca berita di bawah, aku mula terfikir, " betol kot?".

Nampaknya dalam keadaan suaminya bertungkus-lumus nyawa politiknya, sang isteri terus 'berkempen' untuk melariskan roti! Tapi agak malang bagi anak-anak di PERMATA kerana taraf merka hanya layak menerima roti lebihan dari hotel-hotel mewah.

Demikian gaya kebajikan 1 Malaysia ala Rosmah! Malaysia yang kaya dan katanya banyak wang, roti lebihan hotel juga untuk kanak-kanak!

Isunya kini, adakah Rosmah kini beniaga roti pulak?

Malaysiakini melaporkan:

Rosmah mahu Roti 1Malaysia diperluas ke PERMATA

Nigel Aw 3:22PM Jan 7 2013

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi pusat pendidikan awal kanak-kanak PERMATA naungannya.

"Saya ingin merayu dan mencadang untuk pertimbangan program Roti 1Malaysia – mungkin anda boleh pertimbang secara serius untuk memperluas program ini ke semua pusat PERMATA kami di seluruh negara," katanya semasa pelancaran program tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, rumah kebajikan dan golongan memerlukan.

“Pastikan roti dan croissant ini sampai kepada anak-anak ini, sebab saya tidak fikir anak-anak daripada pusat PERMATA pernah mengecapi croissant.

"Jadi tolonglah beri mereka peluang untuk merasai croissant – bukan sahaja anak-anak di rumah (jagaan) tetapi juga di pusat PERMATA," katanya.

Croissant merupakan pastri dengan lapisan mentega berbentuk bulan sabit.

Sunday, January 06, 2013

Pemfitnah Tok Guru Haji Hadi mana mahu lari?


Sepatutnya para mufti dan pengampu agama Umno tak payahlah pandir sebagaimana pandirnya Umno! Ini tidak, Umno pandir awak semua ikut sama pandir malah lebih teruk pandirnya daripada Umno. Kenapa mesti berkluk-klek?  Hantar sahaja surat jemputan bincang dengan ikhlas atau berguru sahaja dengan ikhlas mengenai apa yang TGHH ucapkan di Banggol Peradong 31 tahun dulu tu. Maka selesai masalah! Ini tidak nak cari penyakit, hah tunggulah bila mengadap Allah nanti...jawab!

Harakahdaily melaporkan:

“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.

Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.

“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.

“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.

“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya.-Harakahdaily