Followers

Tuesday, December 17, 2013

Bila dilantik je jadi menteri Umno, orang Pandai jadi Pandir!

Apa dah jadi dengan kepala otak menteri-menteri Malaysia ni? Daripada pandai, dah jadi Pandir! Daripada waras dah jadi biul agaknya?

1. Naik harga ayam, yang tak setuju, jangan makan ayam!
2. Naik harga telor, yang tak setuju, jangan makan telor!
3. Naik harga gula, yang tak setuju, jangan ambil gula! Minum air tawar hebey cukup...
4. Naik harga petrol, yang tak setuju, jangan naik kereta sendiri, naik pengangkutan awam yang ke-efisien-an-nya macam haramjadah! 
5. Yang tidak setuju dengan SPR tipu PRU, keluar dari Malaysia! Amboi!!?
6. Tak setuju bayar PTPTN, jangan belajar di Malaysia!
7. Naik bayaran tol, yang tak setuju, jangan lalu jalan yang ada tol! Apa, jalan bapaaak dia gamaknya?

Apakah nanti ?; 

Naik tambang pengangkutan awam, kalau tak setuju, jangan ke mana-mana, duduk je kat rumah atau kalau nak keluar jugak jalan kaki - eksesais?

Naik tarif eletrik, rakyat yang tidak bersetuju, jangan guna eletrik, guna lilin?

Naik bil air, rakyat yang setuju tak payah mandi...atau gali perigi je?

Agaknya kalau naik cukai pintu, rakyat yang tak setuju, rumah jangan buat pintu, sila keluar-masuk rumah ikut tingkap! 

Ini semua haprak punya alasan dari menteri-menteri kabinet Najib Razak yang bertaraf haprak jugak! Cheh...menghina rakyat! 

Kata bodoh kang marah padahal memang bodoh pun! Cari alasan lain woi!

Dari harakahdaily:



Datuk Wahid jangan jadi macam menteri lain

17 Dec 2013.

AHMAD AFIF ZULKIPLI

Anak muda khususnya mahasiswa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam berkaitan isu kenaikan tol lebuh raya. Berdasarkan reputasi kepimpinan dan pengalaman beliau sepanjang memegang Maybank, kita terkejut dengan kenyataan yang bersifat kurang bijak daripada beliau. Kita menganggap kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat angkuh tanpa mengambil peduli kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat melalui siri-siri penderaan satu demi satu di negara ini. Ini bukan soal nak bayar tol atau tidak, juga bukan soal perjanjian konsesi yang terkandung, tapi ini soal kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban dan kesengsaraan rakyat.

Memetik laporan bajet 2011, kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib pernah mengumumkan kenaikan harga tol tidak akan berlaku dalam tempoh 5 tahun. Lalu kita ingin bertanya kepada Datuk Wahid, adakah Datuk lupa untuk merujuk kenyataan Perdana Menteri dalam laporan ini dengan terus mengumumkan kenaikan harga tol tahun depan?

Perkara ini seolah-olah dilihat sebagai agenda menguntungkan kroni semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat yang makin tertekan di negara sendiri. Sepatutnya kadar tol semakin rendah berikutan syarikat konsesi mendapat pulangan yang lumayan melalui pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakannya.

Kita sekali lagi menegaskan kepada beliau selaku orang baru dalam kabinet untuk lebih mementingkan nasib dan kesusahan rakyat daripada kepentingan agenda pihak-pihak tertentu. Jika beliau gagal untuk berbuat demikian, kita fikir beliau mungkin boleh melepaskan jawatan sebagai menteri dan kembali berkhidmat bersama Maybank Berhad. Hal ini demi menjaga nama baik beliau melalui reputasi dan kecemermelangan beliau mengurus tadbir Maybank.

Kita melihat kenaikan harga tol ini merupakan siri penderaan seterusnya kepada rakyat Malaysia oleh sebuah kerajaan yang menggunakan tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bermula dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, peningkatan tariff elektrik tahun 2014, kenaikan tambang LRT serta monorel dan paling terbaru kenaikan harga tol yang seolah-olah menjadi pelengkap kepada kempen ‘melaksana’ janji Najib.

Anak muda dan mahasiswa komited untuk terus bersama memperjuangkan nasib rakyat khususnya melalui gerakan yang baru dilancarkan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup yang juga turut memuatkan salah satu agenda perjuangan TURUN iaitu untuk mendesak kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol.

Ahmad Afif bin Zulkipli
Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS




No comments: