Followers

Sunday, December 01, 2013

Akibat dhaif lagi gersang....

Begitulah Umno! Kerana terlalu dhaif dan gersang dengan orang-orang agama dalam partinya, akibatnya ahli PAS dengan nombor keahliannya 0475276 disapunya! Dilantik semacam ke jawatan ahli Majlis Kerja Tertingginya. Pada hal Firdausi al-Hafiz belum pun merasa kedudukan dalam MKT Umno, al-Hafiz lain jugak yang dipilih!

Tapi tak apa, kita pun memang tengah nak ambik penyapu untuk menyapu sampah sarap yang terdapat di sana sini dan yang mujurnya Umno tolong sapukan. Baguslah tu! 

Kalau Umno suka jadi penyapu dan nak tolong menyapu, ada seorang lagi. Umnuu nak tak? Dia ni selalu je dan kelihatan bahagia sekali ikut Najib Razak terutama kalau ke Timur Tengah! Kesian dia kalau Umnuu tak tolong sapu!

Selamat membaca doa masa  PAU nanti ok!



Ahli MT Umno seorang daripada kami, dakwa PAS

Nov. 30 2013.

Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar mendakwa Umno tanpa menyedarinya telah melantik seorang ahli PAS sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baru.

Dalam satu kenyataan hari ini, Raja Ahmad berkata Mohammad Kazim Elias - yang pelantikannya sebagai ahli MT diumumkan oleh Umno semalam - merupakan ahli PAS sejak 1998.

"Dewan Pemuda PAS Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli PAS semenjak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi PAS di Tambun," katanya.

Raja Ahmad mempersoalkan adakah Mohammad Kazim (kiri) telah
menjadi ahli Umno sedangkan beliau masih ahli PAS yang sah.

"Tidakkah untuk membuat sebarang pelantikan politik memerlukan seseorang itu menyertai parti tersebut terlebih dahulu?" soal Raja Ahmad.
              
Beliau juga mempersoalkan sama ada Mohammad Kazim mendapat tekanan untuk menerima perlantikan itu yang akhirnya akan menjejaskan statusnya sebagai penceramah agama bebas.

"Ini sebenarnya amat memalukan Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan orang yang mencadangkannya jika Kazim menolak pelantikannya.

"Marilah kita sama-sama menunggu majlis mengangkat sumpah pelantikan jawatan dalam Umno nanti pada 4 Disember ini," katanya. Mohammad Kazim belum mengesahkan menerima pelantikan itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang latar belakang politiknya kerana Mohammad Kazim berusaha kekal sebagai penceramah agama yang bebas.

Bagaimanapun, beliau telah dilihat berucap di pentas BN dalam pilihan raya kecil Sungai Limau baru-baru ini tetapi beliau menafikan berkempen untuk parti pemerintah.

Umno sejak kebelakangan ini telah mengambil ulama menjadi ahlinya dalam usaha untuk meluaskan kehadirannya terutama di kalangan sokongan asas PAS .

Seorang lagi ulama yang semakin meningkat dalam Umno adalah exco Pemudanya, Fathul Bari.

No comments: