Followers

Saturday, December 07, 2013

Antara dua darjat ?

Kata (cakap) karang, dikatakan melawan! Tak kata karang, memang kena kata! Memang melampau dan tak sensitif langsung!


Kalau ya pun di PWTC berjamu dengan  5,720 kilogram (kg) beras, 5,400 kg daging lembu, 6,050 kg daging ayam, 4,950 kg jenis ikan, 3,410 kg sayur dan 880 kg tepung gandum, tak payahlah bercerita dengan bangga, tolonglah jaga hati dan perasaan rakyat yang sedang kebuntuan sugul dengan serba-serbi kekurangan dan kerisauan di penempatan banjir!

Alahai persiapan untuk PAU yang katanya bermula awal September lalu sampai melibatkan proses pembaharuan dan naik taraf prasarana termasuk menukar permaidani, pendingin udara, memasang dinding akustik dalam Dewan Merdeka menelan kos RM7 juta? 

Mak ai RM7 juta di PAU!!!?

Lebih 40,000 rakyat di penempatan banjir terdedah dengan cuaca sejuk, bersesak-sesak, kekurangan serba serbi keperluan, ada yang makan nasi mentah, tak cukup lauk dan ada anak-anak yang kelaparan. Sedang 20,000 yang ditempatkan di PWTC dapat 24,200 telur, daging ayam, lembu, lauk ikan, kuih muih dan macam-macam! 

Pendek kata bila di PAU macam-macam dapat! Di penempatan banjir? Manalah rakyat tak terasa kalau macam gini? Kita dengar lah nanti apa Menteri akan kata bila mangsa-mangsa banjir merungut kesusahan.

Tapi ya lah...nak buat macam mana kan? Realiti antara dua darjat!? Sedarlah wahai rakyat Malaysia. RM7 juta!!?

Petikan dari malaysiakini:



24,200 telur diguna dalam PAU 2013.



Salawaty Supardi  6 Dis 2013.



Sebanyak 24,200 biji telur diguna dalam menyediakan makanan kepada hampir 20,000 tetamu sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn.Bhd (Putrade) Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata pihaknya menyajikan makanan lima kali sehari kepada 19,850 tetamu terdiri daripada perwakilan, tetamu kenamaan, kakitangan Putrade, anggota keselamatan dan petugas media.

Beliau berkata bahan utama lain termasuk 5,720 kilogram (kg) beras, 5,400 kg daging lembu, 6,050 kg daging ayam, 4,950 kg jenis ikan, 3,410 kg sayur dan 880 kg tepung gandum.

"Pihak PWTC turut bekerjasama dengan Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk menyediakan buah-buahan tempatan kepada semua tetamu bagi menggalakkan rasa cintakan buah-buahan tempatan dalam diri tetamu," katanya kepada Bernama di PWTC di Kaual Lumpur, hari ini.

Maxson berkata untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar, pihak PWTC turut mengambil 1,200 warga kerja sambilan dengan kebanyakannya bertugas di bahagian dapur.

"Selain itu 600 anggota keselamatan turut bertugas sepanjang perhimpunan ini terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia selain kakitangan PWTC sendiri," katanya.

Menurut Maxson persiapan untuk perhimpunan itu bermula pada awal September lalu melibatkan beberapa proses pembaharuan dan naik taraf prasarana termasuk menukar permaidani, pendingin udara selain memasang dinding akustik dalam Dewan Merdeka yang menelan kos RM7 juta.

Katanya Laman Media dalam perhimpunan kali ini disusun berkonsepkan profesional dan lebih luas di samping dua skrin besar turut disediakan bagi memudahkan petugas media membuat memantau perjalanan perbahasan.

- Bernama



No comments: