Followers

Wednesday, December 25, 2013

PAS berkemungkinan kalah teruk dalam PRU 14 nanti!

Kenaikan kos hidup rakyat yang sedang berlaku dengan ekstremnya sekarang dan kesan awal pelaksanaan GST serta hasrat menaikan kadar bayaran tol, pelbagai tarif dan bil-bil isi rumah, yang telah mulai dirasai rakyat terbanyak dikatakan akan menyebabkan kerajaan Umno/Bn akan kalah teruk dalam PRU14 nanti! 

Ramai yang mendakwa begitu adalah poli-tikus dalam kalangan Umno/Bn sendiri yang konon untuk mengingatkan parti Umno/Bn kepimpinan Najib Razak agar lebih perihatin kepada nasib rakyat! 

Namun apa yang berlaku hingga ke saat ini kepimpinan kerajaan Barisan Nasional terutama kebanyakan kepimpinan Umno yang menjadi ahli kabinet terus membutakan mata serta memekakkan telinga, buat-buat bodoh (keras hati!) kepada segala rungutan dan resah gelisah rakyat. 

Mereka ini seolah-olah menghadapi segala kecaman dan amaran rakyat terhadap segala kenaikan harga barangan, tol dan tarif eletrik serta pelaksanaan GST dengan bersahaja, sambil ada di antara mereka yang masih mampu melawat keluar negara dan masih mampu bercuti di pusat membeli-belah termahal dunia dengan  bersikap, "aiman tak kisah!".

Yang terus sakit hati dan menerima padah dalam setiap detik kehidupan membela keluarga adalah rakyat jelata yang semakin gelisah ini. 

Konon sensitif akan nasib rakyat atau mungkin mahu mereda kemarahan rakyat maka adalah di antara para pemimpin Umno dan balaci mereka yang 'pura-pura' menjerit, kalau kerajaan naikkan bayaran tol dan tidak kawal kenaikan kos hidup, kerajaan Umno/Bn akan kalah teruk dalam PRU 14 nanti! Pu'ik arr!!

Najib dan kabinetnya tidak akan sensitif pun dengan segala jeritan dan segala keluh kesah rakyat kerana mereka tahu dalam PRU 14 nanti kerajaan Umno/Bn akan tetap menang besar. Maknanya Pakatan Rakyat akan terus di-kalahteruk-an! Ini adalah keyakinan mereka sebab itu mereka kini masih bersikap "aiman tak kisah" terhadap jeritan rakyat!

Apa sebab Najib Rosmah dan kabinet cap ayamnya yakin akan terus menang dan Pakatan Rakyat akan kalah teruk dalam PRU 14 nanti?:

1. Selagi sebahagian besar rakyat luar bandar dan Felda terus boleh 'dipandirkan' bermakna saham kemenangan mereka dalam PRU 14 amat amat terjamin. Percayalah, hingga ke hari ini dan saat ini, tahap kepandiran rakyat luar bandar dan Felda masih tinggi dan tidak membimbangkan Umno/Bn langsung! Apatah lagi parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang banyak bertanding lawan Umno di kawasan-kawasan tersebut masih belum buat apa-apa pun untuk mencerdikkan politik rakyat luar bandar dan Felda secara bersungguh-sungguh dan sistematik kerana agaknya PAS masih sedang "bercuti" panjang? Atau masih terkelu kebingungan dengan konon persaingan apa yang dikatakan Profesional Vs Ulamak? Atau masih tunggu dan lihat dengan kes 'Syiah' Mat Sabu barulah nak bergerak?

2. Najib dan kabinet Umnonya tetap yakin menang kerana perancangan mereka senyap-senyap di SPR terus berjalan ke arah persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya. Yakinlah, Umno mana yang tak akan 'pulas leher' musuhnya dalam PRU 14 nanti? Selagi boleh pulas, Umno akan pulas dan PAS yang terawal akan terus menjadi mangsa untuk 'dipulas leher' melalui proses persempadanan semula jika digazetkan nanti! So apa nak bimbang (?), 'pasti' Umno akan menang besar lagi!

3. Daftar pemilih yang bercorak 'haramjadah' juga akan terus menjadi senjata sulit Umno/Bn dalam PRU 14 nanti sehingga mereka tidak bimbang langsung akan jeritan rakyat kini terhadap tekanan kos hidup. Tengoklah, bimbangkah mereka (?) dalam rakyat menjerit meraung jangan laksanakan GST, jangan naik tarif eletrik, turunkan harga minyak, jangan kurang subsidi gula, hapuskan tol, dan macam-macam rayuan rakyat, Najib siap 'gertak' lagi yang memberi maksud, kalau tak nak 'kos hidup meningkat', rakyat terpaksa akan dikena cukai? Mereka nampaknya tidak bimbang langsung kerana apa? Kerana mereka ada daftar pemilih yang boleh dimanipulasi untuk terus berkuasa! 

Oleh demikian, kenyataan tokoh-tokoh Umno dan macai mereka yang kononnya jika pemimpin negara tidak sensitif kepada rungutan rakyat maka Umno/Bn akan kalah teruk dalam PRU 14 adalah kenyatan sekadar untuk membuai parti-parti Pakatan Rakyat! Sesungguhnya mengikut logik akal, selagi sistem PRU yang korup kini beroperasi, Umno/Bn tak akan kalah kerana ada 3 perkara berikut:

1. Rakyat yang terus pandir kerana sanggup dipandirkan oleh Umno/Bn.
2. Persempadanan semula yang bakal dilaksanakan dalam PRU 14?
3. Daftar pemilih yang yang rapuh untuk boleh terus dimanipulasikan mereka.

Hasilnya Pakatan Rakyat terutama parti PAS, berkemungkinan besar akan terus kalah malah kalah teruk dalam PRU 14 nanti!


2 comments:

Anonymous said...

PAS memang macam tu, 3 bulan lagi nak PRU sibuklah dgn Bilik Gerakan dan berbagai aktibiti nak PRU tapi tak pernah tumpukan kerja tawan pengundi dari lepas pilihanraya, kerja suka suka sahaja meriahkan pilihanraya. Sebab itu aku tak mahu campor lagi dgn orang pas ini, syiok sendiri shj.

PAPAROCK said...

Wa amat bersetuju dgn bro... kenaikan harga bermakna bertambahnya kemiskinan... kemiskinan rakyat adalah senjata ampuh UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa politik

paparock