Followers

Thursday, December 12, 2013

Anak muda harus tolak Pesta Barang Naik!

Selagi kerajaan Umno/Bn tidak ditolak dalam PRU akan datang, selagi itulah rakyat marhaen terutama anak-anak muda akan mengalami tekanan hidup yang menggila. 

Kadar pengangguran yang tinggi, harga kereta yang mahal, pelbagai cukai meningkat terutama cengkaman GST yang tidak mengenal lapisan dan kesusahan rakyat, sewa rumah naik berlipat ganda, harga rumah yang menggila, harga petrol yang terus mahal dalam sebuah negara pengeluar minyak, tambang pengangkutan awam yang bakal dinaikkan lagi, sikap kerajaan Umno/Bn yang lembik dalam membantu mangsa banjir dan terkini jangkaan harga makanan meningkat 10 peratus, benar-benar menjadi asas kukuh seluruh rakyat terutama anak-anak muda bersedia dari sekarang untuk menolak terus sebuah kerajaan yang tidak prihatin dan boros ini dalam PRU 14 nanti.

Anak-anak muda putra dan putri perlu gerakkan seluruh sokongan anak muda untuk memilih kerajaan baru yang cakna nasib rakyat bukan kerajaan yang terlalu boros, tidak sensitif nasib rakyat, banyak beretorik, berlakon, tidak telus dan tak berguna menipu rakyat di sana-sini. Usaha memberi kefahaman kepada rakyat terutama anaka-anak muda akan keadaan dan tekanan kini harus bermula dari sekarang.

Mari kita selamatkan negara ini sebelum keadaan makin parah dan rakyat terus menderita kerananya.

Rencana dari Harakahdaily:


Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus

12 Dis. 2013.
 
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), menjangkakan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi harga makanan dan minuman akibat kenaikan harga gula.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran-restoran dan kedai makan.

“Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas seperti Nasi Goreng sehingga RM7 sepinggan.

“Ini kerana harga bahan masakan seperti gula yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat,” katanya dipetik Keadilandaily.

Selain kenaikan harga gula, turut mendorong kepada kenaikan harga barangan selepas ini adalah kenaikan harga petrol dan terbaru pengumuman kerajaan menaikkan kadar tarif elektrik yang akan berkuatkuasa tahun hadapan.

Menurut Mohd Yusof harga barangan yang dipek dan bertin juga semestinya akan turut naik kerana gula merupakan kandungan utama bahan makanan dan minuman.

“Kelompok paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar.

“Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap ,” tambahnya.

Semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) membayangkan tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula bakal naik tahun depan.

Mereka memberi alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan.

Namun 'jaminan' diberikan bahawa satu kajian terperinci akan dibuat bagi memastikan ia adil dan tidak membebankan rakyat.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini berkata, beliau menjangkakan kadar inflasi negara kemingkinan meningkat daripada 2.8 kepada 3.0 peratus tahun hadapan ekoran kenaikan tarif elektrik yang diumum kerajaan.

No comments: