Followers

Sunday, December 15, 2013

Gila banyak perkara gila, 'gila babi' juga yang banyak!

Oleh kerana Malaysia ini banyak babi, maka agaknya itulah sebabnya banyak perkara yang 'gila babi' berlaku dalam 1Malaysia ini.

1. "Hey Mat Sabu, engkau syiah! Kalau engkau tak percaya engkau syiah, engkau kena buktikan engkau bukan syiah! Kalau engkau tak dapat bagi bukti maka engkau kena percaya lah...." Kahkahkahkahkah... Gila babinya di sini ialah pembicaraan terhadap Mat Sabu hanya berbentuk huha-huha di media dan khalayak ramai bukan di mana-mana mahkamah walaupun bukti Gred A katanya dah ada! Dan paling kelakar Mat Sabu yang didakwa, Mat Sabu pula kena kemukakan bukti! Tak gila babi ke?

2. Gila babi yang kedua, hanya Mat Sabu Timbalan Presiden PAS sahaja yang menjadi Syiah bila berjumpa pemimpin Syiah  dan kagum pemimpin besar Syiah, orang lain yang bukan Mat Sabu berjumpa dan bergambar dengan besar mana pun pemimpin Syiah, tidak pulak menjadi Syiah!!

3. Gila babi yang ketiga, Menteri KDN sewenang-wenangnya dalam sebuah perhimpunan parti politik, bukan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, arah JAKIM tangkap Mat Sabu! Dah besar 'kemaluan' apabila Menteri JAKIM kata, JAKIM tak ada kuasa tapi hanya mampu selaras sahaja, kuasa dan hak pada negeri-negeri! Menteri KDN pun tak cerdik rupanya! Buat malu Malaysia je.

4. Gila babi yang keempat, tak ada kena mengena dengan tuduhan terhadap Mat Sabu tapi kena mengena dengan apa yang Mat Sabu selalu perjuangkan untuk rakyat! Perkara yang cukup menyakitkan hati rakyat yang macam aku! Dah macam-macam yang kerajaan Umno/Bn naikkan tahun ini, maka sampai pula giliran Tol yang katanya akan naikkan mulai tahun depan...! Tengoklah, betapa gila babinya tindakan ini kalau ia menjadi kenyataan, kerana dalam rakyat terus tertekan dengan kos hidup yang melampau tinggi masih tergamak kerajaan Umno/Bn buat kerja tak senonoh ini. Tak 'gila babi' ke tindakan seumpama ini? Sah gile babi! 

Nak kata apa lagi? 

Ku petik berita dari HARAKAHDAiLY:

Tol naik, syukur Malaysia masih aman


Dec 15, 2013.


HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.


Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.


"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.


"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
  
Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.
          
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
  
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
  
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.


No comments: