Followers

Sunday, December 22, 2013

Katak nak ganti ulau tendung! Kah!

Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil hujan, ulau nak makan aku!

(basa...katak tak sedar diri!)

Ulau oh ulau mengapa nak makan katak?

Macam mana tak makan katak, KAAATAK MAKANAN AKU!

Rencana dari Malaysiakini:


Ibrahim: PERKASA boleh ganti Umno demi bela Melayu
 
Ahmad Fadli KC

22 Dis 2013.

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu kerana bimbang masyarakat tersebut kehilangan pengaruh politik.

Presiden NGO tersebut, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA kini juga hanya memberi sokongan bersyarat kepada BN dan tidak akan menjadi “barua” atau “perkakas” kepada Umno.

"Memang Umno menjaga kepentingan agama dan Melayu tetapi kalau Umno sudah lemah dan tidak bertaring, ayuh, PERKASA boleh jadi galang ganti untuk pertahankan kepentingan bangsa dan agama.

"Jangan retorik masa perhimpunan agung, jangan retorik masa pilihan raya, rakyat sudah cerdik, rakyat sudah tahu," kata Ibrahim yang menambah, struktur PERKASA kini lebih teguh dengan 500,000 anggota.

Menurut Ibrahim, walaupun PERKASA menyokong BN pada pilihan raya lalu, ia bukan satu jaminan komitmen yang sama akan dizahirkan PERKASA pada pilihan raya akan datang.

"Kita bagi sokongan pada Umno, bukan kita jadi perkakas atau alat kepada Umno jauh sekali jadi barua mana-mana pemimpin.

"Kali ini kita tengok, kalau parti bagus, tapi calon tak bagus, kita bakul sampahkan sahaja

"Sokongan kita kali ini bersyarat, kita tak mahu apologetik lagi," kata Ibrahim.

No comments: