Followers

Monday, December 16, 2013

Menteri low gred tegur sistem menteri tak bergred? Kahkahkahkah...

Nampaknya menteri-menteri daripada kabinet low gred baru perasan bahawa sistem pendidikan negara dah jadi tak bergred! Huru-hara, caca-marba, retorik, syok sendiri, bisnes oriented itulah dia sistem pendidikan Malaysia kini! Memang tak bergred malah tak berjenis terus! Itulah padah bila tugas Menteri Pendidikan diberikan kepada menteri gred D!  Agak akulah gred D!

Eloklah tu, menteri low gred tegur sistem pendidikan yang dijaga oleh menteri pendidikan gred D!  Tok Pa minta sistem pendidikan DIPULIH woo, bukan diperkasakan lagi! PULIH maknanya perlu diubati hingga sembuh pesakit yang mengidap sakit teruk!

Maknanya sistem pendidikan yang dicanang hebat oleh TPM yang jugak Menteri Pelajaran yang aku bagi gred D tu dah tak berguna, lumpuh, haprak dan hampas! Tak bergred sungguh......

Lepas ini siap siagalah para cikgu...entah ee apa pulak yang akan keluar untuk dilaksanakan pukul 3 atau 4 pagi! Tak payah tidurlah cikgu...

Payah jugak berada dalam zaman ada gred ni!

Syabas Mat Sabu kerana Mat Sabu sahaja dapat gred A, itu pun masih dirahsiakan!

dipetik dari Malaysiakini:



Tok Pa: Baik pulih system pendidikan segera


Ahmad Fadli KC


Dis 16 2013.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sistem pendidikan negara perlu dibaik pulih dengan segera memandangkan ia kini tidak lagi menghasilkan lulusan dengan kemahiran yang secocok dengan keperluan industri.

"Berkenaan pendidikan, kita perlukan baik pulih keseluruhan.

"Di luar sana, orang ramai tidak boleh bersabar lagi dan kita perlu lakukan ini dengan segera atau kita tak akan mampu mencapai matlamat kita," katanya.


Katanya, baik pulih itu perlu dilakukan segera sebelum pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.


Jelasnya, pelan pembangunan itu akan mengambil sedikit masa untuk menghasilkan keputusan yang ingin dicapai daripada pelaksanaannya.

"Tetapi kita perlu merapatkan jurang ini (antara industri dan pendidikan).

"Dalam jangka masa panjang kita perlu reformasi pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu bercakap pada forum sempena ulang tahun ketiga Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya hari ini.

Senada dengan Mustapa adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) yang menguruskan ETP.

Menurutnya, pendidikan adalah penting untuk merubah nasib sesuatu bangsa dan ia satu-satunya penyelesaian jangka masa panjang untuk keluar daripada kancah kemiskinan.

Turut hadir dalam forum itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


No comments: